CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 23-10-2012 11:24 AM | Show all posts
ibu128 posted on 23-10-2012 11:17 AM
Setuju dgn pendapat Hj One. mcm jemaah thn lps KT43, ramai yg berpangkat, tp humble sangat. ada ka ...


hehehe..Ustaz Rosli (rasanya dia tu Dr.) dan Haji mat Nor (pesara TH) memang dlm kumpulan pengurusan maktab saya..saya pun selalu ada kat marwah an naga waktu pagi dan petang..cuma ibu128 tak perasan kat saya kot..hehehehe..saya memang tengok dan baca hampir kesemua background jemaah haji kt43 marwah an naga tu..

KT43 ni dibawahmaktab 88, HQ maktab 88 di Dar Janadiriah..wakil maktab 88 utk monitor jemaah haji KT43 adalah dua orang tu la..

Ingat lagi tak ibu128 waktu sampai di Marwah? waktu tu solat jumaatkan? saya sembahyang tepi jalan je..baru nak takbir..tup2 bas KT43 sampai..terpaksa saya tinggalkan solat jumaat dan uruskan sambutan dulu, dah selesai..saya terpaksa sembahyang zohor je..hehehehe.. Last edited by haji_one on 23-10-2012 11:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 11:31 AM | Show all posts
ibu128 posted on 23-10-2012 11:17 AM
Setuju dgn pendapat Hj One. mcm jemaah thn lps KT43, ramai yg berpangkat, tp humble sangat. ada ka ...


Ibu128..Ustaz rosli..(yang kanan tu) sementara yang kiri tu pengurus maktab 88..



Ni pun gambar ustaz rosli..tapi di jeddah, saya balik sama dgn dia..



Ni plak haji mat noor che hak..yang pakai kopiah putih tu..


Last edited by haji_one on 23-10-2012 11:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 12:15 PM | Show all posts
haji_one posted on 23-10-2012 11:24 AM
hehehe..Ustaz Rosli (rasanya dia tu Dr.) dan Haji mat Nor (pesara TH) memang dlm kumpulan pengur ...

hehehe, sebenarnya saya tahu Hj One yg mana dan saya pernah berbual dgn Hj One, masa tu di Jandariyah klu x silap, saya buat nafar awal sbb bapa mertua saya tak sihat dan 2 warga emas jemaah dalam bilik saya pn x sihat. Masa tu saya tanya Hj One blh tak tlg carikan sepasang jemaah kerana ibunya x sihat. anaknya dtg dgn TA tp ibu ayahnya dgn TH. Menurut Hj One bkn TH x blh tolong carikan, tp inikan Tanah Haram, sepatutnya sbg anak, Jemaah tersebut tahu tanggungjawab sbg anak, lagilah sbgi anak lelaki.
Masa nafar Awal tu, yg masih bertenanga ada 3 org, tp jemaah warga emas ada 4 ms masa tu, nasib baik ada Tn Hj Md Nor yg tolong handle kami balik ke Marwa Naqa, Kami terperangkap 4 jam dr Mina ke Mekah, sedikit cubitan drNya, yg lain2 indah2 belaka. x tergambar dgn kata2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 01:19 PM | Show all posts
ibu128 posted on 23-10-2012 12:15 PM
hehehe, sebenarnya saya tahu Hj One yg mana dan saya pernah berbual dgn Hj One, masa tu di Jandari ...

A'ah la..ada jemaah haji datang jumpa saya dan minta saya carikan anaknya yang di TA (swasta) sementara ibubapanya pergi dengan muassasah. Actually saya pernah jumpa kes mcm ni pada tahun sebelum2nya..memang dah tahu apa yang akan berlaku dan betapa sukarnya nak menyelesaikan permintaan tu.

Pada tahun lepas (2011) ada lebih kurang 10k jemaah haji yang pergi dengan syarikat swasta. Sementara tu, di tanah haram, sistem haji yang digunapakai oleh pihak maktab tidak membolehkan kami utk akses maklumat haji dr syarikat swasta (kiranya kami zero info on jemaah haji swasta ni). kalau kita masukkan IC dlm sistem, info yang appear tu tak selengkap maklumat jemaah haji muassasah....so, kita pun tak tau jemaah haji tu pergi dengan syarikat mana, pakej yang mana, bangunan mana, agensi mana yang kami nak berhubung, pegawai mana dan sebagainya. So, nak cari seorang dr 10,000 jemaah haji (anak) tu memang sukar. Kalau kami di Malaysia, kami boleh tengok infonya secara detail, tapi utk info semasa operasi haji ianya agak limited.

