CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30619|Reply: 443

[Tempatan] Abby jawab Zunar, ‘Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang’

[Copy link]
Post time 25-7-2012 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Last edited by ifanonline on 25-7-2012 11:46 AM \n\nAbby jawab Zunar, ‘Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang’
TERKINI @ 11:41:32 AM 25-07-2012
Oleh Amin Iskandar
July 25, 2012
KUALA LUMPUR, 25 Julai — Pelakon yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar), yang popular dengan panggilan Abby Abadi menjawab kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai “artis sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya” dengan mengatakan beliau hanya akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Abby Abadi juga berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

“Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita.

“Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik.

“Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan ‘padang’ yang bersesuaian dengan Syariah Islam.

“Dan kerana itulah Abby dan artis-artis lain yang berhijrah perlu bersama PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam PRU kali ini supaya tertubuhnya kerajaan baru yang pastinya akan memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan memastikan juga wujudnya industri hiburan yang mesra Syariah,” kata Abby Abadi kepada The Malaysian Insider dalam temuramah melalui kiriman pesanan ringkas WhatsApp sebentar tadi.

Sebelum ini Zunar dalam temuramah bersama The Malaysian Insider membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.

Menurut Zunar, PR juga perlu menyokong golongan artis yang menyertai mereka dengan memberi sokongan dana dan ruang untuk berkarya.

Menurut Abby Abadi lagi, hiburan bercorak Islamik sahaja tidak mencukupi tetapi perlulah mendorong ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Bukan sekadar Islamik tetapi menuntut kepatuhan ‘Amal Maaruf Nahi Mungkar,” kata bekas pelakon drama "Gerak Khas" terbitan Skop Production yang popular di RTM.

Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan kenyataan Zunar bahawa negeri-negeri PR tidak memberikan sokongan kepada golongan artis yang menyertai mereka untuk berkarya.

Katanya lagi, perubahan dalam industri seni dan hiburan tidak dapat dilakukan oleh kerana PR masih belum memerintah Malaysia.

“Negeri-negeri di bawah PR (Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang) memberi perhatian kepada industri (seni dan hiburan), kerana mereka mengakui industri ini mempengaruhi kehidupan manusia.

“Cuma dari peringkat dasar, memerlukan PR menang dan memegang kuasa ‘kerajaan pusat’ untuk merealisasikan industri seni berdasarkan syariat.

“Penghijrahan artis-artis kebelakangan ini adalah kerana kasih sayang Allah.

“Kebetulan pula waktu hampir dengan PRU, inilah medium terbaik untuk para artis yang nak dekat pada agama Allah ni.

“Kami gunakan platform yang ada untuk berikan kesedaran pada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan dakwaan Umno bahawa PAS terdesak meraih sokongan sehingga terpaksa menggunakan golongan artis kerana baginya, BN lebih banyak memperalatkan golongan tersebut.

“Terdesak gunakan artis?

“Rasanya soalan ini patut diajukan kepada pihak belah sana (BN) sebab mereka lebih nampak terdesak untuk mempertahankan kuasa yang mereka ada,” kata Abby Abadi.

Pelakon drama gerak khas itu membuat ‘penjenamaan semula’ terhadap dirinya dengan menampilkan ciri-ciri yang lebih Islamik selepas isu penceraiannya bersama pelakon Norman Hakim menjadi sensasi dalam media arus perdana.

Baru-baru ini, Abby Abadi menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian ahli seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan menteri besar Kelantan.


edisi artis plak harini...do what u have to do...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2012 11:52 AM | Show all posts
dia ni tak sedar ke dia penah terkinja2 dulu masa dlm kumpulan elite?
budget suci mcm xde dosa lampau...muhasabah la diri sikit
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 11:52 AM | Show all posts
artis gile meroyan.. artis yg kene tangkap basah, sume tarap2 paraih jadik simbol keagungang pas skarang
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 11:54 AM | Show all posts


Comments

Bukan ke dia cukur kening masa zaman artis..?  Post time 25-7-2012 02:57 PM
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 11:55 AM | Show all posts
takut jadi macam Rahimah Rahim dan Ogy jah

Comments

Doakanlah yang terbaik buat dia..  Post time 25-7-2012 02:52 PM
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 11:55 AM | Show all posts

ngan ustaz mana die belajor
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-7-2012 11:55 AM | Show all posts
berusjamban posted on 25-7-2012 11:52 AM
dia ni tak sedar ke dia penah terkinja2 dulu masa dlm kumpulan elite?
budget suci mcm xde dosa lamp ...

semua org berhak bertaubat...cuma mereka memilih masuk PAS dari masuk UMNO...sebab dlm UMNO sukar bertaubat...busuk sampai ke usus che det kata...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 11:57 AM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 25-7-2012 11:52 AM
artis gile meroyan.. artis yg kene tangkap basah, sume tarap2 paraih jadik simbol keagungang pas ska ...

