CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jagosam

Buku baru..Legasi Pejuang

[Copy link]
Post time 3-4-2013 03:05 PM | Show all posts
jagosam posted on 3-4-2013 02:57 PM
hahaha...kena tunggu part 3 the final series...

Oh?...ada 3 part...huhu...x kisah suka gak baca kisah sambung2...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2013 04:25 PM | Show all posts
.sellie itu hanya idea dari saya jer...tengok alaf 21 tak nak sambung part 2 or 3...pasal buku yg awal tu tak laku..jadi simpan dalam pc jer..hahahah

but part last tu akan rungkai kan segalanya....hinggakan Muaz sendiri terkezut dengan apa yang ia ketahui.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 09:37 AM | Show all posts
jagosam posted on 3-4-2013 04:25 PM
.sellie itu hanya idea dari saya jer...tengok alaf 21 tak nak sambung part 2 or 3...pasal buku yg aw ...

Alahai, sedihnya...tu pasal ler buku2 cinta laris...ikutkn rata2 pembaca suma perempuan...mmg ler lebih suka baca citer2 genre, jiwa2, tangkp syahdu...(saya pom suka gak genre camtu tp...layan gak genre2 novel yg berbeza...lain dr yg lain, kembang minda...)

Novel tuh saya syor pd mak saya...sy salute mak saya boleh habiskn dgn cepat walaupun bz ngan jaga cucu...maknanya novel sedara menarik...nak tau, nak tau selanjutnya...mmmm.............

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2013 10:33 AM | Show all posts
betul tu sellie sebab masa awal nak hantar manuskrip tu pada alaf dia orang pun dah bagi tahu...dia kata kalu buku tulisan org lelaki ini kurang sambutan sebab pembeli suka penulis perempuan...isk! betul ker dan lagi satu, dia kata orang minat cerita jiwang-jiwang, cinta-cinta yang bila baca meleleh air mata, air liur...heheh...

tapi saya tak kisah pun, sebab kurang-kurangnya saya boleh bagi pilihan yang berbeza dan tujuan sebenar bukan nak duit sangatpun cuma nak bagi diri dan anak2 seronok..bila dekat belakang tu ada letak nama dia orang...siap kakaknya tu bawa sekolah tunjuk dekat cikgu dia nama dia ada dalam buku..hahahhaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2013 10:37 AM | Show all posts
sambungan bab 19...

terus berdegup dengan kencang, dia menjadi agak tergamam dan terpaku, matanya terus tertancap pada lelaki di depannya itu.  Katrinee terus merenung lelaki di hadapannya itu tanpa berkelip, fikirannya buntu dan beku, pandangannya tidak lepas dari memandang ke arah Kuromoto, dia melihat badan lelaki itu penuh dengan parut-parut kesan luka dan kecederaan dan apa yang lebih mengejutkan Katrinee apabila melihat kesan parut yang besar dan teruk di sebelah kiri kepala Kuromoto.
‘Oh..! Tuhan…. Luka itu! Aku tahu itu kesan dari tembakkan Death dahulu’ ujar Katrinee dalam hatinya sambil kedua tangannya menutup mulutnya.
‘Memang sah dia ini Muaz, aku cam sangat mata itu, pandangan yang penuh misteri dan tajam’ getus hati Katrinee.
Dalam fikiran Katrinee terus bermain banyak persoalan dan pertanyaan tetapi semuanya tersekat di tekaknya. Kuromoto juga agak tergamam apabila melihat Katrinee berada di depannya dan timbul rasa bersalah pada Kuromoto apabila melihat wajah wanita itu kelihatan pucat dan sedikit menggeletar dengan segera dia berkata,
“Oooh!..maafkan aku kerana mengejutkan Cik, tapi aku rasa Cik belum betul-betul sembuh mengapa Cik datang ke sini?”.
Katrinee tersedar dari kejutannya itu, dengan muka merah menahan malu dia berkata,
“Ahh…! sepatutnya aku yang kena minta maaf dengan awak kerana datang ke sini tanpa di undang, sebenarnya aku bosan duduk di rumah itu jadi aku pun berjalan-jalan di hutan ini tak sangka pula awak ada di sini”
Kuromoto mengerutkan keningnya sambil merenung ke arah Katrinee.
“Se…sebenarnya aku perlu tahu apa yang telah terjadi aku cuba bertanya pada kedua orang tua awak tapi mereka tidak boleh berbahasa Inggeris dan aku tak faham bahasa Jepun sebab itu aku cuba mencari awak untuk tahu perkara sebenarnya”
‘Ya ALLAH ampunkan aku kerana menipu dia, sebenarnya aku memang mahu datang ke sini dan mahu bertemu dengan dia’ kata Katrinee dalam hatinya.
Kuromoto terus merenung muka Katrinee membuatkan Katrinee rasa tidak selesa dan memandang ke arah lain.
Sebaik sahaja menyedari pandangannya itu menimbulkan rasa tak selesa pada Katrinee, Kuromoto terus menundukkan kepalanya dan berkata,
“Ohh! Maafkan aku”
Katrinee tersenyum nipis dan bagi mengurangkan ketidakselesaannya itu diapun berkata,
“Ohhh! Ini ada sedikit sarapan ibu awak yang buatkan, marilah kita makan bersama”
“Emm bagus juga tu akupun tengah lapar ni” ujar Kuromoto sambil tersenyum.
“Mari kita duduk di batu sana tu” ujar Kuromoto dengan sopannya sambil mencapai tuala di tepi tempat dia berlatih tadi dan membalut tubuhnya yang basah kuyup itu.

