CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 19-10-2012 01:06 PM | Show all posts
haji_one posted on 19-10-2012 11:09 AM
Tu la...nanti (insyaAllah) saya akan teruskan amalan saya mencatat aktiviti dan pengalaman harian  ...

leh lah wat buku tn haji ... share pengalaman .... pegi haji ni sume pon akui pjalan istimewa ... walopon dah pegi bkali2 ... setiap kali itu x sama pengalamannya ....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2012 01:51 PM | Show all posts
haji_one posted on 19-10-2012 09:49 AM
Nak cerita satu lagi kebesaran Allah swt dan betapa kekurangan tu bukanlah satu ‘kelemahan’..


...

Haji One, kisah ni lah.

Cerita lah lagi pengalaman Haji One mungkin banyak kisahnya kami sedia membaca. Bukan senang nak dapat cerita dari orang yang dekat dengan jemaah semua.
Last edited by aily on 19-10-2012 01:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 02:42 PM | Show all posts
haji_one posted on 19-10-2012 10:50 AM
Setiap kali saya teringat kisah ni, saya akan jadi sayu dan sedih.

Semua yang berlaku tu membua ...

hj one, cemana nk jd PAM?

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 03:01 PM | Show all posts
missus_meow posted on 19-10-2012 12:59 PM
penah gak jumpe org yg bertitle ni bberapa kali ms haji/umrah ... rsnye xde sorang pon meow pangge ...

Hehehe..memang ada golongan yang bergelar ni tapi tak mahu dipanggil dgn gelaran, tapi di TH, ianya menjadi standard kami utk panggil mereka dengan gelaran yang ada, atau paling kurang, salutations yg digunapakai adalah "tuan, puan", kalau yang dah sebaya dgn saya..saya suka bahaskan mereka sebagai "saudara" atau kalau lagi muda..panggil "adik".

Walaupun muasasah, tapi tak semestinya yang pergi tu orang biasa, orang kebanyakan..banyak yang saya jumpa berpangkat Dato', Dato' Seri pun saya pernah jumpa, Prof, Dr, Ir, selain tu ada juga Tok Khadhi, bekas mufti, bekas imam besar masjid negeri, ada juga Kol, Leftenan dan sebagainya..ada yang ok, dan ada yang tak berapa ok, tapi alhamdulillah, kebanyakannya sangat merendahkan diri..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 03:08 PM | Show all posts
missus_meow posted on 19-10-2012 01:06 PM
leh lah wat buku tn haji ... share pengalaman ....  pegi haji ni sume pon akui pjalan istimewa . ...


hehehehe...belum cukup ilmu, banyak lagi nak buat buku, insyaAllah, bila dah pergi duty lebih 10 kali..memang saya nak menulis panduan, tips dan pengalaman sepanjang berada disana..sekarang ni saya masih level amatur lagi.. Last edited by haji_one on 19-10-2012 03:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 03:09 PM | Show all posts
aily posted on 19-10-2012 01:51 PM
Haji One, kisah ni lah.

Cerita lah lagi pengalaman Haji One mungkin banyak kisahnya kami sedia  ...

Ada..ada banyak lagi, ada cerita yang berat (mcm orang buta tu), ada yang ringan2 (mcm kisah jemaah haji yang ada gelaran tu)..

insyaAllah, saya mesti kongsi bersama.. Last edited by haji_one on 21-10-2012 12:22 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2012 03:13 PM | Show all posts
Mas916 posted on 19-10-2012 02:42 PM
hj one, cemana nk jd PAM?

Petugas Ambilan Musim (PAM) ni mesti orang yang duduk atau pemastautin di Mekah dan Madinah. Biasanya orang Indonesia dan Patani (Thailand) la yang jadi PAM ni. Pastu mereka ni plak ada kenderaan (kereta) utk digunakan membawa petugas, ambil jemaah haji dan lain-lain tugas yang berkaitan..saya tak pernah jumpa lagi PAM yang perempuan, biasanya mesti lelaki.

