CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15935|Reply: 98

Rasukan & Histeria di sekolah

[Copy link]
Post time 20-10-2012 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Saya nak kongsi satu cerita. 18thn lepas cerita ni, ingat2 lupa. Masa di sekolah, kami kebetulan bergabung 2-3 kelas di dalam dewan yg terletak di tingkat bawah.

Ada beberapa kelas di tingkat atas dewan tersebut. Sedang pembelajaran bermula, tiba2 kami dengar kerusi meja bergerak di atas dengan kuat. Masa tu, kami fikir rakan2 kelas tersebut menyusun kerusi meja. Kami semua meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Tiba2 ada seorang rakan perempuan terhoyong hayang di luar dewan sambil memegang kepala mcm org dlm keadaan pening. Kami pelik namun tak endahkan sangat, masa tu saya duduk di tingkap.

Tiba2 ustaz memberitahu, rakan tersebut sedang dirasuk. Kami diberi segenggam lada hitam setiap seorang dan beramai2 membaca ayat qursi dengan bimbingan ustaz sebelum meniup kepada genggaman lada hitam tadi. Masa tu menggigil rasa takut.

Kebetulan rakan perempuan tadi dipapah masuk ke dalam surau bersebelahan dewan. Ada beberapa pengawas perempuan yang memapahnya. Keadaan jadi agak kelam kabut sebab semua pun busy body. Saya dengan beberapa rakan ikut ke surau nak meninjau.

Dalam pada itu, ada seorang rakan pengawas yang celupar. Boleh pulak dia tanya "setan jantan ke betina?" sambil gelak2. Sekonyong2 lepas dia tanya tu, rakan yang dirasuk terus menjeling tajam dan bangun dan meluru kepada pengawas tersebut. Ha apa lagi, kelam kabut la lari.

Yang menyeramkan, masa dia kejar tu, dia cakap "aku haus, aku nak minum darah" uhuk2 .. sampai tak cukup tanah pengawas tu lari sampai menyorok bawah meja dalam dewan.

Yang kena rasuk pulak jalan terhoyong hayang lalu sebelah dewan cari pengawas tadi. Masa itu lah ustaz rejam/baling lada hitam yang telah dibacakan ayatul qursy kepada kawan yang kena rasuk tu. Apa lagi menjerit2 la dia sambil memanggil "ayahanda bonda... selamatkan anakanda"

Punyalah seram sbb dia lalu betul2 sebelah saya kat luar dewan tu. Masa tu dia claim ada kereta kuda dan hulubalang tengah tunggu dia nak bawa balik.. lps tu dia pengsan dan dipulihkan ustaz.

Hadoi... lps tu berulang la episod tu banyak kali la jugak smpai la sesi persekolahan tamat.

Orangnya cantik dan berkulit halus mulus. Dengarnya dia berkhemah di sebuah pergunungan yang terkenal di selatan tanahair dan menyapa seseorang yg sedang membasuh kain di tepi sungai, dia sangkakan rakan seperkhemahan.. tau2... bukan..  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2012 06:32 PM | Show all posts
eiii....soramnya...best gak ne...ada lg ke tt??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2012 06:40 PM | Show all posts
hehe thanks sudi baca...

lps kejadian haritu, ustaz nasihatkan kawan tu supaya sentiasa berwudu' utk elak diganggu, tapi ye la kita manusia kan, kadang2 bila wudu' batal tak ambik semula..

kesian juga kat kawan tu, orgnya memang sangat cantik putih gebu. org ckp kalau org cantik (tak berparut/berkudis) selalu disukai..

masa dia merayu2 kat ayahanda bondanya tu... suara dia mendayu2 sangat, dia kata dia nak balik istana..

dia merayu2 sbb ustaz baling lada hitam tu kat dia, cara ustaz tu baling perlahan je... tapi dia meraung2 kepanasan...

