CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23267|Reply: 108

Edisi Novel jadi Drama: Salju Sakinah! UPDATE: Raja Farah as main cast.

[Copy link]
Post time 17-9-2012 12:26 PM | Show all posts |Read mode
SINOPSIS:

NOVEL Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah siswi tahun akhirUniversiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhirpengajiannya.

      Sumayyah, 25 tahun berhadapan pelbagai rona ujian yang mencabarkematangannya dan wibawanya sebagai pelajar jurusan Syariah diuniversiti Timur Tengah.  

      Novel ini mengambil dua latar tempat iaitu Jordan dan Malaysia.Juga dua latar waktu iaitu ketika Sumayah menghabiskan semesterterakhirnya dan ketika dia berada di kampungnya, di Senggarang, BatuPahat.

      Walaupun watak Sumayyah menjadi sudut pandangan utama di dalamnovel ini, tetapi persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik,sosial dan ilmu turut disentuh di dalamnya. Lantaran, sewaktu diJordan, Sumayyah amat intim dengan isu Palestin, Iraq dan dunia Islamsekitarnya disebabkan pergaulannya dengan pelajar-pelajar Arab yangtinggal berjiran dengannya. Sedaya mungkin Sumayyah cuba membantuteman-temannya yang menghadapi kesan dan tekanan perang.

      Selain itu, novel ini juga tidak melupakan aspek sosial denganmengenengahkan isu sumbang mahram, hasad dengki, fitnah -memfitnahserta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakitsebahagian masyarakat. Sumayyah berhadapan dengan fitnah daripadajirannya dan akhirnya berjaya membongkar kes sumbang mahram yangdialami jirannya itu.

      Bahkan, ia juga mengupas aspek ekonomi orang Islam denganperusahaan kerepek yang diwarisi Sumayyah daripada ayahnya. Industridesa yang popular di Batu Pahat ini menjadi latar utama novel inisepanjang watak Sumayyah berada di kampungnya.

      Novel ini berlangsung selama kira-kira sembilan bulan. Bermulapada musim panas pertengahan Mei dan berakhir pada musim sejuk akhirJanuari tahun berikutnya. Ia dimulakan dengan kejutan-kejutan di luarduga dalam diri Sumayyah di penghujung pengajiannya: Hubungannya denganAfnan, siswa Universiti al-Azhar terputus, beberapa masalah persatuanpelajar, malah turut berkongsi derita dengan pelajar-pelajar Palestin.

      Seminggu selepas peperiksaan akhirnya pada awal Jun, tanpamenunggu keputusan rasminya keluar, Sumayyah terbang pulang keMalaysia. Apabila tiba di rumah, dia terkejut apabila mendapati ayahnyabaru sahaja meninggal dunia sepuluh hari yang lalu akibat kemalanganjalan raya. Berita duka itu sengaja dirahsiakan keluarganyamemandangkan peperiksaan akhir yang sedang dijalaninya.

      Di kampungnya di Senggarang, Batu Pahat, Sumayyah meneruskanusaha ayahnya membangunkan kilang kerepek bersama ibunya dan Muazam,pembantu ayahnya. Pelbagai cabaran dihadapi oleh Sumayyah dalammeneruskan industri yang makin berkembang, namun dia mendapat sokongankuat daripada Muazam, pemilik Diploma Pengajian Perniagaan. Kerjasamaini menguatkan hubungan mereka yang direstui ibunya.

      Di samping itu, Sumayyah tidak lupa menumpahkan khidmat ilmukepada masyarakat dengan aktif memberi kuliah agama, menjadi tempatrujuk masyarakat dan terlibat dengan pergerakan wanita di kampungnyabersama bekas gurunya, Ustazah Samihah. Program Yaasin dan tazkirahdari rumah ke rumah yang sebelumnya mati dihidupkannya semula.

Namun, dia diuji apabila jiran sebelah rumahnya yang baru bersuamimuda mula memfitnahnya. Lebih memeritkan, kakak dan abang iparnyasendiri terpengaruh dengan ajaran sesat.

      Bagaimanapun pada pertengahan September, Sumayyah menerimakejutan yang sangat mencabar keimanannya apabila menerima panggilantelefon dari Jordan. Dia diberitakan gagal salah satu kertas yangdiambilnya pada semester terakhir apabila slip sebenar keputusan rasmidikeluarkan pihak senat universiti ? walhal sebelumnya dia telahdiberitakan lulus berdasarkan keputusan tidak rasmi yang ditampal olehpensyarah. Maknanya, dia masih belum bergelar graduan.