        Hati Katrinee menjadi tidak keruan, sikap Kuromoto dan Muaz jauh berbeza, lelaki ini kelihatan begitu sopan dan tertib sekali.
Hati Katrinee mula berbelah bagi apabila melihat sikap Kuromoto itu,
‘Adakah dia ini Muaz atau orang lain sebab sikapnya jauh berbeza’ pandang Katrinee dengan wajah penuh takjub.
Banyak perkara yang bermain di fikirannya sambil berjalan, Katrinee mencuri pandang ke arah lelaki itu, dari pandangan dan nalurinya kuat mengatakan lelaki itu adalah Muaz, Pejuang muda
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 10:44 AM | Show all posts
jagosam posted on 4-4-2013 10:33 AM
betul tu sellie sebab masa awal nak hantar manuskrip tu pada alaf dia orang pun dah bagi tahu...dia  ...

Do not give up! Novel2 Ramlee Awang Mursyid diminati apa walau pun tanpa ayat2 jiwang cinta.

Rakyat m'sia marah bila terlalu byk lambakan drama2 adaptasi novel yg jiwang karat, kahwin paksa. Ironinya novel2 genre inilah yg dia org suka baca.

Lady yg baru menapak dlm dunia penulisan, mengambil peluang ini utk membuka minda pembaca bhw tiada yg sebenar2 cinta melainkan cinta Allah dan rasul. Cinta yg membelakangkan Allah dan Rasul dusta semata!

Tu diaaa...

Dan secara jujurnya lady tak berbakat menulis kisah2 yg mcm en jago, RAM tuliskan  (just to name  a few) walau pun sgt2 minat novel genre begitu. Teringin gak nak tulis kisah fantasi.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2013 10:46 AM | Show all posts
jagosam posted on 4-4-2013 10:33 AM
betul tu sellie sebab masa awal nak hantar manuskrip tu pada alaf dia orang pun dah bagi tahu...dia  ...

Salam...

Saya rasa penulis lelaki kurang sambutan sebab cara penyampaian kurang 'feel'. Saya ada beberapa koleksi buku penulis lelaki (yours is in the collection ), walaupun jalan cerita tiptop tapi bila baca macam 'eh...dia sedih ke terharu ke apa ni...' gitu. Contoh buku Lagenda Alam Hitam, baru beberapa bab terus...hhhmmmm....

Sekarang saya tengah cuba nak baca karya Ahmad Patria Abdullah....

Last edited by Nicki_Meow on 4-4-2013 10:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 12:03 PM | Show all posts
jagosam posted on 4-4-2013 10:33 AM
betul tu sellie sebab masa awal nak hantar manuskrip tu pada alaf dia orang pun dah bagi tahu...dia  ...

Oh?...diorg lebih tau market pembeli....... sbb contoh paling dekat pom adik lelaki saya...dia jenis payh sikit bab2 baca novel nih...dia ada baca novel penulis terkenal RAM...Ya Allah, berjanggut tunggu dia habiskn...tanya2 gak...x best ker...dia kata best...tp alahai liat... dia lebih suka baca komik...dia pon sendiri cakp org lelaki baca novel payh nak jumpa ...kalu komik majoriti lelaki suka...mmmm...

