CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 51578|Reply: 20

Misteri Identiti Raja Ahmad Penjaga Jin Beting Beras Basah

[Copy link]
Post time 24-9-2012 02:54 AM | Show all posts |Read mode


Adakah Raja Ahmad MENANTU atau ANAK kepada Sultan Abdul Malik Mansur Shah (memerintah 1806-1818)?

Gambar batu peringatan merangkap 'makam' Raja Ahmad diambil dari artikel Keadaan terbaru makam Raja Ahmad dan sekitarnya... yang dibuat lebih setahun lalu


Subhanallah. Sudah lama saya tidak menyebut tentang almarhum Raja Ahmad di Perak yang makamnya, sebenarnya sebuah batu tanda boleh dilihat di satu bahagian tepian Sungai Perak antara Teluk Intan dengan Kampung Gajah. Pernah satu ketika dahulu saya agak obses mengkaji perkara berkaitan Raja Ahmad sehingga melakukan pencarian yang dijadikan beberapa buah artikel 4 tahun lalu. Artikel-artikel itu kemudian diletakkan di bawah tajuk "Siapakah sebenarnya Raja Ahmad?" pada sidebar kanan blogspot. Biar diletakkan linksnya di sini...

Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 1

Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 2

Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 3

Selingan Mencari Makam Raja Ahmad...

Sampai bila berpetualang (kira selingan jugalah ini...)

Tok Temong (Selingan terakhir, He! He!...)

Akhirnya! Sambung... Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 4

Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 5

Habis dah... Bahagian 6 Mencari Makam Raja Ahmad.....


Untuk pengetahuan Raja Ahmad ini disebut sebagai penjaga jin di Beting Beras Basah, kuala Sungai Perak. Baginda ialah ayahanda kepada Sultan ke 23 Perak Sultan Jaafar Muazam Shah (memerintah 1857-1865) sedangkan Sultan Jaafar adalah kekanda kepada Raja Bendahara Alang Iskandar yang merupakan bapa kepada Sultan ke 28, Sultan Idris I (memerintah 1887-1916).

Sultan Idris bertanggungjawab membuka Bukit Chandan lalu memecah tradisi lama di mana semua pusat pemerintahan Sultan Perak sebelumnya terletak di mudik kanan Sungai Perak. Salasilah diraja turut mencatatkan Sultan ke 26 Perak, Sultan Abdullah yang memerintah selepas Perjanjian Pangkor 1874 sebelum dibuang ke Pulau Seychelles di Afrika 1877 adalah anakanda Sultan Jaafar.

Malah semua Sultan Perak bermula Sultan Jaafar adalah anak cucu Raja Ahmad dari pihak laki-laki... kecuali Sultan ke 24, 25 dan 27 (Perak mempunyai 34 orang Sultan termasuk Sultan Azlan Shah yang memerintah sekarang). Ini bermakna 9 orang anak cucu Raja Ahmad telah menjadi Sultan dan kemungkinan besar anak cucu baginda akan terus memerintah Perak selagi institusi diraja masih dapat bertahan.

Yang menariknya ada salasilah menyebut Raja Ahmad sebagai anak angkat kemudian menantu kepada Sultan ke 19 Perak, Sultan Abdul Malik Mansur Shah (memerintah 1806-1818). Walaupun salasilah rasmi cuba menyebut baginda sebagai anakanda Sultan Abdul Malik, kenyataan yang menyebut baginda sebenarnya menantu telah disahkan ramai pihak lalu saya lebih mempercayai yang ini.

Maka timbul persoalan. Jika Raja Ahmad adalah menantu, apakah sebenarnya asal-usul baginda? Jika baginda bukan darah-daging Sultan Abdul Malik bukankah ini berlawanan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang menyebut bahawa Sultan harus dipilih pertama sekali dari keturunan laki-laki Sultan ke 18 (Sultan Ahmaduddin, bapa kepada Sultan Abdul Malik)? Atau undang-undang ini dicipta lama setelah anak cucu Raja Ahmad dapat menaiki takhta dengan nama baginda dinasabkan sebagai anakanda kepada Sultan Abdul Malik, bukannya menantu atas sebab tertentu?