lps tu banyak kali juga dia ckp haus nak minum darah everytime dia kena rasuk... huhu seram okay

mungkin cara saya tulis tak seram la sangat ehehehe tapi masa berlaku kisah tu, kitaorg semua rasa mcm mimpi je
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2012 12:53 AM | Show all posts
Nak di nukilkan semula ker ?   Bagi lebih umph ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2012 12:55 AM | Show all posts
Adapun histeria berlaku adalah di sebabkan oleh penghijrahan makhluk makhluk halus ini dari satu tempat ke satu tempat atau pun
Terdapat suatu jangka masa dari sumpahan atau perjanjian atau pengakuan maka makhluk ini akan melepasi tirai alam mereka ...
Selalunya di dalam bentuk koloni ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2012 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
rdzaccess posted on 21-10-2012 12:53 AM
Nak di nukilkan semula ker ?   Bagi lebih umph ...

Hehe ok saya cuba ya. Yg ni formal sangat ek? Tak reti nak tulis. Tapi saya cuba

Thanks ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-10-2012 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
rdzaccess posted on 21-10-2012 12:55 AM
Adapun histeria berlaku adalah di sebabkan oleh penghijrahan makhluk makhluk halus ini dari satu tem ...

Ish takutnya. Boleh share lagi ke? Kot2 awak ada pengalaman juga
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2012 10:09 AM | Show all posts
seramnya cerita TT, histeria ni selalunya berjangkit kan.... tapi dalam cerita TT ni, takde yang terjangkit... maknanya benda tu tersesat la.. mungkin dia sendiri pun takut dengan alam manusia...

boleh tolong jelaskan tak.. setengah kata makhluk ni makan asap, makan sisa makanan kita seperti tulang, ada pulak yang makan darah... kategori mana yang makan asap, makan tulang ngan makan darah ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2012 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
jefrilza posted on 21-10-2012 10:09 AM
seramnya cerita TT, histeria ni selalunya berjangkit kan.... tapi dalam cerita TT ni, takde yang ter ...

Alamak, tak pasti la pula. Cuma biasa dengar ustaz ckp yg ada syaitan & jin saja. Makanannya api & asap kan?

Masa kejadian tu mmg seram sbb dia kena rasuk tu katanya bukan sebab makhluk tu duduk situ tapi dia bawak balik dari perkhemahan kat gunung terkenal.

Kawan saya tu pegi basuh tangan kat sungai. Masa tu kawan2 dia yg sama2 pegi berkhemah semua dah berkumpul tapi dia ingat salah seorang tengah basuh kain.

Bila dia cerita balik tu, dia nampak sorang perempuan cantik pakai baju warna putih, rambut ikal mayang tengah basuh kain.

Dia pegi tanya apa ntah, perempuan tu tak jawab tapi bagi senyuman penuh makna. Huhuhuhu sejak dari tu la dia kena.

Lama jugak tau dia kena rasuk tu tapi sebab kitaorg jumpa seminggu 2x (sekolah agama), so tak tau la takat mana dia kena mcm tu.

Cantik sangat orangnya; putih bersih. Org ckp makhluk2 tu suka org lawa. Huhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2012 10:56 AM | Show all posts
bunga_kekwa posted on 21-10-2012 10:49 AM
Alamak, tak pasti la pula. Cuma biasa dengar ustaz ckp yg ada syaitan & jin saja. Makanannya api & ...

heee... seram... ditegurnya pulak benda tu...jahat la benda tu... nak merasuk-rasuk orang lak...
ni mesti jin yang jahat atau kafir kan.. kalau jin islam selalunya dia takkan merasuk macam tu... kalau dia berkenan, dia pinjam kita ke dunia dia je..