Tetap sokong sedara, sbb karya sedara wat kita sedar...serius saya nangis sgt baca babak Muaz dlm perjuangn dia bersama rakan rapat dia yg terkorban....yg katherine tuh pun...sweet sgt.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2013 12:09 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 4-4-2013 10:44 AM
Do not give up! Novel2 Ramlee Awang Mursyid diminati apa walau pun tanpa ayat2 jiwang cinta.

Ra ...

Sependpt ngan lady...kita pom teringin nak wat citer2 yg luar dr kotak..selain hal2 cinta...tp tak mampu......imaginasi tak sampai kesitu...garap pom...hampeh...tak menjadi pon...saya sebenarnya suka genre kepolisan & penyiasatan...tp, nak wat karangn tu alahai...tak tercapai dek imaginasiku...

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 12:16 PM | Show all posts
jagosam posted on 4-4-2013 10:37 AM
sambungan bab 19...

terus berdegup dengan kencang, dia menjadi agak tergamam dan terpaku, matanya ...

Katherine dah masuk Islam ke?.........adakah muaz hilng ingatan...& menggunakan identiti kuromoto?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 12:31 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 4-4-2013 10:46 AM
Salam...

Saya rasa penulis lelaki kurang sambutan sebab cara penyampaian kurang 'feel'. Saya ad ...

Rasanya penyampai feel penulis lelaki nih x sama ngan wanita....wanita boleh selam segala bentuk emosi...tingt kata penceramah pasal emosi org prempuan....dia kata perkara yg org lelaki x leh buat... hanya perempuan yg boleh...itu kelebihan Allah bg...kata penceramah tuh...org perempuan boleh kawal emosi & fungsi otak sekaligus...conth dia bg...seorg isteri dicerai suami...yg hebatnya walaupn dia dok teriak ditinggl somi ....dia boleh jek memasak membasuh buai anak dll...(sbb aku pernah alami situasi nih...)...

Kalu lelaki...dah dikuasai emosi...mmg down...satu benda x leh buat...itu kata penceramah lelaki ya....bukan penceramah perempuan...dia sendiri akui kelebihan org perempuan...malah Rasulullah pun kan pernh didatangi malaikat..takut x terperi...sapa penenang Rasulullah? isteri baginda Khadijah?..org perempuan sumber kekuatan lelaki sebenarnya...ahaks...

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 12:49 PM | Show all posts
sellie003 posted on 4-4-2013 12:31 PM
Rasanya penyampai feel penulis lelaki nih x sama ngan wanita....wanita boleh selam segala bentuk e ...

Agree. Perempuan lebih 'feeling' dari lelaki. Sebab tu novel jiwang2 lebih laku.

Tapi, semuanya berbalik dengan cara penyampaian seorang penulis tak kisah lelaki ke perempuan. Ada penulis lelaki yang berjaya sampaikan 'feel' dengan berkesan. Ambil contoh novel Seorang Tua Di Kaki Gunung ataupun yang kurang serius / skema macam novel Jibam. 'Feel' nya ada dalam setiap ayat.

By the way, iols nanges okeh masa baca citer tombiruo dengan laksmana sunan. terkesan di jiwa gituh....

Sorry Jago, off topic pulak....

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 01:31 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 4-4-2013 12:49 PM
Agree. Perempuan lebih 'feeling' dari lelaki. Sebab tu novel jiwang2 lebih laku.

Tapi, semuanya ...

Yup, cara penyampaian mmg penting...ia x semestinya penyampaian cinta kekasih kepd kekasih laki & pompuan...tp persahbtn, kasih ank, kasih ibubapa...adik beradik...

Dulu masa aku sekolh rendh x silap...aku ada baca satu novel nih...penulisnya lelaki...cara penyampaian dia mmg menusuk hati...kisah sorg pemuda kampung ngan kehidupn dia dikg...cara dia garap perasaan ank muda nih...ngan suasana kg...sawh padi, nagn kerbau pun digarp ngan baik...mmg feel habis...cantik susunan bahasa dia mengambrkn idup pemuda nih...yg paling touching bila pemuda nih kecewa sgt sbb cinta hati dia berkahwin ngan org lain... aku dah tangkp leleh...gigih pemuda nih sbb nak kembalikn hati dia yg patah tu supaya tabh...siot itulh novel first aku baca nangis2....berapakali ulang....huhu...

