CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pisangmontel

anugerah blockbuster 2012

[Copy link]
Post time 5-10-2012 10:04 AM | Show all posts
diana007 posted on 5-10-2012 09:48 AM
Salah Seorang Pengacara Anugerah BlockBuster - LISA SURIHANI berganding dengan AFDLIN SHAUKI & ZIZAN ...

ala..johan xde..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 10:30 AM | Show all posts
jozanfan posted on 5-10-2012 10:04 AM
ala..johan xde..

Johan Masuk MasterChef Selebriti musim ke 2 katanya...as per in youtube..hahahaha tak sanggup kalau ianya benar2 terjadi..hehehehe Johan kacau usik orang, buat lawak..bolehlah..hehehehe




Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:32 AM | Show all posts
ade plak anugerah blokbuster ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:36 AM | Show all posts
Debaran Anugerah Blokbuster 2011 semakin hampir di kemuncak nya dengan hanya 3 hari lagi bakal menentukan siapakah bakal menerima pengiktirafan dari peminat-peminat filem tempatan sendiri bagi kategori- kategori yang bakal menentukan filem, pengarah mahupun pelakon terhebat 2011.

Usaha murni pihak Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama Astro mengadakan Anugerah Blokbuster 2011 untuk memartabatkan karya-karya filem-filem tempatan harus diberi pujian kerana ianya secara tidak langsung memberi peluang kepada peminat-peminat filem tempatan menilai sendiri kelebihan serta kekuatan sesebuah karya.

Buat julung kalinya anugerah berprestij ini diadakan dan ianya bakal memberi impak besar  kepada industri perfileman negara yang sememangnya semakin maju ke hadapan. Malah tidak hairan jika lambakkan filem yang menerima kutipan tinggi kerana penerimaan penonton dan peminat filem-filem tempatan yang sudah mula percayai dengan hasil kerja pengarah dan pelakon tempatan.
Untuk Anugerah Blokbuster 2011 kali ini, pihak PFM dan Astro dengan bangganya telah menyusunkan beberapa slot istimewa di malam anugerah berprestij itu diadakan dan lebiih menarik penampilan trio pengacara yang cukup hebat dan popular yang bakal mengendalikan Anugerah Blokbuster 2011. Afdlin Shauki, Zizan Razak dan Lisa Surihani bakal mewarnai malam gilang gemilang Anugerah Blokbuster 2011 sebagai hos utama sepanjang majlis diadakan.
Pengalaman mereka bertiga mengendalikan anugerah berprestij seperti ini tidak boleh disangkal lagi selain kredibiliti yang mampu memeriahkan lagi Anugerah Blokbuster 2011.

Turut tidak terlepas sesi Karpet Merah Anugerah Blokbuster 2011 yang menyaksikan Scha Al Yahya dan Hanif sebagai pengendali kepada para jemputan tiba di majlis berprestij ini.

Turut serta Thanuja yang juga peserta MasterChef Selebriti Malaysia yang akan berganding bersama Hafizul On Air di Karpet Merah Anugerah Blokbuster 2011 sebagai gandingan kedua pada malam itu selepas Scha dan Hanif. Lebih mengujakan Stylista terkenal tanahair iaitu Ayie dari program Proparaganza turut serta dalam menjayakan karpet merah pada malam itu. Seperti biasa Ayie akan mengacarakan slot untuk fesyen-fesyen yang digayakan selebriti-selebriti serta para jemputan yang hadir untuk tontonan umum.

Sedia maklum terdapat 13 kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak bakal menyaksikan siapa yang layak untuk diumum sebagai pemenang bagi setiap kategori. Antara penyampai-penyampai yang terlibat pada malam tersebut termasuklah Shah Jazsle, Tasha Shilla, Intan Ladyana, Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Mamat Khalid, Zahiril Adzim, Johan Asari, Aznil Hj Nawawi, dan ramai lagi.

Malah malam Anugerah Blokbuster 2011 tidak terlepas dari persembahan-persembahan istimewa dari muka baru hingga ke penyanyi-penyanyi yang bertaraf lagenda. Antara penyanyi yang terlibat dengan persembahan malam tersebut adalah kumpulan dari Singapura Sleeq, Alif Satar, Adira, Randy Pangalila, Awie Rafael, Erra Fazira, Zamani Slam dan ramai lagi. Turut menjadi tumpuan sudah pasti dengan kehadiran dan persembahan dari otai rock tanahair, Amy Search yang bakal menyajikan persembahan hebat pada malam kemuncak Anugerah Blokbuster 2011.

Kepada mereka yang masih belum mendapatkan tiket-tiket percuma ke Anugerah Blokbuster 2011, boleh berbuat demikian di North Gate Astro Bukit Jalil yang telah bermula sejak 1 November hingga 5 November yang akan mula diedarkan pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadi tetamu istimewa pada malam Anugerah Blokbuster 2011 seterusnya menyokong penuh filem-filem tempatan serta hasil karya hebat pengarah serta pelakon demi memartabatkan industri perfileman negara ke peringkat yang lebih tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:36 AM | Show all posts
"Idea menganjurkan anugerah ini sebenarnya datang dari Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abd Halim. "


Hhhmmm....baca ni pun dh leh agak sapa yg menang nanti....comfirm jadi ANUGERAH SYOK SENDIRI....

