CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4124|Reply: 1

[Tempatan] Cukai kancil RM16,500 sebijik!

 Close [Copy link]
Post time 26-7-2012 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Peh.





Jika harga kancil RM40,000 = maka jumlah yang dicukaikan ialah RM16,500 sebijik!

Cukai yang dimaksudkan ialah ;

- cukai jualan 10%
- duit eksais 60%

Ini tak termasuk kadar bunga bank oke [atas pinjaman]. Menurut data yang dikeluarkan oleh CUEPACS pada tahun 2009, dari 1,086 jumlah penjawat awam, 50% darinya di isytiharkan muflis. Nak tahu kenapa? Sebab = gagal bayar hutang kereta. [rujuk sini]

Dan macam yang aku sebut, kereta di malaysia sebenarnya bukan merupakan kehendak tetapi keperluan kerana sistem pengangkutan kita yang teruk. Yang mana memerlukan masa yang sangat panjang dan lama untuk memperbaiki ia selepas PR mengambilalih putrajaya. Jika kita kekal bersama bn, pls jangan bermimpi itu akan berubah. Redha saja dengan keterukkan itu bhai.

Sambung balik isu kereta. Ini bermaksud setiap pembeli kereta = pembayar cukai. Bahkan bukan sekali bayar, kita bayar secara berterusan.


1. Bayar ketika membeli kereta.


2. Bayar melalui roadtax.

3. Bayar lagi menerusi insurans.

4. Bayar lagi ketika guna tol.

Ini juga membuktikan kita sudah terlalu banyak bayar dan bayar dan bayar sehinggakan kita boleh terfikir hey apa yang aku dapat setelah membayar itu dan neh? Ko nak bina jalan pun guna wang rakyat. Lagi ko letak tol dan itu pun ko minta dari rakyat. 2 kali minta duit = ketika bina satu lebuhraya.

Selepas itu time beli kereta ko letak cukai tinggi2 atas alasan melindungi proton = dan ko buatbodohjek dengan sistem pengangkutan awam = agar seme orang terpaksa membeli kenderaan untuk bergerak =  ko untung melalui cukai = rakyat terseksa sekali lagi dan hey selepas bayar cukai kereta, faedah dari bank kerana meminjam, kena bayar cukai jalan + insurans dan tol ketika guna jalanraya = rakyat patut bersyukur hidup di bawah bn kerana janji ditepati dan majoriti tak perlu bayar banyak cukai?


Mungkin kah bien hidup di alam mimpi?


Nak makan kepsi pun ko kenakan aku cukai.


Dan jika ko berkuasa pada pru-13, ko akan kenakan aku cukai setiap kali aku shopping di pasaraya atas nama GST dan topup henpon.


Dan itu semestinya sudah lebey.


Beginilah.


Isu bayaran itu neh bukanlah isu pokok. Isu nya ialah sejauh mana kita mendapat kembali kebaikan setelah bersusah payah membayar itu neh. Setakat kedai satu malaysia sana sini kemon lah weh. Korang tak fikir aku neh anak kucing yang setakat hadap frikies percuma jek kan.


Katakanlah kita terpaksa ;


- bayar mahal untuk kenderaan = takde tol = harga minyak rendah or sebaliknya.


- bayar mahal untuk rumah tetapi seme rakyat di utamakan mesti memiliki sekurang2nya sebuah rumah dan bukan hanya orang2 kaya jek mampu memiliki rumah = memonopoli hartanah di malaysia = bagi tujuan spekulasi dan menjana kekayaan.


- Bayar pelbagai cukai dan blabblablabla = pendidikan dunia + akhirat percuma tanpa perlu bersusah payah menyimpan duit untuk belajar. Nak belajar dalam bidang agama pun kena pinjam bhai.

Senang cakap kita bertolak ansur. Orang finland bayar cukai tinggi = pendidikan percuma. Ini nama nya tolak ansur. Kita? Bayar cukai tetap tinggi = tetapi bien jaja cakap rakyat malaysia takde lah ramai mana bayar cukai [puiiiiii] = segala2nya tetap mahal sehingga menekan kita ke jalan yang langsung takde pilihan = mana ada tolak ansur dari bien?


Dia menekan dan menekan kita, tetapi sedikit tolenrasi dan tolak ansur pun dia taknak bagi kat kita. Nak bangunkan negara neh, bukan orang kaya jek ko kena sayang, golongan macam kami neh pun perlu ko pentingkan. Sebab? Tanpa kami, orang2 kaya takley kaya bahkan tanpa kami negara juga takan boleh menjadi maju beb.


Menurut rafizi kan ;


1. 71.9 % rakyat di malaysia gunakan kereta beb.


2. Ini bermaksud 71.9% rakyat bayar cukai kereta kepada kerajaan.


3. Ini kerajaan bien cakap majoriti dari kita tak bayar cukai?

4. 71.9% = bukan kah majoriti daripada 100% bhai?

Sudah cukup-cukuplah. Korang nak bayar rm16,500 kat kerajaan bila beli kereta kancil bila korang sehingga ke hari neh cuma dapat rm500 jek balik? Itupun guna duit diri sendiri or ubah senario neh?

Well, rm16,500 tue cuma cukai untuk sebuah kereta kancil yang berharga rm40k. Bukan kereta2 lain yang lebih mahal harga nya. Semakin mahal = semakin tinggi cukai beb. Tapi seme neh hanya akan berubah sekiranya mandat pusat diberikan kepada PR beb.


Ingat, PR tak mampu ubah nasib kita. So sapa yang mampu? Tengok tangan dan jari diri sendiri. Amek cermin. Nampak muka tue? Nampak tangan tue? Nampak? Yang itu dia mampu. Bai.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 02:47 PM | Show all posts
Boleh sambung di thread pasal Rafizi janji manifesto "slash car tax kalau menang PRU 13"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076981 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list