CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12862|Reply: 92

Cerdik Ke Wartawan Niezam Abdullah?

[Copy link]
Post time 16-10-2012 01:43 AM | Show all posts |Read mode
Seseorang deejay radio mempunyai peranan besar dalam mempengaruhi masyarakat. Gambar sekadar hiasan.
Adoiii…
MEDIA penyiaran tidak kiralah sama ada radio ataupun televisyen pada ketika ini mempunyai pengaruh yang kuat dan sebagai penyebar maklumat paling pantas.
Maka, media penyiaran sama juga seperti media cetak yang sentiasa bersaing untuk meraih populariti khususnya dari segi penarafan ataupun rating.
Kalau sesebuah media itu mencatatkan rating yang tinggi, maka kedudukannya juga tinggi kerana ia akan mempengaruhi kepada pendapatan iklan.
Syarikat-syarikat iklan akan memburu media mana yang paling besar pengaruh agar  mereka mendapat keuntungan daripada apa yang diiklankan itu.
Ketika kajian pendengar sedang dilakukan oleh agensi penarafan bagi suku kedua tahun ini,  stesen radio sedang sibuk menyediakan pelbagai tawaran membabitkan peraduan yang menyediakan wang ringgit kepada pendengar.
Malah deejay-deejay radio juga tidak dibenarkan cuti kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada proses tinjauan yang dibuat.
Pendek kata petugas-petugas stesen radio ini susah nak pejam mata selagi laporan tinjauan itu tidak dikeluarkan. Ia memberi kesan kepada periuk nasi mereka.
Tapi ingat... deejay-deejay itu adalah daripada stesen radio swasta. Stesen radio kerajaan macam RTM saya percaya mereka boleh tidur nyenyak dan berdengkur sampai ke subuh.
Mereka tak hairan pun rating jatuh terduduk ataupun tidak kerana mereka percaya, bekerja macam mana kuat sekali pun, gaji mereka tetap sama kerana ia ditanggung oleh kerajaan.
Tak macam radio swasta, mereka  mengharapkan kepada keupayaan sendiri untuk menjana pendapatan.
Sebab itulah walaupun negara sudah 55 tahun merdeka, corak dan pendekatan kebanyakan stesen radio RTM masih tidak berubah, lapuk dan tak “in” dengan keadaan semasa.
Jika pada tahun 1980-an deejay RTM masih lagi membebel di corong radio, pendekatan  itu nampaknya kekal sehingga hari ini.
RTM menonjolkan budaya makcik-makcik yang suka membebel. Itulah pendekatan yang tidak berubah.
RTM sepatutnya lebih ke hadapan berbanding stesen radio swasta kerana pengalaman mereka dalam industri penyiaran itu sendiri yang seharusnya dijadikan sandaran bagi meraih keupayaan terhadap persaingan yang sedang dihadapi.
Saya faham terhadap kepentingan stesen penyiaran milik kerajaan yang berfungsi untuk menyebarkan propaganda kerajaan tetapi apa yang dihasratkan tidak akan mencapai sasaran sekiranya individu yang mendengar itu terdiri daripada orang tua-tua.
Seharusnya RTM perlu mencari pendekatan bagaimana ingin meraih populariti di kalangan orang muda agar agenda kerajaan itu sampai kepada golongan berkenaan yang menjadi penentu terhadap perubahan landskap politik negara.
Saya ada mendengar celoteh seorang deejay RTM. Saya berikan contoh cara penyampaiannya.
“Ya sedara, waktu sekarang pukul 11 pagi, terima kasih sedara kerana mendengar xxxxx. Mudah-mudahan anda semua sihat hendaknya. Kepada sedara yang sedang memandu tu, hati-hatilah ya sedara apatah lagi jika hujan lebat, kenderaan sedara mungkin terdedah kepada bahaya...”
Berdasarkan kepada petikan itu kita dapat bayangkan corak penyampaian yang pernah diungkap pada tahun 80-an masih lagi digunakan pada era milenium ini.
Berapa banyak “sedara” daaa...!!! Kalau “sedari” (saudari)  yang dengar macam mana pula?
Jadi RTM harus berusaha merekrut deejay-deejay mereka agar sealiran dengan pesaing masing-masing serta bersesuaian dengan tuntutan dunia penyiaran yang semakin maju.
Saya percaya jika teknik penyampaian "makcik-makcik" yang suka membebel itu masih diterapkan, RTM akan terus ke belakang dan gagal meraih matlamat dalam membantu menyampaikan propaganda kerajaan.
Stesen radio RTM juga tidak pernah menjadi juara daripada segi jumlah rating yang dilakukan malah tidak termasuk dalam kajian yang dibuat.
Tapi mungkin RTM sudah selesa jika mereka menjadi juara sebagai stesen radio “makcik-makcik” tapi sampai bila?
Mereka di RTM seharusnya berasa bersalah kerana gaji mereka sebahagiannya adalah berdasarkan peruntukan kerajaan yang diperoleh daripada pembayar-pembayar cukai ataupun rakyat.
Jadi, mereka wajar memberikan sesuatu yang lebih baik kepada keseluruhan rakyat berbanding stesen radio swasta yang meraih pendapatan berdasarkan kepada kerja keras sendiri.
NIEZAM: Sudah boleh dipanggil pakcik...
         


