CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3833|Reply: 35

Anwar tahu, Najib tahu, Madey lebih2 tahu" yang berfikir tbuka shja

[Copy link]
Post time 24-10-2012 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Apa yang Anwar tahu, Najib tahu, Mat Sabu n Mahfuz tak cukup cerdik untuk tahu, Madey lebih2 tahu"
by TheYellowBoutique on Wednesday, 24 October 2012 at 03:23 ·



Dalam strategi asas perang, kita telah belajar dari sejarah, buku2, atau filem bahawa faktor kejayaan taktik perang ialah menguasai bekalan. Punca bekalan asas kehidupan seperti air, makanan, jalan perhubungan, komunikasi, dan senjata ialah antara asas bekalan yg amat penting dan dikawal pada tahap tertinggi oleh pihak2 libat perang. Apabila pihak libat perang berada dlm situasi tekanan dan pengunduran atau retreat, kita mengetahui taktik penguasaan bekalan ini juga akan berubah kepada taktik pemusnahan/memutus bekalan. Contoh, tentera2 Jepun semasa penaklukan Malaya membakar kawasan sawah padi, meracun sumber air, meletupkan jambatan dan berbagai lagi apabila mereka tahu mereka diambang kekalahan..

Baik, apa yg ingin saya sampaikan kepada pembaca ialah mengaplikasi strategi asas perang ini kepada struktur semasa negara dalam kaedah politik dan ekonomi. Kerana saya seorang penulis yg malas jadi sy akan meringkaskan penulisan ini dan akan meninggalkan banyak fakta kajian. Jadi, pembaca digalakkan mengkaji sendiri. Apakah yg dimaksudkan Anwar tahu, Najib tahu, dan Madey super2 tahu?..

Jawapannya mudah, mereka ialah pihak libat perang dgn misi dan ambisi masing2. Misi dan ambisi Anwar ialah mengambil alih kerajaan, Najib ialah mempertahan kerajaan, dan Madey menguasai bekalan. Mudah. Attack, defend, control. Skrg, cuba kita lihat kronologi ringkas politik dan ekonomi negara saat Najib menguasai pentadbiran.

1. Belanjawan defisit sejak 1996-2009 (era madey,pak lah).2009-2012(era najib).
2. Madey meninggalkan beban hutang hampir RM450billion. Pak Lah telah berjaya mengurangkannya kepada hampir RM200Billion. Beliau menjadi PM yg paling besar mandat dlm sejarah thn 2004 dan menjadi PM paling gagal dalam sejarah 2008. Najib meningkatkannya kepada lebih 500billion. 100% increase dr lgkah berjimat cermat Pak Lah hanya dalam tempoh 4tahun...
3.Tsunami Politik 2008 dan Hampir 12 PRK tidak termasuk beberapa kerusi yg baru dikosongkan rekod winning strike kpd Pakatan Rakyat dan BN cuma menang beberapa DUN dan mungkin 1parlimen sahaja..
4.. BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Ialah signal jelas Pakatan Rakyat d kedudukan terbaik mengambil alih kerajaan.
5.. FELDA Listing, PROTON takeover, TNB, PLUS, TM AXIATA, POS MALAYSIA, KTM (IN PROGRESS) dan byk lg saham nilai tinggi KHAZANAH Nasional dicairkan...
6.. PETRON mengambil alih ExxonMobil.
7.. Kuok Family melepaskan kepentingan Tradewinds.
8..Ananda krishnan melupuskan Tanjung Power.
9.. Syed Mokhtar beli semua.
10.. Belanjawan Pilihanraya Najib 2012 menyaksikan hutang negara mencecah 55% KDNK tahap paling kritikal dlm struktur ekonomi dan menghampiri bangkrup spt negara2 eropah., ...

Ok cukup, apakah yg dapat kita fahami dr kronologi mudah ini.. Saya summarykan.. Pak lah telah menjalankan usaha pemulihan ekonomi dan hutang negara ke tahap terbaik dicatatkan dalam tempoh kurang 8tahun. Unjuran positif belanjawan pasti dapat dilakukan sekiranya tidak berlaku Tsunami Politik menjelang tahun 2010. Adakah pak lah dijatuhkan oleh rakyat??

Tidak.. Tetapi oleh Madey.. Pak Lah tidak tewas pilihanraya dan Najib mentadbir dgn mandat Pak Lah.. Kenapa Madey seorg boleh menjatuhkan pak lah?? Jawapannya ialah penguasaan sumber bekalan seperti dibincangkan pada awal td..

Contoh mudah, Astro, maxis, airasia berhad diprivatise pd era paklah kemudian dilisting kembali pd era najib..

Adakah Najib tidak mampu menguruskan ekonomi dgn baik seperti ditibai pemimpin pembangkang dan mengapa Najib tidak meneruskan policy jimat cermat pak lah?? Jawapannya ialah memulihkan kepercayaan pengundi. Bagaimanapun, ini hanya peringkat awal dimana najib mengekang kenaikan harga minyak, tol, dan barangan makanan..