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 03:50 PM | Show all posts
aku ingat cerita baru, rupanya 18 tahun duluuuu... hehe


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 03:52 PM | Show all posts
alamak, baru jek ada call, sorang brother tu anak dia kene histeria kat sekolah kat kota tinggi.... kene bertugas le aku malam nih, ingat nak berjalan jalan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 04:22 PM | Show all posts
hantukiller posted on 22-10-2012 03:52 PM
alamak, baru jek ada call, sorang brother tu anak dia kene histeria kat sekolah kat kota tinggi....  ...

sifu HK...
tumpang tanya leh tak?
jenis2 jin yang macamana yang makan asap, tulang dan darah ni... leh tolong huraikan tak?
terima kasih...


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 04:36 PM | Show all posts
jefrilza posted on 22-10-2012 04:22 PM
sifu HK...
tumpang tanya leh tak?
jenis2 jin yang macamana yang makan asap, tulang dan darah ni ...

Dalam blog aku yg awal awal (2008)dah ada penjelasan ttg makanan makanan jin tu.

Jin tak de yg makan asap sebagai makanan hariannya, tulang pun tak de.


Tapi jin dari golongan hantu hantu, makanannya darah hidup, terutama darah manusia, atau haiwan haiwan untuk penyembahan spt ayam hitam, kambing hitam atau apapun binatang yg hitam.

Tapi jika asap  yg digunakan untuk penyembahan tak kira la dengan bakar kemenyan ke, perasap keris ke, api colok, stanggi dll, segala jin boleh datang untuk memakannya terserah sipemanggil tu jenis dampingannya yg jenis apa. biasanya yg datang tu sama jenis dengan jin dampingannya.

Jin tak de yg makan asap rokok... hehe

Jin yg makan tulang pun bukan tulang tulang biasa, biasanya tulang yg digunakan untuk nak pekena orang seperti tulang kokang, tulang babi yg biasanya diletakkan kat tempat musuh tak kirala tempat niaga atau brumah kediaman musuh tu...,  kalau tulang tu tulang yg tak digunakan untuk pekena, berlambak lambakpun jin jin tu buat bodoh, sebab bukan makanan utamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 05:17 PM | Show all posts
hantukiller posted on 22-10-2012 04:36 PM
Dalam blog aku yg awal awal (2008)dah ada penjelasan ttg makanan makanan jin tu.

Jin tak de yg  ...

ooo... terima kasih sifu HK...

maknanya jin hanya makan asap ngan tulang yang memang utk dipersembahkan pada diaekor je la...
darah tu.. dimakan hantu2... istilah hantu ni roh yang buat perjanjian jahat dengan syaitan kan... kalau salah tolong betulkan...

jadi betulla istilah hantu isap darah atau hantu makan darah kan...

cerita lain k.....
sebelum puasa hari tu, ayah saya ada ubatkan sepupu saya 3 orang yang terkena buatan orang.. oklah sembuh.. tapi ayah saya pesan air ngan minyak yang dia bekalkan jangan di kasi habiskan, kena rajin top up air ngan minyak tu... diorang tak buat pun...
sekarang sakit tu dah berulang... siap suruh ayah saya pergi penang lagi utk ubatkan diorang... ayah saya takmaula... dah merajuk lak diorang tu...

tapi memangla.. mental dan rohani kita memang kena kuat melawan sakit ni.. tak boleh harapkan ubat dari perawat je... kena selalu mohon pada Allah semoga diberi kesembuhan... ayah saya selalu pesan... kita kena lawan sakit kita, kalau kita ikut ke sakit kita tu, kita akan lemah... sbb tu dulu bila saya demam, ayah saya selalu suruh saya bangun, exercise sikit kasi keluar peluh... lepas tu mandi, memang rasa segar...dulu kalau demam, satu je obat paling mujarab ayah saya... air kelapa muda a.k.a ayaq nyok...

saya tak pernah lagi tengok orang histeria, menjerit bagai... tapi saya pernah berbual dengan arwah nenek saya yang dirasuk jin tanah yang menumpang dia...





