CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3639|Reply: 13

Tips Elakkan Kecurian, Rompak dan Rogol Di Rumah

[Copy link]
Post time 5-8-2012 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia:



1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes ini berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) diwaktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikanjuga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satuextension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brandnew, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Kredit: http://www.dhanian.blogspot.com/
Last edited by novelloverzz on 5-8-2012 06:54 PM \n\n

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2012 08:57 PM | Show all posts
Panduan yang sangat berguna
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 09:48 PM | Show all posts
good info...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 10:43 PM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 10:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 01:44 AM | Show all posts
thanx 4 de info
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2012 07:44 AM | Show all posts
peringatan dan petua yang sangat berguna.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 08:56 AM | Show all posts
thnx for d'info...dh print out dh nk kasi kt parent
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2012 10:16 AM | Show all posts
good info......................
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 10:23 AM | Show all posts
info berguna tuk semua
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 12:10 PM | Show all posts
bagus utk yg nak balik beraya kat kg
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 12:13 PM | Show all posts
tq, good info
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 12:56 PM | Show all posts
lame question:

handphone boleh call emergency number mcm 999 atau 994 tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 05:36 PM | Show all posts
Info yg last tu paling PENTING, sebab si maling paling ramai pekerja asing la.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.061884 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list