CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5653|Reply: 42

[Tempatan] Edisi ilmu: Tips Perbelanjaan Hari Raya 2012

[Copy link]
Post time 24-7-2012 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Last edited by crossfire on 24-7-2012 12:23 PM \n\nKecenderungan berbelanja secara berlebihan ketika musim perayaan sering terjadi akibat kegagalan pengguna dalam merancang perbelanjaan. Lebih-lebih lagi apabila menjelang sambutan hari raya, banyak pusat-pusat membeli belah mengadakan diskaun hebat yang mendorong serta menarik minat pengguna untuk berbelanja lebih.Justeru, pengguna harus bijak menguruskan perbelanjaan mereka dengan baik.Berikut adalah tips perbelanjaan hari raya yang boleh diamalkan:

1.Rancang perbelanjaan dan buat senarai barangan
Pengguna harus merancang keperluan dengan membuat senarai barangan yang diperlukan sesuai dengan peruntukan (bajet) perbelanjaan mereka. Senarai barangan ini penting bagi memudahkan urusan pembelian ketika bebelanja di pusat membeli belah kelak. Selain menjimatkan masa, ia juga boleh mengelakkan anda daripada membeli barangan yang tidak diperlukan.

2.Elakkan daripada membuat pembelian secara spontan
Sebahagian besar daripada pembelian yang dibuat didorong oleh naluri. Cuba elakkan daripada membuat pembelian secara spontan ketika membeli-belah. Walaupun terdapat barangan yang nampak menarik di mata anda, fikirkan secara mendalam sama ada anda benar-benar memerlukannya sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut.

3. Ikut kemampuan dan jangan bersaing
Anda tidak sepatutnya terpengaruh dengan corak perbelanjaan rakan atau jiran anda kerana tahap kewangan serta tanggungan yang berbeza. Oleh yang demikian, anda harus berbelanja mengikut kemampuan dan bukan atas tujuan untuk bersaing dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain agar tidak melampaui tahap kewangan anda.

Guna kad kredit secara bijak dan elakkan daripada berhutang
Penggunaan kad kredit sememangnya lebih mudah dan selamat kerana anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah. Namun anda perlu berhati-hati menggunakannya dengan memastikan jumlah perbelanjaan menerusi kad kredit dibuat berdasarkan kemampuan untuk mengelakkan daripada berhutang.

4. Menawar harga barangan
Cuba amalkan tabiat suka menawar harga barangan, melainkan jika harga barangan tersebut tetap. Dengan tawar-menawar sebelum membuat pembelian, anda boleh mendapat harga lebih murah berbanding harga biasa. Manfaatkan membeli belah ketika potongan harga diadakan. Walaupun dalam keadaan tertentu, potongan harga tersebut hanya merupakan gimik perniagaan, tetapi sekiranya anda membuat pertimbangan yang waras, anda mampu mendapat harga yang berpatutan.

5. Beli mengikut kesesuaian dan pastikan ianya berkualiti
Pastikan anda membeli barangan yang berkualiti setimpal dengan harga yang ditawarkan. Anda boleh membuat perbandingan harga serta kualiti barangan yang diingini terlebih dahulu sebelum membeli. Contohnya, bagi pakaian anak-anak yang masih kecil, anda boleh membeli saiz yang lebih besar sedikit kerana faktor tumbesaran mereka yang cepat meningkat. Pastikan pakaian mereka juga berkualiti dan tidak mudah koyak atau lusuh agar ia boleh dipakai berulang kali biarpun selepas perayaan kelak. Dengan cara ini anda dapat berjimat daripada kerap berbelanja.

6. Tidak mudah terpengaruh dengan iklan
Apabila tiba musim perayaan, promosi iklan giat dijalankan. Ketika ini pelbagai barangan dengan harga menarik ditawarkan kepada pengguna. Walaubagaimanapun, jangan mudah terpegaruh dengan tawaran yang dipaparkan. Anda harus mempertimbangkan kepentingan barangan tersebut. Jika tidak penting, anda tidak perlu membelinya. Anda juga harus pastikan stok barangan tawaran istimewa seperti yang diiklan masih boleh didapati.

7. Ganti perhiasan yang perlu sahaja
Perabot , langsir, permaidani dan cat antara perkara yang sering diganti setiap kali musim perayaan. Namun tidak semua perhiasan tersebut perlu diganti sekiranya ia masih dalam keadaan yang baik. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikan ia lebih menarik contohnya seperti menjahit juraian kristal pada langsir lama anda.

