CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3088|Reply: 8

[Tempatan] 2011: KDN terima ribu-ribu lemon aduan ttg PDRM

[Copy link]
Post time 24-7-2012 10:42 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan kementerian yang menerima aduan paling tinggi iaitu sebanyak 1,356 atau 16 peratus daripada 8,321 aduan yang diterima semua kementerian tahun lepas, menurut Laporan Tahunan Biro Pengaduan Awam (BPA) 2011.
Aduan tersebut tertumpu kepada tiga agensi utama di bawah KDN iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Antara aduan itu berkisar terhadap kelewatan PDRM mengambil tindakan atau memberi maklum balas status siasatan terhadap pelapor, PDRM lewat membekalkan dokumen berkaitan kemalangan dan kelewatan mendapat maklum balas atau ketiadaan maklum balas terhadap permohonan kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan.
Selain itu, kualiti layanan petugas di kaunter dan telefon yang kurang memuaskan, kekurangan pemantauan pekerja asing, permohonan kawalan trafik serta pengadu yang tidak berpuas hati terhadap saman kesalahan trafik yang tidak dilakukan turut menjadi isu utama aduan.
Bagaimanapun, kesemua aduan tersebut berjaya diselesaikan, menurut laporan itu yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel di sini hari ini.
Laporan itu menyebut BPA menerima sejumlah 13,356 aduan sepanjang tahun lepas dengan 97.7 peratus atau 13,045 aduan berjaya diselesaikan. Daripada jumlah itu, 8,321 aduan adalah terhadap kementerian manakala baki 5,035 terhadap kerajaan negeri.
Menurut laporan itu, Kementerian Kerja Raya menerima jumlah aduan kedua tertinggi dengan 818 aduan yang mana 786 atau 96.1 peratus berjaya diselesaikan.
Isu-isu utama terhadap kementerian itu termasuklah aduan kelewatan membaiki kerosakan jalan raya, lampu jalan, lampu isyarat serta papan tanda jalan selain permohonan mendapatkan atau menaik taraf kemudahan  infrastuktur seperti papan tanda, lampu jalan, lampu isyarat, melebarkan dan menurap jalan.
Aduan berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas parit dan kerja-kerja pemotongan rumput di bahu jalan yang tidak memuaskan turut diterima, menurut laporan itu.
Menurut laporan itu, lima agensi yang menerima aduan tertinggi sepanjang tahun lepas adalah PDRM (841 aduan, 100 peratus diselesaikan), Jabatan Kerja Raya (759 aduan, 96.7 peratus diselesaikan), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (571 aduan, 92.8 peratus diselesaikan), Jabatan Pelajaran Negeri (305 aduan, 99.3 peratus diselesaikan) dan Tenaga Nasional Berhad (293 aduan, 98.3 peratus diselesaikan).
Daripada 5,035 aduan terhadap kerajaan negeri, Selangor mencatat jumlah tertinggi dengan 950 aduan dan 85.5 peratus diselesaikan, diikuti Johor sebanyak (628), Sarawak (520) dan Pahang (519), ketiga-tiganya telah diselesaikan sepenuhnya.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menerima aduan tertinggi adalah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan 246 aduan (100 peratus diselesaikan), diikuti Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 174 aduan (78.2 peratus  diselesaikan).
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 142 aduan, Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) 138 aduan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) 112 aduan, dengan ketiga-tiga PBT itu telah menyelesaikan sepenuhnya  aduan yang diterima.
Menurut laporan itu juga, daripada 13,045 aduan yang diselesaikan tahun lepas, 7,465 atau 57.2 peratus diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja manakala baki 5,581 aduan diselesaikan melebihi 15 hari dan hanya 772 aduan diselesaikan melebihi 60 hari. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2012 11:01 AM | Show all posts
Manerlah rakyat marhaen tak puashati dengan servis PDRM..keutamaan banyak diberi pada kes berprofail tinggi..
Tak koser polis nak melayan setakat ..ayam jiran masuk rumah, taik kucen jiran bersepah-sepah depan rumah, lombu kena culik
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 11:25 AM | Show all posts
cikilala posted on 24-7-2012 11:01 AM
Manerlah rakyat marhaen tak puashati dengan servis PDRM..keutamaan banyak diberi pada kes berprofail ...

kes berprofile tinggi satu hal, perhimpunan "haram" lagi satu hal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 11:48 AM | Show all posts
klu yg kena dakwa or kena tangkap tu penjual sayur..tukang kebun..petani..sepantas kilat je naik mahakamah pastu xlama terus jatuh hukum..tp klau yg kena tangkap or dakwa tu menteri..org kenamaan..turun naik mahakamah..xlama terus tutup kes..konon xcukup bukti..mmg mantap malaysia ku.,.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 01:55 PM | Show all posts
100% diselesaikan? fuh.. bonus utk pdrm la gini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 02:34 PM | Show all posts
tak selesai pn cari cara gak bg selesai
nnti bila kua report aduan diselesaikan melebihi certain2 masa
kena menjawab dgn menteri
sbb setau aku aduan ni dlm kpi KSU ke TKSU ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2012 02:54 PM | Show all posts
hanya yg terlibat dgn polis jer tau mcm mana hazabedahnya servis diorang...
kalu korang stakat panggilan PN/EN..baik jumpa bomoh jer kalau kes kecurian
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 03:16 PM | Show all posts
hishamudin..................jawabbbbbbbbbbbbbb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2012 05:08 PM | Show all posts
mana tak cepat selesai kes, asal ada org terjun bunuh diri je dikaitkan dgn kemurungan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.072474 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list