artis pun manusia biasa unek,

ada juga yang tak dapat nak beza antara jabatan kebajikan masyarakat
dengan parti litikpo bila dilanda musibah dan masalah dalam hidup

derang tak tau dengan memilih isi borang pas,
rupanya keadaan derang ibarat keluar daripada mulut tenuk
masuk pulak mulut cipan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2012 11:58 AM | Show all posts
Last edited by sitihawa on 25-7-2012 11:59 AM \n\n
berusjamban posted on 25-7-2012 11:52 AM
dia ni tak sedar ke dia penah terkinja2 dulu masa dlm kumpulan elite?
budget suci mcm xde dosa lamp ...

agak2 dia mampu ke jadi seperti nor kumalasari .
selepas insaf dari menjadi artis, dia betul2 menjadi muslimah yg boleh dijadikan contoh.
atau, dia akan menjadi spt ahak fauziah ahmad daud? bertudung tapi masih aktif di layar hiburan?
atau menjadi seperti atuk T, bertudung, bukak2 dan terus aktif dilayar hiburan?


kita lihat mana satu pilihanya
aku pilih norkumalasari




Comments

Artis ni.. jarang jumpa yang tottaly berubah.., macam ni pun.., masih merokok.. cuma tak nampak macam perempuan jalang jer...  Post time 25-7-2012 02:59 PM
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 11:59 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 25-7-2012 11:55 AM
takut jadi macam Rahimah Rahim dan Ogy jah

knp dgn mereka? pls recall us?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 12:02 PM | Show all posts
nk berubah ke arah jln yg trskan jelah ..takyahlah nk bikin kontrovensi....dh cukup ilmu ke abby nie nk ckp psl dosa sana sini...sudahlah abby oiii...aku nengkok skrg abby lah rentis yg paling hebat dok canang sana sini...apa tujuan dia berhijrah lepas tu suka bikin statement ke laut..aku bg cth irma catriona n lain2 xda pulak aku nengkok dia org canang n cibuk politik sana sini.....naik meluat pulak aku gan abby nie
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 12:03 PM | Show all posts
sitihawa posted on 25-7-2012 11:58 AM
Last edited by sitihawa on 25-7-2012 11:59 AM \n\n
agak2 dia mampu ke jadi seperti nor kumalasari  ...

yg ni org respek la... tp tdk abby....
org pas pun dah bersuara dah.... takyah nak angkat sgt retis... tambah2 retis yg ckp kosong... ikut dan je bg statement....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 12:04 PM | Show all posts
g2606 posted on 25-7-2012 12:02 PM
nk berubah ke arah jln yg trskan jelah ..takyahlah nk bikin kontrovensi....dh cukup ilmu ke abby nie ...

aishah pun join pas... tp tak melalut kelaut mcm die nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 12:06 PM | Show all posts
gadget posted on 25-7-2012 11:59 AM
knp dgn mereka? pls recall us?

Dulu Rahimah Rahim tu, masa berhijrah terus tak nak salam, ok lagi. Pastu pakai glove, ogypun sama, ok lagi..pastu kalau wartawan tanya atau halakan kamera tolak dengan kasar...Saya bukan artis lagi, tolong hormat peribadi saya..Minta TV dan media cetak jgn keluarkan lagi karya2 dan gambar2 zaman berjambul dulu...Nah, sekarang ni, mengeletis bertempuk bertampar dgn lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 12:06 PM | Show all posts
Hanya Allah yg tahu isi hati nya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 12:06 PM | Show all posts
apa cerita nak berdebat dgn AcMizal tu..senyap gitu je

Comments

Bukan AC ke yg ajak dia berdebat?  Post time 25-7-2012 02:54 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2012 12:08 PM | Show all posts
Berhijrah itu bagus tapi tak perlulah takbur sehingga menghina kawan dan taulan yg masih bergantung hidup dgn industri ini untuk mencari rezeki. Perubahan secara drastik kdg2 tak lama, ada lebih baik bekerja tanpa perlu mengundang kontroversi
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 12:08 PM | Show all posts
dino posted on 25-7-2012 12:04 PM
aishah pun join pas... tp tak melalut kelaut mcm die nih

apa nak jadi la dengan trend songsang terkini para artis ni

bersosial di sana sini,
menjalani kehidupan glamour bak bintang di langit

bila terasa nak bertaubat, isi borang pas dan bayar yuran

terus terasa diri serta merta di tahap ulama

Comments

I rasa.. agak lama dia berubah, cuma baru2 ni join PAS.  Post time 25-7-2012 02:55 PM
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 12:08 PM | Show all posts
dino posted on 25-7-2012 12:04 PM
aishah pun join pas... tp tak melalut kelaut mcm die nih

aishah setau aku ada digree...kira well educated lah kalau nk dibanding dgn abby spm nie...

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 12:08 PM | Show all posts
gamaknya kalu masuk PAS ni blh suci murni ker????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.521662 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list