CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 16-10-2012 08:45 AM | Show all posts
Saya sambung gambar2 rojak (tak ikut susunan sangat ye..) yg ada dlm album saya..

Tahun 2009, di KLIA..tengah tunggu penerbangan..



Kapal terbang sedang disiapkan (masa tengok tu sedang loading makanan dan bagasi)..bagi jemaah haji yang first time tengok dan akan naik flight, semuanya pakat menempel kt tingkap..kagum kot..



Ni plak perkarangan di jabal Uhud..



Yang ni plak makam para syuhada uhud..



Kita zoom skit..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 08:47 AM | Show all posts
haji_one posted on 15-10-2012 04:13 PM
Sepatutnya tak perlu dibawa, semasa taklimat Masyaier sebelum wukuf, memang kami dah bagitau utk b ...

tang bawak balik segala makanan tu betui sesgt heheheh...byk betul air kotak, megi n buah oren epal...sampai satu tahap, tak heran langsung bile org dok pas segala makanan tuh...

dlm tak amik setiap kali time mkn pon, tetap byk juga yg kami dpt...mmg dok angkut bawak balik mekah ....pastu tiap kali gi masjidil haram, bawak sket2 buat bekal utk menguyah mentara tunggu waktu solat yg seterusnya..share mkn ngan anak2 mak arab ...n siap bole bersedekah buah2 tu kat pekerja2 kat masjid

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 08:52 AM | Show all posts
Yang ni plak, lawatan dr maktab ke maktab oleh petugas haji dan peronda haji (nak kenal pasti lokasi maktab, dan juga laluan2nya)..kami berjalan dari satu bangunan ke satu bangunan..memang jauh la..laluan dan lokasi ni memang penting sebab kami nak kena hantar jemaah haji yg tersasar (bahasa kasarnya sesat la tu..)



Yang ni plak semasa kami di Maktab Dar Ghazzah (bangunan sebelah kiri) dan yg kat belakang tu masjid kucing..tapi semuanya dah tinggal nostalgia dah (runtuh).



Kawasan shopping di area Marwah..memang rambang mata (juga dah dirobohkan)



kat Safwa tower (tahun 2009)..pekena roti canai..gambar plak blurrr..




Last edited by haji_one on 16-10-2012 09:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 08:57 AM | Show all posts
oo yer...utk persediaan nak makan megi & nk minum air panas kat mina, kami siap bawak kole & mangkuk besi & sudu garfu (belikat kedai 2 riyal ) ...ni pon sbb ternampak sepasang pakcik makcik ni dok pilih2 kole besi...kami tanye nk buat ape..katenye nk buat mkn minum nnt kat mina...kami pon sama ikut membeli ...tapi mmg berguna esp nk bancuh megi & bancuh kopi/teh heheheh....(tp bekalan kopi/teh/susu/gula ni kene bawak sendiri dari mekah ...kalo nk beli kat mina tu mmg ada, tp die dok jual gula sekilo tu ha...byk bebeno la plak)

actually masa kat arafah, kite akan dpt satu mug & sudu...tp maybe tak cukup kot..cam kami, ada 5 org, dpt sorg satu tp bile tgk ade org tak dpt, ade yg kami bagi kat org lain sbb kami dah ade bawak kole dari mekah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:06 AM | Show all posts
JuanM posted on 15-10-2012 04:58 PM
Untuk menjamin kemabruran haji,bukan hubungan dengan Allah swt aje yg kita fokuskn.Hubungan sesama ...

Betul tu, haji yang mabrur bukan sahaja diperolehi melalui menjaga hubungan kita dgn Allah, tapi juga dengan sesama makhluk..hak-hak dan keperluan orang lain kekadang kita nafikan demi kepentingan dan keselesaan kita, menggunakan tandas yg lama sedangkan kita mengetahui berapa ramai orang yg sedang beratur di luar, kita mengambil makanan dan kita buang begitu sahaja (membazir), kita lagha sedangkan sewaktu di Arafah, Mudzalifah dan Mina ni adalah waktu2 yg sangat mustajab doa..ramai yg tidur, berborak kosong, ada yg sengaja nak tunjuk pandai sehingga menyusahkan orang lain...ada yg bila dah stress, tetiba ego dan sifat sombongnya naik memuncak..

Dugaan sepanjang di tanah suci ni sentiasa ada, ianya bertepatan dgn apa yg kita belajar, "tidak beriman satu kaum selagi mereka tidak diuji..", so memang begitulah kaedahnya.

