CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16006|Reply: 14

Hukum kalau masih makan waktu azan Subuh

[Copy link]
Post time 25-7-2012 08:41 AM | Show all posts |Read mode
Last edited by crossfire on 25-7-2012 09:08 AM \n\n
Ini jawapan Azhar Idrus








Kekadang kita rasa kita tahu segalanya..walhal Allah swt tunjuk..perkara asa pun kita tak tahu..ke guane zahar !!

Jika terdengar Suara Azan, sedangkan Gelas masih ditangan:

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata Rasulullah saw bersabda : "Apabila seseorang dari kalian mendengar seruan (Adzan) sementara gelas masih ditangannya, maka janganlah ia meletakkan gelasnya hingga ia selesai Minum"

(Shahih Sunan Abi Dawud No. 2060) di Shahihkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam Kitab Tamaamul Minnah (hal .417).

Syaikh Albani selanjutnya menjelaskan bahwa Hadits tersebut sekaligus menolak BID'AH tentang waktu IMSAK yg ditetapkan sekitar 10-15 menit sebelum Fajar (Adzan Subuh).

Orang-orang itu mengamalkan BID'AH ini karena takut mendapati Adzan Subuh dalam keadaan santap Sahur..


Cukuplah cara Beragama kita Islam yang Mulia ini berdasarkan apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw dan diamalkan oleh para Sahabat tanpa kita menambah nambahi dengan sesuatu amalan yang tidak datang dari Beliau SAW dasarnya adalah Hadits Shahiih Dari Aisyah ra, Rasulullah saw bersabda : "Barang siapa yang Beramal tanpa adanya tuntunan dari kami, maka Amalan tersebut tertolak" (HR. Muslim no. 1718, Abu Dawud No. 4606, dan Ibnu Majah No. 14).

Semoga bermanfaat untuk kita semua dalam mencari KEBENARAN dan semoga Allah Azza Wa Jalla memaafkan kesalahan kita semua.. Aamiin...

Wallahualam..


Credit: http://azmykelanajaya.blogspot.com/ untuk dakwa dakwi klik sini, cross tiada kena mengena dgn isu ini, cuma dibuka untuk discussion.

Open for discussion.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2012 09:06 AM | Show all posts

Salam...

Kita boleh bincang dari segi BEZA pendapat dalam isu ni... sat lagi saya bagi dalil MENYOKONG IMSAK pula....

Syaikh Albani selanjutnya menjelaskan bahwa Hadits tersebut sekaligus menolak BID'AH tentang waktu IMSAK yg ditetapkan sekitar 10-15 menit sebelum Fajar (Adzan Subuh).

Orang-orang itu mengamalkan BID'AH ini karena takut mendapati Adzan Subuh dalam keadaan santap Sahur..

Kalau MASA IMSAK tu BIDAAH yang MESTI DIPERANGI, maka bagitau kat JAKIM lah untuk tindakan susulan.... kan...??

Seluruh Malaysia ni pakai waktu Imsak sampai masuk radio dan tv...

Encik boleh mulakan perbincangan, harap tidaklah MENYERANG SECARA PERIBADI kepada ustaz yang anda tak gemar... sebab ramai yang pegang MASA IMSAK tu bukan bida'ah...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 09:10 AM | Show all posts
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَاصِمٍ قَالَ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ زَيْدَ بْنَ ثَابِتٍ حَدَّثَهُ أَنَّهُمْ تَسَحَّرُوا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ بَيْنَهُمَا قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ أَوْ سِتِّينَ يَعْنِي آيَةً

Telah menceritakan kepada kami 'Amru bin 'Ashim berkata, telah menceritakan kepada kami Hammam dari Qatadah dari Anas bin Malik bahawa Zaid bin Tsabit telah menceritakan kepadanya, bahawa mereka pernah sahur bersama Nabi SAW, kemudian mereka berdiri untuk melaksanakan solat (Subuh). Aku bertanya, berapa jarak antara sahur dengan solat subuh? Baginda menjawab, antara lima puluh hingga enam puluh ayat.
(SAHIH BUKHARI)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 09:13 AM | Show all posts
Last edited by mnm77 on 25-7-2012 09:25 AM \n\n

