CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 439|Reply: 0

Anugerah Blockbuster - Undian Secara ONLINE

[Copy link]
Post time 4-9-2012 01:48 PM | Show all posts |Read mode


Anugerah Blockbuster ni anugerah untuk penggiat seni filem yang dipilih 100% oleh peminat dan penonton. Undian daripada peminat dilakukan secara ONLINE dekat web diorg. www.anugerahblockbuster.com.my

Kategori yang dipertandingkan:
ANUGERAH FILEM TERHEBAT
ANUGERAH TUAN DIREKTOR TERHEBAT
ANUGERAH DIREKTOR BARU TERHEBAT
ANUGERAH FILEM AKSI TERHEBAT
ANUGERAH FILEM KELAKAR TERHEBAT
ANUGERAH FILEM TAKUT TERHEBAT
ANUGERAH DRAMA MUZIKAL TERHEBAT
ANUGERAH HERO TERHEBAT
ANUGERAH HEROIN TERHEBAT
ANUGERAH WATAK PENYANGAK TERHEBAT
ANUGERAH LAGU FILEM TERHEBAT
ANUGERAH HERO BARU TERHEBAT
ANUGERAH HEROIN BARU TERHEBAT



Undian Online Anugerah Blockbuster

Anugerah Blockbuster, satu majlis anugerah yang memartabatkan filem-filem serta penggiat seni perfileman pilihan penonton bakal menemui penonton tidak lama lagi. Anugerah yang menyenaraikan 13 kategori dan melibatkan hampir 40 pencalonan bagi setiap kategori menggunakan 100% undian darpada peminat dan penonton.

Untuk fasa pertama pengundian, proses pengundian akan dilakukan di laman web rasmi Anugerah Blockbuster di www.anugerahblockbuster.com.my. Proses undian akan dijalankan bermula 3 September 2012 hingga 18 September 2012. Pengundi hanya perlu berdaftar di laman sosial Facebook untuk mengundi.

Pengundi hanya boleh mengundi 1 undian untuk setiap kategori setiap hari. Sekiranya pengundi sudah mengundi hari ini, mereka boleh kembali semula di hari berikutnya untuk membuat undian. Kiraan undian akan dipaparkan di laman web Anugerah Blockbuster sepanjang tempoh undian online.

10 calon yang mendapat undian terbanyak bagi setiap kategori akan layak ke pusingan seterusnya di mana undian akan dilakukan melalui online dan juga sistem pesanan ringkas (Setiap SMS akan dikenakan cas RM0.50. Tertakluk kepada syarat dan terma). Keputusan akan dikira bedasarkan 50% daripada undian SMS dan 50% lagi dari undian secara online. Pemenang bagi undian fasa kedua akan diumumkan pada Malam Kemuncak Anugerah Blockbuster, 6 Oktober 2012 secara langsung dibawakan oleh siaran Astro Ria (104).


Kredit: www.anugerahblockbuster.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.546545 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list