CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3823|Reply: 16

Mari Melawat Sekolah Di Afghanistan (18 Gambar)

[Copy link]
Post time 1-8-2012 08:06 AM | Show all posts |Read mode
Di Malaysia anak-anak berumuar dari 7-17 tahun wajib menghadiri sekolah. Ini bagi memastikan mereka mempunyai asas yang cukup untuk at least get a job. Kadar kecelikan membaca di Malaysia ialah melebihi 98% bagi remaja diantara 15-24 tahun. Sistem persekolahan Malaysia walaupun tidak perfect kerana terlalu fokus kepada regurgitasi fakta masih boleh dikira berjaya dari segi ini. Sungguhpun begitu masih ada anak muda yang ponteng sekolah setiap hari. Ada sahaja alasan diberikan seperti bosan ataupun memang malas tahap keldai mendak.

Tidakkah mereka sedari betapa beruntungnya mereka jika dibandingkan dengan kanak-kanak dan remaja dari dunia ketiga?

Mari kita ke Kabul dan melawat sebuah sekolah yang dibuka selepas kejatuhan rejim bathil Taliban. Ketika Taliban memerintah sekolah hanya dibuka untuk orang lelaki. Kaum hawa diharamkan ke sekolah kerana katanya haram perempuan keluar rumah tanpa muhrim. Akibatnya anak gadis disekolahkan secara rahasia oleh ibu bapa yang tidak jumud macam Taliban al Bathil! Kepada yang tidak bernasib baik. mereka akan dikahwinkan kerana itu sahaja fungsi wanita di mata mereka. Kahwin dan buat anak. Tidak mengejutkan kadar perkahwinan dikalangan gadis bawah 15 tahun amat tinggi di Afghanistan. Lebih tinggi dari peratusan
perkahwinan bawah umur di FELDA Pahang. Ha ha ha!

Anyway sekolah di bawah dibina oleh kerajaan Afghanistan dengan bantuan wang Amerika Syarikat. Sekolah kecil ini mempunyai 1900 orang pelajar yang menghadiri 2 sesi persekolahan. Terdapat 1200 pelajar lelaki dan 700 pelajar perempuan. Walaupun on paper ianya sekolah campur, pelajar lelaki dan wanita tidak memasuki kelas yang sama kerana mereka masih percaya kepada sistem pengasingan jantina. Kerana sekolah ini kecil, ada kelas yang terpaksa diletakkan di kaki lima diantara bilik darjah yang lain. Sekolah ini walaupun baru dibina masih nampak tidak setaraf dengan sekolah yang ada di Malaysia.

Kenapa kami katakan begini? Cuba tengok elok-elok. Perasan tak sesuatu yang tak kena? Sekolah ini tiada bekalan elektrik maupun air. Ianya hanya bangunan batu dengan tingkap dan pintu. Kalau panas pastinya pelajar dan guru kepanasan. Pada musim sejuk pula beku macam The Fist of First Men!

Yang menakjubkan ialah walaupun boleh dianggap dhaif mengikut standard kita, sekolah ini tidak mengalami masalah ponteng dikalangan pelajarnya. Malahan mereka terpaksa menghadkan jumlah murid. Anak-anak muda Afghanistan menyedari bahawa jalan terbaik untuk memperbaiki nasib mereka dan keluarga ialah dengan mendapatkan persekolahan yang baik. Bukan masuk akademi nyanyian Astro seperti di Malaysia. Persekolahan juga memastikan Afghanistan boleh membina semula negara mereka yang musnah akibat peperangan yang sudah masuk abad yang kedua!

Sekolah di Afghanistan juga unik kerana penggunaan empat bahasa iaitu Pashtu, Arab dan Dari. Oh dan tahukah anda kerjaya sebagai guru ialah antara yang paling dihormati dan lumayan di sini? Gaji seorang cikgu mencecah USD200 (RM 625) sebulan dan ini setanding dengan gaji seorang doktor di Kabul!

See there? Di negara yang hancur musnah akibat peperangan, guru dihormati dan dibayar setimpal. Kami berharap Afghanistan akan bangkit seperti Phoenix. Sudah tiba masanya negara ini maju dan tidak dibelenggu peperangan dan extremism.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 09:09 AM | Show all posts
kesian nyer ya sekolah dia....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 09:12 AM | Show all posts
kesiannyeee....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 04:47 PM | Show all posts
"malas tahap keldai mendak"

xleh blah ayat
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 04:50 PM | Show all posts
pentingnye ilmu dlm idup...

syukur kt malaysia akses pendidikan agk mudah...tinggal lg nk rebut peluang tu ke idak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 05:08 PM | Show all posts
nak propose ngan MOE bior bebudak skolah yg kerap ponteng skolah tu dihantor seminggu ke afganistan..bior deme insap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2012 05:33 PM | Show all posts
Yang tak cukup kemudahan pembelajaran bersunguh2 nak belajar yang dah ada semua kemudahan pulak yang malas nak belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 08:48 PM | Show all posts
kagum ngan diorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 11:53 PM | Show all posts
budak2 Afghanistan ni ia2 pergi sekolah nak belajar....budak2 kita ia2 pergi sekolah nak jadi samseng.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 07:07 AM | Show all posts
bersyukur hidup di malaysia...
serba serbi lengkap....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 07:40 AM | Show all posts
kagumnyer..dah tua..sekolah onfrastruktur truk nak mamposs..tp derang tetap pergi sekolah..

semoga mereka di rahmati..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 07:41 AM | Show all posts
cmf_Kimmy posted on 1-8-2012 11:53 PM
budak2 Afghanistan ni ia2 pergi sekolah nak belajar....budak2 kita ia2 pergi sekolah nak jadi samsen ...

tak sedar diri budak2 bodoh sombong kat mesia neh..patutnyer campak jeh pergi afgan.. bia tau pangit tinggi rendah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 08:05 AM | Show all posts
sebak nye tgk dorg.. demi menuntut ilmu walaupun serba kekurangan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 11:29 AM | Show all posts
serba kekurangan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 01:08 PM | Show all posts
cmf_Kimmy posted on 1-8-2012 11:53 PM
budak2 Afghanistan ni ia2 pergi sekolah nak belajar....budak2 kita ia2 pergi sekolah nak jadi samsen ...

setuju!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 08:47 PM | Show all posts
perempuan x g sekolah ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 03:40 PM | Show all posts
ni sekolah lelaki ke? sekolah perempuan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.085964 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list