Tentang dalil:
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata Rasulullah saw bersabda : "Apabila seseorang dari kalian mendengar seruan (Adzan) sementara gelas masih ditangannya, maka janganlah ia meletakkan gelasnya hingga ia selesai Minum"

Maka saya setuju yang makan dan minum masih dibenarkan sewaktu Azan Subuh (ketika itu dia masih makan, bukannya baru nak makan), cuma YANG LEBIH baik SELESAIKAN sebelum Subuh (antara 50 - 60 ayat tu lebih kurang 10 - 15 minit)

WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2012 09:18 AM | Show all posts
mnm77 posted on 25-7-2012 09:13 AM
Tentang dalil:
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata Rasulullah saw bersabda : "Apabila seseorang dari k ...

terimakasih ..kerana pencerahan..tuan MOD...kerana menjadi amalan kita di Malaysia dan waktu imsak yg telah ditetapkan oleh pihak berkenaan, sesiapa yg berpuasa sebelum azan Subuh kita dah selesai SAHUR...mungkin last minute ada beberapa case seperti di atas..maka timbul kekeliruan .
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 11:43 AM | Show all posts
terima kasih di atas pencerahan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-7-2012 11:47 AM | Show all posts
aLieNzDaToR posted on 25-7-2012 11:43 AM
terima kasih di atas pencerahan

cross ada baca di pihak yg menyokong azhar idrus, berpendapat sebaliknya!!! wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:30 PM | Show all posts
crossfire posted on 25-7-2012 11:47 AM
cross ada baca di pihak yg menyokong azhar idrus, berpendapat sebaliknya!!! wallahualam.

Huraikanla sikit kat sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2012 03:34 PM | Show all posts
Last edited by crossfire on 26-7-2012 03:35 PM \n\n
dina_alea posted on 26-7-2012 03:30 PM
Huraikanla sikit kat sini...


AZAN KETIKA SEDANG SAHUR
Ramai yang keraguan tentang status puasa bagi mereka yang terus makan ketika azan subuh sudah kemundang dalam bulan ramadhan. Ada sebilangan mereka menyatakan, ketika sedang sahur, lalu kedengaran azan, maka teruskan makan sahur selesai makan. Pada mereka, hukum puasa itu adalah sah.

Alasan mereka adalah kepada satu hadis yang dirawayatkan oleh Imam al-Baihaqi yang dinilai saheh mengikut syarat Imam Muslim, iaitu hadis yang bermaksud;

"Seandainya seseorang daripada kamu mendengar azan dan bekas makanan ada dihadapan kamu, maka janganlah letakkan bekas makanan tersebut (berhenti makan) sehinggalah kamu menyelesaikan hajat kamu (habiskan makanan)"
Sebagai memberi penjelasan terhadap perkara ini adalah perbahasan seperti berikut;

Satu : Firman Allah yang bermaksud;
"makan dan minumlah hingga nyata benang putih hingga benang hitam dari fajar" (surah al-baqarah, ayat 187)
Ayat ini menjadi dalil qatie subut bahawa tahap waktu sahur adalah sebelum azan fajar.. apabila sudah fajar, tidak boleh makan lagi. jika makan juga, maka puasanya tidak sah, wajib diqadha' pada hari lain...

Kedua : adapun hadis riwayat al-Baihaqi pula bersifat ahad dan sudah pasti sifatnya Zanni al-Subut dan Zanni al-Dilalah. apabila ia bercanggah dengan maksud al-quran yang mengatakan sekadar fajar sahaja boleh makan, maka sudah pasti hadis ini perlu diihtimalkan.

ketiga : Dilihat kepada beberapa hadis, didapati ada hadis lain bahawa Nabi SAw pernah berkata yang bermaksud;
"Sesunggunya bilal bin rabah melaungkan azan pada waktu malam.. maka makan dan minumlah sehingga azan dilaungkan pula oleh Abdullah Ummi Maktum" (Muwatta')..