Sori gak kat sedara...mana tau statment kitorg boleh jd modal utk perbaiki cara penulisan...termasuk diri ini...agar lebih baik...ahaks...

Apapun sedara...saya suka cara penyampaian sedara...x berat sgt, x sarat sgt...penyampaian yg jujur & idup....tabik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2013 02:15 PM | Show all posts
heheh...thank geng semua... ...nak kena belajar jadi tacing-tacing ni....or part2 sedih nak mintak sellie, ladyfinger n Nick tolong garapkan...nanti komisyen bagi samarata...hahahaha.....sebenarnya lelaki ini sensitif jiwanya macam saya kalu tengok cerita sedih...saya lagi nangis dari wife...sampai anak dok gelak....tapi lelaki biasanya sukar nak luahkan kesedihan dia itu, takut tak macho katanya...perasaan sedihnya sukar di gambarkan tengok ler jika jadi musibah perempuan akan menangis dan meraung, jarang ada org lelaki macam tu...paling2 air mata aje yang gugur.....nanti saya cuba jadi penulis air mata ler...kalu air mata tak keluar perah air limau dalam mata...hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 03:01 PM | Show all posts
jagosam posted on 4-4-2013 02:15 PM
heheh...thank geng semua... ...nak kena belajar jadi tacing-tacing ni....or part2 sedih nak ...

biasanya kalu menulis ikut mood yg penting suasana nk bangkitkn tacing2 tuh...macm saya nak garap bab tacing2...saya kena kenal jiwa watak tu nak bawk feel sampai kat hati sendiri...ada pernah saya taip2...sendiri tetiba sedu lak kan...meleleh jek airmata...ahaks...masa tuh dah boleh garap emosi watk... sekali-sekala nengok citer sedih wat modal bab tacing2...ahaks...saya tgh layn drama hong kong kat tv8...kisah sorg adik yg berkorban demi kejayaan abg dia... feel watk abg yg down bila tagn dia terseliuh pastu kecewa cinta lg....mmg tangkp leleh...pastu masuk lak babk si adik yg down sbb si abg cabar dia lawan buat sushi...pastu kena saman ngan pelanggn sbb keracunan maknan...tambh lak tiada sokogn keluarga, kedai sushi pun x laku...pastu dtg lak masalah lain..nak tarik balik lesen francais...macm ler...touching bbak nih...huhu..

Org laki nih mmg payh nak nangis..kekadg tuh mata jek merah...airmata x kuar...tp nampk ler muka sedih...adik lelaki saya yg bongsu jenis camtu...jenis nangis dlm hati..itu pun sbb kucing kesygnnya mati...yg adik laki kedua saya...jenis yg mudah pamir airmata...dah 2 kali saya nampk adik sy sedih sampai kuar airmata dia...hati kecik gak tu...saya gak yg mengalh....maklumlah kakak sulung..ahaks... sy ikutkn rapat lg ngan adik2 laki2 dr adik2 pompuan...tp sejk adik laki kedua kawin agak rengang sikit ler sbb jrg jumpa, duduk jauh2...usik2 pon x macm dulu...hmmm...

Aiseh...jauh terbabas lak...

lagi sedara...apa jd lepas katherine jumpa korumoto tuh?...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 03:54 PM | Show all posts
Bila jiwa kacau, lebih mudah menggarap part tacing tacing...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2013 03:59 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 4-4-2013 03:54 PM
Bila jiwa kacau, lebih mudah menggarap part tacing tacing...

X jugak lady...jiwa kita x kacau... feel tuh penting....huhu...nk feel tuh nengok le apa2 citer wat modal mood feeling2, tacing2...

Ke sini ko larik ya lady...ahaks....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2013 04:11 PM | Show all posts
ok.....

sambungan bab 19...

