CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2821|Reply: 4

Raya Puasa pulak puiii!!! kata Pak Berahim

[Copy link]
Post time 26-7-2012 08:37 AM | Show all posts |Read mode



Memang betul la Pak Berahim ni fobia nak menghadapi Pilihan Raya. Macam yang sahabat Semut cakap semalam la. Orang tua ni bengong tak sudah!!!


Selagi tak umum tarikh PRU, selagi tu la Pak Berahim ni meroyan tak tentu arah!!! Dah macam - macam pulak spekulasi yang dia buat.


Sebelum ni, dia kata, PM tak bertanggungjawab sebab nak buat Pilihan Raya dalam waktu musim Haji yang akan datang. Puas la dia paksa ahli PAS supaya tangguh pergi Haji.


Tapi, bila dibidas tuduhan yang dia buat tu, dah dia tukar pulak. Kalau sebelum ni, musim Haji yang dia kaitkan dengan PRU. Kali ni, Raya Puasa la pulak.


Kata Pak Berahim, adalah menjadi satu kesulitan kepada pengundi untuk pulang buat kali kedua sekiranya Pilihan Raya dibuat dalam waktu Raya Puasa.
KUALA LUMPUR - Pas menjangkakan peratusan undi akan rendah jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan selepas cuti umum Aidilfitri.




Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia kerana pengundi tentunya sukar dan berfikir panjang untuk pulang kali kedua selepas pulang bercuti Aidilfitri.


"Jika benar ia diadakan pada bulan September maka peratusan mengundi akan merosot kerana majoriti pengundi baru sahaja balik dari bercuti selain faktor utama adalah dari segi kewangan mereka," katanya kepada Harakahdaily.


Menurutnya lagi, jika perkara itu benar-benar berlaku, ianya juga seolah-olah cuba untuk menafikan hak rakyat khususnya pengundi luar untuk pulang mengundi.
Bila pulak Perdana Menteri umum nak adakan Pilihan Raya dalam musim Raya Puasa ni? Dari mana Pak Berahim ni dapat berita tersebut?


Suka - suka hati dia je nak buat tuduhan yang bukan - bukan. Padahal, PM pun belum tentukan lagi tarikh PRU nak dibuat bila.


Lepas tu siap buat tuduhan pulak kononnya TPM tak setuju kalau PRU dibuat tahun depan. Nampak sangat la dia saja nak melagakan PM dengan TPM. Dah tak de kerja lain gamaknya.

Macam dah tak boleh sabar - sabar pulak dah orang tua ni. Tak sabar nak kalah lagi ke? Kot ye pun dia tak sabar nak kalah lagi, tunggu la!!! Yang dia nak meroyan tak tentu arah ni pasal apa!!! Orang lain rilek je. Dia menggelupor tak tentu arah apa pasal!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 11:46 AM | Show all posts
bukankah dlm paper ada yg ramalkan lepas September

bukan Harakah okey, tapi BHarian ataupun Utusan

September sesuai untuk pilihan raya
Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Mei - September dijangka tarikh yang paling sesuai untuk kerajaan melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, September mungkin tarikh paling sesuai berdasarkan momentum pentadbiran kerajaan yang berada pada tahap terbaik sekarang.

"September paling sesuai, tidak pada Jun sebab mesti ada jangka masa persediaan jentera untuk pilihan raya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan sudah bersiap sedia untuk menguruskan PRU-13 sekiranya Parlimen dibubarkan bulan ini.

Beliau bagaimanapun berkata, ramalan itu tidak akan menjadi kenyataan sekiranya kerajaan mahu mempercepatkan proses pilihan raya berkenaan.

"Kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hendak mempercepatkan proses, boleh jadi Julai sebelum puasa. Tahun depan agak mustahil sebab terlalu dekat dengan tarikh akhir pembubaran Parlimen," katanya.

Sementara itu, tokoh akademik pengurusan strategik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Za'faran Hassan berkata, pengumuman persediaan SPR bukan petanda mutlak PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat.

"Ia sekadar pengumuman biasa yang dilakukan oleh badan itu sebagai bukti mereka sudah bersedia," katanya.

Penganalisis politik itu juga memilih September sebagai masa paling munasabah setelah mengambil kira tarikh pembentangan bajet pada Oktober.

"Saya percaya PRU-13 akan diadakan sebelum dan bukannya selepas bajet kerana kerajaan harus pastikan mereka adalah kerajaan yang memerintah semasa pembentangan," katanya.

Beliau berkata, PRU-13 tidak akan diadakan pada Jun kerana kerajaan perlu mempertimbangkan beberapa isu yang menjejaskan imej negara walaupun berada pada momentum yang baik ketika ini.

"Kerajaan sudah melaksanakan agenda pemerintahan dengan baik, cuma ada isu Bersih yang masih belum diselesaikan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 12:23 PM | Show all posts
hadoi!!!!! KANTAOI LAGI !!!
APA PONN +1 LAH!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 01:09 PM | Show all posts
BENTARA posted on 26-7-2012 12:23 PM
hadoi!!!!! KANTAOI LAGI !!!
APA PONN +1 LAH!!!


Lama Tuan Ibrahim nak komen pasal jangkaan bulan September PRU-13.

Sebab itu lebihbaik daftar mengundi ditempat kita bermaustautin, bukannya di kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 01:53 PM | Show all posts
rashiman posted on 26-7-2012 01:09 PM
Lama Tuan Ibrahim nak komen pasal jangkaan bulan September PRU-13.

Sebab itu lebihbaik daftar ...

betol tuh!!!! tp area aku BN letak koliang la.....
PR pon koliang!!!! isk isk isk!!!!
undi aku batal.. aku malas nak i sebab adun lak menang free!!!
kalau tak misti meriah area aku!!!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.301255 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list