Nasihat yg saya selalu berikan kepada jemaah haji adalah, "jangan hilang fokus dan jangan lupa apa tujuan tuan/puan datang ke sini.."
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:16 AM | Show all posts
aisya_hadi posted on 16-10-2012 08:47 AM
tang bawak balik segala makanan tu betui sesgt heheheh...byk betul air kotak, megi n buah oren epa ...

betul tu, sepanjang berada di Mina (terutamanya), makanan agak mewah, waktu pagi mee segera dilonggokkan dan bekalan air panas sentiasa ada, makan je selagi larat..buah2an, air kotak yang pelbagai perisa..memang ramai jemaah haji yg bawak balik makanan tu ke maktab (sebab kat tong sampah luar bilik penuh dgn kotak2 air dll).

Ingat lagi masa satu pagi tu, saya berada di lokasi paip air panas, time tu saya pantau pekerja muassasah utk tambah bekalan air panas sebab waktu pagi ni air panas mmg 'laku'..

Pastu mai la sorang pakcik, saya tanya dia  "ni mee segera yg ke berapa bungkus dah ni?", pastu dia ketawa, "uihhh ustaz, ni yg ke 4 dah ni, kalau kat malaysia..saya marah cucu-cucu saya makan benda mcm ni, tapi kat sini saya pun sama 'naik' mcm cucu saya..hahahaha...".

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2012 09:17 AM | Show all posts
saya terkena masa kat Mina, sbb ramai sgt dok bancuh air/megi kat sana, join la sekaki. Tapi disebabkan ramai yg dok amik panas, kdg2 air panas tu x masak betul, akibatnya kena cerry berry. alhamdulillah mujur  la x teruk. Ada kawan, siap "terlepas" dlm bas masa nk balik ke Mekah semula. Kesian dia...... lembik slps masyaer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:18 AM | Show all posts
Agaknya pacik dan macik dlm cerita hajione tu soping sakan kat PASAR MALAM TERBESAR DIDUNIA kot....tu yg beg berat tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2012 09:24 AM | Show all posts
soping sakan kat PASAR MALAM TERBESAR DIDUNIA
               
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:57 AM | Show all posts
Mas916 posted on 16-10-2012 09:18 AM
Agaknya pacik dan macik dlm cerita hajione tu soping sakan kat PASAR MALAM TERBESAR DIDUNIA kot....t ...

Hahahahaha...betul la..

tak terpikir plak nak panggil Pasar malam terbesar di dunia..hehehehehe..haaa...ni jadik modal time kursus petugas haji nanti ni..

Ni gambar PASAR MALAM TERBESAR DI DUNIA..



Yang ni dah nak tutup dah..dlm jam 3 pagi..pastu lepas subuh sambung meniaga balik..



Antara barang jualan



Yang ni lepas subuh..




Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:03 AM | Show all posts
Mas916 posted on 16-10-2012 09:17 AM
saya terkena masa kat Mina, sbb ramai sgt dok bancuh air/megi kat sana, join la sekaki. Tapi disebab ...

Pasal cherry berry tu memang pun, thats why saya tunggu dan pantau petugas muassasah ni, kalau ikut mereka mmg cincai je kerja, bila kita terpacak depan mereka..barulah mereka masak air sampai betul2 boil baru load in bekas air panas tu..kalau tak, kesian jemaah haji kita..toilet dah la mcm tu..

Tapi kalau ikut kaedah saya, saya memang bawak siap2 pil herba pil chiket teck aun tu, sebelum pi arafah saya makan satu peket, kat Mina hari kedua saya makan satu peket lagi..then, saya kerap minum air teh pekat..so, tak kerap sangat membuang. lagi satu, jangan makan bebanyak one shot..sebaliknya makan skit2 tetapi berulang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:04 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum wbt.

Pindah rumah baru ye. Nak jawab pertanyaan forselab dari rumah lama:

msaadhamid posted on 14-10-2012 11:19 AM
Di lantai atas MH, ada juga jemaah-jemaah wanita daripada Iraq dan negara jiran solat di hadapan jem ...

hehehe...kelakar peryataan tuan haji kat dorang tu...abih tu ape reaksi dorang? beralih tempat tak?


Jemaah tu, akhirnya berundur jugalah ke belakang ke tempat jemaah wanita salat ramai-ramai.