      Dia malu amat, sukar untuk menerima kenyataan. Tetapi terpaksajuga secara senyap-senyap kembali ke Jordan pada awal Oktober untukmeneruskan satu subjek yang masih tersangkut setelah didesak olehibunya yang baru sedikit pulih daripada serangan kencing manis. Urusankilang diserahkan kepada Muazam.

      Walaupun terasa sangat malu, namun ditabahkan hatinya berhadapandengan teman-teman. Peluang keduanya belajar di Jordan dihabiskandengan ?menadah? kitab dengan ulama dan para pensyarah. Namun kesedihanitu terubat kerana dia dilamar oleh Naufal, pelajar sarjana yang selamaini meminatinya secara diam-diam.

      Pada akhirnya, salji yang lebat turun menduga kesabarannyaapabila suami yang dinanti tidak pulang kerana terperangkap dalam ributsalji di Amman. Walau bagaimanapun novel ini masih diakhiri dengankejutan di luar jangka yang positif.

      Selebihnya, novel ini menawarkan nilai-nilai murni yang wajarditeladani pembaca. Justeru sebagai sebuah novel Islamik, sirahRasulullah, kisah para Nabi dan sahabat turut dititipkan kepada pembacasebagai peringatan; tanpa melupakan firman Tuhan dan hadis Nabi yangdiselitkan juga sebagai panduan. Insya-Allah.




Last edited by beta_carotene on 22-7-2014 10:41 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2012 12:26 PM | Show all posts
tolongglah jangan haron aziz, lisa surihani dsbnya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 12:38 PM | Show all posts
aku dah baca novel ni loooooooooong time ago...
pada pendapat aku
this story will need someone like tiz zaqyah when she made her appearance in nur kasih
to carry watak sumayyah ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 12:39 PM | Show all posts
Pilihanku utk watak Sumayyah.


Diana Amir


Eira Syazira


Fazura

Last edited by Rhyno on 17-9-2012 01:47 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2012 12:42 PM | Show all posts
biduandalayang posted on 17-9-2012 11:38 AM
aku dah baca novel ni loooooooooong time ago...
pada pendapat aku
this story will need someone lik ...

bagi iols, susah nk cari pelakon yang boleh bawa watak berat mcm sumayyah..
even TZ in nurkasih pun xboleh.. sbb watak ni kena tegas berhujah, hafal quran hadis, boleh berbahasa arab..

takkan erra fazira plak kot.... haha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2012 12:45 PM | Show all posts
Rhyno posted on 17-9-2012 11:39 AM
Pilihanku utk watak Sakinah

nama watak utama sumayyah..

dan juga ada 3 hero, naufal, muazam, afnan..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2012 12:53 PM | Show all posts
iols sokong [ajurah ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 01:51 PM | Show all posts
sbb watak ni kena tegas berhujah, hafal quran hadis, boleh berbahasa arab..

Baru sesuai




Last edited by Rhyno on 17-9-2012 01:54 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2012 01:54 PM | Show all posts
Rhyno posted on 17-9-2012 01:51 PM
Baru sesuai

setujuk...........plakon baru....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2012 01:55 PM | Show all posts
Rhyno posted on 17-9-2012 12:51 PM
Baru sesuai

ada ostazah pilihan yang lebih market tak?

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 02:09 PM | Show all posts
Abby Abadi bleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2012 02:10 PM | Show all posts
Orion posted on 17-9-2012 01:09 PM
Abby Abadi bleh?

i prefer memey suhaiza..
age-wise abby mungkin boleh jadi mak kpd sumayyah

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 04:46 PM | Show all posts
xleh blah kalau faz hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 04:52 PM | Show all posts
fazura rasanya sesuai kot sebab dia boleh berdebat mcm dlm cerita tahjud cinta tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 05:00 PM | Show all posts
Orion posted on 17-9-2012 02:09 PM
Abby Abadi bleh?

kertu sngt...sumayyah umo 25 uols..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 05:18 PM | Show all posts
fazura sesuai dengan watak nih ...tegas ...bleh berhujah .... bhs arab dia voleyyyyy tahan hafalannye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2012 05:22 PM | Show all posts
diana danielle ocay tk ??
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 05:30 PM | Show all posts
Aku rasa Pazurah sesuai untuk watak perempuan yang tegas berhujah or petah berkata2.

Tapi tang hafal Quran Hadis? Ramai pelakon betina yg baca yassin pun sebutannya keras kejung, apalagi tajwid.
kalau nak cari yg market sikit, Heliza lah. tapi lakonannya agak kayu ya disitu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 06:09 PM | Show all posts
fasha sanda plis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 06:15 PM | Show all posts
penah baca novel ni dulu. mmg best. kalau fazura ok kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.063345 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list