CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6285|Reply: 1

Menjana Pendapatan Dengan Rumah Lelong

[Copy link]
Post time 18-9-2012 03:43 PM | Show all posts |Read mode
  • Anda pernah mendengar berkenaan rumah lelong?
  • Anda menyangka rumah lelong adalah rumah yang penuh dengan hutang?
  • Anda berfikiran bahawa rumah lelong adalah teruk dan banyak masalah?
  • Anda berfikiran proses jual beli  yang rumit dan tidak tahu cara untuk membeli?

Ini adalah tanggapan biasa yang difikirkan sesetengah orang suatu masa dahulu. Tetapi sekarang tidak lagi kerana sudah ramai yang menjana keuntungan atau buat duit dengan terlibat dalam pelaburan jual beli rumah lelong. Sebenarnya rumah lelong tidaklah seburuk atau sesukar mana yang anda fikirkan. Ada rumah lelong yang masih lagi dalam keadaan baik dan selesa untuk diduduki malah ada juga yang tidak pernah berpenghuni.

Sebenarnya anda berhak memilih rumah lelong yang anda minat untuk diduduki atau disewakan dengan hanya membuat tinjauan ke tapak lokasi dan memeriksa keadaan kawasan terbabit dengan teliti. Sekiranya rumah terbabit masih dalam keadaan baik dari sebarang masalah, anda boleh membuat keputusan untuk membelinya.

Apa yang anda perlu tahu adalah harga rumah lelong sebenarnya adalah lebih rendah dan murah daripada harga pasaran. Sekiranya harga pasaran di kawasan tersebut untuk sebuah rumah bernilai RM100,000.00, rumah lelong di kawasan yang sama berkemungkinan dilelong dengan harga bermula dari RM60,000.00. Jika anda berjaya membida dan membeli rumah lelong tersebut dengan hargaRM70,000.00, anda telah pun menjimatkan wang dan mendapat keuntungan sebanyak RM30,000.00.

Tetapi harus diingatkan bahawa dalam usaha untuk membeli rumah lelong, anda terpaksa berlawan harga dengan orang lain yang berminat dengan rumah berkenaan. Anda perlu melawan harga dengan mereka tetapi janganlah melebihi dari harga pasaran atau tahap status kelayakan sekiranya anda membuat pinjaman bank. Jika harga rumah lelong yang dibeli adalah lebih tinggi daripada harga pasaran, ianya amat merugikan.

Bagaimana Menjana Keuntungan melalui rumah lelong.
Ada beberapa cara dan teknik untuk membuat keuntungan dengan rumah lelong:
Jual
Anda boleh menjual terus rumah terbabit dengan harga pasaran jika harranya boleh membawa keuntungan. Anda mendapat keuntungan hasil daripadaperbezaaan harga anda semasa membeli rumah terbabit dengan harga pasaran. Jika perlu diubah suai rumah tersebut, anda boleh menjualnya dengan harga yang sedikit tinggi daripada pasaran.

Sewa
Rumah terbabit anda sewakannya dan boleh juga digunakan untuk menjana pendapatan pasif. Swakan rumah tersebut dengan harga pasaran. Jika anda hendak sewakan dengan harga yang tinggi sedikit, anda boleh membuat pengubahsuaian atau menambah perabot asas.

Sewa Dahulu, Kemudian Jual
Anda boleh menunggu harga pasaran meningkat ke tahap yang anda kehendaki. Sebagai contoh anda perlu menunggu selama 5 Tahun untuk anda mendapatkan25% keuntungan daripada harga asal yang anda beli dari lelongan terbabit. Sementara menunggu anda boleh sewakan rumah berkenaan kepada penyewa mengikut harga pasaran.

Bagi yang mencari rumah untuk diduduki atau ingin membuat pelaburan, pembelian rumah lelong adalah satu medium yang pelaburan yang baik jika menggunakan teknik yang betul. Layari http://www.ebanklelong.com/ untuk tips-tips dan info dalam pembelian hartanah lelong. Lebih 3000 senarai rumah yang akan dilelong setiap bulan. Dafar percuma untuk carian hartanah meliputi kawasan Selangor, Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Klik disini >>

Last edited by faizalaka on 18-9-2012 03:46 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 12:04 AM | Show all posts
cuba klik link ni...kot2 dapat membantu...

http://jobandcash.com/?share=153415
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.076734 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list