CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunga_kekwa

Rasukan & Histeria di sekolah

[Copy link]
Post time 24-10-2012 12:08 PM | Show all posts
adoih... bos masuk plak... sat lagi sambung balik...
cerita bila mata hitam dah terbalik ke atas. bila mata putih bertukar merah.
Ayat tuh kaki sembang kedai kopi org2 senior biasa guna... tertarik plak aku dgn citer ko smbg cepat skt wooi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 12:25 PM | Show all posts
adindaHikaru posted on 24-10-2012 10:16 AM
okeyyy menarik citer TT ni....  dinda nak kongsi satu citer lah kt sini leh tak, kisah kerasukan di  ...

ada juga manusia yang macam ni ye dinda...
saya selalu berlakon bila gaduh ngan hubby je.. buat2 merajuk... manja2 kit.... harharhar
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 12:27 PM | Show all posts
6VI6 posted on 24-10-2012 11:23 AM
nak cerita jugak boleh?
ni pengalaman dalam 3 tahun lepas.
3 hari sebelum puasa.

ala kesian nya kat paksu awak...

sambungla cepat....

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:05 PM | Show all posts
HUHU mintak maaflah. urusan kerja.
tengah sibuk kejar date line.

ni bukan cerita rekaan semata mata untuk kejar 'glamer'.
ni betul betul, bukan lagi chobaan.

ok... ini sambungan dia.

oleh kerana isi botol tu tertumpah kat dalam poket dia, maka dia pun gi kat paip dan cuci.
siap cuci dengan sabun lagi. padahal dia kata benda yang tumpah tu sikit je.
masa mula mula benda tu nak jadi, kesan sampingan dia tu, dia kata dia rasa pening. rasa sesak nafas.

jadi masa dia duk tengah pening pening tu, dia duk mengadu sakit dada, duk memanggil manggil nama nenek saya.
so mak sedara saya, yakni kakak kepada paksu saya ni dah kelam kabut tengok adik dia macam tu.
apa lagi, berlari dia datang ke rumah saya untuk mengadu kat mak saya.
dan mangsanya untuk tindakkan susulan ialah saya.
hadoih, kelam kabut lagi sekali mak saya kejutkan saya dari tidur.
saya terkejut bila mak saya kejutkan tu.
tapi bila dah bangun tu, benda pertama yang saya buat ialah pergi mandi.
hahaha

apa lagi, bisinglah mak saya.
kata tak reti reti orang tengah kecemasan. dia boleh main main pulak.
tapi bagi saya, dari saya pergi sana dalam keadaan mamai macam tu, baik saya pergi dalam keadaan jaga.
kang tak pasal pasal dah jadi 2 orang nak kena rescue.

habis je saya bersiap, terus saya berlari ke rumah nenek saya.
sampai ja sana tengok keadaan dah kelam kabut.
sampaikan anjang saya yang berkerja pun balik.
masa tu anjang tengah pangku paksu saya sambil jerang air kat kepala.
mata dia dah mula terbelalak, tinggal mata putih yang tak berapa putih dah.
anjang suruh saya balik ambik kereta, sebab ayat ayat yang kami baca dah tak bagi kesan katanya.

sekali lagi saya berlari ke rumah untuk ambilkan kereta KE20 saya.
masa tu seingat saya, cara saya memandu dah macam saya sendiri dikejar hantu, menggelabah tak tentu pasal.
mana taknya, inilah pengalaman pertama saya berdepan sendiri dengan kerasukkan.
sampai je kat rumah nenek saya, anjang mengarahkan saya untuk mengangkat paksu saya untuk dibawa masuk ke dalam kereta.
kereta KE20 saya ni merupakan kereta toyota lama. pintunya cuma 2 sahaja.
jadi nak masukkan paksu saya dalam kereta pun dah satu hal.
dia punya berat masa tu memang ya ampun. semput wooo.

tapi nak tak nak kena la angkut juga. nak bawak pergi berubat.

jadi yang pergi mengiringi hanya makcik saya seorang sahaja.
dengan jalan yang becak, kereta tarik belakang, memang sah sah macam kereta drift. nasib baik tak eksiden.

sampai ja kat rumah atok yang nak perubatkan paksu saya ni, sekali lagi dugaan nak mengangkat dia naik atas rumah.
nak putus urat kentot.
sampai ja kat atas umah tu, atok suruh kami duduk kat ruangan khas untuk berubat.
dia mintak saya pegang paksu saya.
kiranya paksu saya duduk berlunjur kat depan saya.
masa tengah berubat tu, tiba tiba, paksu saya ni terjaga, macam kena renjatan.
mata merah menyala. kederat dia masa tu, memang Allah hu akhbar sangat kuat.