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2012 01:46 AM | Show all posts
Alah klu setakat nak kejar ranting nombor 1 apa guna kalau Dj yg bertugas tak ada sesuatu yang membawa kebaikan untuk pendengar. Klu mengilai tak tentu pasal dan membebel yang tak mendatangkan faedah itukah yang dikata kan radio terbaik di Malaysia. Walau pun kebanyakannya Dj nya  lepasan universiti tetapi bila bercakap tak ada yang boleh dibanggakan. Harapkan glam... je.
Wartawan Niezam fikir dulu sebelum tulis klu dah perangai ADIK2 susah nak cakapkan. Lagi pun sejak mystar online dah bertukar tangan degan wartawan yang tak ada wawasan makin hambar rasanya dan tak menarik langsung. Kebanyakan gossip murahan yang tak ada nilai untuk dibincangkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 01:53 AM | Show all posts
penulisan dia pun mbosankan smpai aku nk baca pun x lalu, ada hati nak mengata org....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 01:57 AM | Show all posts
Citer apa ni woiiiii!!! Panjang bebeno karangan ni... Penat I nk baca... Cer explain detail sikit???
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 02:13 AM | Show all posts
apa ini? highlight sket
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 03:33 AM | Show all posts
bepinor mata aq baca..
highlight sikit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2012 04:13 AM | Show all posts
Radio RTM yang aku dengar cuma Traxx & Klasik Nasional ja...
Aku suka kebanyakan dj radio Klasik Nasional, penyampaian bagus. Suara tak bingit dengar.
Traxx agak mengecewakan. Kalau ada slot dj dua orang, memang hancur. Conversation nampak tak bijak, tak da chemistry. Tapi lagu2 dia mainkan jauh lagi best dari mana2 stesen radio english lain dan diaorang tak pasang lagu sama 24 jam.


Yang Niezam ni pun... engko kalau nak menulis pun, agak2lah... keje nak menghentam aja, tapi isi tak da.
Kena lah tengok jugak siapa target audience untuk kebanyakan stesen radio RTM.
Dan tengok la juga sebab apa radio2 RTM ni ditubuhkan. Tujuan RTM tak sama dengan radio swasta yang kejar rating dan iklan.

Aku tak tau apa benda ntah Niezam mengarut pasal perubahan era milenium haramjadah ni semua..
Radio tak da visual, yang ada cuma suara. Apa yang majunya kalau dunia penyiaran cuma penuh dengan deejay yang cuma tau memekik tapi isi tak bermutu langsung. Bual2 topik bodoh yang tak menjana pemikiran pendengar.
Asalkan intonasi jelas, percakapan lancar tak ke laut... itu dah cukup bagus. Lagi elok dari sesetengah dj radio swasta yang terpekik terlalak, mengilai macam pontianak tapi isi kosong...
Walaupun kadang2 aku menyampah dengan stesen RTM dan proganda kerajaan dia tu, tapi dari segi isi dan informasi deejay stesen RTM namapk lebih bagus dan ikut isu semasa.

Dan untuk komen2 kat atas aku ni...
panjang macam ni pun korang dah malas nak baca... buku tak pernah sentuh ka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 06:09 AM | Show all posts
not all the dodgy can be measured from the writing n not all stupid can be evaluated in terms of speech
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
porumer cari pun apa kurg nye,hentaman dorg lg dasat dari encik niezam zam zam alakazam ni..ekekeke!

#tak suka kalo 1 konti 3-4 org DJ,bingit telinga kalo dgr dorg bceloteh,mcm syok sendiri DJ2 ni kalo bcakap..#
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 07:03 AM | Show all posts

Sampai Bila Radio RTM Nak Jadi 'Makcik-Makcik'?

Sorry MOD cari BOD radio takde terpaksa menumpang kat sini...

Oleh NIEZAM ABDULAH (Twitter @NiezamAbdullah)

MEDIA penyiaran tidak kiralah sama ada radio ataupun televisyen pada ketika ini mempunyai pengaruh yang kuat dan sebagai penyebar maklumat paling pantas.