Kalau orang Malaysia yang duduk di Malaysia memang tak boleh la..hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 03:42 PM | Show all posts
balqishku posted on 19-10-2012 11:18 AM
Amin, amin Ya Rabbal a'lamin. Saya mmg lama 'melekat' kat benang, esp. masa nak tunaikan umrah pd  ...

saya pun daftar 2007. Harap2 dapat jadi tetamu Allah tahun hadapan.
Surat rayuan dh siap. cuma tunggu masa utk di hantar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2012 04:09 PM | Show all posts
banyak yang saya jumpa berpangkat Dato', Dato' Seri pun saya pernah jumpa, Prof, Dr, Ir, selain tu ada juga Tok Khadhi, bekas mufti, bekas imam besar masjid negeri, ada juga Kol, Leftenan dan sebagainya
               Tambah satu lagi ....... Tan Sri ..... yg tempat nya sebelah saya di khemah di Mina.
                Tak tau yg Pak Cik ni Tan Sri hingga lewat hari tasrik 2 baru orang bagi tau. Humble aje pun.

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 04:47 PM | Show all posts
haji_one posted on 19-10-2012 09:52 AM
Tapi jujur saya katakan, hati saya memang tak senang..berdebar2 je selepas mereka pergi ke masjidilh ...

menangis jgk saya baca citer haji_one ni...subhanallah...!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 08:31 PM | Show all posts
haji_one posted on 19-10-2012 03:01 PM
Hehehe..memang ada golongan yang bergelar ni tapi tak mahu dipanggil dgn gelaran, tapi di TH, iany ...

yup, kbanyakannya mcm tu ... kot kalo di msia pon camtu ... sbb tu x kesah sgt psl title, gelaran ke ape ... kecualilah ms tugas2 rasmi.

sambung lg cite tn hj ... ari2 mesti cek kalo ade cite baru
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 09:05 AM | Show all posts
haji_one posted on 18-10-2012 12:52 PM
Hehehehe..(apasal la saya suka mulakan ayat dengan ketawa ni..)

Saya nak cerita satu kes pasal se ...

Assalamu'alaikum wbt.
haji_one posted on 18-10-2012 12:52 PM:
Saya tanya balik, “tuan dah mahir ke kawasan ni? Saya takut tuan sesat sebab kedudukan bangunan Dar Janadiriah ni agak ke belakang dan tersorok skit”. Pastu dia tempelak saya, “you don’t underestimate me ok? I dah 9 kali datang umrah la…”.
Seram sejuk bila baca statement warna merah tu. Macam dah boleh agak dah apa akan berlaku. Di tanah haram ni, bukan sekadar cakap-cakap seperti di atas, detik atau lintasan hati pun perlu dijaga. Apa yang dialami oleh jemaah tersebut adalah merupakan suatu tarbiyah daripada Allah SWT supaya menjadi iktibar dan pengajaran baginya dan juga bagi kita yang membaca kisah tersebut. Terima kasih kepada Haji_One atas perkongsian ini.

Seeleoknya, jemaah yang terlepas cakap dsb kemudian Allah tunjukkan sesuatu, cepat-cepat dan banyak-banyaklah beristighfar somoga Allah SWT cepat mendatangkan pertolongan. Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyanyang. Dijemput-Nya kita ke Makkah untuk menjadi tetamu-Nya, diberi-Nya sedikit pengajaran supaya kita tidak terlalu jauh tersasar daripada tujuan sebenar. Atas rahmat dan kasih sayang Allah SWT, kita kembali sedar dan insaf bahawa kita sebenarnya bukanlah siapa-siapa. Kita adalah hamba yang lemah yang datang kepada Allah dengan membawa banyak dosa. Dari segi lahiriah pun, kita ni memang banyak kotoran dari hujung rambut sampai ke hujung kakii. Ambil contoh kepala iaitu bahagian yang selalu dimuliakan oleh kita. Di situ ada pelbagai jenis kotoran seperti tahi mata, tahi telinga, tahi hidung, tahi gigi dsb. Sorry, tersebut pulak benda-benda tu. So fikir-fikirkanlah bila kita hendak berbangga diri.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2012 10:46 PM | Show all posts
haji_one posted on 19-10-2012 09:52 AM
Tapi jujur saya katakan, hati saya memang tak senang..berdebar2 je selepas mereka pergi ke masjidilh ...

adeh banjir air mataku baca kisah ni .. subhanallah..

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2012 09:39 AM | Show all posts
haji_one posted on 19-10-2012 09:49 AM
Nak cerita satu lagi kebesaran Allah swt dan betapa kekurangan tu bukanlah satu ‘kelemahan’..