Saya pun pelik, kenapa anak jemaah haji tu tak contact ke mak bapaknya semasa berada disana? kes ni ada saya ajukan kpd penolong pengurus maktab saya, rupanya, ada juga kes yang mana ibu bapa terpilih utk pi haji, dan anak pun merayu utk pergi haji sebagai pengiring..tapi bila dah terpilih, dia tak mahu pergi dengan muassasah...agaknya dia pandang muassasah ni "mau susah" kot. So dia pergi la dengan swasta, dan rancangan si anak tu mahu la melawat mak ayah dia setiap hari kat maktab (pada saya, semua tu tak capai maksud pun..), hakikatnya..bila dah sampai kat sana, ada la beberapa kali dia pi tengok mak ayah dia..tu pun sekejap2 je..last2 terabai mcm tu je..

Saya ada tengok 2-3 kes anak yang mengabaikan ibu bapa walaupun kehadiran mereka tu sebagai pengiring..ada yang memang saya 'sound direct' sebab dah tahap melampau..tapi kebanyakannya, alhamdulillah..semuanya menjalankan tanggungjawab sebagai pengiring dengan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 01:24 PM | Show all posts
ibu128 posted on 23-10-2012 12:15 PM
hehehe, sebenarnya saya tahu Hj One yg mana dan saya pernah berbual dgn Hj One, masa tu di Jandari ...


A'ah..untuk nafar awal, memang saya dgn haji mat noor che hak yg uruskan (kami pun nafar awal) sebab nak uruskan sambutan ketibaan keesokan harinya..

rindunya dengan marwah an naga ni..tapi tahun 2011 tu adalah tahun terakhirnya berkhidmat utk jemaah haji..dah runtuh dah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 01:48 PM | Show all posts
haji_one posted on 23-10-2012 11:14 AM
Saya nak cerita satu pengalaman saya di Madinah, tahun 2009. Well, saya tiba di Madinah dengan KT02. ...

Hj One. Ini kat kawasan depan hotel kami Ansar Golden kat Madinah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2012 02:02 PM | Show all posts
JuanM posted on 23-10-2012 01:48 PM
Hj One. Ini kat kawasan depan hotel kami Ansar Golden kat Madinah

Hehehe..laaa..ye ke..

tempat yg bertanda merah tu adalah kawasan kejadian..sampai sekarang saya masih ingat..kalau sampai je Madinah, selepas je ziarah dalam, memang saya akan pergi ke sini, saja mengimbau kenangan..(tak lupa juga beli kebab mahupun nasi mandy ayam / kambingnya yang sedap tu....



ni saya zoom lokasinya..iktibar yg saya dapat pada rentetan kejadian tu adalah, betapa sukarnya nak ikhlas bila sesuatu keadaan tidak memihak kepada pemikiran dan kehendak kita..akhirnya, kalau kita nak buat apa atau berikan apa sahaja, lakukanlah dan berikanlah kerana Allah swt (lillahita'ala)..

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 02:28 PM | Show all posts
hehe...foodcourt tu mmg laluan tiap2 ari kitaorg ke Masjid Nabawi masa umrah aritu...straight je dr hotel melintas 2 jln besar terus dah sampai foodcourt ni...pastu straight lg terus ke Pintu Othman B. Affan utk jemaah perempuan...
penah tapau nasi mandy ayam kat sini & ice cream Movenpick kat ujung foodcourt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 02:31 PM | Show all posts
haji_one, KT terakhir utk thn ni dah berlepas ke blm?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 02:33 PM | Show all posts
haji_one posted on 19-10-2012 09:52 AM
Tapi jujur saya katakan, hati saya memang tak senang..berdebar2 je selepas mereka pergi ke masjidilh ...

sedihnya baca kisah ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 02:43 PM | Show all posts
forselab posted on 23-10-2012 02:31 PM
haji_one, KT terakhir utk thn ni dah berlepas ke blm?

