CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8890|Reply: 2

Jawapan kenapa tidak boleh dilaksanakan hudud di negeri kelantan dan kedah

[Copy link]
Post time 27-8-2012 02:00 PM | Show all posts |Read mode

JAWAPAN  KENAPA HUDUD TIDAK DAPAT DI LAKSANAKAN OLEH PAS KELANTAN DAN KEDAH.


Islam di Malaysia adalah Islam'yang ditadbir dan bukan Islam yang mentadbir sebab anak-anak sekolah juga diajar perkara ini. Misalnya dalam subjek kenegaraan Malaysia dalam pengajian Am 1 Peringkat STPM,antara lain pelajar di ajar bagaimanakah agama Islam ditadbirkan dimalaysia.

1. mengikut Perlembagaan Persekutuan,agama Islam terletak di bawah kuasa negeri.

2. setiap negeri menggubal Enakmen Pentadbiran agama Islam masing-masing
3. setiap Negeri juga membentuk Majlis agama Islam yang mengandungi tokoh-tokoh Islam dan bertindak sebagai Badan Perundangan Islam yang
sebenar di Negeri itu.
4. tugas utama Majlis agama Islam termasuk

a) membuat peraturan-peraturan mengenai agama Islam

b)Mengeluarkan Fatwa
c) Mentadbir masjid dan sekolah-sekolah agama.
D) Mengutip zakat,fitrah dan bayaran yang lain yang diwajibkan oleh orang Islam
e) mengurus wakaf
5)Disamping itu sebuah Jabatan Agama Islam yang mengandungi Pegawai-Pegawai Kerajaan juga dibentuk untuk membantu Majlis Agama Islam menjalankan tugasnya.

Perlembagaan Persekutuan juga menghadkan pemakaian undang-undang Islam.


1) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri
untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran agama Islam termasuk
Mahkamah Syariah bagi Negeri yang berkenaan.


2) Bagaimanapun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa atas umat Islam dan mengenai pengamalan ajaran Islam setakat ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan.

3) Dengan itu Akta Mahkamah Syariah 1965(pindaan 1984) telah menghadkan kuasa Mahkamah Syariah pada paras menjatuhi penjara sehingga tiga tahun,hukuman denda sehingga RM5,000 dan hukum sebat sehingga enam rotan.


4) Mengikut suatu pindaan Perlembagaan Persekutuan 1988,Mahkamah
Tinggi dan Mahkamah Bawahan tidak mempunyai kuasa Kehakiman keatas
perkara-perkara yang telah menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah.


Dinyatakan juga bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad


1) Bidang kuasa sivil meliputi:
a) Perkahwinan
b) Penceraian
c) Nafkah anak dan Isteri
d) Pewarisan harta
2) Bidang kuasa jenayah meliputi:
a) Kesalahan Matrimoni seperti tidak taat pada Suami
b) Kesallahan hubungan seks seperti persetubuhan haram,berkhalwat dan pelacuran.
C) Kesalahan minuman keras seperti menjual dan meminum arak.
D) Kesalahan keimanan seperti tidak Solat Jumaat,tidak berpuasa atau
tidak membayar zakat.
E) Kesalahan pertukaran agama seperti tidak mendaftar masuk dan keluar Islam.
F) Kesalahan berhubung dengan perjudian.
WALAU APAPUN PINDAAN UNDANG-UNDANG NEGERI YANG DIBUAT DAN DILULUSKAN OLEH AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI,KERAJAAN NEGERI HANYA DIBERIPERUNTUKAN :

TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000, 6 ROTAN
TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000. 6 ROTAN
TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000, 6 ROTAN

Kalau adun Kuang ni faham lagi dia patut semak Perlembagaan Perseketuan sebeluM membuat kenyataan yang memalukan dirinya sendiri.
Berikut ialah ancaman serta ugutan dari pemimin2 umno yang keras menentang hudud.
Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992: “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93: ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99: ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994.: “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”
Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994: “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”


Lagi koleksi umno /bn hina Islam disini(klik)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2012 02:31 PM | Show all posts
ko taip la banyak kali pun.. baik diblog dan di mana2 pun... orng umno ni belajar undang2 telebeh2 tinggi.. dia je yg paham undang2... tk caya tanya penasihat undang2 umno..

seorang lg mamak telebeh melayu... kah kah kah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 02:53 PM | Show all posts
Ini semua salah umno, nanti bila dap perintah mesti lulus punya, kapal seng akan lulus semua undang2 hudut mudut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.061163 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list