CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5979|Reply: 48

[Tempatan] Najib kaki online,antara ranking ke 25 dunia

[Copy link]
Post time 28-7-2012 10:22 PM | Show all posts |Read mode
28 Julai 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disenaraikan sebagai seorang daripada 25 pemimpin dunia yang paling aktif berhubungan di Twitter, dalam laporan yang diterbitkan oleh Burson-Marsteller.

Laporan yang diterbitkan baru-baru ini, dikenali sebagai Twiplomacy, merupakan kajian pertama seumpamanya di peringkat global mengenai pemimpin-pemimpin dunia di Twitter.

Laporan itu meletakkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai pemimpin dunia yang perkembangannya paling banyak diikuti di Twitter manakala akaun Najib sebagai nombor 2 di Asia dan nombor 17 di dunia daripada  254 ketua kerajaan dan negara dan institusi mereka.

Ia juga menyenaraikan Najib sebagai pemimpin dunia keenam paling popular yang "tweets properly" -- hanya 30 daripada 254 ketua negara dan kerajaan yang sebenarnya menulis entri mereka sendiri di Twitter.

Najib mula menulis di Twitter pada 23 Sept, 2008 dan setakat hari ini, beliau mempunyai 767,679 pengikut di Twitter dan menulis 2,675 tweets dan 81 'following'.
      
Ini menjadikan beliau setakat ini pemimpin paling popular di Asia di Twitter, per kapita (1 dalam 37) dan selesa dalam kedudukan 10 terbaik di peringkat global.

Menurut laporan itu, Najib juga mengikuti perkembangan beberapa pemimpin antarabangsa dan serantau dan dihubungkan dengan @bluehousekorea, @karimmassimov_e dan @number10gov.

Laporan itu juga menyatakan Najib ialah antara pemimpin yang cepat memanfaatkan kemudahan Twitter.

"Perdana Menteri Malaysia Najib Razak aktif berhubung dengan audien beliau. Beliau tweets secara peribadi dan mendekati setengah juta pengikutnya dengan kuiz dan sweepstakes.

"Sebanyak 17 peratus daripada tweets beliau ialah perbualan dan termasuk jawapan," menurut laporan itu yang boleh dilayari di twiplomacy.com.
   
Mei lepas, beliau menganjurkan majlis sarapan pagi dengan pengikutnya yang ke-500,000 dan tiga pengikut Twitter yang lain.

Twiplomacy melaporkan yang beliau mengabadikan majlis itu dengan memuat naik gambar tetamunya menerusi Twitpic dan video YouTube.

Najib memanfaatkan teknologi untuk mendekati secara peribadi seperti menjawab soalan di Facebook dan Twitter beliau -- baik secara langsung atau sesi soal jawab yang dirancang terlebih dahulu seperti #TanyaNajib dan 1Malaysia Roundtables.

Beliau juga menganjurkan majlis dengan rakan online di seluruh negara, yang bermula dengan majlis minum petang di kediaman rasmi beliau, Seri Perdana dan kemudiannya diperluaskan kepada majlis pertemuan.

Daripada segi politik dan kerajaan, Perdana Menteri menggunakan media sosial untuk bertanyakan kepada rakyat Malaysia bagi mendapatkan sebarang cadangan dan idea untuk Belanjawan 2013 serta input bagi Akta Harmoni Nasional, yang akan menggantikan Akta Hasutan yang digubal pada zaman penjajah.

Ini disusuli pengumuman oleh kerajaan pada awal Julai bahawa semua jabatan dan agensi kini perlu mendapatkan pandangan orang ramai sebelum mencadangkan draf pindaan terhadap undang-undang sedia ada atau  memperkenalkan Rang Undang-Undang baharu.