...

Assalammualaikum. Subhanallah, Maha Suci Allah. Mengalir air mata baca kisah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 07:33 AM | Show all posts
Hehehehe..ramai plak yang sedih dengar citer saya, patutnya nak kena letak signange.."amaran..cerita sedih! sila sediakan tisu".

Takpa la, yang penting kita ambil pengajaran atas apa yang berlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 08:05 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 20-10-2012 09:05 AM
Assalamu'alaikum wbt.
Seram sejuk bila baca statement warna merah tu. Macam dah boleh agak dah ap ...


Wa'alaikumsalam wbr wbt.

Tu la, kekadang kita boleh tengok keegoan dan kesombongan manusia ni dibayar 'cash' kat sana..tempat yang terhijab doa, memang biasanya makbul apa sahaja yang kita ucapkan. Apa2 pun, saya setuju dgn tuan, sekiranya dah terlanjur cakap, mungkin terikut ikut dengan emosi, sesuailah dgn sifat kita sebagai insan (yang bermaksud pelupa), jadi bila dah bercakap yang pelik2 tu..beristiqfarlah berkali2 dgn ikhlas..insyaAllah, Allah swt ampunkan.

Saya nak share satu cerita semasa saya uruskan sambutan ketibaan di Bangunan Marwah An Naga beberapa tahun yang lalu..

Masa tu, bas datang dr Jeddah, bermaksud penerbangan dr Malaysia la. Waktu ketibaan di Maktab adalah waktu tengahari..kira2 dlm waktu solat jumaat.

So, bila bas sampai, ada 10 buah bas, dengan jumlah kira2 400 orang jemaah haji..saya pun jalankan tugas macam biasa, naik dlm bas, bagi taklimat dan lain-lain..kalau bas sampai serentak, penolong pengurus maktab saya akan naik dlm bas tu dan bagi taklimat bagi mempercepatkan proses sambutan.

Bila dah siap bagi taklimat, jemaah haji akan terus turun masuk ke lobi dimana pihak muasasah akan bagi hadiah (ikut muassasah maktab la..biasanya tasbih dll). untuk KT tu, aras (tingkat) yg digunakan di bangunan Marwah tu adalah tingkat 4,5 dan 6. Bila jemaah haji dah sampai, dan ambil hadiah, mereka akan terus naik ke bilik dgn beg 5 kg (hand carry) sementera pekerja muassasah akan hantar beg2 besar yg dipunggah dr bas ke tingkat yang berkenaan (kat beg tu ada nombor tagging, iaitu no bilik..contohnya 411 bermaksud tingkat 4 bilik nombor 11..tagging tu diberikan di kelana jaya sebab penerbangan tu dr Malaysia).

Pastu, dah habis 10 bas sampai..beg bagasi masih banyak kat lobi sebab lif terhad..ni gambar lobi hotel tu..ada 4 lif, 3 digunakan oleh jemaah dan satu digunakan utk hantar beg ke aras memasing.



Lepas dah siap, saya rehat2 kejap di Pusat Perkhidmatan Maktab..minum air dulu, tengok kalau2 ada jemaah haji datang nak mengadu ke apa ke..ni gambar pusat perkhidmatan maktab..



bila suasana dah agak tenang..lebih kurang 30 minit lepas tu..saya naik la ke tingkat 4,5 dan 6 untuk tengok dan selia proses pengedaran makanan sambutan (makan berat..nasik berlauk). So, saya sampai je kat tingkat 4, saya nampak satu jemaah haji ni tengah membebel2 sambil menolak2 beg jemaah haji lain dengan kasar..time tu, beg memang dilonggokkan depan lif dan jemaah haji kena la ambil beg masing2 kat depan lif tu.

Saya dekati jemaah haji tu, bila dia berpaling ke arah saya..cepat2 dia tinggikan suara, "mana beg I??? mana beg I?!". Dlm hati saya, memang dah boleh agak dah, confirm beg besar dia tak dapat lagi ni..Pastu dia start marah saya, "apa ni, kata perkhidmatan kelas dunia, terbaik la konon..ni beg besar I pun ntah mana hilangnya..."..