Maka, media penyiaran sama juga seperti media cetak yang sentiasa bersaing untuk meraih populariti khususnya dari segi penarafan ataupun rating.

Kalau sesebuah media itu mencatatkan rating yang tinggi, maka kedudukannya juga tinggi kerana ia akan mempengaruhi kepada pendapatan iklan.

Syarikat-syarikat iklan akan memburu media mana yang paling besar pengaruh agar mereka mendapat keuntungan daripada apa yang diiklankan itu.

Ketika kajian pendengar sedang dilakukan oleh agensi penarafan bagi suku kedua tahun ini, stesen radio sedang sibuk menyediakan pelbagai tawaran membabitkan peraduan yang menyediakan wang ringgit kepada pendengar.

Malah deejay-deejay radio juga tidak dibenarkan cuti kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada proses tinjauan yang dibuat.

Pendek kata petugas-petugas stesen radio ini susah nak pejam mata selagi laporan tinjauan itu tidak dikeluarkan. Ia memberi kesan kepada periuk nasi mereka.

Tapi ingat... deejay-deejay itu adalah daripada stesen radio swasta. Stesen radio kerajaan macam RTM saya percaya mereka boleh tidur nyenyak dan berdengkur sampai ke subuh.

Mereka tak hairan pun rating jatuh terduduk ataupun tidak kerana mereka percaya, bekerja macam mana kuat sekali pun, gaji mereka tetap sama kerana ia ditanggung oleh kerajaan.

Tak macam radio swasta, mereka mengharapkan kepada keupayaan sendiri untuk menjana pendapatan.

Sebab itulah walaupun negara sudah 55 tahun merdeka, corak dan pendekatan kebanyakan stesen radio RTM masih tidak berubah, lapuk dan tak “in” dengan keadaan semasa.

Jika pada tahun 1980-an deejay RTM masih lagi membebel di corong radio, pendekatan itu nampaknya kekal sehingga hari ini.

RTM menonjolkan budaya makcik-makcik yang suka membebel. Itulah pendekatan yang tidak berubah.

RTM sepatutnya lebih ke hadapan berbanding stesen radio swasta kerana pengalaman mereka dalam industri penyiaran itu sendiri yang seharusnya dijadikan sandaran bagi meraih keupayaan terhadap persaingan yang sedang dihadapi.

Saya faham terhadap kepentingan stesen penyiaran milik kerajaan yang berfungsi untuk menyebarkan propaganda kerajaan tetapi apa yang dihasratkan tidak akan mencapai sasaran sekiranya individu yang mendengar itu terdiri daripada orang tua-tua.

Seharusnya RTM perlu mencari pendekatan bagaimana ingin meraih populariti di kalangan orang muda agar agenda kerajaan itu sampai kepada golongan berkenaan yang menjadi penentu terhadap perubahan landskap politik negara.

Saya ada mendengar celoteh seorang deejay RTM. Saya berikan contoh cara penyampaiannya.

“Ya sedara, waktu sekarang pukul 11 pagi, terima kasih sedara kerana mendengar xxxxx. Mudah-mudahan anda semua sihat hendaknya. Kepada sedara yang sedang memandu tu, hati-hatilah ya sedara apatah lagi jika hujan lebat, kenderaan sedara mungkin terdedah kepada bahaya...”

Berdasarkan kepada petikan itu kita dapat bayangkan corak penyampaian yang pernah diungkap pada tahun 80-an masih lagi digunakan pada era milenium ini.

Berapa banyak “sedara” daaa...!!! Kalau “sedari” (saudari) yang dengar macam mana pula?

Jadi RTM harus berusaha merekrut deejay-deejay mereka agar sealiran dengan pesaing masing-masing serta bersesuaian dengan tuntutan dunia penyiaran yang semakin maju.

Saya percaya jika teknik penyampaian "makcik-makcik" yang suka membebel itu masih diterapkan, RTM akan terus ke belakang dan gagal meraih matlamat dalam membantu menyampaikan propaganda kerajaan.

Stesen radio RTM juga tidak pernah menjadi juara daripada segi jumlah rating yang dilakukan malah tidak termasuk dalam kajian yang dibuat.

Tapi mungkin RTM sudah selesa jika mereka menjadi juara sebagai stesen radio “makcik-makcik” tapi sampai bila?

Mereka di RTM seharusnya berasa bersalah kerana gaji mereka sebahagiannya adalah berdasarkan peruntukan kerajaan yang diperoleh daripada pembayar-pembayar cukai ataupun rakyat.