8. Tidak menyediakan juadah hari raya secara berlebihan
Cuba anggarkan jumlah tetamu yang akan mengunjungi anda dan masak sekadar diperlukan sahaja. Jika perlu , simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera terutama ketika menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka. Elakkan daripada membeli atau menyediakan juadah hari raya secara berlebihan hingga menyebabkan pembaziran.

9. Dan jgn lupa tunaikan zakat: Kadar zakat negeri2 di Malaysia bagi tahun 2012/1433H:

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2012



Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah Pada Bulan Ramadhan

Wajib - Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
Paling Afdhal - Sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri
Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh - Selepas solat sunat hari raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari 1 Syawal
Haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal

Kadar Zakat Fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu bersamaan 2.3 kilogram atau sesuatu yang sama nilai dengannya.

Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadhan dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadhan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri









  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2012 11:32 AM | Show all posts
cross cakap ler cemana pun... kalah dah berkenan tu.... nakkkkkk jugakkkk!!!

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 11:33 AM | Show all posts
lor...
dah shopping sakan lama dah... baru nak berkempen
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 11:34 AM | Show all posts
tukar rim kira membazir tak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 11:35 AM | Show all posts
eh..cari.com xleh buka via mobile ke?sunyila kalu sehari xdpt buka c.i neh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 11:37 AM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 24-7-2012 11:32 AM
cross cakap ler cemana pun... kalah dah berkenan tu.... nakkkkkk jugakkkk!!!

ingat mengingati, bonos kerajaan belum keluar lagi kepada kakitangan kerajaan ...

nie belum apa2 dah angkat enkei RS 3 pieces sport rim...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2012 11:47 AM | Show all posts
cmf_rambutan posted on 24-7-2012 11:34 AM
tukar rim kira membazir tak...

errkk..iols baru plan nak buat

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 11:51 AM | Show all posts
iols x sopin pun utk raya..sbb rasa x perlu pun..benda dah sedia ade..baju2 sumer masih ada n pakai setahun sekali maka bleh recycle ..perabut. langsir segala tukar bukan masa raya so x perlu nak tukar lg
cuma beli brg utk buat kukis n kek jer
duit raya jer yg perlu byk utk anak2 buah n sedara mara


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2012 11:54 AM | Show all posts
crossfire posted on 24-7-2012 11:37 AM
ingat mengingati, bonos kerajaan belum keluar lagi kepada kakitangan kerajaan ...

nie belu ...

enkei replika jer cross.... maafkanla dia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:03 PM | Show all posts
org yg ada unlimited bajet macam cakk..aaa nasihat2 macam nih tak jalan dah...

kan cakkk...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:06 PM | Show all posts
sebelum puasa ari tu dah shopping sikit2..
sabtu nanti son balik cuti ajak shopping lagi..
tahun ni bajet raya mcm tahun2 sebelum nya..
insyallah tiada pembaziran..beli sekadar yg perlu je..

yg penting..bayar zakat dan sediakan keperluan utk mak
bila mak happy..iols pun happy
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:07 PM | Show all posts
hmm.. tahun ni aku kena bayar zakat sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 12:08 PM | Show all posts
sesenjek posted on 24-7-2012 12:07 PM
hmm.. tahun ni aku kena bayar zakat sendiri.

baguslah....dlm Harta Si Kaya ada hak Si Miskin= ZAKAT
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:09 PM | Show all posts
sesenjek posted on 24-7-2012 12:07 PM
hmm.. tahun ni aku kena bayar zakat sendiri.

any prob with that?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:15 PM | Show all posts
bagus  artikel ni... tapi agak terlambat sebab shopping telah dilakukan...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:20 PM | Show all posts
KIM.mafia posted on 24-7-2012 12:09 PM
any prob with that?

dulu2 org bayarkan. hehehe..

tahun ni kena be more attentive bila berjalan, so that bila nampak kaunter amil bergerak leh gi terus bayar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2012 12:25 PM | Show all posts
2.Elakkan daripada membuat pembelian secara spontan


me baru dapat anak saudara lelaki so shopping dengan
gembiranya so baju raya dia aje 10 pasang
me belikan....



Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:27 PM | Show all posts
aku sambung raya tahun nih bersama @Acong  kat forum dari pagi sampai petang.. tak perlu baju raya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:29 PM | Show all posts
sesenjek posted on 24-7-2012 12:20 PM
dulu2 org bayarkan. hehehe..

tahun ni kena be more attentive bila berjalan, so that bila nampak ...

kat bazar ramadan n kat masjid pun ade kaunter zakat bergerak ni
dah senang nak bayar..xde excuses ckp xde masa nak pi byr etc
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:32 PM | Show all posts
tak jejak bazar ramadhan.

insyaallah masjid la kot.
eh, online pun ada kan. nak kena check.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.093457 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list