CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 24537|Reply: 40

tentera dajjal yahudi isfahan telah wujud

[Copy link]
Post time 30-10-2012 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Berita tentang perbicaraan kes Moshe Katsav,merupakan bekas presiden Israel (2000 - 2007) menarik perhatian saya,tapi bukan kerana kes yang dibicarakan. Tahukah kita bahawa beliaudilahirkan dalam wilayah Isfahan Iran? Jumlah penduduk Yahudi di Iransebelum terjadinya Revolusi Islam adalah seramai 150,000 pada tahun1948 dan sebaik sahaja revolusi yang tinggal hanyalah 80,000 orang,iaitu sermai 70,000 orang telah keluar berhijrah ke Israel! Yangtinggal sekarang ini hanyalah sekitar 25,000 orang sahaja Yahudi diIran, sebahagian besarnya dalam wilayah Isfahan.

http://en.wikipedia.org/wiki/Persian_Jews

Beberapa hadis Rasulullah ada menceritakan kedatangan Dajjal pada akhirzaman. Selain itu, ada dimaklumkan tentang keluarnya Dajjal adalah iadikuti oleh Yahudi Isfahan yang menjadi anggota pasukan tentera Dajjal.

Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW :

"Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama Khurasan."- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW :  

حدثنا منصور بن أبي مزاحم حدثنا يحيى بن حمزة عن الأوزاعي عن إسحق بن عبد الله عن عمه أنس بن مالك
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال يتبع الدجال من يهود أصبهان سبعون ألفا عليهم الطيالسة
"Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-Tayalisah  ". Hadis riwayat Muslim.

Hadis ini memberi panduan untuk mengetahui bahawa Dajjal telah munculialah dengan mengenal pasti pengikutnya secara khusus iaitu YahudiIsfahan. Kaum Yahudi pada asasnya terdiri dari 12 suku dan YahudiIsfahan merupakan salah suku tergolong dalam suku Ephraim.

"Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar,..."(Al-A'raaf 7:160)

Berbeza dengan puak-puak yang lain Yahudi Isfahan ini mempunyaiciri-ciri tersendiri yang jelas dapat dibezakan dari puak-puak lain.

Rasulullah s.a.w menjelaskan secara khusus bahawa Yahudi Isfahan inimemakai Al-Tayalisah (Persian Shawl) yang merupakan pakaiannyatersendiri membezakan dari puak-puak yang lain. Pengenalan yang khususini membolehkan kita mengetahui peristiwa kemunculan Dajjal sepertiyang diberitahu dalam hadis tersebut.

Gambar-gambar yang dipaparkan ini menunjukkan selendang Al-Tayalisahtersebut dengan ciri-cirinya kain berwarna putih dan mempunyai corakjalur biru tua secara memanjang.

Inilah selendang al-Tayalisah yang dipakai Yahudi Isfahan



Yahudi Isfahan dapat dibezakan dari yang lain ketika berada di Wailing Wall



Tentera Yahudi Isfahan yang memakai Al - Tayalisah berada di medan perang


Tentera Dajjal bersamanya Yahudi Isfahan memakai Al-Tayalisah


Lambang Dajjal Jelas Pada Pesawat Tempurnya

Sumber: http://petunjukzaman.blogspot.com/2011/11/yahudi-isfahan-telahpun-keluar-bersama.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2012 03:39 PM | Show all posts
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajjal) Kaf Fa dan Ra (Kafir).

Orang-orang Mesir dizaman firaun dahulu sudah mengenalinya dan merupakan salah-satu dari sembahan mereka. Salah satu aksara Mesir Kuno, Hieroglyph, berbentuk mata satu yang merupakan simbol Dewa Ra, Dewa Matahari.
Simbol dewa Ra yang di sembah oleh mesir purba zaman firaun
Selain ciri-ciri dajjal bermata satu, di dahinya juga ada tulisan Arab “Ka Fa Ra” atau Kafir. Kafir berarti “Tidak mempercayai”. Dajjal dan para pengikutnya memang tidak percaya pada Allah Swt, karena mereka lebih percaya pada Iblis atau Lucifer.

