CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ultraman_nexus

Persona, Proton Saga BLM FLX SE @ MyVi 1.3 Ezi, yang manakah lyang terbaik?

[Copy link]
Post time 19-8-2012 10:33 AM | Show all posts
di ulang...maibih bole terbang ke bolaannnnnn!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2012 10:16 PM | Show all posts
Myvi la weh... kete jepon tuh.. jgn tertipu dengan emblem perodua tu. Lepas beli, bole convert jadik toyota passo. Bole bangga dengan kawan2, sbb pakai kete jepon. Laju pun laju, klu hati kering bole terbang lagi. Klu kat highway, bg haibim, suma keta bg laluan tau.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 04:17 PM | Show all posts
aku suggest jgn beli laa........ tunggu lepas PRU13......
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 07:19 PM | Show all posts
bg aku myvi sebab seat selesa (mcm duduk kat sofa)
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 02:36 AM | Show all posts
vote for saga la..save minyak n luas sikit la brbndg myvi tu..persona terlampau laju sgt..hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 03:47 AM | Show all posts
otai_g posted on 17-8-2012 12:30 PM
yeah good choice bro... salah satu faktor yg aku suka myvi ialah dr segi kecekapan bahan api dia.  ...

ha'a la, aku dah cakap byk kali tapi ramai tak caya.
kenapa 1.5 lg teruk minyak banding 1.3?
aku drive kl-kelantan =  myvi 1.3 ada belen suku. (sama mcm wira 1.5 dan camry 2.0)
myvi 1.5 smpai gua musang dah tinggal suku.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2012 08:57 AM | Show all posts
Kerap benar soklan mcm ni..hehehe..tapi takpe, masing2 ada pendapat memasing..saya vote persona.

Reason..

1. Buat apa nak beli kete yg mahal (myvi) tapi dapat cc kecik, space kecik? sedangkan margin harga yg tak besar boleh dapat space yg besar, cc yg besar (of course lebih kuat). Secara relatifnya, beli barang kecil dengan harga mahal sedangkan masih ada tawaran barang yg lebih besar dengan harga yg hampir/lebih setara..so, myvi dr segi kewangan tak worth-it. TT beli kereta dgn harga yg mahal tapi TT hilang kelebihan lain2 yg sepatutnya TT dapat dengan harga tersebut.

2. Unless saya ada kete utama (MPV ke, Sedan ke, SUV ke) baru saya akan amik Myvi sebagai second car (untuk jimat minyak dan jugak kegunaan kat bandar).

3. Kalau saya takdak kete utama, dan kete yg saya nak beli ni adalah satu2 kete yg akan jadik kerete pelbagai peranan..dengan kete tu la kita nak buat segala benda, contohnya nak pi kerja, balik kampung, pi shopping, jalan jauh, bercuti dan sebagainya..space dan kekuatan enjin adalah mandatory, dan persona je yg terbaik dlm list tu, follow by saga.

3. Myvi memang kecil, bonet space kecil, so memang la jimat minyak, tapi apa guna jimat minyak bila kita nak angkut anak bini, mak ayah, dengan barang2 seperti stroller jenuh nak susun dlm bonet (yg mana memang menjadi masalah besar la nanti..terutama yg dah beranak pinak).

4. Kita beli kereta biasanya takkan jual dlm tempoh terdekat kecuali kalau ada problem. Biasanya selepas 5 tahun dimana kita dah habis bayar interest (kalau 9 tahun payment, 3-4 tahun pertaman adalah bayar faedah je..). Dlm tempoh 5 tahun atau lebih, kalau bujang tentu dah kahwin, dah beranak pinak, tak sorang..dua orang anak, time tu barulah kita tahu bahawa space adalah mandatori.

5. Jangan beli kereta dengan ukuran kita diwaktu semasa ni..life change, fikirkan pada masa hadapan yg akan mendatang..yg kita tak tahu mcmana..

6. Kalau TT beli myvi, pastu tak lama lepas tu kahwin, ada baby, kalau subur..ada lagi sorang..dah dua..kalau time tu TT nak trade in myvi pun akan jadik masalah sebab interest bank pun tak habis bayar, silap2 nak trade-in, TT nak kena tambah lagi duit..time tu tau la susahnya mcmana..

7. Bayangkan kalau pergi shopping, dgn anak 2 orang, bini dan kita (4 passenger), campur stroller, pampers dll..jenuh la TT. Lagi teruk kalau balik kampung, mak ayah nak bagi buah kelapa ke, durian ke, chempedak ke atau apa2 je la pemberian..jenuh la nak isi. Adik saya, kalau balik kampung (pakai persona E), habis dia tapau, dr durian, rambutan, pulasan, manggis..pastu itu ini..maklumlah, bonet persona tu bapak besar..takdak hal la..dengan barang dia anak bini pun (kipas, toto dll..), masih muat.