Tetapi, apabila trend populariti PR dan Anwar semakin meningkat diukur dr prestasi PRK dan PRU Sarawak, Najib TAHU... Dia dalam keadaan tertekan dan tewas utk mempertahankan kekuasaan. Buktinya, pembubaran parlimen yg ditangguh hingga ke saat ini.. Menyedari situasi ini, apakah tindakan Najib?? Yes,, Misi Permusnahan Sumber/Bekalan dijalankan.. Apakah tujuan misi ini dilaksanakan?? Tujuannya ialah memberi peringatan kepada lawan bahawa ''kalah jadi arang, menang jadi abu'' iaitu jika tewas, Najib mengisyaratkan bahawa pihak yg menang tidak akan dapat apa2 melainkan 'laci kosong', beban hutang, dan penguasaan sumber/bekalan berterusan oleh seteru utama (Madey)..

Bukti pelaksanaan taktik ini dapat kita lihat pada 2008 ketika negeri2 BN diambil alih.. Bagaimana kekecohan berlaku dalam pejabat SUK dan projek2 ghaib diluluskan serta merta serta FRU mengawal ketat..'Dawn Raid'.

Of course, Anwar sudah lama TAHU.. Sebab itu, agak lama Anwar berurusan di luar negeri sebelum kembali meneruskan kempen bergeraknya.. Juga, kita dapat melihat perubahan idealisme 'marhaenisme' Anwar dlm politik berubah kepada lebih sekular dan capitalist..

Mengapa?? Anwar TAHU dia akan menang, sebab itu dia berani mengumumkan persaraan sekiranya tewas kali ini.. Oleh kerana menyedari Najib sudah melaksanakan taktik 'SOURCES AND SUPPLIES DESTRUCTION', Anwar perlu mencari jalan,sokongan dan bantuan untuk memperoleh kepercayaan rakyat dan membuktikan beliau ialah 'superhero' Malaysia..

Yang lebih utama lagi ialah untuk terus mengapungkan ekonomi Malaysia bagi memastikan survival rakyat dapat diteruskan. Jika Anwar gagal, Malaysia akan menjadi sebuah lg negara 'regime change' atau bangkrup yg kacau bilau kerana tekanan ekonomi dan pengangguran spt di Libya, Mesir, Greece, Tunisia, dll.. Oleh sebab itu, tempoh2 kebelakangan ini kita dapat melihat aktiviti luar negara Anwar tertumpu kepada perjumpaan dan persidangan dengan kaum pemodal-pemodal terutama dr Amerika dan Arab.. Anwar TAHU untuk mengimbangi atau mengekang Sources n Supplies Controller iaitu MADEY dia perlukan kaum2 pemodal besar kerana tidak ada pemodal2 domestik atau serantau dapat menyaingi MADEY dr saiz modal dan penguasaan..

Jadi, pada gua biarpun Anwar berjaya mendapat sokongan pemodal-pemodal dunia ini(of course la Anwar berjaya, sebab tue daim dan sanusi mula attack banker2 yg menyokong Anwar) ianya tidak ubah dari meletakkan nasib negara kepada segolongan 'ah long' yg hanya memikirkan profit n loss tanpa memikirkan kesan moral dan pembinaan insan dalam mana2 sistem kenegaraan.. Every investment must deliver 'profit on return'.. Inilah kehebatan Madey seorang yg SUPER2 TAHU.. Dia TAHU akan berlaku tsunami politik lalu dia berhenti awal.. Dia TAHU Anwar akan kembali ke arena politik dan popular, dia pun mula menjatuhkan Pak Lah hingga ke tahap membatalkan no ahli 001 UMNO.. Dia TAHU kegoyahan kerajaan BN lalu dia pun mengarahkan jentera2 proksi, anak2, dan kroni untuk mula mengambil alih sumber dan bekalan keperluan rakyat malaysia.. Dan MADEY TAHU ANWAR MENANG DIA DALAM BAHAYA.. Jadi, dia sedang bersiap sedia..

Mudah, spt dilaung2kan pemimpin pembangkang spt Mahfuz dan Mat Sabu, Madey akan dibawa kemuka pengadilan.. Dapatkah Anwar memenjarakan Madey dan pada masa sama ekonomi negara hancur dan hampir sejuta rakyat menganggur kerana jentera2 sumber bekalan milik Madey melakukan 'counter attack'...

So., gua malas lg nk menulis dan gua hanya ingin memberi perspektif sudut berbeza yg dapat gua fikirkan terhadap impak dan keterujaan rakyat untuk mengubah kerajaan skrg ini tanpa sebarang pengetahuan rasional dalam aspek politik dan sosio ekonomi. Dalam pemerhatian gua, begitu ramai sekali peminat politik dan rakyat mlaysia yg bodoh dan dungu dalam penilaian politik akibat drpd pemimpin2 yg lebih byk bodoh dan dungunya..