Last edited by jefrilza on 22-10-2012 05:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 10:31 AM | Show all posts
hurmmm... bukan yang cantik ja depa ni minat, tak cantik pun kalo depa minat depa balun jugak. nama pun hantu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 08:43 AM | Show all posts
hantukiller posted on 22-10-2012 03:52 PM
alamak, baru jek ada call, sorang brother tu anak dia kene histeria kat sekolah kat kota tinggi....  ...

kota tinggi sekolah mane tu ?


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 10:16 AM | Show all posts
okeyyy menarik citer TT ni....  dinda nak kongsi satu citer lah kt sini leh tak, kisah kerasukan di opis dinda... hehhe menyibukkan jer kan dinda ni kt umah org....

citer mcm ni, dinda bertugas utk kawasan selatan, one day big bos suruh semua staf yg bertugas di cawangan naik ke HQ sebab big  bos nak buat kenduri doa selamat di opis HQ... makanya naiklah semua staf yg terlibat berkampung di HQ.

Dinda sampai sebelah petang, sampai2 terus masuk opis, bebudak kt HQ maklumkan magrib nanti ada solat jemaah di opis dan juga isyak.. selepas tu ada sesi berubat... aikkk pelik gak dinda saper yg nak berubat ni.... rupa2nya big bos dah panggil org yg bijak pandai utk scan semua staff dia, mintak tngok klu ada jin ker setan ker kt dlm badan kitorang...

Rupa2nya opismate ni bg tahu ada sorang staff perempuan kt sini yg selalu kena histeria time kejer... si histeria ni memang la kami semua dh kenal perangai dia, suka sangat bikin kontroversi..publisiti murahan untuk menarik perhatian kaum2 adam kt sini... tapi big bos dinda ni sangat taksub dan takjub dengan apa2 yg melibatkan dunia mistik...

okey short cut.. selepas solat isyak kami di ajak beramai2 mengikut kumpulan ustaz ni sama2 berzikir, dalam pada berzikir tu, staff yg selalu histeria ni ni tetiba lak menangis syahdu... tersedu2 bagai.... memula dinda sangka memang sahla dia ni tersampuk... pastu ustaz tu pandang2 la kt miss histeria ni..hehhehe.. leh gitewww? big bos pun pandang2 la kt miss histeria ni sambil ckp.. ha kan dah masuk dah hantu tu.... so ustaz pun kata..."semua ketepi" bihtu staf yg lain pun gelabah la bangun ketepi, tp miss histeria ni bleh bangun dan nak lari keluar opis... skali big bos kata JAGA! jagn bg dia lari... so dinda plak memang dah stad by tepi pintu bilik meeting tak bg dia lari... dinda msa dia rempuh staf2 yg lain nak lari, dinda pun sama2 la memegang tgn miss histeria ni... aisshh makin kita pegang makin galak plak dia ni meronta dan tenung2 muka dinda...masa dinda pegang tangan dia tu dinda tak rasa pun dia ni histeria.. sebab dinda pernah bantu org yg kena histeria ni... bila kita sentuh bulu roma akan ternaik... jadi bila sentuh dina tak rsa apa, dinda pun nak la tau apa motif beliau buat mcm ni...

Staff lelaki yg lain kemain la pegang miss histeria ni... miss histeria ni pakai kebaya kain belah depan lipat batik... jadi ustaz tu kata "baringkan dia" dalam meronta2 tu baju si miss histeri ni tersingkap la sampai nampak perut... tapi dia leh spontan turunkan baju beliau dan kain beliau tu siap bleh dikepit kedua2 kaki supaya tak terselak nampak apa yg tak patut.... kat situ dinda rasa dia ni menipu.. manakal ustaz2 tu sibuk la baca doa dan memegang kepala beliau...