Saya pun tanya, "beg tuan, jenis apa, apa tanda pengenalannya...biar saya tolong cari..". Pastu dia kata, "beg I mahalll..", bila dia nak meninggikan suara, cepat2 saya potong cakap dia.."begini tuan, untuk KT tuan, kita menggunakan tingkat ini (tingkat 4) dan juga tingkat 5 dan 6. Boleh jadi beg tuan berada di tingkat lain..".

Kata2 saya di iya kan oleh beberapa jemaah haji yang lain sebab mereka pun pergi ke tingkat 5 dan 6 untuk ambil beg mereka. Ni biasanya pekerja muassasah la tersalah hantar..lagipun, dgn beg besar berjumlah 400 unit..memang ada sedikit kesilapan..

Then, saya tanya, "dekat beg tuan, mesti ada namakan..boleh saya tahu, nama tuan apa?".

Pastu, time ni yang buat saya mendidih dan geram tu, dia boleh capai beg 5 kg dia, dan angkat betul2 depan muka saya dan cakap.."haaahh..ko baca nama aku ni..dan make sure ko cari beg aku sampai dapat..!". Saya tengok, nama dia.."Lt Kol (B) XXXXX..pesara tentera rupanya..pastu saya undur ke belakang sedikit..saya sebut, ok, saya cuba usahakan..

Baru saya nak bergerak dekat lif utk naik ke tingkat atas, dia jerit dekat saya, "apa punya TH, perkhidmatan kelas dunia konon..hal kecik mcm ni pun tak boleh nak urus", time tu memang saya dah tahan geram (mengeletar badan tahan marah..).

Then, dia tambah lagi.."time I pergi travel di UK, beg I sampai tepat depan bilik I, ntah2 beg besar I tu dah sampai kat UK kot..". Pastu dia ketawa besar ala2 nak mengejek saya.

Saya pun, dah hilang sabar..saya pergi dekat dia, pastu saya cakap.."tuan, disini adalah tanah haram, doa dimakbulkan tanpa hijab. Tuan kata ntah2 beg tuan dah sampai UK ye? ok, saya aminkan doa tuan, insyaAllah..dengan izin Allah, memang beg tuan akan sampai di UK..".

Pastu, bila dia tengok saya mcm melawan, dia terdiam sekejap..jemaah haji yang lain pun tengok kat saya..pastu dia terduduk dan mencangkung..dan sebut..."ya Allah..ya Allah..saudara, saya mintak maaf...saya tak bermaksudkan begitu..". Saya tengok muka dia dah pucat, lagipun dia minta maaf..so, saya start cool balik. Pastu saya hulurkan tangan dan tarik dia, so dapat la dia berdiri semula..kata dia, "apa yang I dah buat ni..apa yang I dah buat ni.."..pastu saya minta dia beristiqfar, selawat dan mengucap dua kalimah syahadah.., elok je dia selesai mengucap, lif berbunyi.."ting.....", pastu keluar la pekerja muassasah dan menghantar beberapa beg besar, dan terpampang nama Lt Kol (B) XXX diantara banyak2 beg tu..saya ambilkan beg tu dan bagi kat dia..Pastu dia bersalam dgn saya dan ucap terima kasih sebab memperingati dia..

Lepas tu saya turun bawah, ke pejabat perkhidmatan maktab..pengurus maktab siap cakap lagi pada saya sambil ketawa besar, "aiiii hajiwan..biasanya boleh bersabar..hari ni agak meletup ye..."..jawab saya, "dah letih la kena 'basuh' bos..hahahaha.."

Panjang cerita, tapi takdak la apa2 sangat..just pengalaman kena marah..so, moral of the story, jangan cepat melatah, kekalkan fokus dan sentiasa menjaga adab dan tutur kata. Last edited by haji_one on 22-10-2012 08:06 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2012 09:48 AM | Show all posts
haji_one posted on 22-10-2012 08:05 AM
Wa'alaikumsalam wbr wbt.

Tu la, kekadang kita boleh tengok keegoan dan kesombongan manusia n ...