makcik saya terus melompat duduk atas kaki dia sebelum sempat dia bangun.
yang saya kat belakang ni duk tahan tangan dia dari belakang, pegang pegang tak jalan, nak terlucut jugak.
saya pun terus tarik tangan dia dari belakang, terus grip macam orang main wrestling, tapi daya dia menarik tu memang sangat kuat.
makcik saya yang duk atas kaki dia kat depan tu pun terangkat dua tiga kali jugak.
mujurlah masa tu, kebetulan anak cucu atok ada, diorang nilah yang datang tolong pegang sama.
dia marah sebab atok nak halau dia keluar dari badan paksu masa tu.

lama jugak proses nak kasi keluar ni, lepas dua tiga kali sapu air kat muka, bagi minum air,
akhirnya, paksu saya longlai, dah keluar pun benda tu.
saya yang tukang pegang kat belakang pun semput. segala urat sendi macam nak tercabut.
memang tu pengalaman paling caca merba pernah jadi.

paksu cam nyenyak tidur masa tu, lepas dia bangun kami bawak dia balik.
serius penat gila. sampai ja umah, sesambil isap rokok kami duk bergosip.
paksu datang join , cerita pengalaman dia.
tak lama lepas tu, nenek saya menjerit panggil kami.
rupanya anak paksu yang kedua pulak kena.
hadoihhh...
nanti sambung lagi ya. nak keluar makan pulak. Last edited by 6VI6 on 24-10-2012 03:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 09:32 PM | Show all posts
kat asrama sy dulu pun pernah jadi histeria ni..

masa tu time nak dinner.. of coz la kan.. ramai student kat dewan makan,

tgh syok makan.. kat luar asrama aspuri.. ada budak junior.. tgh histeria..

kelam kabut la.. kita org.. ngan terjerit2 nya budak tu

warden pun dtg... pastu panggil pengetua

budak tu kita org dh heret masuk dewan makan..

dtg je pengetua.. dia terus sergah

" BOGEL KAN DIA!! "

eh... ajaib... pas ckp gitu.. terus budak tu elok.. dr histeria

pengetua pun bising... saja je ek.. nak cari perhatian... kurang kasih syg kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 09:33 PM | Show all posts
6VI6 posted on 24-10-2012 03:05 PM
HUHU mintak maaflah. urusan kerja.
tengah sibuk kejar date line.

sambung k...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2012 11:29 PM | Show all posts

Bila malam je TERmasuk kat sini, dah baca takut sendiri...uwrghhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:15 AM | Show all posts
eh..blum ada lg smbungannya yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 09:50 AM | Show all posts
6VI6 posted on 24-10-2012 03:05 PM
HUHU mintak maaflah. urusan kerja.
tengah sibuk kejar date line.

Aik mana sambungan nih xdor lagi ker...  hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 10:22 AM | Show all posts
halaa...mana sambungan nyer.... sedang bersemangat ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:10 PM | Show all posts
bos blom sampai. jadi mari mengulor. hehe

ayuh kita sambung lagi.
cerita selepas balik dari berubat paksu, time tengah melepak, nenekku menjerit.

ku sangka panas hingga ke petang, rupanya bersalji ditengahari.
adoiyai, penat badan masih belum hilang sebab grip paksu tadi. sekali lepas balik tu anak dia pulak yang kena.
masa duk sembang sembang tu saya tengok je budak tu duk main tepi tangga dengan adik dia.
tiba tiba ja dia berlari nak tangga untuk ke ruang tamu. mungkin dia dah rasa tak sedap hati.
belum sempat sampai ke ruang tamu dah tumbang.
kesian budak ni, umur baru 7 tahun. dah macam macam benda dia mengadap sebelum ni pun.
memang ni bukan kali pertama dia kena serangan.

masa pertama kali budak ni yang kami panggil ngah ni kena ialah masa dia umur 3 tahun. malam sambutan merdeka.
time kereta tengah bersusun atas jalan sebab ada sambutan merdeka dan pertunjukkan bunga api. ( yang ni lain hari kita cerita, hari ni kasi habis bab ni dulu)

berkejar kami ke tempat dia tumbang tu. nasib baik sempat sambut, kalau tak harus benjol kepala dek ketinggian tangga tu.
muka ngah dah mula biru masa tu, bukan dia ja, saya pun sekali.
mana taknya, terkejut kot. 2 serangan dalam sehari.
yang ni memang kami bergerak dengan pantas.
pakai motor je time ni. budak kecik boleh pangku je.
dan sekali lagi, sayalah ridernya.