Apapun, nasab keturunan Raja Ahmad mestilah amat berdaulat sehingga anak cucu baginda dapat terus merajai Perak. Walaupun sejarah menyebut baginda sendiri tidak pernah menjadi Sultan Perak, cuma sempat memegang beberapa jawatan raja bergelar di dalam sistem penggiliran takhta Perak lalu turut dikenali sebagai Sultan Muda yang berperanan sebagai pawang diraja, adalah menarik untuk difikirkan kenapa baginda turut dikenali sebagai Sultan Ahmad Johan Berdaulat. Kenapa tidak dipanggil Sultan Muda Ahmad?

Kenapa pula ditambah Johan Berdaulat, satu gelaran besar yang setakat dapat saya lihat cuma pernah dipakai seorang sahaja Sultan Perak, Sultan ke 15, Sultan Iskandar Zulkarnain Johan Berdaulat (1754-1765). Selain itu, gelaran Johan Berdaulat cuma pernah dipakai beberapa orang Sultan Aceh juga kerajaan lama Perlak. Walaupun ada menyebut Sultan Melaka juga turut memakai gelaran Johan Berdaulat, pada saya maklumat yang ada tentang ini kabur. Yang pasti gelaran itu memang dipakai sejumlah Sultan Aceh dan Perlak terutama Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Johan Berdaulat yang memerintah Aceh 1607-1636.

Ketika mula-mula cuba mencari identiti sebenar Raja Ahmad, terbetik juga di fikiran apakah baginda orang yang sama dengan Raja Ahmad ibni Raja Haji ibni Daeng Chelak? Untuk makluman, Raja Ahmad ibni Raja Haji merupakan satu nama besar Bugis terutama di Johor dan Riau. Baginda adalah ayahanda kepada Raja Ali Haji yang menulis kitab Tuhfat Al-Nafis dan dikenali sebagai seorang pahlawan juga orang alim agama. Kemudian saya terbaca ada pihak dari Kerian, Perak mendakwa Raja Ahmad yang dikatakan penjaga jin Beting Beras Basah telah pergi ke Kerian lalu meninggalkan waris. Oh, terlupa hendak memberitahu... sejarah rasmi menyebut Raja Ahmad ghaib selepas jatuh di kuala Sungai Terus berdekatan Sungai Perak. Sebab itu didirikan batu tanda seperti dalam gambar di atas.

Namun pihak dari Kerian itu menyebut baginda tidak ghaib sebaliknya meninggalkan istana kerana kecewa dengan keadaan tertentu. Perkara ini boleh diterima kerana sudah banyak kali berlaku raja atau anak raja meninggalkan takhta dan istana kerana merajuk, kecewa dan sebagainya lalu hidup menyamar sebagai orang kebanyakan sebelum anak cucu menyedari asal-usul sebenar mereka. Cuma yang menjadi persoalan bagi saya adalah dakwaan pihak dari Kerian bahawa Raja Ahmad adalah anakanda kepada Sultan Ibrahim, Sultan kedua Selangor (memerintah 1778-1828). Ia dibuat berdasarkan kenyataan yang disebut dalam kajian salasilah secara ilmiah di website Royal Ark bahawa Raja Ahmad merupakan puteri ke-5 Sultan Ibrahim dan ada berkahwin dengan anak kepada seseorang yang dikenali sebagai Encik Malik.

Mereka seterusnya menyebut Raja Ahmad sebagai panglima perang Selangor yang datang ke Perak untuk membantu Sultan Abdul Malik. Lalu Encik Malik itu disebut sebagai orang yang sama dengan Sultan Abdul Malik. Namun pemerhatian saya terhadap kenyataan di Royal Ark mendapati pihak dari Kerian mungkin sudah tersilap tafsir. Lihat http://www.royalark.net/Malaysia/selang3.htm. Biar saya copy and paste...



5) Y.A.M. Raja Ahmad ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. m. a daughter of Encik Malik, Panglima Perang of Selangor.



Apabila diteliti balik aturan ayat ternyata yang dikatakan panglima perang Selangor itu adalah Encik Malik, bukannya Raja Ahmad. Perhatikan ini pula, dari http://www.royalark.net/Indonesia/riau4.htm.