Pejuang muda Islam yang amat di kehendaki oleh pihak CIA 5 tahun yang lalu dan pernah mengegarkan dunia pejuangan Islam. Sebaik sahaja mereka berdua duduk Katrinee terus membuka makanan yang di bekalkan oleh Ibu Kuromoto tadi dan setelah itu dengan tertibnya dia menghulurkan makanan itu kepada Kuromoto. Tatkala kedua tangan mereka tersentuh secara tak sengaja seperti ada satu renjatan eletrik pada kedua tangan mereka itu menyebabkan muka Katrinee menjadi merah dan Kuromoto menjadi serba salah.
“Oh maafkan aku” ujar Kuromoto dengan rasa malu dan serba salah.
Dengan perlahan Kuromoto menyuap kuih itu ke dalam mulutnya dan pada masa yang sama dia menjeling ke arah wajah gadis orang putih itu. Muka Katrinee bertukar menjadi merah kerana malu di pandang oleh Kuromoto
“Mengapa awak melihat aku begitu sekali, ada yang tak kena ke pada muka aku ni?”.
Serentak dengan itu Kuromoto rasa terkejut dan malu dengan kata-kata Katrinee itu.
“Ohhh! Maafkan aku….sebenarnya aku rasa seperti pernah melihat Cik tapi aku tak tahu di mana dan bila” ujar Kuromoto dengan segera.

        Katrinee melihat ke arah Kuromoto dan berkata dengan berhati-hati,
“Aku tak tahu apa yang mahu aku katakan tetapi aku mahu bertanya pada kau tentang satu perkara”
Kuromoto mengunyah kuih itu sambil memandang ke arah Katrinee,
“Tak mengapa katakan lah, jika boleh aku jawab aku akan jawab”
Sambil membetulkan duduknya Katrinee berkata,
“Muaz! Betulkah kau tak ingat aku?, benarkah kau sudah hilang ingatan? kenapa kau tukar nama kau kepada Kuromoto dan bagaimana kau masih boleh hidup lagi padahal aku sendiri melihat kau di tembak dahulu”
Mendengar kata-kata Wanita muda itu Kuromoto mengerutkan keningnya,
“Aku tak faham apa yang Cik katakan ini, kenapa Cik panggil nama aku Muaz dan aku dengar nama itu semalam sebelum Cik pengsan, sebenarnya aku tak kenal siapa itu Muaz dan aku tak pernah dengar nama itu seumur hidup aku, aku adalah Kuromoto dan selamanya Kuromoto” ujar Kuromoto dengan tegasnya.
“Baiklah jika kau katakan kau ini Kuromoto, aku nak tanya lima tahun dahulu di mana kau berada, boleh kau beritahu aku?”
Mendengar kata-kata dari wanita muda itu membuatkan Kuromoto terpana, fikirannya kosong dan beku, dia tak menyangka bahawa wanita itu boleh bertanyakan soalan seperti itu. Kuromoto mengerutkan keningnya sambil sebelah tangannya memicit-micit kuih yang di pegangnya itu
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 10:54 PM | Show all posts
jagosam posted on 4-4-2013 04:11 PM
ok.....

sambungan bab 19...

Thanks sedara................


.....x sabar nyer....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 03:33 PM | Show all posts
continue...

Bab 20 : Siapa Aku?

       
        Kuromoto terus mengerutkan keningnya mendengar pertanyaan dari wanita manis di depannya itu, pertanyaan yang sangat sukar baginya untuk di jawab, dia tiada jawapan untuk soalan yang begitu mudah itu, jantung berdegup dengan kencang. dan peluh dinginpun mengalir dari tubuh yang sudah sedia basah itu. Seluruh mindanya di pusatkan untuk mencari jawapan bagi pertanyaan itu tetapi dalam mindanya kosong, sekosongnya.
‘Apa aku nak jawab ni?’ getus Kuromoto di dalam hatinya.
Setelah berfikir beberapa ketika dia pun berkata,
“Aku…aku…aku tak ada jawapan untuk itu” ujar Kuromoto sambil merenung air terjun yang jatuh menghempas batu di hadapannya itu.
Jelas kelihatan wajah kekeliruan dan kehampaan di wajah Lelaki muda itu.
“Aku sebenarnya tak kenal siapa diri aku ini, Kuromoto hanya wujud 5 tahun dahulu dan seolah-olah sejarah hidupku yang lalu tiada, Puas sudah aku memikirkan dan mencari asal hidupku ini tapi aku tidak temui, seolah-olah aku ini wujud dan datang entah dari mana dan jika kau ada kunci sejarah silamku aku mahu tahu siapa diriku ini dan aku benar-benar maksudkannya” terang Kuromoto dengan pandangan yang sayu.