Lisa ngan filem2 KRU tentu menang besar.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:38 AM | Show all posts
(PROMO)

Buat pertama kalinya, suatu acara tergempak, untuk menghargai dunia perfileman tanah air, Anugerah Blokbuster! Dihoskan oleh gabungan trio yang mantap, Afdlin Shauki, Lisa Surihani dan Zizan!
Anugerah Blokbuster, 6 Oktober 2012
9 malam, Siaran Langsung di Astro Ria (104)
http://www.anugerahblokbuster.com.my

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2012 10:49 AM | Show all posts
Norman KRU wakil KRU Studios bagi kategori2 yg dipertandingkan utk Karak& Hikayat Merong Mahawangsa

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:52 AM | Show all posts
Mia Sara - Persaingan kuat Nadiya Nisaa' bagi kategori Anugerah Heroin Baru Terhebat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 11:27 AM | Show all posts
diana007 posted on 5-10-2012 10:30 AM
Johan Masuk MasterChef Selebriti musim ke 2 katanya...as per in youtube..hahahaha tak sanggup kala ...

kannn..
kompem riuh rendah ngan papa johan nie..
kaco org lain tu perkara wajib..hahahahahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 11:29 AM | Show all posts
diana007 posted on 5-10-2012 10:52 AM
Mia Sara - Persaingan kuat Nadiya Nisaa' bagi kategori Anugerah Heroin Baru Terhebat

mintak2 Ain Hawani menang...!!!

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 12:13 PM | Show all posts
jozanfan posted on 5-10-2012 11:29 AM
mintak2 Ain Hawani menang...!!!

dah vote ke ? kalau nak dia menang, kena vote  

I memang tak vote (tak pernah nak vote pun) so tak le berharap pun sape menang
I just enjoy the show .. tgk performance plus fesyen2 artis


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 12:26 PM | Show all posts
aku suke promo iklan anugerah neh...mcm kretip lah jgk....yg part merong mahawangsa alih suare tu aku xtahan...lps tu yg si amir & afdlin jd izzah & haris ombak rindu....siot je....yg zizan jd hantu pon klaka jgk
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 06:55 PM | Show all posts
F685 posted on 5-10-2012 12:13 PM
dah vote ke ? kalau nak dia menang, kena vote  

I memang tak vote (tak pernah nak vote pun) s ...

hari2 iols vote..
sbb nk Ain Hawani menang..she deserved itu..!!

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 07:03 PM | Show all posts
anugerah ni macam tak dapat kuterima calon yang menonjol dalam undian. of coz lah lisa surihani paling tinggi undian coz dia saja ada sejuta lebih peminat kat face book...sampai kan filem sekali lagi pun dia dapat undian tinggi padahal filem tusendu snagat!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 07:10 PM | Show all posts
laahhhh....dah nama pun anugerah pilihan pemenat...yg banyak fans la yg dpt undian tinggi...apa de hal..?
ok what anugerah ringan2 camni...untuk seronok2 dan meriahkan industri....lantak la sapa menang....janji haku nak tgk retis melaram dgn persembahan best2....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 07:16 PM | Show all posts
parasitology posted on 5-10-2012 07:10 PM
laahhhh....dah nama pun anugerah pilihan pemenat...yg banyak fans la yg dpt undian tinggi...apa de h ...

kan ...
sapa yg undi itu lah yg layak bersuara ..
dan yg bersuara pun , kalo majoriti itu lah yg menang, syukur lah, tp
kalo sendu, telan air liur je lah kan ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 07:35 PM | Show all posts
parasitology posted on 5-10-2012 07:10 PM
laahhhh....dah nama pun anugerah pilihan pemenat...yg banyak fans la yg dpt undian tinggi...apa de h ...

Parasittttttttt Rinduuuuuuuuuuuuuuuu

Yes, I bersetuju dengan you, it was meant for them too..nak ukurkan popularity mereka juga dalam industry - di kalangan peminat2

Spoiler - Ada persembahan Gangnam Style *Malaysia Style by those trios Zizan Razak, Lisa & Afdlin
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 08:56 PM | Show all posts
diana007 posted on 5-10-2012 07:35 PM
Parasittttttttt Rinduuuuuuuuuuuuuuuu  

Yes, I bersetuju dengan you, it was meant for them too ...

haluuu Lady D aka ozlynn habang johan uols ada ker tak malam sok?

gigih ler deyols bergangnam segala.... mesti nak suh bebudak kpop melayan anugerah ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 09:47 PM | Show all posts
parasitology posted on 5-10-2012 07:10 PM
laahhhh....dah nama pun anugerah pilihan pemenat...yg banyak fans la yg dpt undian tinggi...apa de h ...

kannn .. setuju dgn kamu
kalo nak artis kegemaran menang kena la rajin mengundi

aku suka je layan award show mcm ni .... AIM, ASK, FFM, shout award
leh layan persembahan & fesyen2 artis sape menang belakang kira


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 09:50 PM | Show all posts
DCT tgh rehearsal

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.084659 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list