CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7191|Reply: 27

[Tempatan] Edisi Projek Kantoi: Krisis air Selangor soal hidup, mati projek PRU

[Copy link]
Post time 22-10-2012 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Krisis air di Selangor soal hidup dan mati rakyat - TPM

HULU LANGAT 22 Okt. - Krisis bekalan air yang dijangka melanda Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya mulai 2014 adalah soal hidup dan mati rakyat, bukannya modal politik yang patut dijadikan subjek konflik kerana air terawat merupakan keperluan asas.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkata, keperluan sekarang ialah menyiapkan segera Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan bukannya mencadangkan penggunaan teknologi mambran.
Kata beliau, cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar diperkenalkan teknologi mambran bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah krisis air tetapi juga tidak praktikal kerana kosnya jauh lebih mahal berbanding Projek Loji Rawatan Air Langat 2.
"Ini soal hidup dan mati, soal keperluan asas manusia di Selangor yang tidak boleh dipolitikkan. Semua kebimbangan kita ini berdasarkan fakta hasil kajian pakar. Saya tidak faham apa perlunya teknologi mambran ini... ia bukan penyelesaian," katanya. - UTUSAN




Last edited by R2D2 on 23-10-2012 11:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2012 04:37 PM | Show all posts
Cadangan Menggunakan Teknologi Membran Atasi Krisis Air, Tidak Praktikal – Muhyiddin
Oleh JOSEPH KAOS JR

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) berkata sesuatu semasa membuat tinjauan Operasi Empangan Sungai Selangor di sini, Isnin. Turut kelihatan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon (dua, kiri). --fotoBERNAMA

HULU LANGAT: Timbalan Perdana Menteri yang merujuk perkara itu kepada pakar-pakar air Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata penggunaan teknologi tersebut yang dijangka menjangkau lebih RM3bilion di 34 loji di Selangor itu tidak dapat menjamin kualiti air.
Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan negeri Selangor memberi kelulusan untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk menampung keperluan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan yang dijangka meningkat sebanyak 3.5 peratus hingga 4.0 peratus setiap tahun.
"Saya tidak faham kenapa perlu menggunakan teknologi itu untuk menyelesaikan masalah air. Kalau kerajaan negeri yang bijaksana, mereka harus melihat penggunaan teknologi itu bukan jalan penyelesaiannya. Kalau kaji dari segi daya maju, ia tidak berdaya maju kerana daripada segi kosnya menurut pakar, ia adalah lebih tinggi.
"Saya hairan dan takjub kerajaan negeri mahu membincangkan (dengan saya)kerana ia bukan penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor di sini, Isnin.
Permandangan Tapak Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang sedang giat dijalankan di Hulu Langat

Muhyiddin berkata bekalan air yang disalurkan melalui 34 loji air di Selangor boleh lagi menampung keperluan industri dan penggunaan domestik namun Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menghadapi krisis air menjelang tahun 2015.
Beliau dimaklumkan bahawa beberapa pemaju perumahan tidak memperoleh sijil layak menduduki (CF) kerana pembekal utiliti tidak bersedia membekalkan air kerana ketiadaan sumber air baru.
"Ini kenyataan dan fakta, sesuatu yang serius. Menteri Besar harus menyelesaikannya secepat mungkin," katanya.
Muhyiddin menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak pernah mempolitikkan isu air seperti yang didakwa Khalid kerana ia membabitkan soal keperluan asas manusia.
"Ini soal hidup mati dan soal keperluan asas manusia. Ia tidak harus dipolitikkan. Saya menjelaskan berdasarkan fakta daripada pakar-pakar jurutera air dan ia bukan daripada saya, bahawa situasi adalah kritikal dan ia perlu diselesaikan
"Kerajaan negeri Selangor tidak boleh melengah-lengahkan dan mesti memberi kebenaran agar tiga majlis perbandaran boleh mengeluarkan perintah pembangunan bagi pembinaan Langat 2 demi kepentingan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata Peguam Negera yang diminta untuk menentukan jika ada mana-mana peruntukan dalam Kanun Tanah Negara atau Akta Pengambilan Balik Tanah yang membenarkan kerajaan pusat meneruskan pembinaan Langat 2 demi kepentingan rakyat, masih belum memberi maklum balas kepada beliau. "Walau apapun, saya keluarkan arahan dan kabinet telah setuju tawaran untuk projek ini dikeluarkan kerana kerajaan pusat serius untuk mengatasi krisis air.
Kalau ia tidak diatasi sekarang, satu krisis air serius akan berlaku," katanya.
Muhyiddin berkata 20 syarikat yang berminat telah mengambil borang tawaran tawaran tender bagi membina Langat 2 yang dikeluarkan dan proses pemberian tawaran dijangka diketahui selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.
"Kalau projek pembinaan Langat 2 dapat bermula pada tahun depan, ia dijangka akan siap pada 2016 atau 2017 untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat," katanya sambil menambah bahawa projek tersebut dilaporkan sudah lewat kira-kira dua tahun.


