CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11525|Reply: 43

PEPSI Singkatan Daripada “Pay Every Penny to Save Israel”? dan Coca Cola..?

[Copy link]
Post time 3-8-2012 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Para cendekiawan Islam Timur Tengah menyatakan mereka tidak akan pernah menarik balik pernyataannya bahawa Pepsi Cola secara asasnya adalah nama kod bagi komplot Zionis.


Institut Kajian Media Timur Tengah (MEMRI) telah mengeluarkan kenyataan berbahasa Inggeris yang diberikan oleh seorang cendekiawan Islam di Mesir bulan Februari yang lalu, di mana dikhabarkan bahawa PEPSI sebenarnya adalah singkatan daripada ayat “Pay Every Penny to Save Israel” atau “Sumbangkan setiap wang untuk menyelamatkan Israel.”
Selain itu, seorang anggota parlimen pergerakan Hamas di Gaza juga mengeluarkan kenyataan yang sama tentang perkara tersebut tahun lalu. Berbicara dalam stesyen TV Al-Aqsha, anggota perlimen Salem Salamah menyatakan, “Terdapat pelbagai syarikat yang didirikan oleh kolonialis dan penjajah – pelbagai syarikat besar dengan banyak cawangan diseluruh penjuru dunia, seperti Pepsi, Pepsi Cola. Ini adalah syarikat terkemuka. Pepsi adalah singkatan dari Pay Every Penny to Save Israel.”
Baru-baru ini juga, seorang pemimpin agama Mesir Hazem Abu Ismail mengeluarkan kenyataan yang sama. Berbicara didepan Al Nas TV – sebuah stesen keagamaan- Abu Ismail menyeru agar orang Islam memboikot produk Pepsi kerana istilah tersebut.
Secara spesifik, Hazem Abu Ismail menyatakan sebagai berikut, berdasarkan transkrip sama yang diberikan oleh MEMRI, Institut Kajian Media Timur Tengah yang berpusat di Washington:

Huruf P pertama bererti “Pay” (Berikan), E untuk “Every” (Setiap). Huruf ketiga untuk “Penny”. Penny adalah syiling kecil yang anda terima dan anda tidak tahu apa yang akan anda lakukan dengannya. Berikan itu untuk “Menyelamatkan” I – “Israel”. Dengan kata lain, berikan setiap syiling
kecil yang anda terima untuk menyelamatkan Israel. Mereka tidak ingin wang anda – mereka hanya ingin syiling pecahan kecil, penny anda. Dalam ekonomi Amerika, penny adalah satu perseribu dolar. Nilainya kecil sekali.
Mereka mengatakan, “Sumbangkan pecahan kecil yang tidak anda perlukan, tetapi berikanlah dengan alasan yang benar. Bila anda mengumpulkan pecahan kecil ini, anda dapat membeli minuman ini.”
Mereka mengambil masing-masing kata awalan dan membentuk kata “Pepsi”. Bila anda membayar (untuk membeli Pepsi), anda akan menyelamatkan Israel.
“Saya tidak hanya bicara tentang Pepsi, tetapi tentang Coca Cola dan kesemuanya. Saya tak akan menyebutkan suatu produk. Anda dapat lihat sendiri. Anda Muslim. Anda dapat sampaikan kepada saya. Saya tidak tahu. Anak kecil saya malah lebih tahu tentang boikot ini daripada saya. Ketika kami pergi belanja, dia katakan pada saya: “Beli ini, jangan yang itu.” Dia mengetahuinya. Dia sudah menjadi ahli dalam hal ini.
Selama bertahun-tahun, The Coca Cola Company dan produk-produknya banyak mendapat kritikan darpada pelbagai sumber disebabkan oleh pelbagai alasan termasuk kesan negatif produk-produk tersebut terhadap kesihatan,alam sekitar , penggunaan pestiside dalam jumlah yang besar dalam produk-produknya, eksploitasi buruh dan pelbagai alasan yang lain lagi. Tidak sedikit dari alasan-alasan tersebut yang membawa syarikat tersebut menghadapi tindakan undang-undang dan menciptakan kontroversi yang terdapat pada logo produk Coca Cola.
Maulana Kalbe Jawwad, seorang pemimpin keagamaan Shias, mengatakan: “Perkara ini merupakan penghinaan terhadap Tuhan. Kami akan meminta Muslim di negara ini dan seluruh dunia untuk memboikot produk tersebut sehingga syarikat tersebut menarik balik kata-kata yang menyinggung tersebut.
Maulana mengatakan bahawad ia akan meminta semua kaum Muslim untuk menyebarkan mesej tentang logo “yang sangat menyinggung tersebut”.

