CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26904|Reply: 115

Gambar 'Terbaik' Farah Asyikin - Hot!!

[Copy link]
Post time 7-8-2012 04:14 AM | Show all posts |Read mode
Saya sokong Islam - Farah Asyikin
Salmiyah Harun,
06 Ogs 2012


GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat.

Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini.

Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik.

Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin (gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab.

Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian.

"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam.

Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini.  

Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS?

"Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru.  Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu.

Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus.


Detik-detik penghijrahan


Menceritakan detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

11 tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia hiburan.

Rupa-rupanya, Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan
menghanyutkan dirinya.

"Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga," katanya.

Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2.

Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT.

"Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu.

"Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha," ujarnya dengan linangan air mata.

Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa.

"Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam," katanya.  

Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya.

Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt' pendek untuk menghadiri satu majlis.

Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana  diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang.

"Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya.

Kini, beliau bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru buat dirinya.

Penyanyi lagu 'Berpisah Untuk Setia' ini juga cukup teruja bercerita tentang keletah anak murid yang semakin manja dengannya setelah mengetahui dia adalah penyanyi tempatan.

--------------------------------------------

Komen peribadi aku, berhijrah ke arah keagamaan itu satu perkara mulia malah berpahala dan salah satu jalan ke syurga... Namun pastikan seseorang itu kekal dan berada di dalam DISIPLIN KEILMUAN AGAMA, bukan disiplin kepartian politix.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 05:15 AM | Show all posts
gambar kedua tu. dah boleh claim tudung farah asyikin..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 05:25 AM | Show all posts
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 05:27 AM | Show all posts
alhamdulillah ... another one ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 06:18 AM | Show all posts
Semoga terus berjaya menjadi muslimah sejati, inshaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 06:35 AM | Show all posts
pakai tudung tu biarlah tutup dada tu skali ye...jangan bairkan tersembul sana sini ye uolsss....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2012 06:38 AM | Show all posts
ituhlaa dunia hiburan kita.. realiti mmg mcm tuh..
kdg2 aku nk tergelak dgr statement dangkal org yg condemn Abby, dan seangkatan...sbb dorg hanya ingat dunia seni ini yg indah2 dan baik2 saja kot. dorg myb lupa di belakang tabir, kalao ye pun artis tuh ingin berubah, apa pula kes krew2, mekap artis, PA, wartawan dan sbg nya. Dorg nie yg patut ditarbiyahkan..supaya tahu timing kalo masuk solat berenti jap ke, kalo nk buat event tuh kurang2nya bglah ruang utk para artis bersolat dulu ke, i wonder mcm manalaa time red carpet utk awards shows kt msia nie..dgn selamba artis2 kita tunjuk muka dan membuktikan dorg xbersolat mgrb...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 06:42 AM | Show all posts
pernah baca dalam ruangan paknil yang mana masa dia wat rakaman program raya kt langkawi ngn budak2 AF, hanya dia ngn mawi jer yg puasa. Artis dan krew lain selamba badak jer xpuasa makan time tgh hari...abis mcm mana??? Ituhla aku rs selain faktor kena GAM GAJAH yg buat abby ckp dia sukar dpt job skang nie, faktor2 proses penerbitan sesebuah produksi jugak antara sebab dia payah nk terima offer. Datuk Sarimah, Noorkumalasari, Azmil Mustapha walaupun tidak menyatakan secara terangan2 tp tindakan mereka meninggalkan terus dunia seni ini adalah kerana sbb mcm nielah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 06:50 AM | Show all posts
setuju. dunia seni kat malaysia skarang ni xjauh beza dgn zaman jalan ampas dulu2. skandal sana sini, sosial sana sini...bab2 agama kureng sikit. patutnya diperbanyakkan lagi produksi yang berteraskan islam. pada aku, kegagalan banyak produksi filem yg bermutu sbb diorang lack pasal bab2 agama cam ni....aku amik contoh filem2 MIG, razak mohaidin, yusof haslam...kebabom kt panggung bkn sbb berkualiti sgt, tp sbb masa diorang shoot...kebanyakkan produksi mereka hormat soal agama...buat doa selamat, baca doa sblm shooting, ada time solat. even filem2 yasmin ahmad, walaupun tak boom kt box office tp disukai ramai sbb produksinya hormat benda2 camni. so aku rasa, mungkin Allah berikan rahmat kepada pembikin filem yg camni. dan aku x heran ramai artis selesa kerja dgn diorang byk kali (erra fazira contohnya)
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 06:52 AM | Show all posts
Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2.



tertarik yg ni...rakan2 artis atau rakan2 peserta MI2?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 07:32 AM | Show all posts
baguslaaa, tapi bila menimba ilmu dlm islam ni kena hati2, jangan silap pilih ustaz, jangan pilih ustaz yg main sedap cakap jeee tak berlandaskan quran dan hadis, yg paling penting jangan pilih ustaz bidaah.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 08:38 AM | Show all posts
aku suka cara penghijarahan farah ni...rasa macam ikhlas aje...
dressing dia pon mmg ok...
kening pon dah tebal...
baru2 nih aku tgk Diana Emir dlm magazine pa tah..Aniqah kot...
kening dia pon dah tebal...but still cantik...

(entah la kenapa, bila tgk artis berhijrah, aku mesti tgk kening...huhuhu...)
even wardina yg lama bertudung tu pon masih pantis keningnya...huhuhu
Last edited by hemoh2 on 7-8-2012 08:27 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 08:45 AM | Show all posts
cantik la die ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 08:51 AM | Show all posts
Untunglah dapat imbasan ajaib dari cermin keta balasan dosa2 lalu..
Iols yg dah insaf lama neh tak pernah lagih dpt apa2 imbasan ajaiab
Kalau dapat imbasan ajaib mesti lebih insaf.. Sebab akn jadi peringatan n bayangan sampai ke mati..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 08:57 AM | Show all posts
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 09:03 AM | Show all posts
erghhh tak blh ke pakai tudung kemas2...serabut!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 09:15 AM | Show all posts
walaupun tudung dia berserabai tapi aku sker sebab dia dah menutupi
melepasi dada .
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 09:25 AM | Show all posts
Alhamdulillah..moga berterusan
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 09:27 AM | Show all posts
Tahniah......
bertudung bukan kerna fasyen.....ttp dri atas kebawah...x kisah la serabut ke,serabai ke..jnji menutupi dada yang terjojol 2.....

(ari 2 msa memula nmpk dia bertudung dia pakai skali gan sarung tangan.....skrng masih bersarung tangan ke fara nie? )
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 09:33 AM | Show all posts
Alhamdulillah
Doa ku yg terbaik untuk mu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.068303 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list