Kadang-kadang kita cuma ambil berat tentang hal kita aje yang kita dah penat perjalanan berjam-jam lamanya.Kita lupa yang kadang-kadang orang yang menguruskan ketibaan jemaah ni lebih penat & lebih huru hara berbanding kita yang baru tiba.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 10:26 AM | Show all posts
JuanM posted on 22-10-2012 09:48 AM
Kadang-kadang kita cuma ambil berat tentang hal kita aje yang kita dah penat perjalanan berjam-jam ...


biasa la tu JuanM..memang ada sekelompok kecil jemaah haji yang pentingkan diri, asyik nak pikir diri sendiri je..kalau naik lif tu, kira dia je nak masuk dulu, padahal orang lain siap beratur lagi..hehehe..pastu, ada plak yang nak 'menang' je, kita bagitau la apa2 benda pun, pasti di bangkangnya..

Pada tahun lepas, ada kelompok yang mereka rasakan mereka 'lagi bagus' dari kami..(kami tak kisah pun siapa bagus, yg penting sesama la kita bekerjasama). Kelompok ni terdiri daripada beberapa orang lelaki dlm umur baya 40an..saya tak check pun latar belakang mereka walaupun saya tahu mereka ni bilik mana dan dr KT berapa, malas nak ambil tahu.

Al kisahnya ni, mereka ni suka sangat komplen kerja kami..kekadang mereka siap perli, "nak uruskan orang tua-tua dan dewasa yang dah reti dengar cakap, bukan susah..lain la kalau budak2 sekolah..". So, start dr ketibaan lagi mereka dah bising, masa tiba di maktab, mereka komplen urusan sambutan di Jeddah (mereka ni datang KT yang akhir) tak bagus, serabut..(memang la..pada akhir penerbangan pergi ke mekah..urusan di airport agak leceh dan lambat). Pastu mereka komen memacam la..antaranya pilihan menu yang dihidangkan..jenis bilik yang sesak (padahalnya orang lain boleh je selesa duduk dlm satu bilik).

pastu, di Mina, pada hari utk jemaah haji yang nak nafar awal, petugas haji pun akan buat annoucement di perkhemahan Mina tu..."assalamua'laikum wbr wbt tuan puan jemaah haji maktab 88. Perhatian kepada jemaah haji yang telah mendaftar untuk melakukan nafar awal, sila berkumpulan di hadapan khemah pengurusan maktab 88 dalam pada jam 12 tengahari. Diulang..bla..bla..".

Kalau ikut rekod, seperti yang jemaah haji dafar, akan ada 2 Bas ke Janadiriah dan 1 bas ke Marwah. Tapi belum sampai jam 12 tengahari, penuh beg jemaah haji susun di laluan khemah pengurusan maktab. Pastu bila bas sampai, jumlah jemaah haji yang nak nafar awal melebihi 3 buah bas yang dah ditempah oleh pihak maktab. Kami memerlukan penambahan sebanyak 2 biji bas lagi sebab ada jemaah haji yang nak nafar awal (walaupun tak daftar, agaknya tak tahan kot dekat Mina ni..)..so, bila bas sampai, jemaah haji berebut2 walaupun kami dah maklumkan bahawa kami akan panggil 44 orang utk naik bas, bila bas lain sampai..44 orang akan dipanggil..

tapi tu la, susah betul nak kawal jemaah haji ni..sebab agak ramai pentingkan diri sendiri dan takut ditinggalkan..boleh jadi disebabkan takut kena tinggal, sedikit panik (sebab tengah saerabut dan letih) kot.. Cakap la macamana pun, ada yang angguk angguk tanda paham, tapi bila bas sampai..mereka serbu semacam jugak. Time tu, pengurus maktab, penolong pengurus maktab dan guru agama yang uruskan keberangkatan nafar awal..memang setiap tahun, urusan nafar awal ni agak kelamkabut sebab bas datang tak menentu, pastu ruang yang kecil utk laluan bas, dengan jumlah jemaah haji yang dok kerumun bas..so, agak serabut jugak la.

pastu datang la geng yang rasa 'hebat' ni komplen pada pengurus maktab kami..mereka pun bagitau la yg kami sepatutnya buat mcm ni, buat mcm tu..bukan mcm ni ..tapi tapi mcm tu dll..bayangkan la, time tengah serabut tu la mereka nak mencadangkan suggestion pada kami..pastu mereka komplen la..kata mereka, jemaah haji ni dah besar2, dah reti bahasa..bukan bebudak, sepatutnya senang dah nak handle mereka ni..bla..bla..