Makanya, hadis di atas diihtimalkan pada azan pertama yang berlaku sebelum subuh, iaitu azan mengejutkan orang bangun tahajud. Adapun bila azan subuh kemundang, maka tidak boleh lagi makan sahur. Sumber
Jadi dimana silapnya UAI? Nampaknya ada pihak yang sengaja mahu mengaibkan UAI....Tuduhan UAI nak pesongkan ummat Islam tu tuduhan yang sangat besar.....

http://naimnikmat.blogspot.com/2012/07/cepat-betul-korang-nak-hukum-ustaz.html

WALLAHUALAM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:45 PM | Show all posts
tq cross...

kalau ada pasal perkara ni al-quran, maka wajiblah kita berpegang pada al-quran berbanding hadis tu kan..sepatutnya hadis kan cuma menjelaskan lagi maksud yg disampaikan dalam al-quran.  Wallahualam..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 03:55 PM | Show all posts
dina_alea posted on 26-7-2012 03:45 PM
tq cross...

kalau ada pasal perkara ni al-quran, maka wajiblah kita berpegang pada al-quran berba ...

rasanya elok bertanya kepada yg ariff, Insyallah cross cuba tanya Dato Hassan Din, kalau bertemu nanti atau dgn yg ariff bab2 tafsiran...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 04:45 PM | Show all posts
dina_alea posted on 26-7-2012 03:45 PM
tq cross...

kalau ada pasal perkara ni al-quran, maka wajiblah kita berpegang pada al-quran berba ...

Hadith itu tidak bertentangan dengan Al Qur'an... apa yg diisyaratkan Oleh Rasulullah adalah batas waktu antara 2 fajar;

Fajar itu ada dua: (a) Adapun fajar yang seperti ekor serigala (yakni fajar kadzib yg arahnya tegak meninggi), maka saat itu tidak boleh solat (subuh) dan dibolehkan makan. (b) Adapun fajar yang bentuknya memanjang datar di ufuk (yakni fajar shidiq), maka saat itu dibolehkan solat (subuh) dan diharamkan makan (bagi yang puasa). (HR. Hakim dan yang lainnya, dishohihkan oleh Albani).

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jangan sampai sahur kalian diganggu oleh adzannya Bilal dan putihnya ufuk yang meninggi seperti ini, (tapi teruskanlah sahur kalian) hingga putih ufuk itu mendatar seperti ini!” (HR. Muslim: 1094).

Kebiasaannya.... azan dilaungkan mengikut waktu jam, bukan melihat fajar shidiq... kemungkinan azan itu dibuat ketika fajar kadzib, ketika itu masih dibolehkan makan sahur. Yang menentukan batas masa sahur/puasa adalah fajar shidiq.... BUKANnya Azan.

Al Baqarah:187
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
aku baru tgk video ustaz kazim elias pasal kes ni.video yg diterbitkan astro.dia kata lepas subuh mmg dah xboleh mkn dah.klu ada kat mulut kena buang.makanan tu kira bukan rezeki kita la.klu teruskan makan juga maka batallah puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 04:31 AM | Show all posts
Andai sedang makan sahur dan azan suboh berkumandang, bersegera lah menghabiskan baki makanan yang tinggal,  yang baki makanan penuh sepinggan tu agak2 lah... cukup sekadar beberapa suap untuk melepaskan hajat... sebelum azan tamat..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 03:00 PM | Show all posts
wanburn replied at 19-6-2015 05:57 AM
aku baru tgk video ustaz kazim elias pasal kes ni.video yg diterbitkan astro.dia kata lepas subuh mm ...

Memang lepas subuh dah takleh makan, akan terbatal lah kalau makan juga...

Cumanya, kes ketika azan masih berkumandang, ada kelonggaran boleh habiskan makanan yang dalam suapan, ini berdasarkan hadith... dan hadith ini hadith pasal kelonggaran untuk kes tertentu yang bukan disengajakan. Kebiasaannya Nabi bersahur dan selesai urusan sahur sebelum Subuh... dalam 50 - 60 ayat sebelum masuk waktu subuh (lebih kurang 10 minit sebelum subuh)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.408697 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list