segala kudrat, kemahiran merempit zaman dulu kala keluar. hahaha
paksu naik motor lagi satu. ikut kami dari belakang.
saya satu motor lain dengan makcik saya.

sampai je rumah atok yang berubat tu, dia dah tunggu depan tangga ( macam tahu tahu ja)
sampai ja depan rumah atok, dia sambut dengan senyuman sambil kata " macam menghambat ayam dilesung padi"
makcik saya yang memangku ngah dah kejang tangannya walaupun berat sebenar ngah cumalah 25kg.

jadi servis bertukar tangan dengan makcik saya, saya pula yang mengangkat ngah.
sampai je kat ruang berubat, seperti sebelumnya, saya nak kena jadi orang yang memegang ngah untuk berubat.
masa ikhtiar untuk buang benda dalam badan dia tu, saya lihat mata ngah ni terbeliak.
tinggal mata putih ja.
pastu bunyi dia bernafas macam kerbau kena sembelih.
puas sapu air kat muka, sapu air kat kepala. tak bangun bangun jugak budak ni.
masa pegang ngah ni, saya ribakan dia, masa tengah berubat tu, saya macam mendapat vision,
keadaan benda dalam badan dia. saya nampak sami.
lepas berhempas pulas atok berzikir, baca tu baca ni.
akhirnya, si ngah ni tiba tiba menangis.

maksudnya dia dah sedarlah tu, saya yang meriba dia ni dah basah lenjun. dengan air peluh, dan air penawar nak sedarkan dia.
lembik si ngah ni. kami bagi je dia tidur. sebaik saja dia bangun, selepas hampir 30 minit tidur, atok bagi dia minum air penawar.
kemudian atok suapkan sedikit garam dalam mulut dia. tapi si budak ngah ni, boleh pulak bangun, amik sendiri baki garam dalam piring tu letak lagi dalam mulut dia.
saya dengan makcik hairan. mana taknya, budak ngah tu makan garam.
lepas dari tu, dia semakin ok. kami pun bawak dia balik ke rumah.

sampai je kat rumah, si ngah ni tanpa mandi dan makan, terus tidur. lena sekali.
pagi keesokkan harinya baru dia bangun. lebih 12 jam kot tidur. mungkin penat benar dia melawan setan yang merasuki dirinya.

so, macam tu lah ceritanya. pendek kata, kalau nak seronok seronok terlibat dengan hantu ni memang awal awal lagi saya serender. penat woo. Last edited by 6VI6 on 25-10-2012 12:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:10 PM | Show all posts
adindaHikaru posted on 24-10-2012 10:16 AM
okeyyy menarik citer TT ni....  dinda nak kongsi satu citer lah kt sini leh tak, kisah kerasukan di  ...

ada gak org blakon kna histeria eh....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:17 PM | Show all posts
ayudress posted on 24-10-2012 09:32 PM
kat asrama sy dulu pun pernah jadi histeria ni..

masa tu time nak dinner.. of coz la kan.. ramai  ...

hahahahah......lawak2....mmg ada la org yg pura2 histeria ni eh.....adoii...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:18 PM | Show all posts
6VI6 posted on 25-10-2012 12:10 PM
bos blom sampai. jadi mari mengulor. hehe

ayuh kita sambung lagi.

nak lagi..nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:19 PM | Show all posts
ga-in posted on 25-10-2012 12:17 PM
hahahahah......lawak2....mmg ada la org yg pura2 histeria ni eh.....adoii...

iyer ga-in..pendek kata org mcm ni ketandusan kasih sayang gaknyer... hehhehe.. tp ni dah termasuk bab publisiti murahan..hehhe.. cian beliau...

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 01:56 PM | Show all posts
ustaz tu mmg ada stok lada hitam ke ye?? byk pulak tu boleh bg segenggam sorang??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2012 09:22 AM | Show all posts
ga-in posted on 25-10-2012 12:17 PM
hahahahah......lawak2....mmg ada la org yg pura2 histeria ni eh.....adoii...

selamba badak je suruh bogelkan..heheh9...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 10:16 AM | Show all posts
@6VI6   smbung la lg yg mlm merdeka nye cite tu????huuu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 12:52 PM | Show all posts
samshuri posted on 31-10-2012 09:22 AM
selamba badak je suruh bogelkan..heheh9...{: ...

ehehehe....tu la.....tp buatnya klu org tu bebetol histeria camno tu? eheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 02:36 PM | Show all posts
vamplave posted on 31-10-2012 10:16 AM
@6VI6   smbung la lg yg mlm merdeka nye cite tu????huuu

erkkk??? serius nak kena sambung ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.074105 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list