Lagi satu jika anda cari tentang Coca-Cola di Internet, anda akan jumpa ini…Nauzubillah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2012 02:03 PM | Show all posts
Tak suka minum PEPSI atau COKE sebab terlalu banyak gula
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 03:29 PM | Show all posts
good info!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 03:44 PM | Show all posts
aduhai..terlebih imaginasi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 03:51 PM | Show all posts
minuman yg tak menyihatkan pun...benda yg tak berfaedah baik tinggalkan saja..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 04:20 PM | Show all posts
gula byk sgt air ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2012 04:41 PM | Show all posts
pahit...bnyk gas...bila lama campur ngan ais, rase masam





100+ gak bagus
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 04:42 PM | Show all posts
fuel_i posted on 3-8-2012 03:44 PM
aduhai..terlebih imaginasi..

hmmm...gitulah, bnyk bende yg lbh patut diberikan perhatian...cth krisis kt syria, palestin , bnyk lagi lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2012 05:00 PM | Show all posts
dah lama tak minum coca coal atau pun pepsi sbb banyak sgt gula.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 05:00 PM | Show all posts
sudah lama xminum... sudah stop minum air bergas!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 05:38 PM | Show all posts
lebih suka coke berbanding pepsi
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 07:54 PM | Show all posts
mironewQ posted on 3-8-2012 05:38 PM
lebih suka coke berbanding pepsi

Ada satu alternatif untuk nak minum air berkarbonat iaitu air berkarbonat dgn pemanis stevia. Ada dua pengeluar kat Malaysia satu di Kedah dan lagi satu di Pahang. Stevia ni setelah diproses, 14 kali ganda lebih manis dari gula tebu, tetapi kalori dan glukos adalah kosong....

yang kat Pahang tu ada laman web http://www.wix.com/newfreezers/home ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 06:11 AM | Show all posts
klau gi pizza,aku akan amik revive,klau kt mcd,aku akan amik sprite...tp pizza ngan mcd pn support israel jgk kn
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
betulke ni????
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 12:34 AM | Show all posts
Aku beli gak coca cola sebab nak utamakan barang buatan negara islam aku sendiri.
Mereka ada kilang 1 billion rgt  buat ramuan di malaysia. Di dunia ini ada berapa kerat saja negara yang punya kilang ramuan coca cola. Baki negara lain cuma ada kilang membotol coca cola saja.

Tak guna terlebih imaginasi hingga membelakangkan ekonomi negara Islam sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 08:00 AM | Show all posts
Imaginasi terlampau sebagaimana orang pernah buat erti Marlboro, Dunhill, Kent dan lain2 lagi...lagipun Pepsi dah wujud lama sebelum Isarel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2013 08:01 AM | Show all posts
shiraloveyou posted on 4-8-2012 06:11 AM
klau gi pizza,aku akan amik revive,klau kt mcd,aku akan amik sprite...tp pizza ngan mcd pn support i ...

Kalau kau beli air selain dari pepsi dan coke sebab nak elak konon subahat bantu Israel...takde point sebab dua2 tu brand bawh pepsi dan coke!

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 11:56 AM | Show all posts
Minum kedua-duanya.. Tp seminggu sekali lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 02:45 PM | Show all posts
walaupun aku tak pecaya dgn konspirasi di atas, aku tetap tak minat coca-cola dgn pepsi. kalau gi kfc or mcd mmg aku mintak ice lemon tea je. abes cite. kbai.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 11:02 PM | Show all posts
Dah Jarang Sangat Aku Minum air bergas ni....Sekarang aku lebih suka minum jus buah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.356173 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list