Apa natijahnya daripada kesah ini? Sebenarnya ramai jemaah haji /umrah kurang mantap tentang asas agama itu sendiri. Bukankah dalam Islam, lelaki solat di saf-saf hadapan dan wanita solat di saf belakang? Jemaah wanita yang solat jauh di saf-saf belakang, tidak berbaur dengan jemaah lelaki - tidaklah bermakna pahala mereka kurang sebaliknya itulah yang lebih afdal dan mendapat ganjaran yang lebih berbanding dengan solat di barisan pertama dan berbaur dengan jemaah lelaki.

Itulah sebabnya kenapa antara berjuta ummat yang menunaikan haji pada sesuatu musim, hanya sebilangan kecil sahaja dikatakan mendapat haji yang mabrur. Pernah terbaca suatu kesah ahli sufi bernama Abdullah bin Mubarak yang bermimpi bahawa pada tahun dia menunaikan haji, tiada seorang pun yang mendapat haji mabrur (termasuk dirinya), namun seorang tukang kasut di Damsyik bernama Muwaffak yang tidak mengerjakan haji pada tahun itu mendapat haji mabrur sebab dia telah memberikan semua wang belanja hajinya pada tahun itu untuk membantu jirannya yang miskin dan anak-anak yatim yang kelaparan.

Kesimpulannya:

Kita perlu mempunyai ilmu dan pemahaman yang mantap untuk melakukan sesuatu ibadah. Pepatah Arab ada mengatakan
Ilmu tanpa amal bagai pokok tanpa buah


TETAPI pada pandangan saya

Beramal tanpa ilmu - itu namanya sia-sia
.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:29 AM | Show all posts
haji_one posted on 15-10-2012 03:51 PM
Isu bas ni jugak berlaku semasa di Mina..semasa nak nafar awal.

utk nafar awal, semasa takli ...

Komen saya lebih kurang samalah dgn haji_one. Baru wukuf di Arafah dan dah lontar jamarat di Mina tetapi hati masih tidak dapat dilunakkan.

Pengajaran daripada kisah ini.

Para syaitan tidak duduk dan berselindung di sebalik jamarat yang kita lontar semasa di Mina. Sebaliknya syaitan-syitan yang duduk di hati sanubari kita iyang perlu sentiasa dilontar dengan zikrullah supaya hati itu bersih daripada sifat-sifat keji yang menjadi pintu masuk syaitan ke dalam diri kita.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada godaan syaitan dan sentiasa memberi bimbingan dan hidayah-Nya kepada kita sekelian. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:58 AM | Show all posts
haji_one posted on 16-10-2012 09:16 AM
betul tu, sepanjang berada di Mina (terutamanya), makanan agak mewah, waktu pagi mee segera dilong ...

Bab makan minum ini bergantung dengan pihak muassasah yang mengendalikan maktab masing-masing. Ada satu maktab tu, pengendali muassasah mereka menyediakan berbagai-bagai makanan / minuman kepada jemaah. Siap ada refrigrator (chiller) di letakkan di kawasan pejalan kaki dengan air-air kotak pelbagai jenis. Bagi pengendali muassasah kami, mereka tersangatlah 'berjimat-cermat'. Sampaikan air mineral pun diberi secukupnya sahaja.

Ini dia maktab yang bertuah di mana pengendali muassasahnya suka meraikan jemaah haji. Di sebelah belakang yang ada atap macam atap nipah tu adalah meja untuk buat teh / kospi dsb. Di sudut kanan juga ditempatkan kemudahan yang sama - jemaah yang membelakangkan saya sedang membacuh air. Di sisi lain (tidak kelihatan dalam gambar) di letakkan chiller dengan berbagai jenis air kotak untuk para jemaah. Kadang-kadang bila saya lalu di sini, jika ada petugas muassasah di situ saya tanpa segan sila minta izin ambil air kotak dalam chiller tu. Tafaddal, tafaddal -- silakan, silakan. Rajin juga saya berkunjung ke situ, he he he.





Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 11:21 AM | Show all posts
Mas916 posted on 16-10-2012 09:18 AM
Agaknya pacik dan macik dlm cerita hajione tu soping sakan kat PASAR MALAM TERBESAR DIDUNIA kot....t ...

Cakap pasal pasar, ada hadis Nabi SAW mengatakan bahawa di pasar-pasar syaitan memacakkan benderanya di situ. Maknanya, syaitan-syaitan memang banyak berada di pasar-pasar.

Agaknya dek tak tahan kena baling kat jamarat, mereka lari ke pasar-pasar di sekeliling khemah di Mina. Maaf, joke saje ye!

Suasana Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah Musim Haji 2011







Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 11:21 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 16-10-2012 10:04 AM
Assalamu'alaikum wbt.

Pindah rumah baru ye. Nak jawab pertanyaan forselab dari rumah lama:


hehehe..