Rasulullah s.a.w secara jelas menyatakan pengikut-pengikut dajjal nanti akan didalangi oleh bangsa Yahudi.

"Kebanyakan orang yang mengikuti Dajjal ialah kaum Yahudi, para wanita, dan rakyat jelata" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, hal. 2065).


"Kebanyakan orang yang menyertai Dajjal ialah kaum Yahudi, dan para wanita" (idem, halaman 2214).



"Dajjal musuh Allah, akan muncul dan dia akan disertai oleh bala tentara yang terdiri dari kaum Yahudi dan segala macam bangsa" (idem, halaman 2974).


Penubuhan brigade KFIR yang merupakan brigade terbesar tentera Israel buat masa ini adalah jelas mengesahkan lagi kemunculan dajjal dimana pengikutnya adalah yahudi. Brigade ini juga dikenali sebagai brigade 900. Unit ini secara rasmi ditubuhkan pada Februari 2005 yang dinaik taraf dari kumpulan batalion Nachshon Shimshon, Haruv, Duchifat, Lavi dan Netzh Yehuda menjadi satu brigade penuh. Brigade ini khusus ditubuhkan untuk menentang pejuang-pejuang palestine. Batalion tersebut adalah brigade ditempatkan di bandar-bandar Palestine dari Hebron di selatan hingga ke Tulkarem di utara. Sesuai dengan namanya, brigade ini amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan terutamanya terhadap penduduk Palestine. Kekejaman mereka telah terbongkar dan dilapurkan oleh akhbar Haaretz tentang siksaan yang mereka lakukan terhadap kanak-kanak Palestine termasuklah penderaan seksual dan siksaan dengan meletakkan pemanas elektrik di muka kanak-kanak.
Askar dari Brigade KFIR sedia untuk melakukan pembantaian keatas penduduk Palestine

Penggeledahan dari rumah kerumah penduduk Palestine sedang dijalankan oleh unit tersebut.
Sebenarnya Rasulullah s.a.w telah diberi gambaran oleh Allah tentang teknologi yang digunakan oleh Dajjal walaupun pada masa itu tidak ada sesuatupun benda menghampiri gambaran tersebut. MasyaAllah inilah membuktikan kebenaran kenabian Rasulullah s.a.w dan hadis-hadis baginda.


"Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah cepatnya perjalanan Dajjal di muka bumi? Beliau menjawab: seperti cepatnya awan ditiup angin" (Misykat bab Dajjal).



"Bumi akan digulung untuknya; ia menggenggam awan di tangan kanannya, dan mendahului matahari di tempat terbenamnya; lautan hanya sedalam mata-kakinya; di depannya adalah gunung yang penuh asap" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2998).


Bahkan mereka menamakan pesawat tempur mereka sebagai KFIR. Pesawat ini mereka majukan dari pesawat mirage perancis dan juga telah digunakan dalam perang Arab-Israel.
Jet pejuang KFIR boleh terbang pada altitude 30,000m dan halaju maksima 2,285 km/h
Logo skuadron KFIR

Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w mengkhabarkan berita gembira kepada pejuang-pejuang Islam bahawa mereka akan diberi pertolongan oleh Allah dalam menghadapi dajjal dan mendapat kemenangan gemilang seperti yang telah juga berlaku ketika mereka menentang Rom dan Parsi.


“Rasulullah sallallahu Alaihi Wassalam bersabda; Kamu akan bertempur dengan jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Parsi , dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Rom, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu.”