Dinda berundur ke belakang dan cuit bahu member dinda, dinda kata amik kan pen 4 batang bleh... member dinda bwkla pen 4 batang,ini trick dinda saja nak mengenakan miss histeria tu, lepas amik pen 4 btg pastu dinda duduk la sebelah ustaz tu sambil ckp, lada hitam takder ni ustaz, sambil dinda susun 4 btg pen tu celah jari tangan kawan didna yg histeria tu, sambil meronta2 beliau tengok muka dinda, dinda senyum jer tenung mata dia, lepas susun 4btg pen tu dia kepit la jari2 tangan beliau serentak... dia leh jerit "SAKITLAH BODOH" hehheheh dinda kata.. aik... hantu manaleh rasa sakit... ini kan pen jer, bukan lada hitam... hehhe.. pastu dia terus jerit2... dinda bangun dan terus ke pantry sambil sengih2, dinda biarkanla drama rasukan itu berlarutan, mls nak amik port... member yg hulur pen td dtg ke pantry dan tegur utk apa didna buat mcm tu.. dinda kata.... sajer jer... hehehhe...

lepas dlm 20 minit lepas tu dinda masuk balik bilik meeting dan tgok member tu dah duduk sambil di tepuk2 tengah belakang dia oleh ustaz, ustaz tu tengok dinda sambil senyum... Masa nak balik tu ustaz jumpa dinda dan kata, manusia ni sanggup buat mcm2 nak menarik perhatian org lain.... alkisahnya....... jadi pembaca semua anda pandai2 la tafsirkan tentang miss histeria tu yea... hehhe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 10:32 AM | Show all posts
adindaHikaru posted on 24-10-2012 10:16 AM
okeyyy menarik citer TT ni....  dinda nak kongsi satu citer lah kt sini leh tak, kisah kerasukan di  ...

MACAM TU PON ADA? hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 11:23 AM | Show all posts
nak cerita jugak boleh?
ni pengalaman dalam 3 tahun lepas.
3 hari sebelum puasa.

saya ni kerja sendiri, jadi setiap pagi bila semua orang dah pergi kerja, saya la satu satunya orang lelaki yang agak dewasa yang tinggal kat rumah.
saya masa ni masih tinggal dengan orang tua saya kat rumah. kebetulan niat nak duduk kampung nak jaga orang tua.
jadi saya bukalah satu warung kat kampung meniaga kecil kecilan.
selalunya waktu pagi saya akan ke pasar beli barang untuk warung saya.
kebetulan pada hari kejadian itu, barang warung semua dah ada. jadi saya tak perlu ke pasar.
hari tu saya tido balik lepas subuh. hehe

sebenarnya masa tu kat kampung saya tu tengah kelam kabut dengan kes berebut tanah pusaka.
so kisahnya bermula bila satu pihak tak puas hati dengan satu pihak yang lain.
mulalah episod tuju menuju.

hari hari sebelumnya tu, memang dah ada cerita dari makcik saya,
dia kata setiap malam dengar ada benda duk berjalan kat atas bumbung rumah dia.
bunyi dinding kena cakar. bunyi ayam di kejar musang.
macam bunyi yang sebelum tu takda sekarang dah ada.
nasib baiklah takda konsert rossa ke, konsert malam pesta indonesia ke, ada jugak pekdahnya.

jadi pada hari kejadian tu, paksu saya ni dok mengemas kawasan rumah.
tengah sibuk mengemas tu dia terjumpalah satu botol kecik ada rambut bagai kat dalam tu.
dia dah tau benda tu apa sebenarnya. oleh kerana risaukan keselamatan anak anak dia yang masih kecik, dia pun ambil botol tu masukkan dalam poket dia untuk dibuang tempat lain.
nak dijadikan cerita, boleh pulak isi botol tu tertumpah dalam poket dia tu.
maka terjadilah episod mistik dalam hidup dia yang melibatkan orang lain juga.

adoih... bos masuk plak... sat lagi sambung balik...
cerita bila mata hitam dah terbalik ke atas. bila mata putih bertukar merah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.067548 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list