Bagaimanapun, hasil drpd kepandaian mencari ruang politik dan mendapat sokongan pengkagum2 setia dan semberono golongan ini diangkat menjadi pemimpin dan rakyat mempertaruhkan masa depan kepada pemimpin2 bodoh dan dungu ini.. Terus..dan terus.. Rakyat menjadi kerbau bajak..

Dibodoh dan didungukan oleh sesama manusia yg memiliki kelebihan menguasai pemikiran org lain hanya dgn pidato dan gagasan kosong... Melihatkan pemikiran yg naif rakyat malaysia ini gua harap tulisan pemalas dan boring gua nie sedikit sebanyak dapat mencelikkan org lain terhadap situasi negara dan dapat org2 yg celik menambah dan memperbaiki lg apa yg gua ingin sampaikan agar dapat pula mencerdikkan dan membuka mata ramai lagi rakan2 dan sahabat yg lain dr terus menjadi 'keldai tunggangan' elitis politik tanahair yg langsung tidak mahu mengubah cara penguasaan akal fikiran sesama manusia ini kepada sesuatu yg lebih baik..

spt kata pujangga, ''di dalam sebuah negara yg rakyatnya buta, si mata satu menjadi raja''...

ASK..Oct 2012..


Last edited by zacko_inc on 24-10-2012 04:21 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 04:15 PM | Show all posts
kecik sgt tulisaaannnn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 04:21 PM | Show all posts
ok sudah update
ni share article saja
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 04:58 PM | Show all posts
good one.. worth reading!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:04 PM | Show all posts
nice one ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:06 PM | Show all posts
Sekira PR menang dan PR gagal buat pembaharuan dan pembangunan semula ekonomi, Anwar akan beri alasan - semua wang negara sudah habis, jadi pembaharuan dan pembangunan semula ekonomi tidak dpt dijlnkan. This country will be in crisis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2012 05:11 PM | Show all posts
tunggu pakar2 CI komen...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:13 PM | Show all posts
so kena c4 anwar ka nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 05:13 PM | Show all posts
so nnti pru nak undi sapa plak? pening nie..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:16 PM | Show all posts
sebelum komen..nak tanya dulu..ni fakta ke auta??
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:19 PM | Show all posts
SiNoob posted on 24-10-2012 05:16 PM
sebelum komen..nak tanya dulu..ni fakta ke auta??

aku tolong jawabkan........ini auta

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:25 PM | Show all posts
timer kasih sbb share artikel nie dan siyesly ana jadi takut mengenangkan nasib anak2 di masa akan dtg
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:26 PM | Show all posts
Ni semua andaian. Ade seribu lagi andaian orang boleh buat. Well, the more the merrier
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:27 PM | Show all posts
PR menang kita akan dok atas pokok..tgk japun,korea, amareka, britain, kurajaan bertukar berpuluh kali rakyat2 mereka kebulur rumah atas pokok smua






Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:32 PM | Show all posts
madey + paklah + najib & nuar dah xleh pakai

undilah brahim ali
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:34 PM | Show all posts
Wow... Mahadet SUPER-TAHU of the decade!

Inilah kehebatan Madey seorang yg SUPER2 TAHU.. Dia TAHU akan berlaku tsunami politik lalu dia berhenti awal.. Dia TAHU Anwar akan kembali ke arena politik dan popular, dia pun mula menjatuhkan Pak Lah hingga ke tahap membatalkan no ahli 001 UMNO.. Dia TAHU kegoyahan kerajaan BN lalu dia pun mengarahkan jentera2 proksi, anak2, dan kroni untuk mula mengambil alih sumber dan bekalan keperluan rakyat malaysia.. Dan MADEY TAHU ANWAR MENANG DIA DALAM BAHAYA.. Jadi, dia sedang bersiap sedia..


Nak tanya boleh? Bila PRU13 ye wahai si SUPER-TAHU?!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 05:36 PM | Show all posts
kalu baca sepintas lalu, penulis ckp ketua dia che det.... so kalu nak solve masalah2 yg dicerita panjang2, settlekan dgn che det lah......

hebat gak penangan PM pencen yg dah nyanyuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:39 PM | Show all posts
Bell posted on 24-10-2012 05:06 PM
Sekira PR menang dan PR gagal buat pembaharuan dan pembangunan semula ekonomi, Anwar akan beri alasa ...

Btul tu aku stuju  sesangat hanya Be End je tahu memerintah negara, cube tengok Selangor, Penang, Kedah & Kelantan sume dh bangkrap dek kerenah Anwart
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:45 PM | Show all posts
TanSriJess posted on 24-10-2012 05:32 PM
madey + paklah + najib & nuar dah xleh pakai

undilah brahim ali

aiyaaa.....




Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:49 PM | Show all posts
Maksudnya ... kita kena terus redho dirompak oleh BN ...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 1.787263 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list