Hadis ini juga menjelaskan juga bahawa dajjal merupakan satu kaum yang engkar samalah juga seperti kaum-kaum Rom dan Parsi yang telah berjaya ditumpaskan oleh umat Islam tetapi dengan syarat umat Islam hendaklah berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenarnya yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Rujukan:

    http://en.wikipedia.org/wiki/Kfir_Brigade
    http://www.haaretz.com/print-edi ... ning-to-us-1.240080

Sumber:
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 12:35 PM | Show all posts
gud info!!nice
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 02:58 PM | Show all posts
nice info tq...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 03:45 PM | Show all posts
tima kasehhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 04:40 PM | Show all posts
i want more!
siapakah pejuang2 islam yg menentang tentera dajjal? adakah iran? dr sumber cari ni jg aku dpt tau iran tu bkn pejuang islam yg sejati tp tentera dajjal jg?
aku pening. abis negara mana yg lebih cenderung yg mengalahkan tentera yahudi aka tentera dajjal? Malaysiakah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2012 05:09 PM | Show all posts
yo lah tu yahud isfahan saja pakai, prfghhhhhhhhhh yahudi negro dari habsyah, segala mak nenek yahudi ortho lain pong pakai menatang tallit tu time semayang



lebih kurang sama ja tallit yahud ni dgn keffiyeh yg erebs dok pakai



Rabbi Binyamin Batzry (Tallit) and Sheikh Muhammad Hassan (Keffiyeh) both wearing headgear traditional to thier peope
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 05:33 PM | Show all posts
eltoro posted on 30-10-2012 03:39 PM
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang ...

Owwwwhhh... mate dajal yg ni satu ke tige??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2012 05:34 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom posted on 31-10-2012 05:09 PM
yo lah tu yahud isfahan saja pakai, prfghhhhhhhhhh yahudi negro dari habsyah, segala mak nenek yahud ...

aku slalu jugak pakai mcm ni dulu kt pesantren.. tapi xde sape brani cakap aku yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 06:31 PM | Show all posts
gud info.... tq
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 12:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 01:09 PM | Show all posts
info yg menarik..
sambung le lagik
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 03:07 PM | Show all posts
itulah yg paling aku takutkan fitnah dajjal, pernah baca....org yg beriman dan soleh allah dh ambil dulu..yg tinggal pada akhira zaman dan kemunculan dajjal hanya org2 yg....., aku berdoa semoga aku tidak masuk dlm golongan yg kurang iman......
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 10:25 PM | Show all posts
din_atos posted on 31-10-2012 04:40 PM
i want more!
siapakah pejuang2 islam yg menentang tentera dajjal? adakah iran? dr sumber cari ni j ...

i,m believe Iran juga tgolong orang yg terpengaruh ngn Dajjal..
Iran tue mostly syiah !
Sgat teruk golongan syiah nie..u should stdy first..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2012 12:46 AM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 1-11-2012 10:25 PM
i,m believe Iran juga tgolong orang yg terpengaruh ngn Dajjal..
Iran tue mostly syiah !
Sgat ter ...

