CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1424|Reply: 10

Bongkar! UMNO TERLIBAT DISEBALIK PEMBIKINAN FILEM TANDA PUTERA ..?

[Copy link]
Post time 17-8-2012 03:32 PM | Show all posts |Read mode

Posted on Friday, August 17, 2012by Pencacai SeMalaysia®





Isu TANDA PUTERA: Jika Jujur, Tayangkan Selepas Pilihanraya Bukan Sebelumnya!





KEJAHATAN UMNO TERSERLAH MELALUI FILEM TANDA PUTERA UNTUK MENAKUTKAN RAKYAT




Shuhaimi Baba: Tiada watak pemimpin DAP dalam filem ‘Tanda Putera’





PETALING JAYA, 15 Ogos ― Pesona Pictures hari ini menafikan adanya watak pemimpin DAP dalam filem terbaru keluaran mereka, “Tanda Putera” yang telah menerima kecaman dan kontroversi berlarutan daripada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan filem tersebut.




Datin Paduka Shuhaimi Baba ketika siding akhbar yang diadakan oleh Pesona Pictures Sdn Bhd berhubung filem ‘Tanda Putera’ di Petaling Jaya pada 15 Ogos, 2012.


Pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba, berkata beliau telah menjelaskan beberapa kali bahawa filem durasi 117-minit itu juga tidak memaparkan mana-mana watak pemimpin DAP sepertimana dikatakan pelbagai pihak, terutama parti politik.



SATU ADEGAN DALAM FILEM TANDA PUTERA



“Tiada watak pemimpin DAP dalam filem ‘Tanda Putera’,” tegas Shuhaimi ketika sidang media di sini.



Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) mendakwa “Tanda Putera” memaparkan watak pemimpin DAP Lim Kit Siang turut dimuatkan ke dalam filem tersebut.



Tambah Shuhaimi, sejak trailer filem ini berdurasi 90 minit tersebar di Internet, banyak tuduhan palsu dan dakwaan yang membingungkan serta tidak berasas telah dilemparkan terhadap mereka.

"Sedangkan mereka belum melihat lagi filem ini,” katanya.



Mengulas berkenaan perkara itu lagi, Shuhaimi berkata, adegan untuk 13 Mei juga dimasukkan sekadar untuk memberikan latar kepada filem berkenaan.



“Adegan 13 Mei hanya memakan masa 10 minit daripada keseluruhan 115 minit filem ini. Ia hanya latar cerita.



“Saya pembuat filem ... bukan organ propaganda,” katanya yang turut menyuarakan rasa kecewa terhadap segelintir rakyat negara ini yang masih belum matang untuk melihat sejarah mereka sendiri.

“Ia hanya sejarah ... radikal pada masa lalu, bukan sekarang.



“Rakyat Malaysia masih belum matang,” tambahnya lagi.



Ekoran kontroversi tersebut, tarikh tayangan “Tanda Putera” juga diubah kepada 15 November 2012, daripada tarikh awal 13 September depan.



“Tarikh ini dikira sesuai kerana bersempena dengan cuti sekolah hujung tahun dan memberi ruang dan masa bagi Finas dan kami merancang untuk mempromosi filem ini,” tambahnya lagi. -TMI



Ulasan :


Persoalan kini apa perlu peristiwa 13 Mei 1969 itu dimasukkan di dalam filem berkenaan sekalipun hanya latar cerita yang berdurasi 10 mminit?



Kedua, apa yang nyata "wang rakyat" sudah digunakan (dilaporkan separuh dari bajet sebanyak RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai oleh agensi kerajaan, Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas) bererti kerajaan UMNO BN terlibat di dalam pembikinan filem ini dengan menggunakan wang rakyat), justeru rakyat berhak untuk mempastikan filem berkenaan bukan filem propaganda dan filem untuk pilihanraya.



Ketiga, jika pihak penerbit filem TANDA PUTERA jujur, maka tayangan filem berkenaan perlu ditangguhkan selepas pilihanraya Umum ke 13. Jika tidak, rakyat tetap berpersepsi, bahawa ia memang bertujuan untuk propaganda murahan UMNO BN.



Justeru sebarang penayangan filem berkenaan sebelum Pilihanraya Umum ke 13, ia perlu diboikot oleh rakyat Malaysia!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2012 09:57 AM | Show all posts
sejarah "ditulis" oleh pihak pemenang di dalam pertarungan kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2012 11:34 AM | Show all posts
nak komen tapi takut seksyen 114a diimplement.........tak pasal2 kang haa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2012 01:19 PM | Show all posts
Buat la pelem amporno... box opis gua cakap lu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2012 08:30 PM | Show all posts
korang memang baik punya spin
yg menuduh ada org DAP dlm filem tu pun org PR
tiba2 jadi mcm org BN plak yg menuduh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 12:30 PM | Show all posts
Kalau nak tahu cerita sebenar trajedi 13 mei tersebut jgn lupa baca buku yg dierbitkan oleh ahli sosiologi dr Kua Kia Soong..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2012 12:30 AM | Show all posts
cikglemer posted on 20-8-2012 12:30 PM
Kalau nak tahu cerita sebenar trajedi 13 mei tersebut jgn lupa baca buku yg dierbitkan oleh ahli sos ...

pas tu baca fakta penyanggahan dari JMD
http://jebatmustdie.files.wordpress.com/2009/06/13-may-1969-analysis-by-jmd.pdf
baca dua2 belah citer ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 11:26 AM | Show all posts
lelakinaive posted on 21-8-2012 12:30 AM
pas tu baca fakta penyanggahan dari JMD
http://jebatmustdie.files.wordpress.com/2009/06/13-may-19 ...

i did read tht jebat guy's article...n i could say tht he is a little bias towarrds the monarchy n all the books he stated as preference are based on personal opinion....so i think tht chinese guy's book still have merits....so wht do u think
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2012 02:14 PM | Show all posts
albusseverrusP posted on 21-8-2012 11:26 AM
i did read tht jebat guy's article...n i could say tht he is a little bias towarrds the monarchy n ...

camne bleh jadi personal opinion kalau JMD quote dari source yg sama ngan KKS
dua2 org quote dari White Paper n buku Tunku Abdul Rahman
KKS lebih byk quote personal opinion dari Bob Reece
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 04:19 PM | Show all posts
lelakinaive posted on 21-8-2012 02:14 PM
camne bleh jadi personal opinion kalau JMD quote dari source yg sama ngan KKS
dua2 org quote dari ...

no no...you are asking the wrong questions...err too much ketupat already so nnt la explain...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 11:43 AM | Show all posts
Kami amat bimbang segala kebenaran akan terbongkar dan rakyat akan tahu yang rakan kami selama ini iaitu dap adalah pencetus utama 13 meu. Walaubagaimanapun pihak kami sudahpun merencanakan dan merancangkan satu kisah dan sedang di uar-uarkan kepada rakyat bahawa 13 mei sebenranya adalah berpunca dari umno. Diharap semua rakyat akan terpengaruh dengan cerita ini. Semua ini adalah satu perjuangan suci murni sebab untuk melinduk kejahatan dap dan semoga dap akan tetap bersama pakatan untuk menyokong penubuhan negara islam dan melaksanakan hudut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.672121 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list