CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27923|Reply: 109

Jutawan Speedmart99 Adalah Lelaki Cacat, Belajar Setakat Darjah Enam

[Copy link]
Post time 6-8-2012 12:44 PM | Show all posts |Read mode


Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu.

Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu.

Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah.



Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).

Lee berkerusi roda semenjak kecil.

Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan

polio dan hilang fungsi kakinya.
Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.

Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.

Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.

” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”

Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit



Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.

Lee menceritakan - ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..’

Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu.

Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.

Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.

Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang.

Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.

Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka.

Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi.

Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.

Last edited by novelloverzz on 6-8-2012 12:47 PM \n\n Last edited by novelloverzz on 6-8-2012 12:49 PM \n\n Last edited by novelloverzz on 6-8-2012 12:49 PM \n\n

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2012 12:48 PM | Show all posts
Daripada pengalaman dan kejayaan  Lee dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.

Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia.

Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.

Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar.

Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.

Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah.

Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.


Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan.

Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.



Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini.

Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.

Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.



” Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam.

” Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.

Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal.

Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.

Hebat bukan?

Kredit: http://boyzonne-hijaurimba.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 01:08 PM | Show all posts
aku suka beli kat speed mart...kedai dia luas dan tak sesak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 01:27 PM | Show all posts
wow! cacat bkn halangan utk berjaya. tabik org macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 02:18 PM | Show all posts
slalu beli brg dapur kat speedmart ni sbb ada sesetgh brg dia lg murah dr tmpt lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 02:30 PM | Show all posts
see?kalau ada usaha, mesti akan berjaya..kalo masih tak berjaya, kene lebih usaha lagi...

nie sikit2 mengeluh~adeh~

p/s peringatan kepada diri sendiri jugak~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2012 02:31 PM | Show all posts
kasik tabik spring sama dia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 02:39 PM | Show all posts
hebat encik lee nih, patut jd contoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2012 02:47 PM | Show all posts
bagusnya... memang seorang yang kuat semangat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 02:47 PM | Show all posts
wow! impressive!
99 ni harga dia kadang2 tu lagi murah dari tempat lain...
haritu harga telur dia seplo bijik xsampai RM3.00 pon...
tapi skang da naik sket ar...
but overall, harga barang2 dia boleh dikatakan agak murah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 02:52 PM | Show all posts
tak pernah lak nampak kedai ni kat tempt aku, atau aku sorang je yg tak tahu......
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 02:58 PM | Show all posts
satu contoh yang sangat bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 03:08 PM | Show all posts
Bagusnyer...wpon cacat masih bole berfikir sb suatu hari nt,tiada sape nk tlg die yg oku tu kan....sb tu die berusaha..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 03:20 PM | Show all posts
alahai.. hebatnye org ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 03:29 PM | Show all posts
wah..kagum
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 04:18 PM | Show all posts
bagus
dpt jadi contoh pada kita yg sihat walafiat
yg lengkap anggota ni


*peringatn utk diri sendiri yg malas nk keje skang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2012 04:45 PM | Show all posts
bagus la..aku suke baca resepi kejayaan peniaga2 ni...

dari org susah jadik jutawan...

speedmart99 mmg murah..selesa dan tak crowded sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 04:55 PM | Show all posts
sangat respek... bila la produser drama/filem nak pi interview dia than terbit drama/filem kisah2 mcm ni... dah boring tengok drama yg "tup-tup dah kaya"
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 06:06 PM | Show all posts
susu tepung , susu pekat - speed mart murah.. unless pasar raya lain buat sales..

semanagat, jati diri beliau..mmg hebat..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 07:48 PM | Show all posts
Respek arr kat orang macam nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.091297 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list