CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3643|Reply: 11

[Jenayah] ketua penegak undang2 pun makan rasuah... hamdalah...

[Copy link]
Post time 26-7-2012 02:26 PM | Show all posts |Read mode

Bekas MD Ho Hup lapor polis, gesa AG disiasat
  • Hafiz Yatim
  • 11:50AM Jul 26 2012

Bekas pengarah urusan Ho Hup Bhd, Datuk Low Tuck Choy membuat laporan polis yang mempersoalkan mengapa siasatan atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan rasuah masih belum dimulakan ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Low mendakwa bahawa invois Ho Hup yang tertera nama Abdul Gani seperti yang dimuatkan di dalam satu blog pada tahun lalu merupakan dokumen asli.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan timbalan menteri Datuk Liew Vui Kong di parlimen pada bulan lalu bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada akan memulakan siasatan.

Invoise berkenaan menyatakan bahawa sejumlah RM18,000 dibayar oleh Ho Hup selepas kerja-kerja elektrikal dijalankan ke atas satu banglo di Seremban.


Low, 54, dalam laporan polis bertarikh 20 Julai yang dilihat Malaysiakini, mendakwa belum ada pihak yang mengambil kenyataannya selepas laporan yang dibuatnya berhubung hal ehwal syarikat berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dua tahun lalu.

Low juga berkata beliau turut membuat aduan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga dua tahun lalu.

Beliau menggesa pihak berkuasa menyiasat Abdul Gani “tanpa gentar atau pilih kasih".

“Saya merujuk kepada kenyataan Liew di parlimen pada 26 Jun, di mana beliau menyatakan bahawa SPRM masih sedang menimbangkan kemungkinan untuk menyiasat dakwaan bahawa Abdul Gani telah menerima rasuah daripada satu firma pembinaan.

“Saya percaya firma pembinaan yang dirujuk oleh Liew itu ialah Ho Hup. Berdasarkan kenyataan Liew, saya berpandangan bahawa SPRM sebenarnya masih belum memulakan siasatan ke atas Abdul Gani tetap hanya mempertimbangkan untuk berbuat demikian.

"Pemahaman saya ialah, SPRM masih belum membuka fail siasatan ke atas Abdul Gani," kata Low dalam laporan polisnya


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 02:29 PM | Show all posts
hairan aku, banyak tuduhan di buat ke atas gani patail tetapi takde sekor habuk pun nak ambil tindakan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:35 PM | Show all posts
bukan sekali ni jek....dah byk dituduh....tapi orait je dia di atas sinun
kebal dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:37 PM | Show all posts
ifanonline posted on 26-7-2012 02:29 PM
hairan aku, banyak tuduhan di buat ke atas gani patail tetapi takde sekor habuk pun nak ambil tindak ...

*Deme adalah Golongan Maksum.

So, camana nak siasat...............jauh sekali nak dakwa dakwi mereka.

Yang bley 'siasat' or 'soal jawab' mereka hanyalah Mungkar n Nangkir. (lam kubur)
Serta di Padang Mayshar kelak yg menjadi SAKSI UTAMA ialah kaki, tangan, mater, tinger serta kemaluan mereka.....

*Tun Tan Tin Tun Tuer Terkutuk, Pak ZzzzzZzZzzzzlah, Nenek Pidah, Bijan, si Lembu bla bla bla bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:39 PM | Show all posts
kebal cam keta kebal......atas dunia kebal laa...lam tanah nanti..kita tengok siapa hero....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:42 PM | Show all posts
dia ada ilmu pendinding kot...tu yg kebal

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2012 02:43 PM | Show all posts
Harapkan pagar.. Pagar makan padi... :@
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:45 PM | Show all posts
apa nak jadahnya semua ini  - Edisi Siasat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 03:01 PM | Show all posts
ifanonline posted on 26-7-2012 02:29 PM
hairan aku, banyak tuduhan di buat ke atas gani patail tetapi takde sekor habuk pun nak ambil tindak ...

tu yg aku gigih dok membangs*tkan BN
kalau pembangkang lajuuu jer bukak kes
kalau kroni bn, buat2 x nmpak

x kisah2 nak dakwa pembangkang ponnnn
salah tetapp salah
tp biarlah adil
jgn pilih bulu nak bukak kes
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:03 PM | Show all posts
apa kes nih ... tak paham aku ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:19 PM | Show all posts
itulah kelebihan menteri2 umno, lepas makan duit kene pandai jolok duit, mmg lepas laaa....tutup kes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 04:12 PM | Show all posts
lambaian posted on 26-7-2012 02:35 PM
bukan sekali ni jek....dah byk dituduh....tapi orait je dia di atas sinun
kebal dia ni

dia dah banyak selamatkan punggung para pemimpin UMNO BN.. jadi sebab tuh dia kebal hingga kini .... tunggu BN jatuh nak tgk dia kebal atau tak....


bila tuan hakim pun dah sebenarnya kepala perompak... apa laa nilai negara malaysia yg terchenta nih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.068383 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list