4) Y.M. Raja Haji Ahmad Hitam bin Raja Haji, Engku Haji Tua. b. on the island of Biram Dewa, July/August 1779 (s/o Encik Mariam of Riau). m. (first) Encik Hamida binti Malik, daughter of Encik Malik, Panglima Perang Besar of Selangor. m. (second) Y.M. Raja Hawa binti al-Marhum Sultan 'Ali 'Ala ud-din Shah, fourth daughter of H.H. Paduka Sri Sultan 'Ali 'Ala ud-din Shah ibni al-Marhum Raja Kamboja, Yang di-Pertuan Muda of Riau. m. (third) Encik Khalija binti Dato' Ibrahim, daughter of Dato' Ibrahim bin Dato' Bandar Hasan, Dato' Salawatang of Lingga. m. (fourth) Encik Aisha, daughter of the Temenggong of Indragiri. m. (fifth) Y.M. Raja Ampuk [Empok], daughter of the Yang di-Pertuan of Indragiri. m. (sixth) Encik Fatima. He d. 31st March 1874, having had issue, ten sons and nine daughters.


Untuk makluman, salasilah Riau ini menyebut tentang seorang lagi Raja Ahmad iaitu anakanda kepada Raja Haji ibni Daeng Chelak. Namun di sini, baginda turut disebut sebagai mengahwini seorang anak kepada Encik Malik, panglima perang Selangor.

Untuk pengetahuan, Raja Haji dan Sultan pertama Selangor iaitu Sultan Salehuddin @ Raja Lumu adalah adik-beradik. Maka Raja Ahmad ibni Raja Haji adalah sepupu kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Salehuddin bermakna baginda adalah bapa saudara kepada Raja Ahmad ibni Sultan Ibrahim yang didakwa oleh pihak dari Kerian sebagai Raja Ahmad yang menjadi menantu Sultan Abdul Malik Mansur Shah di Perak.

Rasanya ramai sedia maklum nama Raja Ahmad adalah nama yang sangat general, umum. Maka ia memungkinkan banyak kekeliruan akibat nama yang sama dipakai ramai orang. Dalam kes ini, dapat ditunjukkan bahawa ada seorang Raja Ahmad dengan anak saudaranya juga bernama Raja Ahmad berkahwin dengan adik-beradik anak orang yang sama kerana mereka semua hidup sezaman. Yang pasti, apabila diteliti bapa mertua mereka Encik Malik ADALAH PANGLIMA PERANG SELANGOR, maka beliau adalah LAIN ORANG dengan Sultan Abdul Malik yang merajai Perak. Kecuali ada dalil baru menyebut Sultan Abdul Malik pernah menjadi panglima perang Selangor, satu perkara yang pada saya adalah mustahil memandangkan kedudukan tinggi baginda sebagai anak raja di Perak sebelum menaiki takhta.

Dengan ini cukuplah luahan yang terkeluar dari saya untuk malam ini tentang Raja Ahmad. Saya ada teori tersendiri tentang identiti sebenar baginda yang dapat dikaitkan dengan keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak apalagi gelaran Johan Berdaulat itu sering dipakai Sultan-sultan Aceh dan Raja Ahmad penjaga Beting Beras Basah dikatakan ghaib di kuala Sungai Terus, sempadan utara wilayah di bawah kekuasaan Laksamana. Namun biarlah teori itu yang telah ditahkikkan beberapa orang melalui jalan ghaib disimpan sementara pihak lain mengemukakan pelbagai dakwaan. Mana tahu saya tersilap dan dakwaan mereka tepat? Atau teori saya yang betul maka ia harus terus dirahsiakan agar tidak timbul pergolakan?

Oh. Biar ditambah satu lagi perkara. Ketika cuba mencari maklumat tentang Raja Ahmad saya terjumpa satu maklumat menarik di Intenet. Rupa-rupanya, seorang sepupu kepada datuk saya, Datuk Mohd. Razalli bin Mohd. Ali Wasi pernah menjadi Menteri Besar kedua Perlis (1948-1954) selain Laksamana Perak. Saya juga dapat tahu Menteri Besar pertama sehingga ketiga Perlis adalah dari Perak. Apakah ini ada kena-mengena dengan petunjuk baru yang saya dapat ketika berjalan ke utara bulan Ramadhan bahawa keluarga Sayyid Jamalulail Perlis sebenarnya berasal dari keturunan lelaki atas lelaki yang sampai kepada Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani, bukan dari keluarga Ba' Alawi Hadramaut yang berketurunan Saidina Hussein? :]


http://merahsilu.blogspot.co.uk/2010/10/misteri-identiti-raja-ahmad-beting.html



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2012 09:16 AM | Show all posts
Hahahahahahahaaha.. bab "enjaga" jin yg tak tahan tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 09:50 AM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 24-9-2012 09:16 AM
Hahahahahahahaaha.. bab "Penjaga" jin yg tak tahan tuuu