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 04:41 PM | Show all posts
naper..?? selangor dah takder air ke yg kritikal kehulu, risau kehilir neh...???

pegi laa selesaikan air kat pahang ngan johor negeri ko tuh dulu.. sian penduduk negeri2 UMNO tegar sujud sampai mampus tuh.... nak mandi pun tarak air.. sibuk ke air selangor plak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 04:44 PM | Show all posts
aloo TPM UMNO yg bodo lagik tolol khas menjadi pemimpin pada rakyat yg bengong..... nak tanya skit...

air soal hidup dan mati yer... abis rakyat pahang nih lantak laa nak mati pun sebab takder air kat negeri mereka kerana mereka nih pencacai2 UMNO tegar dunia akhirat kan... jadi tak perlu selesaikan laa....














naper laa UMNO saban hari semakin bodo.. semakin parah sangat dah.....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 04:48 PM | Show all posts
slippergombak posted on 22-10-2012 04:41 PM
naper..?? selangor dah takder air ke yg kritikal kehulu, risau kehilir neh...???

pegi laa selesai ...

nak tawan selangor. so kena create projek billion utk support PRU tawan selangor
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 05:25 PM | Show all posts
yg ko sebok nak masuk campo hal Selangor pehal..lantak laa MB mau rejek projek ni..ko igt dia tolol cam ko ke takat wat bisnes jual pasir ke singapore

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2012 05:42 PM | Show all posts
kecimpret posted on 22-10-2012 05:25 PM
yg ko sebok nak masuk campo hal Selangor pehal..lantak laa MB mau rejek projek ni..ko igt dia tolol  ...

Hehe. I like.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 06:10 PM | Show all posts
selangor byk air banjir nak bagi free kt pahang... jgn malu2 amik je la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2012 06:19 PM | Show all posts
huhu....dia pedulik hapa.. yg penting masuk brita TV 3 suku ngan utusan....heheheh.... forum2 ni org x baca.....heheheh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 06:20 PM | Show all posts
R2D2 posted on 22-10-2012 04:48 PM
nak tawan selangor. so kena create projek billion utk support PRU tawan selangor

kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia yg tolol dan otak kureng cerdik nih masalah air nih bukan bertujuan politik...

yer laa.. bukan beertujuan politik, tapi bertujuan poket sendiri dan pelahap duit sebab tuh beriya kehulu kehilir air selangor sedang air kat pahang ngan utara johor tuh kritikal gak takder air memanjang... naper tanak tolong.... sebab rakyat sana anggap UMNO macam tohan kaa..???

kat johor dia pi jual pasir, air kat cina singapork ngan harga murah... dah masuk federal nak jual air kat selangor lak....kasi mati loo....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 06:23 PM | Show all posts
jasa2 terbesar Timbalan perdana menteri malaysia ketika menjawat jawatan menteri besar johor.......


korek pasir besar-besaran di teluk ramunia johor jual kat singapork bagi tambak tanah mereka bagi lagi besar dan luas.. tahniah malaysia.... rompak terus merompak..



Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 07:02 PM | Show all posts
Wow memang sedaya upaya mereka ni nak projek langat 2 ni berjalan seperti yg dirancang... Semoga  mb tegas dgn keputusan beliau..jgn tunduk atas desakan desakan puak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 08:37 PM | Show all posts
Rasanya orang yg buat trowong tu yang mati kot. Takut2 projek jadi gajah putih sebab selangor tak beli air.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 08:54 PM | Show all posts

ready la rakyat selangor angkot air guna baldi kat lori syabas,..air sungai ada,air lombong ada,betul air mmg banyak,tapi air terawat takde.tu kene buat loji tu.bende kecik cm ni pun x leh pikir ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 09:16 PM | Show all posts
Kesian!!!!  Soal hidop mati kontraktor kroni....
Rakyat pahang mati, peduli apa...bukan kerajaan pahang ada duit pun nak bayar  kalau buat projek air...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 09:35 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2012 11:46 PM | Show all posts
freebird posted on 22-10-2012 09:16 PM
Kesian!!!!  Soal hidop mati kontraktor kroni....
Rakyat pahang mati, peduli apa...bukan kerajaa ...

tgk la laporan Audit. Pahang ni byk lama hutang tertunggak tarak mau bayar
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 12:51 AM | Show all posts
kentutmanis posted on 22-10-2012 09:35 PM

ni dkat mana ni....napa sampai kering camtu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 12:55 AM | Show all posts
bengong.... arituh cakap selangor tak der air... sebab tuh nak air pahang ikut projek langat 2...

dan kantoi, konar plak air banyak, tapi takder air terawat....

dan cakap... kalau air banyak, pusat rawatan air tak cukup.. bina loji rawatan air jerk.. apsal nak amik gak air pahang...

dah kantoi lagik dable bodoh... terpaksa la guna cakap hidup mati rakyat slangor sebab air....

alahai....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 08:33 AM | Show all posts
slippergombak posted on 22-10-2012 04:44 PM
aloo TPM UMNO yg bodo lagik tolol khas menjadi pemimpin pada rakyat yg bengong..... nak tanya skit.. ...

like sangat ....org pahang mmg x ckop air sebok nak jual2 air....tuiiii
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.081531 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list