8. Dr segi maintenance wise, melalui keluarga saya yg adik beradik ada pengguna persona dan myvi ni, tak jauh beza, memang kita dengar omokan kualiti proton yg tak semengah mana, tapinya myvi pun ada problemnya yang tersendiri. yg penting, maintain kereta tu ikut buku panduan, jangan gasak2 melebihi keupayaannya..dan bila kita tak gasak sangat kete tu, tak bawak laju sangat..risiko kemalangan pun kurang la hendaknya. Jangan jadi myvi terbang ke bulan..hehehehe..

So, TT pikir la elok2..jangan senang sekarang, susah kemudian..sebab masa ni cepat je berlalu..better susah sekrang, tapi bila keluarga dah membesar, kita tak tertekan lagi dah sebab persediaan (melalui keputusan yang kita buat sekarang ni) adalah yang terbaik.  

Nasihat saya, dlm memilih kereta, jangan tengok dr satu aspek sahaja, i.e fuel consumption, sebaliknya tengok dr pelbagai aspek, contohnya kekuatan enjin, saiz ruang penumpang, saiz bonet, maintenance dan pelbagai lagi aspek yg mungkin TT pertimbangkan...unless TT memang ada duit banyak, boleh je angkat myvi satu, pastu dlm pada masa yg sama..beli la Vellfire ke, Alphad ke..kalau TT dlm keadaan tu, saya tarik balik pendapat dan hujah saya..huhuhuhu.. Last edited by haji_one on 22-8-2012 12:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 01:04 PM | Show all posts
nak tambah skit lagi, ada rakan sepejabat saya ni, dia pakai persona (model awal..dah 5 tahun), then, persona dia problem (timimg belt putus, aircond tak sejuk, absorber bunyi dan minyak enjin keluar melalui atas, saya syak getah gasket). Dia punya bengang la dengan proton, then, dia trade in kepada Myvi extreme 1.5, kononnya produa lagi baik dr proton dan myvi lebih jimat.

Then, lepas 3 bulan pakai, dia dah start merungut, space kecik..anak merungut, nak bawak barang payah..bila pergi bercuti, nak letak beg yang orang biasa bawak travel pun payah, long distance tak best, pastu nak bawak balik barang dr kampung pun tak muat, instead..nak bawak barang dr rumah ke kampung pun dah masalah, hmm..banyak lagi la komplen dia.

Yg saya ingat kata dia cuma satu je, masa dia bawak persona dia tak pernah pun menghargai space, keselesaan pemanduan, kuasa enjin, keselesaan penumpang, nak bawak barang pun senang..dan dia pun akui yang dia tak disiplin dlm penjagaan persona dia, minyak enjin tak tukar ikut masa, timiming belt dah melebihi millege, aircond pun dah abih, tak refill dan memacam lagi la..tapi menyesal pun tak guna, bukan boleh trade-in balik myvi tu sebab interest bank pun tak habis bayar lagi..hehehe..rasakan..

So, nasihat saya..semoga TT tak menyesal mcm kawan saya..fikirlah habis2an...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2012 05:21 PM | Show all posts
masing2 ada pandangan masing2..
pd aku kalo nak kete yg space luas, amik mpv la abes cerita....

cc kecik kurang power? oh jgn silap paham teori ni bang...city n vios cc nya 1.5 jerk, tp kelajuannya geram je aku dgr member2 yg citer pengalaman dorang drive that car... cc 1.6 tp speed 120 dah rs engine mcm nak runtuh. ini real dan pernah terjadi pd aku..

btw ni just my 2 cents.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 07:50 AM | Show all posts
otai_g posted on 22-8-2012 05:21 PM
masing2 ada pandangan masing2..
pd aku kalo nak kete yg space luas, amik mpv la abes cerita....

...


hehehe..setuju, masing2 ada pandangan memasing..so kita share la pendapat kita.

kena paham konsep MPV dan sedan, MPV untuk 'more passenger' compare to sedan (up to 7-8 person). Sedangkan sedan (persona) plak adalah sama basic function dr segi passenger capacity dengan compact car mcm Myvi iaitu 4-5 orang. Yg membezakan sedan dan compact car adalah space passengger dan liter ruang bonet yg besar dan tu yg akan merugikan TT nanti.

Unless Kalau TT dah ramai rakyat (anak2) dan perlukan extra seat, sedan dah tak memenuhi kehendaknya..then go for MPV. Sekiranya masih dlm berkadaran 4 orang (2 dewasa dan 3 kanak2), sedan still more than enough.

