CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11452|Reply: 207

[Tempatan] UPDATE #1: DNA Mengesahkan Org Kelantan Melayu Paling Awal di Semenanjung

[Copy link]
Post time 3-9-2012 08:10 PM | Show all posts |Read mode
UPDATE:

Utusan Malaysia

ARKIB : 03/09/2012



Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on printMore Sharin

Mencari Melayu terawal

Prof. Zilfalil bersama dua orang pelajarnya Wan Nur Hatin (dua dari kiri) dan Nur Shafawati (kanan) semasa pengambilan sampel genetik Melayu.


SIAPAKAH yang dikatakan Melayu dan paling Melayu? Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) menggunakan kaedah analisis genetik atau ciri pewarisan untuk merungkai masalah bahawa siapakah yang paling Melayu. Sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Mara pula (UiTM) menggunakan kaedah yang sama untuk membantu dalam rawatan penyakit. Ikuti laporan khas Merungkai misteri genetik Melayu oleh wartawan Laupa Junus

BAGI saintis, kajian mengenai genetik melibatkan aspek teknikal. Tetapi dari satu sudut lain ia membongkar banyak perkara baru mengenai benda hidup, termasuk asal-usulnya.

Lebih daripada itu, saintis boleh menemui kaedah baru dalam rawatan penyakit manusia berdasarkan profil gen yang dimiliki.
Secara mudahnya, genetik merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi benda hidup.
Unit asas untuk semua benda hidup ialah sel yang mengandungi nukleus.

Di dalam nukleus, terdapat kromosom yang di dalamnya tersimpan maklumat pewarisan atau keturunan.

Kromosom ialah makro-molekul yang terdiri daripada asid deoksiribonukleik (DNA) yang memberi maklumat kod pewarisan atau keturunan dalam bentuk gelungan dua bebenang yang terdiri daripada ulangan jujukan empat nukleotida iaitu A (Adenine), T (Thymine) , C (Cytosine) dan G (Guanine) sahaja.
Setiap kromosom mengandungi beberapa ratus hingga beberapa ribu gen.

Setiap gen terbentuk daripada jujukan DNA yang spesifik dan boleh ditafsir untuk pembinaan protein. Manusia mempunyai 23 pasang kromosom yang terdiri daripada lebih kurang 25,000 gen.

Bagaimanapun, terdapat variasi mutasi genomik antaranya polimorfisma nukleotida tunggal atau SNP iaitu apabila nukleotida (A,C,T atau G) dalam jujukan DNA berbeza dalam individu berkenaan.

Berdasarkan maklumat-maklumat ini, saintis kini memfokuskan kepada kerja-kerja penjujukan DNA bagi mencari variasi yang berbeza pada manusia.
Berlandaskan latarbelakang itu juga, sekumpulan saintis dan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) diketuai pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr. Zilfalil Alwi melancarkan Malaysian Node bagi Projek Variome Manusia (Human Variome Project).
Ia bertujuan mengenal pasti variasi SNP yang terdapat pada pelbagai subetnik Melayu di negara ini.

Projek berkenaan melibatkan pengambilan sampel darah subetnik Melayu iaitu Melayu Kelantan, Jawa, Bugis, Minang, Kedah, Pattani, Champa dan Banjar yang telah bermula pada 2006.

‘‘Kajian ini dilaksanakan bagi membandingkan profil DNA antara pelbagai sampel daripada subetnik Melayu berkenaan seterusnya menghasilkan pangkalan data variasi SNP ini untuk menjadi rujukan kepada penyelidik lain amnya," ujarnya ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini

Beliau berkata , SNP berlaku apabila terdapat satu nukleotida dalam DNA manusia (sama ada A,C,T atau G) yang berbeza daripada individu-individu lain. Perbezaan itu berlaku pada sekurang-kurangnya dua peratus individu dari populasi atau kumpulan etnik berkenaan.

Sebarang variasi dalam DNA seperti SNP boleh menyumbang kepada kemungkinan berlakunya penyakit pada individu berkenaan termasuk penyakit yang diwarisi atau penyakit yang disebabkan oleh gabungan faktor genetik dan faktor-faktor persekitaran seperti pendedahan kepada radiasi bahan kimia dan sebagainya.

Kajian beliau tertumpu kepada mencari jenis variasi atau kepelbagaian yang berlaku dalam gen manusia dan dibuktikan kemudiannya bagi meramal penyakit dan asal usul subetnik Melayu di samping penghasilan pangkalan data SNP.

Menurut beliau, pelbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini boleh memberi gambaran corak sejarah penghijrahan dan cabang bahasa yang berbeza.
Pelbagai budaya telah bercampur di Malaysia sejak sejarah awal lagi.