Untuk penerbangan yang di sewa khas oleh TH, ianya telah berakhir pada 19 Oktober, KT last adalah KT106.

Tapi ada jugak penerbangan yang tak mengikut pesawat sewa khas TH, tapi membawa jemaah haji..iaitu melalui penerbangan komersial. Untuk penerbangan komersial ni saya kurang pasti bila dan waktu penerbangannya..

Lupa nak bagitau, penerbangan komersial yang penghujung waktu ni adalah untuk pakej tertentu milik THTS.

Untuk penerbangan balik ke Malaysia, first flight akan bermula pada 31 Oktober dan dijangka tiba pada jam 7.00 pagi (waktu malaysia) melalui KT01 dan akan berakhir pada 29 November nanti..insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 02:56 PM | Show all posts
haji_one posted on 23-10-2012 02:43 PM
Untuk penerbangan yang di sewa khas oleh TH, ianya telah berakhir pada 19 Oktober, KT last adalah  ...

ooh...ada sepupu post gambar kat FB bgtau ayah dia dpt panggilan haji last minit pd Sabtu lps...& bertolak ke Jeddah semlm...pelik gak takde dengar bunyi pak sedara tu nak pegi haji...maknanye dia pegi dgn THTS la ye...kalau dgn TA lain ada kemungkinan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 03:00 PM | Show all posts
forselab posted on 23-10-2012 02:56 PM
ooh...ada sepupu post gambar kat FB bgtau ayah dia dpt panggilan haji last minit pd Sabtu lps...&  ...

Boleh jadi juga dengan TA selain THTS, boleh jadi ada kuota tambahan berbentuk runcit kot..tapi biasanya, kalau ada kuota tambahan selepas flight cater TH berakhir, memang TA tu sendiri akan uruskan. So, yang ni kena tanya TA tu sendiri la rasanya..


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 03:06 PM | Show all posts
haji_one posted on 23-10-2012 03:00 PM
Boleh jadi juga dengan TA selain THTS, boleh jadi ada kuota tambahan berbentuk runcit kot..tapi bi ...

Tak semestinya dengan THTS.Jiran kami baru terbang pukul 12 tengahari tadi.Kalau tak silap saya diaorang ikut Zahafiz.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 03:10 PM | Show all posts
JuanM posted on 23-10-2012 03:06 PM
Tak semestinya dengan THTS.Jiran kami baru terbang pukul 12 tengahari tadi.Kalau tak silap saya di ...

Saya pun rasa begitu jugak..boleh jadi ada kuota tambahan runcit (skit2), so bila dapat kuota tambahan ni, TA tu kena uruskan sendiri penerbangan jemaah haji mereka (bukan lagi melalui penerbangan cater TH).

Dr segi exact number saya tak pasti. Benda ni kita panggil 'furadha' kalau tak silap, iaitu embassy arab saudi keluarkan sejumlah kecil visa bagi jemaah haji kita utk menunaikan ibadah fardhu haji..dr segi managementnya saya tak pastu mcmana sebab memang saya sedia maklum, apa sahaja kuota tambahan, or visa lebihan akan diberikan kepada TA secara langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 03:17 PM | Show all posts
haji_one posted on 23-10-2012 03:10 PM
Saya pun rasa begitu jugak..boleh jadi ada kuota tambahan runcit (skit2), so bila dapat kuota tamb ...


Saya nak betulkan skit info saya, confirm jemaah haji yang pergi dgn TA tadi tu adalah melalui furadha. iaitu lebihan visa yang dibenarkan dikeluarkan oleh kedutaan arab saudi, ianya ala-ala kuota tambahan. bezanya ialah, dgn kuota tambahan, jemaah haji memasuki tanah suci mekah dgn visa haji dan dimana mereka ni..alokasi penerbangan, penginapan dan disediakan awal2.

Sementara furadha pula ialah lebihan visa haji yang dikeluarkan oleh kedutaan arab saudi tanpa ada alokasi penerbangan dan penginapan di Mekah (so, sendiri uruskan). Atas dasar tu, TH memang akan berikan visa furadha ni kepada travel agent sebab mereka dah ada alokasi penginapan dan pergerakan kat sana..cuma kena uruskan tiket penerbangan sendiri.