Kekadang saya tak paham, kenapa tengok ada keluarga yang berhimpit2 dlm satu buah kereta kecik, dgn baby seat, anak kecik 2, mak bapak dlm kereta compact (contohnya masa raya baru ni ada sebuah suzuki swift, saya sempat berborak dgn satu keluarga dr penang kat hentian RnR Tapah)..tapi bila dok berborak, rupanya itulah satu2nya kereta dia. Sampai pampers, kuih raya kena letak kat kaki depan pemandu dan penumpang hadapan sebelah kiri..tengok muka anak2 dia pun nampak azab. Kata dia, "tengok bang..kete saya dah macam sardin, bawah kaki saya pun ada dodol dengan jeruk..tak muat nak letak.."..

Well, bukan nak kata cc kecik enjin tak power, exora Bold CFE pun enjin kecik compare dgn body dia yg besar bagak tu.

Tapi, kalau Myvi dah disumbat 4-5 orang dgn barangan penuh, nazak jugak..dah hilang pickup dia tu, kecuali kalau 1.5 cc la.. (saya tak compare dengan vios or city sebab kereta tu segmennya compact sedan). Tayar belakang pun rapat..persona, kalau berat sangat kat belakang, absorber dia still keras dan tak turun mcm wira. In fact, kalau 1.6, dengan kapasiti penuh 5 penumpang dewasa, persona masih boleh jalan dengan selesa (baik dr segi keselesaan penumpang, mahupun keselesaan kemampuan enjin)..kalau myvi..hehehehehehe..enjin meraung, orang dlm kereta pun meraung..



Last edited by haji_one on 23-8-2012 07:55 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 04:41 PM | Show all posts
haji_one posted on 22-8-2012 08:57 AM
Kerap benar soklan mcm ni..hehehe..tapi takpe, masing2 ada pendapat memasing..saya vote persona.

...

salam haji_one..
tq sangat2 dengan penerangan yang telah saudara berikan, berdasarkan pengalaman saudara..saya amat hargai penerangan saudara..
untuk lebih mencerahkan keadaan, saya akan terangkan dengan lebih detail mengenai diri saya, saya sekarang baru berumur 23, baru sahaja tamat belajar n dapat kerja, sekarang saya berkerja dekat kl, tapi nnt saya akan ditransfer ke putrajaya, dan saya akan tggl di semenyih, jarak diantara semenyih ke putrajaya adalah dalam 30km, pergi balik 60km. so berdasarkan info yang saya berikan, kereta manakah yang paling ideal untuk saya pilih dalam menyelesaikan permasalahan saya. harap haji_one dan forumer lain dapat membantu saya...  
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 07:57 PM | Show all posts
wow pendapat haji_one mmg superb la.. penuh dgn fakta2 dan maklumat2 yg menyokong..

tt, b4 kitaorg bg pendapat satu je nak tanya, budet anggaran dlm brp k?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 08:38 PM | Show all posts
budget dalam rm 600 kebawah untuk bayaran bulanan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 10:27 PM | Show all posts
ultraman_nexus posted on 23-8-2012 08:38 PM
budget dalam rm 600 kebawah untuk bayaran bulanan...

kalo 600 sebulan rasanya persona dah kena drop awal2 dah.. unless kalo beli yg 2nd la...

nak yg baru ke 2nd?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 10:51 PM | Show all posts
x berani la amik yang 2nd, takut menanggung kerosakan tersembunyi... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 11:06 PM | Show all posts
beli laa inspira....... boleh feeling bawa teksi.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2012 11:12 PM | Show all posts
disini saya sertakan loan calculator yang telah dibuat..










Last edited by ultraman_nexus on 23-8-2012 11:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 11:13 PM | Show all posts
vote for persona...nyesal aku amik myvi. lebih kurang sama gak usia cam kau time beli dulu . la ni dah bekeluarga dah terasa kecik plak keta ni. dah la pelahap minyak. keta aku myvi auto. power window aku je dah 3 kali tukar dalam tempoh 9 bulan. jadi takde la kualiti sgt miyabi ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 11:22 PM | Show all posts
fadlily posted on 23-8-2012 11:13 PM
vote for persona...nyesal aku amik myvi. lebih kurang sama gak usia cam kau time beli dulu . la ni d ...

dari pengalaman saudara sepanjang menggunakan myvi, adakah terdapat sebarang tips2 yang dapat saudara kongsikan, dari segi penjagaan, pengendalian serta aksesori yang sesuai digunakan untuk kereta myvi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 11:27 PM | Show all posts
apasal myvi korunk nie kuat menketarah minyak? aku full tank boleh gi 450km++ long distance 500km++
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.167617 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list