Pasal Raja Ahmad nie kene check dengan JPN BBB, dia mungkin ada simpan rekod tu......x pun pejabat Polis BBB, mesti ada rekos kes manusia ghaib di tebing sungai...Ni kene guna mesin perentas masa baru boleh dapat jawapan....

Gelak la..memang kat Beting Beras Basah ader Jin...kat situ macam kat alam nyata babe, ada banyak department... Kalau nak kata penjaga tak mungkin kot, sebab Raja Ahmad tu wali Allah.......

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:24 AM | Show all posts
Luckman posted on 26-9-2012 09:50 AM
Pasal Raja Ahmad nie kene check dengan JPN BBB, dia mungkin ada simpan rekod tu......x pun pejabat ...

wow!!!! ade banyak 'department'.. hahahahaah... mcm aku cakap laa.. grow up dude!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 05:21 PM | Show all posts
Luckman posted on 26-9-2012 09:50 AM
Pasal Raja Ahmad nie kene check dengan JPN BBB, dia mungkin ada simpan rekod tu......x pun pejabat ...

sbg anak perak, aku sokong ko, mmg beting bras basah ada 'penjaga'. tmpat tu pun lain mcam seram nyer....
ramai org ketawa kan sal hal ni, tp org yg ketawakan tu dtg ke tmpat ni, paham2 je la apa yg akan jadi kt diorg...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 08:30 PM | Show all posts
oni313 posted on 2-10-2012 05:21 PM
sbg anak perak, aku sokong ko, mmg beting bras basah ada 'penjaga'. tmpat tu pun lain mcam seram n ...

Aku dah g sana...2 kali gak..memula tak jumpa, tapi last2 minit jumpa gak. Kene mandi kat telaga tu...pergghhh..air nye kaler pun pun pengsan kalau nak kene kat badan....pastu aku round2 lagi..orang yang aku bawak sekali sibuk kata panas la, apa lah..aku lak...rasa dingin gler...he hehe....pastu aku 'pernah' masuk kampung kat dalam tu...macam kampung lama babe..memang ada pejabat-pejabat tertentu ler....he he he.....

Beting tu kalau naik, macm pulau...tapi aku tak berani ler nak pergi, karang dia ngapp, pergh...mau pengsan di buatnya...ha ha ha...sesekali kalau 'dia' naik, aku raser ler....he heh..dah macam Dabit Cooperpil la pulak...ha ha ha ha....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2012 10:30 PM | Show all posts
apa beza raja ahmad dengan dandiar?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 09:30 AM | Show all posts
nazurah posted on 3-10-2012 10:30 PM
apa beza raja ahmad dengan dandiar?

bezenye.. ko tak bace ke atas tu.. dia babysit jin
yg lagi sorang babysit orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 01:02 AM | Show all posts
nazurah posted on 3-10-2012 10:30 PM
apa beza raja ahmad dengan dandiar?