Ilmu tanpa amal adalah sia-sia,

beramal tanpa ilmu juga adalah sia-sia,

Oleh itu, tanpa ilmu dan tanpa sebarang amalan amatlah sia-sia..

Cerita bab ilmu ni, saya teringat di Mudzalifah.

Selepas ketibaan jemaah haji maktab saya di Mudzalifah, saya meronda2 la sekitar kawasan maktab saya..then, saya pun nampak sekumpulan jemaah haji yang sedang mengutip batu utk melontar. Saya tengok mereka ni jenuh jugak la nak kutip batu sebab malam tu gelap, then, torchlight mereka pun kecil, jadi saya tolong suluhkan pakai torchlight saya.

Then, saya tengok satu orang muda ni, rasanya baya saya..awal 30an mcm tu la..saya tengok uncang batu jemaah haji lain kecil2 je..tapi uncang batu si pemuda ni besar betul..saya perhatikan betul2, rupanya dia kutip batu sebesar bola pingpong..bayangkan la berapa berat dan besar bekas yg diperlukan.

Saya pun pi kat dia, saya tanya, "kenapa tuan ambil batu saiz mcm tu?", kata dia.."aikkk..you petugas haji, takkan you taktahu? I nak melontar ni..melontar kat jamrat, melontar syaitan..kalau besar2 ni (sambil melambung2 batu) barulah 'terasa' syaitan tu..". Yang kawan saya plak time tu..dah nak tergelak dah.

Saya bagitau, "tuan, yg afdal utk melontar adalah batu bersaiz biji kacang hijau..mcm ni..macam ni..(sambil tunjukkan saiz batu yg dlm skala kacang hijau", kata pemuda tu.."besar ni nak rasa apa? ayam pun tak mati?"..tapi ok la, time saya bercakap tu, datanglah guru agama maktab kami, pastu guru agama tu terangkan balik apa yang sepatutnya..

Betul la kata tuan haji, beramal tanpa ilmu pun tak bagus juga, walaupun pada hakikatnya sah lontarannya selagi cukup jumlah, masuk ke tempatnya dan tertib jamratnya..tapi dah hilang pahala sunnah dan dah lari dr pengertian sebenar ibadah melontar tu..

p/s - sorry la banyak bercerita..asyik panjang je reply saya ni..hehehehe.. Last edited by haji_one on 16-10-2012 11:23 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 11:31 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 16-10-2012 11:21 AM
Cakap pasal pasar, ada hadis Nabi SAW mengatakan bahawa di pasar-pasar syaitan memacakkan benderan ...

hahahaha..betul tu..betul tu..

teringat kat Mina, ada sorang jemaah haji datang, dia kata dia sakit kaki..tak boleh melontar, dia kata, doktor pun kata dia tak boleh jalan laju2 (padahalnya, tak boleh jalan laju2,bukan tak boleh nak melontar..jalan la perlahan2).

So, dia minta permision utk wakilkan orang melontar, guru agama maktab saya bagitau, "kalau tuan nak wakilkan pun boleh, sebab takut mudarat yg teruk, tapi syaratnya tuan juga tak boleh pergi berjalan2 depan pasar kat depan khemah kita ni..".

Terbeliak mata dia.."kenapa ustaz, mana aci macam ni..".

ustaz maktab saya pun bagitau, "kalau tuan mampu jalan shopping kat pasar depan maktab ni, maknanya tuan juga mampu jalan utk melontar"..

Last-last dia pergi melontar (dan juga jalan2 shopping kat pasar depan khemah)...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 12:46 PM | Show all posts
AsSalam semua

Nak tanya Haji One, ada ramai penyimpan tabung haji cuma menyimpan tapi mereka tak daftar haji sebab mereka ingat kalau dah menyimpan automatically dapat panggilan haji. Jadi peluang mereka dah jauh kebelakang semasa mendaftar. Bagaimana TH memainkan peranan. Boleh tanya ke soalan macam ni he he

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 01:35 PM | Show all posts
aily posted on 16-10-2012 12:46 PM
AsSalam semua

Nak tanya Haji One, ada ramai penyimpan tabung haji cuma menyimpan tapi mereka tak  ...

Bagaiman pula orang baru jadi ahli TH, menyimpan katalah RM10k, terus daftar Haji. Orang2 macam ni kena tunggu 20~30 tahun juga ke?

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 01:46 PM | Show all posts
err...tibe2 rasa nak beli air zamzam..ade sape2 yg bole dipesan ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.096663 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list