Katanya, lebih daripada 1,500 tahun yang lalu, kerajaan Melayu yang ada mengalu-alukan semua pedagang antaranya dari China, India dan Arab dan dengan ketibaan mereka membawa bersama budaya serta agama berlainan seperti Islam, Buddha dan Hindu.

Keunikan budaya Malaysia dipengaruhi oleh pelbagai budaya yang berbeza, namun hanya segelintir yang mempunyai pengaruh yang berkekalan terutamanya pada negara.
Walaupun setiap budaya ini telah bersungguh-sungguh mengekalkan tradisi dan struktur masyarakat, percampuran antara mereka juga telah mencipta pelbagai warisan kontemporari Malaysia yang unik.

‘&#145emetaan genom kumpulan subetnik Melayu ini akan memberikan kita peta genetik bagi menghuraikan sejarah penghijrahan negara serta mendedahkan sejauh mana persamaan genetik antara pelbagai populasi.

‘‘Ia juga dapat menjelaskan teka-teki sejarah dan latar belakang demografi setiap etnik yang mungkin mengalami faktor evolusi yang berbeza.
‘‘Dengan penubuhan pangkalan data genetik ini, pelbagai kajian penyelidikan ke arah kelestarian manusia sejagat dapat dilaksanakan. Ia termasuk kajian forensik dan implikasi etika, undang-undang dan sosial pada masyarakat,’’katanya,

Beliau bersama pelajarnya Wan Nur Hatin Wan Isa dan Nur Shafawati Ab. Rajab beserta penyelidik lain dari pelbagai institusi telah memulakan kajian dengan mengambil sampel di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.

Mereka dibantu oleh orang kampung terutama ketua-ketua kampung yang terlibat.

Kajian dibiayai menerusi geran dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang dibahagi bersama penyelidik lain dari USM dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan juga Pusat Pengajian Sains Kemanusiaan.

Kajian tersebut bertujuan memeta genom kumpulan etnik berkenaan bagi menghuraikan sejarah penghijrahan dan kajian latar belakang mereka.
Kajian ini menggunakan kaedah berteknologi tinggi iaitu cip microarray yang mampu melaksanakan kerja-kerja penjujukan SNP dalam masa yang pantas.

Kajian tersebut yang tamat tahun lalu mendapati beberapa kesimpulan menarik dapat dibuat berdasarkan kepada perbandingan pemetaan genom yang dilakukan.
Antara hasil penyelidikan tersebut menunjukkan perkaitan beberapa subetnik Melayu kepada masyarakat Indonesia serta persamaan masyarakat di Selatan Thailand dengan Melayu Kedah dan Melayu Kelantan di samping mengandungi komponen Cina dan India dalam genom mereka.

Daripada tujuh kumpulan atau subetnik tersebut, hasil kajian beliau dan kumpulannya juga mendapati setiap kumpulan sub-etnik Melayu mempunyai genom campuran dan Melayu Kelantan dan Melayu Kedah mungkin dipengaruhi oleh tamadun Langkasuka pada era sejarah dulu.

Ini menunjukkan bahawa Melayu Kelantan terawal di Semenanjung Tanah Melayu berdasarkan perbandingan profil genetik yang diperoleh. Ini kerana sampel Melayu Kelantan tidak mempunyai persamaan atau unsur yang sama dengan semua sampel subetnik Melayu yang dianalisis kecuali dengan subetnik Melayu Pattani dan Melayu Kedah yang mana apabila dikaitkan dengan sejarah, era Langkasuka mennjukkan adanya kaitan Melayu, Kedah dan Pattani.



Jenuh iolss screen capture paper utusan ari ni pakai G Tab 7.7
Kalau x leh baca nasib lah
Cari dlm online x jumpa

kajian oleh Prof USM & UiTM




Last edited by solstice on 4-9-2012 09:22 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2012 08:17 PM | Show all posts
patut lah nik aziz nampak prehistoric.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 08:28 PM | Show all posts
hambo dok cayo- ore paling awa kek negori
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 08:34 PM | Show all posts
masa aku study dulu lecturer aku bgtau yg melayu kelate ni keturunan dari champa yg berhijrah ke malaya neh...agaknya diorg yg terawal tiba kat tanah melayu nehh
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 08:39 PM | Show all posts
yakboktam posted on 3-9-2012 08:34 PM
masa aku study dulu lecturer aku bgtau yg melayu kelate ni keturunan dari champa yg berhijrah ke mal ...

YakBokTey!!!

Sek2 itik salai nok tohok mano?














Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 08:39 PM | Show all posts
Tsk main lah datang tanah melayu naik tongkang ini, paling sial pun naik gajah kot?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2012 08:39 PM | Show all posts
bukan dah ada ke thread ni? hakhakhak.. tk penah buat statement.. first stime la plak...

hah?? kelantan orng yg pertama bla bla bla...

kelantan gak orng yg pertama baling botol pabila masuk stadium nengok bola.. harharhar...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 08:42 PM | Show all posts
Patut lah ummah kelantan tiada yg berbinkan mosimon, suparman, toyo, sunardi etc bukan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2012 08:46 PM | Show all posts
Melayu Kelantan dijadikan asas kajian kumpulan penyelidik itu sebab susur galur keturunan kumpulan Melayu itu dianggap masih tulen kerana ramai yang masih mengekalkan keturunan mereka tanpa campuran kaum lain.
Orang melayu lain suka perkahwinan campur yang sekali gus menjejaskan genetik asal kaum itu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 08:51 PM | Show all posts
kasibiman posted on 3-9-2012 08:39 PM
YakBokTey!!!

Sek2 itik salai nok tohok mano?


itik salai? apa kaitannya? mohong pencerahang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:32 PM | Show all posts
to mysara: btl tak ckp aku? melayu kelantan,kedah,ganu,patani,perlis adalah melayu tulen original kat malaysia ni..terutama melayu kelantan dan kedah...tp indon kata melayu asal riau..org melayu dulu2 pun berhijrah cari tempat baru..sama mcm orang bugis..tp kat malaysia ni pelik..abis jawa,minang,bugis,mandailing,bawean,kerinchi,rawa,banjar dikatakan melayu...depa ni elok dijadikan bangsa nusantara...bukan melayu..

kalo jawa buat pasal..mesti name melayu naik..." bodo punye melayu" tp orang tu jawa...

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 09:57 PM | Show all posts
the_killer posted on 3-9-2012 09:32 PM
to mysara: btl tak ckp aku? melayu kelantan,kedah,ganu,patani,perlis adalah melayu tulen original ka ...

betui tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:01 PM | Show all posts
habis tuh?

dapat hadiah monorel dr kubang kerian ke pasir pekan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:06 PM | Show all posts
TanSriJess posted on 3-9-2012 10:01 PM
habis tuh?

dapat hadiah monorel dr kubang kerian ke pasir pekan ke?

Non hadoooo jah.. Kalau BN boleh sediakan i rela gi pangkah parti tuh sepuloh kali next PRU.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:08 PM | Show all posts
Hehehehe ..... Ada kemajuan cara berpikir yang patut diapresiasi... sekarang klaim didukung riset ilmiah ....

Next ... Ditunggu bukti ilmiah klaim Lembah Bujang sebagai yang tertua di Asia Tenggara ..+ bukti ilmiah klaim Kerajaan Malaka sebagai imperium melayu terhebat di Nusantara ..... . Last edited by wartakita on 3-9-2012 10:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:10 PM | Show all posts
Habes lah, melayu negeri lain menggulupuh nak claim susur galur mereka melayu tulen jua walsupon sejarah dok cerita nenek moyang mereka mengayuh tongkang mari ke sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2012 10:11 PM | Show all posts
wartakita posted on 3-9-2012 10:08 PM
Hehehehe ..... Ada kemajuan cara berpikir yang patut diapresiasi... sekarang klaim didukung riset il ...

indon suda bukak mata..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:14 PM | Show all posts
the_killer posted on 3-9-2012 09:32 PM
to mysara: btl tak ckp aku? melayu kelantan,kedah,ganu,patani,perlis adalah melayu tulen original ka ...

yes..... tiada kaitan ngan indon....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:15 PM | Show all posts
the_killer posted on 3-9-2012 09:32 PM
to mysara: btl tak ckp aku? melayu kelantan,kedah,ganu,patani,perlis adalah melayu tulen original ka ...

Saya percaya...Bermula dari perlis.kedah...perak tidak sepenuhnya karena perak ramai indon naik tongkang....kelantan dan terengganu adalah pemula kepada melayu...dahulu negeri2 ini dibawah tanah jajahan siam...negeri2 lain termasuk perak dan pahang ramai sudah di hijack oleh indon naik tongkang....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:15 PM | Show all posts
addamnor posted on 3-9-2012 10:10 PM
Habes lah, melayu negeri lain menggulupuh nak claim susur galur mereka melayu tulen jua walsupon sej ...

adakah etnik penghijrah ditarik hak bumiputera? cina dan india pun hijrah..depa pun hijrah..? hanya orang asli,melayu ori,peribumi sarawak dan sabah serta siam dijadikan bumiputera...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.084699 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list