Sorang pelakon Melayu zaman dulu  dan sorang lagi Pelakon Hindustan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 03:41 PM | Show all posts
Saya kira apa yg dimaksudkan "penjaga jin" adalah jin2 di bawah kawalan Raja Ahmad. Sebab beting beras basah ni tempat jin buat condo kut.. Merurut blog ini (http://www.penembak-tepat.com/20 ... sultanan-perak.html) :
Sejarah lama ada menyebut bahawa Raja Ahmad yang merupakan putera kedua Sultan Abdul Malek Shah (Sultan Perak ke 19 yang bertakhta dari tahun 1808 hingga 1825) adalah merupakan seorang Pawang Diraja yang sangat masyhur satu masa dahulu. Sebagai Pawang Diraja, Raja Ahmad sangat arif tentang kejadian-kejadian ghaib termasuk yang berhubungkait dengan makhluk halus. Atas kebolehannya itu, baginda dilantik oleh kekandanya Sultan Abdullah Muazzam Shah, Sultan Perak ke 20 (1825 – 1830 ) untuk menjaga jin kerajaan negeri Perak di Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak. Raja Ahmad mangkat ( terjatuh di Kuala Sungai Terus ) kira-kira dalam tahun 1827 dan selepas itu, tidak diketahui siapa penjaga Jin Kerajaan Negeri Perak seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
yg duk gelak tu maybe sbb tmpat dia xde jin style gini kot....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 05:11 PM | Show all posts
palmolive posted on 17-10-2013 01:34 PM
yg duk gelak tu maybe sbb tmpat dia xde jin style gini kot....hehe

harus la gelak..
tmpt die mmg xd bnda cm ni..

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 11:01 PM | Show all posts
Teman suka sangat bbb, rasa tenang

Ramai org claim dah pergi dan dapat, tapi mereka hanya pergi ke tebingnya shj
Tempat asal adalah lebih kurang 100m from jeti tu

Kalau nak redah selut hitam tu, risau sangkut. Kalau nak jalan boleh tapi kena jauh sikit ikut jalan pasir from yg ada pulau kecik tu sikit

Kalau nak sampan ok

Sana ada orang lama yg mahir pasal bbb. Dia cerita selepas sultan idris hanya ada seorang shj waris perak yg berjaya sampai ke lokasi sebenar tempat sm1 sangkut. Yg lain tu ada yg pengsan, ada yg panas, ada yg lari lintang pungkang sebab nampak tok tepok, ada yg nampak puteri buih

Ini cite atok tu le
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 11:39 AM | Show all posts
alahai kalau nak gelak pun, simpanlah sorang sorang, at least respect sket kat TT ni..dan org Perak..kita baca buat pengetahuan cukup, tak yah la nak perli perli nak gelakkan orang...tak elok tu...emmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 03:43 PM | Show all posts
Rjblues posted on 2-6-2014 11:01 PM
Teman suka sangat bbb, rasa tenang

Ramai org claim dah pergi dan dapat, tapi mereka hanya pergi k ...

sm1 tu ape?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 11:34 PM | Show all posts
Sm1 tu Sultan Muzafar 1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2014 11:40 PM | Show all posts
Terdapat cerita mengatakan raja ahmad setelah hilang di sungai menjadi penjaga bbb. Raja ahmad yang hilang tu yang sebenarnya terjatuh ke dlm sungai ketika ambik wuduk dan mayatnya tidak dijumpai

Penjaga bbb memang bernama raja ahmad atau wali raja ahmad. Tetapi bukanlah raja ahmad bapa kpd raja alang iskandar yg jatuh ke dlm sungai tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 11:52 PM | Show all posts
Even perak ni ada buat tabal jin etc etc, namun mereka ini semua dibawah pemerintahan wali raja ahmad bbb

Ketua segala jin di perak, termasuk mak chandin yg menjaga istana di kk tu adalah berupa naga yg tempat santainya di bbb

Naga ni lah yg menjaga sultan sultan. Ini adalah perjanjian lama yg sukar diuraikan. Terdapat nama islam naga itu sempena seorang mubaligh yg mengislamkannya

Sultan Azlan adalah keturunan yang jati. Tidak perlu dipertikaikan.

Kalau ada orang yg cuba menipu, mungkin manusia mereka boleh menipu, tetapi bukanlah mereka jin naga pendamping sultan dan ketuanya wali raja ahmad
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 10:27 AM | Show all posts
Rjblues posted on 5-6-2014 11:52 PM
Even perak ni ada buat tabal jin etc etc, namun mereka ini semua dibawah pemerintahan wali raja ahma ...

dah xde tabal jin
skrg nama dia tabal pusaka


Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 08:10 PM | Show all posts
Yang gelak2 tu adalah pakar sejarah kesulatanan Johor tu. Katanya sultan
dia pernah buat meriam sepanjang 500m.....meriam panjang 1/2 kilometer
cakap ko....hahahaha....yang tu baru buleh gelak...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.169015 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list