InsyaAllah, penerbangan terakhir bagi visa furadha ni adalah hari ini, iaitu jam 6 petang ni..lepas ni, no more visa haji or visa furadha..



Last edited by haji_one on 23-10-2012 03:19 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 03:29 PM | Show all posts
TQ atas penjelasan tu haji_one...
raya haji ni insyaallah kot2 ada berjumpa sepupu2 & mak sedara tu...blehla bertanye dorang camne cara pemergian pak sedara tu ke tanah suci...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 03:35 PM | Show all posts
forselab posted on 23-10-2012 03:29 PM
TQ atas penjelasan tu haji_one...
raya haji ni insyaallah kot2 ada berjumpa sepupu2 & m ...


Sama-sama..tu la, saya pun terlupa pasal furadha ni..kena double check dgn kawan saya di Jabatan Haji baru tahu sebab mereka lebih arif pasal ni (saya ni bukan staff Jabatan haji..jabatan lain..tu yang tak berapa mahir tu..)..hehehehe...

rasanya bab visa furadha ni hanya peringkat pengurusan TA tu je tahu..rasanya jemaah haji yang pi tu akan bagitau yg mereka ni pi dgn visa haji (cuma mereka tak maklum samada visa kuota atau visa furadha)...tapi boleh je tanya mereka, kot2 TA dah terangkan dengan lebih lanjut..hehehehe.. Last edited by haji_one on 23-10-2012 03:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 04:06 PM | Show all posts
haji_one posted on 23-10-2012 01:24 PM
A'ah..untuk nafar awal, memang saya dgn haji mat noor che hak yg uruskan (kami pun nafar awal) s ...

Rindunya dgn Tanah Haram, Terima Kasih dgn gambar2 yg Hj One tunjukkan. izinkan saya mengambil untuk simpanan.
Smg diberi kesempatan ke sana lg dlm waktu terdekat ni, Betul Haji One, Marwa sudah x berkhidmat musim Haji kali ni. dh runtuh kt pakcik saya,beliau petugas MAS. Sebenarnya siapa yg ddk di Marwa beruntung sbb agak hampir ke Masjidil Haram.

Sebenarnya anak jemaah tu pg dgn THTS, kami dah dapat detailnya. tapi mmg x de rezeki anaknya utk berbakti dgn kedua orgtuanya di sana, yg kita tahu pahalanya berlipat ganda.

Sy dan suami terpanggil utk handle makcik2 dan pakcik2 tu sbb mereka x de waris sekali dlm KT43 tu, yg ada menumpang mahram jiran, Jirannya pulak menguruskan ibunya yg agak uzur. Alhamdulillah akk yg satu bilik dgn saya (lg 2 org tu ok). Dapatlah kami membantu makcik2 tu. Tp yg paling saya kesian jemaah warga emas yg saya ceritaka sblm ni, terlalu rindu dgn anaknya, sampai x nak makan beberapa hari. (Dari Mekah lagi). Bila sampai Mina dah x bertenaga langsung.
Atas sbb itulah saya ambil keputusan buat nafar awal. Lg2 masa tu bapa mertua saya x sihat.  Makcik2 & pakcik2 tu mengaduh sakit kaki dan x blh berjalan bila berjalan balik ke Marwah dr Jandariyah.  Iya la mana ada teksi masa nafar awal tu. Sudahnya kami ambil keputusan, upah org yg ada wheelchair , pakai duit makcik pakcik tu la, sbb dia masih ada duit,hehehe. kami pn ada cukup2 je masa tu. Apa2pn saya bersyukur sangat, Alhamdulillah Ibadah kami disana dipermudahkan.
Smg jemaah tahun ini dipermudahkan semua urusan disana dan pulang dgn Haji yg Mabrur
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 04:11 PM | Show all posts
kawan saya pun baru shj berlepas ke Tanah Suci pagi tadi. ada kuota tambahan sebyk 5000 katanya. tapi dia ikut pakej Rayhar. Dia pun baru dapat tau hari jumaat. kelam kabut sediakan kelengkapan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.123475 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list