Katrinee memandang lelaki yang di cintainya itu dia terharu dan sedih dengan keadaan Muaz itu.
“Nampaknya memang betul lah kau ini sudah hilang ingatan, kau tidak tahu siapa diri kau yang sebenar, baiklah biarkan aku ceritakan sejarah hidup kau, dari apa yang aku tahu dan perkara pertama yang aku nak beritahu kepada kau bahawa kau ini seorang Muslim”.
Mendengar penjelasan Katrinee itu Kuromoto terkejut besar,
“Apa?? A....aku Muslim, maksud kau aku orang Islam? betulkah ini?” tanya Kuromoto dengan wajah yang tidak percaya.
Katrinee menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan kenyataannya tadi,
“Padanlah selama 5 tahun ini aku tidak berminat untuk minum sebarang minuman keras malah baunya juga aku tak suka dan aku tiada selera nak makan sebarang daging rupa-rupanya tauhid Islam dalam diriku menjadi benteng mencegah diriku dari melakukan sesuatu yang salah”
“Baguslah begitu, aku ingatkah dalam 3,4 tahun ini, kau telah lupa pegangan kau itu”
“Tapi....tapi aku tidak pernah bersolat selama 5 tahun ini kerana aku sudah lupa dan tak tahu aku ini seorang Islam, Ohhh! Tuhan apa yang telah aku buat ni.... aku rasa bersalah dan berdosa, Ya! ALLAH ampunkan aku....” ujar Kuromoto dengan wajah penuh penyesalan.
Katrinee rasa sedih dengan rasa bersalah yang Kuromoto itu rasai.
“Tak mengapa Muaz, aku rasa ALLAH pasti mengampunkan kau kerana bukan salah kau dan selama ini kau telah hilang ingatan dan tak tahu siapa kau”
Setelah  beberapa ketika Kuromoto terdiam, Hatinya rasa sedikit lega mendengar kata-kata perangsang dan pujukan dari Katrinee itu dan dia tahu ALLAH itu maha penyayang dan mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
“Kau tahu tak bagaimana kau ada parut yang besar di kepala kau itu?”sambil berkata Katrinee menunjukkan jarinya ke arah kepala Kuromoto dengan sedikit gementar dan teragak-agak.
“Aku tak tahu dan aku nak tahu sekarang, walaupun ramai kata parut ini hodoh dan menakutkan tapi  aku tak kisah dan kalau kau nak tahu kecederaan ini mengambil masa hampir 6 bulan untuk benar-benar pulih itupun aku di kira bernasib baik kerana di rawat oleh ibuku”
Katrinee memandang ke arah Kuromoto dengan pandangan penuh simpati dan berkata padanya,
“ Aku rasa parut di tepi kepala kau itulah yang menyebabkan kau hilang ingatan, kerana kau telah di tembak di bahagian situ dan telah jatuh ke dalam sungai”
Kuromoto mengerutkan kening mendengar kata-kata Katrinee itu,
“Aku di tembak? Aku dah agak dah kesan luka ini bukan akibat terjatuh tetapi kesan tembakan, Cik Katrinee siapa yang telah menembak aku ini” kata Kuromoto bersungguh-sungguh.

        Katrinee memandang ke arah lelaki di hadapannya itu, dia dapat merasa akan kesedihan, penderitaan dan kesakitan yang telah lelaki itu alami, dengan linangan air mata yang tidak dapat di tahan lagi diapun berkata.
“Semuanya ini adalah angkara CIA yang celaka itu, walaupun aku berkerja dengan CIA tetapi hatiku dan semangatku untuk mempercayai setiap orang dalam CIA itu telah mati semasa aku melihat kau di tembak”
“Apa! Kau berkerja dengan CIA?”
Dengan rasa serba salah Katrinee menganggukkan kepalanya, “Tapi aku tak terlibat dalam kejadian menembak kau itu malahan aku yang cuba menyelamatkan kau”

Kuromoto terus merenung wajah gadis manis itu “Cik tolong ceritakan pada aku siapa diriku yang sebenarnya dan apa yang telah terjadi dalam hidup ku ini kerana sejak dari mula aku sedar dahulu bahawa aku ini bukan Kuromoto kerana mustahil seorang lelaki Jepun berwajah seperti aku dan kulit seperti aku ini, setiap masa aku cuba mengingati dan mencari siapa diriku yang sebenar ini tetapi dalam 5 tahun ini aku masih lagi buntu”.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.111638 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list