Platform online MyIdeas diperkenalkan kepada rakyat untuk mengemukakan idea mereka dengan yang terbaik dipilih menjadi dasar-dasar kerajaan. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2012 10:31 PM | Show all posts
gambar candle lite dinner dgn altantuya ada?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 10:31 PM | Show all posts
dah takde keje sgt ke najib ni?twit 24 jam
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 10:35 PM | Show all posts
aku sunggoh heran cemana seorang PM yang sudah tentu sangat sibuk boleh Tweeting 24 jam without fail, sedangkan aku yang bukan PM atau CEO pun takdak masa nak buat begitu....atau Najib memang takdak keja, buat2 sebok jah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 10:37 PM | Show all posts
macam la nuwat taugeh besaq tak da twittter...tu pu aktif juga...siap masuk online gay pun org tak kisah...pemimpim syumulllll
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 10:38 PM | Show all posts
beliau mendekati rakyat la..
berbangga la sikit..PM kita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2012 10:40 PM | Show all posts
ape najeb nak heran..

askar2 dia yang buat keje.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 10:43 PM | Show all posts
next PRU-13 lingkuttttttttt....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2012 10:45 PM | Show all posts
elok la tu die twit..mendekatkn dr dgn rakyat..tp still aku x puas hati die ngan isu tuya, flip flop, isu debat ngan anwar..pm bacul isu bg bonus pn sbb dekat pilihanraya..kalu x ala2 brim ngan spendar murah jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 11:00 PM | Show all posts
Kalau bab gigih tweeting nie, mmg aku puji Najib.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 11:17 PM | Show all posts
ada tak ranking facebook pemimpin yg pernah change jantina?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 11:31 PM | Show all posts
Elehe ape nk heren setakat nk tweet 24 jam kalu bajet cybertrooper pon rm300k sebulan
Tu pon pencacai umNGOK rase best sgt ngn si bijan neh
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 12:11 AM | Show all posts
bagusla...at least dia tau pendapat rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 12:40 AM | Show all posts
nazadiyah posted on 28-7-2012 10:37 PM
macam la nuwat taugeh besaq tak da twittter...tu pu aktif juga...siap masuk online gay pun org tak k ...

betulkah die masuk on9 gay?


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 12:40 AM | Show all posts
Muntz posted on 28-7-2012 11:00 PM
Kalau bab gigih tweeting nie, mmg aku puji Najib.

rosmah yg plg bagus..:@
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 12:52 AM | Show all posts
dauswq posted on 29-7-2012 12:40 AM
betulkah die masuk on9 gay?

habis, takkan dia nak terjah direct kat student2 kan? i pikir logik...mesti dia mingle ngan puak2 gay juga.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2012 01:02 AM | Show all posts
chaintea posted on 28-7-2012 10:38 PM
beliau mendekati rakyat la..
berbangga la sikit..PM kita

of coz dear .. we shoud be proud of our PM ...

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 01:08 AM | Show all posts
nazadiyah posted on 29-7-2012 12:52 AM
habis, takkan dia nak terjah direct kat student2 kan? i pikir logik...mesti dia mingle ngan puak2  ...

u ckp ni pki logik dan tak semestinya anwar ibrahim berbuat demikian...so boleh consider fitnah tau


hati2 bila berborak di bulan puasa..
satu perkataan u yg org sebut, org boleh percaya...

Comments

eh momod juga..maybe not a student neh..  Post time 29-7-2012 01:59 AM
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 01:53 AM | Show all posts
dauswq posted on 29-7-2012 01:08 AM
u ckp ni pki logik dan tak semestinya anwar ibrahim berbuat demikian...so boleh consider fitnah ta ...

lorrr buat ae la aku nak menipu ,kan bulan puasa..fitnah pun jauh dari sudut hati ini....i paham, u masih student, dan jadikan dia idola. Make sure jangan rapat2k, nanti dia gosok belakang u, khayal jadinya...mashaallahhhhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 01:57 AM | Show all posts
tapek nih.... nuwat siap bergurau lagi ngn penyokong2 kat twiter tauuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.383472 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list