CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2749|Reply: 0

OUYA - Konsol permainan berasaskan Android

[Copy link]
Post time 22-8-2012 08:35 PM | Show all posts |Read mode




Ramai yang sudah biasa dengan permainan konsol seperti Xbox, Play Station 3 dan Nintendo Wii. Setiap konsol-konsol ini mempunyai persamaan yang ketara iaitu sistem yang tidak boleh diubahsuai oleh penggunanya. Oleh kerana itu, Julie Uhrman, seorang veteran dalam industri permainan (gaming), telah mencipta OUYA. OUYA merupakan sebuah konsol permainan yang menggunakan Android bagi menjadikan ia konsol terbuka pertama di dunia. Konsol ini pastinya menarik minat penggodam-penggodam di seluruh dunia kerana mereka boleh mengubahsuai OUYA mengikut citarasa mereka. Di samping itu, reka bentuk konsol ini juga amat menarik dan unik berbanding konsol-konsol yang lain.






Bermula pada bulan September ini, para pengguna boleh mula menempah nama pengguna untuk OUYA  termasuklah ID pemain, dan tag permainan. Sudah pasti ramai yang akan berebut-rebut untuk menempah seawal yang mungkin. Persoalannya adakah pereka permainan konsol yang sedia ada bakal membawa masuk permainan mereka ke dalam OUYA?

delete klo dah ade

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.090185 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list