Jadi, mereka wajar memberikan sesuatu yang lebih baik kepada keseluruhan rakyat berbanding stesen radio swasta yang meraih pendapatan berdasarkan kepada kerja keras sendiri.

Dipetik dari Mstar Online...
Tapi pada pandangan aku ni RTM ni satu2nya stesen Radio yang lain dari stesen Radio swasta tu. Radio swasta skrg dah mcm apa ntah dalam satu konti tu masing2 berebut nak cakap sampai sumabt 3-4 Dj pada satu2 masa. Pastu duk gelak-gelak, cakap laju, kadang2 siap puji2 atau banding2kan diri dgn Dj2 lain. Radio RTM memang stail dia mcm gitu kira boleh lah sikit nak dengar telinga ni dari bingit cara2 radio swasta. Cuma Abby Fana kat Suria je yg aku boleh dikatakan seimbang diantara makcik-makcik, kakak2 dan keadaan semasa.....tapi aku jarang dgr sgt pon cuma sesekali je..sebab mak aku kat rumah tu pagi petang Selalu buka Radio Klasik RTM.... Last edited by espri6006 on 16-10-2012 07:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 07:08 AM | Show all posts
tak suka dgn niezam ni.....dulu dia ala2 menghina artis komedi pakai kereta buruk.
artis balik kampung naik bas time raya pun dia jadikan isu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 07:08 AM | Show all posts
menyampah dengar semua siaran radio dgn lagu berulang2, ngan sore sengau annoying giler ngan bodoh tatau perkembangan semasa ngan lawak x jadi etc.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 07:13 AM | Show all posts
stesen radio swasta pun apa kurangnya....paling aku suka menyampah bila dj ketawa berdekah dekah dgn kuat..annoying giler.

cuma ada beberapa dj yg aku suka...mcm abby fana dan dj2 lite n easy.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 07:25 AM | Show all posts
alamak dah ada..tenkiu MOD dah merge. Kalau sesiapa yang selalu lawati Mstar Online akan dapat tengok cara penulisan Niezam Abdullah ni, aku selalu tengok satu2 Tajuk yang deketengahkan adalah sesuatu yang kurang cerdik dari pemikiran seorang wartawan. Yess dia pernah mempersoalkan artis2 pakai kereta buruk dan yang bulan lepas isu artis bodoh ke apa ntah ..skrg pulak pasal Radio2 makcik2...dah memang Radio RTM adalah radio rasmi Kerajaan jadi cara dan gaya mereka juga harus bertertib bukan gelak ketawa dan menjerit mcm tarzan radio2 swasta. Nasihat2 yang macam di highlight pon masih perlu walaupun dah berpuluh2 tahun nasihat begitu dikeluarkan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodow leh tahan la artikel c nizam ni. Ko ingat semua org suka sangat ke stail radio swasta yg ko agung2 kan tu? Better la dr radio ngarut penuh iklan ngan dj bingit...

Bodow bertingkat-tingkat....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 07:43 AM | Show all posts
alah ok laa tu..radio rtm...mesti laa skema sikit...radio swasta terpekik terlolong apa kes ..jadi mak nyah semua tu...

radio fungsi dia bagi infomasi....apa yg dj rtm tu cakap tu betul laa..jalan hujan..informasi gak tu...apa laa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 08:02 AM | Show all posts
Suara dj2 rtm ramai yg merdu....ada suara dj swasta, especially seorang pelakon tu... sgt menyakitkn telinga, ckp pun mcm makcik2....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 08:13 AM | Show all posts
radio rtm memang membosankan pon...lagi berapa tahun nak masuk 2020, macam tuuuuu jugak la...pengisian ada, penyampaian lebih menjurus golongan veteran. Setiap orang ada selera masing2 kan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 08:13 AM | Show all posts
iols slalu je dgr muzik fm and kl fm.. lagu2 yg dimainkn tk berulang2...
skrg banned hot fm... especially segment pg tuh...trgelak trbahak2 padahal tkde ape yg lawak pun...
syok sendri jer hot fm tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 08:18 AM | Show all posts
RTM ada pengikut tersendiri la sengal nizam .. seusia mak aku mmg layan RTM jeh..klasik nasional..kau mampoo?? so seswei la ngan cara deejay2 ituh semua..

nak cakap style hip hop kah??? tuh masih lgk bahasa melayu yang boleh di digest dek pendengar..

motip kau nizam..pondan jugak kah? dok sentap ngan RTM..ko tak pi komen lak stesen2 urban dok gelak mengilai macam langsuir dalam konti..memekik ke hulu ke hilir..bahasa melayu ke laut..semenyer stok bahasa sembang??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.880373 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list