Pastu, pengurus maktab saya, penolong pengurus maktab saya dan guru agama pandang sesama mereka, pastu yang pengurus maktab saya bagi loudhailer pada geng tu dan kata, "apa kata tuan buat demonstrasi pada kami mengenai cadangan tuan-tuan tu..", mereka ambil loudhailer tu, pergi ke pintu bas dan terus buat la cadangan mereka tu..mereka try susun dan pecahkan siap2 group bas, tapi space plak jadi isu dan banyak la 'kaedah' yang mereka nak try buat.. sementara pengurus, penolong pengurus dan guru agama duduk ditepi memerhati. yang kelompok bajet pandai tu plak, memula mereka ok lagi, sopan..lepas 15 minit dah mula tengking menengking, pastu dah mula bertindak kasar..pastu mereka kena sound dgn jemaah haji lain, dekat 30 minit mereka uruskan, nak susun penuh satu bas pun tak mampu, beg masuk terlebih la, terpisah maktab la..jemaah haji terpisah suami isteri la..dan memacam lagi la..

Last2 mereka datang pada pengurus maktab dan pulangkan balik loudhailer.."kami surrender..rupanya nak uruskan orang tua2 ni lagi susah dr bebudak rupanya..", pengurus maktab, penolong pengurus maktab dan guru agama pakat ketawa, kata pengurus maktab.."kami dah uruskan 3 bas sebelum ni, paling lama..1 bas 15 minit dah boleh jalan tanpa ada yang terpisah, ikut aturan bas..sekalipun kami tak tinggikan suara, tak berkasar dengan jemaah haji lain..tuan tuan semua baru handle sebiji bas dah serabut jadinya..lagikan pula, kami 3 orang, yang tuan semua 7 orang..".

yang kelompok jemaah haji bajet best tu diam je..lepas tu penolong pengurus maktab menambah, "yang terbaik bukan semestinya terbagus, pelaksanaan operasi mengikut kepada situasi..kami dah aturkan yang terbaik dr segi perancangan, tapi akhirnya ianya berbalik pada kerjasama jemaah haji..mcm tuan tengok tadi, tuan punya perancangan yang baik..tapi kalau kerjasama tiada, sama juga jadiknya.."..lepas tu, team maktab kembali uruskan jemaah haji nafar awal sampai habis.

Lepas dr isue tu, kelompok jemaah haji tu tak pernah lagi bertandang ke pejabat maktab utk bagi komen..

Actually, bukanlah kami menolak setiap cadangan, terutamanya kalau cadangan tu bernas, tapi mereka kena paham..operasi haji ni dah bertahun2 lamanya, dan dah melalui pelbagai kaedah, so, kaedah yang paling sesuai (dr pelbagai kaedah lain) dah dipilih utk dimplementasikan dlm operasi haji.. Last edited by haji_one on 22-10-2012 11:26 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 12:49 PM | Show all posts
mesmerize posted on 20-10-2012 10:46 PM
adeh banjir air mataku baca kisah ni  .. subhanallah..

air mataku juga............tanpa disedari...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 02:14 PM | Show all posts
haji_one posted on 22-10-2012 10:26 AM
biasa la tu JuanM..memang ada sekelompok kecil jemaah haji yang pentingkan diri, asyik nak pikir ...

Pada tahun 2007 dulu, saya pilih untuk nafar thani sebab tidak hendak berebut-rebut keluar daripada Madinah. Lagi pun kita memang dibolehkan untuk nafar thani. Group nafar awal maktab kami walaupun dapat bertolak awal tetapi sangkut tengah perjalanan sebab jalan jammed nak masuk Makkah. Jalan memang jam sangat, justeru itu ada beberapa jemaah yang nafar thani (balik ke Makkah pada 13 Zulhijjah) tetapi sampai Makkah pada keesokan harinya. Tambah menyedihkan, mereka diturunkan berhampiran dengan kawasan Maulid Nabi dekat dengan pintu Marwah tu dan terpaksa heret bag sejauh 800 meter ke Abraj al-Janadiriah di Shiaeb Amir. Saya yang naif ni apabila lihat orang heret bag depan hotel terus tanya, "Dari mana ni?" Tiada jawapan, muka mencuka dan mendengus. Fulamak, wrong question at the wrong time ma . Cepat-cepat saya belah - kalau tidak nyaya aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.102046 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list