Dajjal akan keluar dari arah timur, dari Khurasan, dari kampung Yahudiyyah kota Ashbahan. Kemudian mengembara ke selurah penjuru bumi. Maka tidak ada satu pun negeri yang tidak dimasukinya kecuali Makkah dan Madinah, karena kedua kota suci ini selalu dijaga oleh malaikat.
Dalam hadits Fatimah binti Qais terdahulu disebutkan bahwa Nabi saw  bersabda mengenai Dajjal,
“Artinya : Ketahuilah bahwa dia berada di laut Syam atau laut Yaman. Oh tidak, bahkan ia akan datang dari arah timur. Apa itu dari arah timur? Apa itu dari arah timur… Dan beliau berisyarat dengan tangannya menunjuk ke arah timur.” [Shahih Muslim 18 : 83]
Diriwayatkan dari Abubakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada kami.
“Artinya : Dajjal akan keluar dari bumi ini di bagian timur yang bernama Khurasan. ” [Jami' Tirmidzi dengan Syarahnya Tuhfatul Ahwadzi, Bab Maa Saa-a min Aina Yakhruju Ad-Dajjal 6: 495. Al-Albani berkata, "Shahih. " Vide: Shahih Al-Jami' Ash-Sha-ghir 3: 150, hadits nomor 3398]
Dari Anas Radhiyalahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi  wa sallam bersabda.
“Artinya : Dajjal akan keluar dari kampung Yahudiyyah kota Ashbahan bersama tujuh puluh ribu orang Ashbahan. ” [Al-Fathur Rabbani Tartib Musnad Ahmad 24: 73. Ibnu Hajar berkata, "Shahih. " Periksa: Fathul-Bari 13: 328). Ibnu Hajar berkata, "Adapun mengenai tempat dari mana ia keluar? Maka secara pasti ia akan keluar dari kawasan timur. " (Fathul-Bari 13: 91)]
Ibnu Katsir berkata, “Maka Dajjal akan mulai muncul dari Ashbahan, dari suatu kampung yang bernama Al- Yahudiyyah. ” [An-Nihayah fil Fitan wal Ma-lahim 1: 128 dengan tahqiq DR. Thaha Zaini]
DAJJAL TIDAK MEMASUKI KOTA MAKKAH DAN MADINAH
Dajjal diharamkan memasuki kota Makkah dan Madinah ketika ia muncul pada akhir zaman, berdasarkan hadits-hadits yang shahih. Adapun tempat-tempat selain Makkah dan Madinah akan dimasukinya satu demi satu.
Dalam hadits Fatimah binti Qais Radhiyallahu ‘anha disebutkan bahwa Dajjal mengatakan, “Maka saya akan keluar dan mengembara di bumi, dan tiada satu pun tempat kecuali saya masuki selama empat puluh malam kecuali Makkah dan Thaibah (Madinah), karena kedua kota itu diharamkan bagi saya untuk memasukinya. Apabila saya hendak memasuki salah satu dari kedua kota tersebut. saya dihadapi oleh malaikat yang menghunus pedang untuk menghardik saya, dan pada tiap-tiap lorongnya ada malaikat yang menjaganya.” [Shahih muslim, Kitab Al-Fitan wa Asyrotis Sa'ah, Bab Qishshotil Jasasah 18: 83]
Juga diriwayatkan bahwa Dajjal tidak akan memasuki empat buah masjid, yaitu masjidil Haram, Masjid Madinah. Masjid Thir, dan masjid Al-Aqsho. Imam Ahmad meriwayatkan dari Jinadah bin Abi Umayyah Al-Azdi, ia berkata. ”Saya pernah pergi bersama seorang lelaki Anshar kepada salah seorang sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu kami berkata. “Tolong ceritakan kepada kami apa yang pernah Anda dengar dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai Dajjal, lantas ia mengemukakan hadits itu seraya berkata, “Sesungguhnya ia akan berdiam di bumi selama empat puluh hari yang dalam waktu itu ia dapat mencapai semua tempat minum (sumber air), dan ia tidak mendekati empat buah masjid, yaitu Masjidil Haram, Masjid Madinah, Masjid Thur. dan Masjidil Aqsho.” [Al-Fathu Rabbani 24: 76 dengan tartib As-Sa'ati. Al-Haitsami berkata. "Diriwayatkan oleh Ahmad dan perawi-perawinya adalah perawi-perawi shahih." Majma'uz Zawaid 7: 343. Ibnu Hajar berkata, "Perawi-perawinya kepercayaan." Fathul Bari 13: 105]
Adapun yang tersebut dalam riwayat Bukhari dan Muslim dalam kitab Shahihnya (Shahih Bukhari, Kitab Ahaditsul Anbiya’, Bab Qaulillah “wadzkur Fil Kitabi Maryam” 6: 477; dan Shahih Muslim, Kitabul Iman, Bab Dzikril Masih Ibni Maryam ‘alaihissalam wal- Masihid Dajjal 2: 233-235) yang menyebutkan bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melihat seorang berambut kribo dan buta matanya sebelah kanan sedang meletakkan thawaf di Baitullah, lantas ditanya, kemudian orang-orang menjawab bahwa dia adalah Al-Masih Ad-Dajjal, maka riwayat ini tidak bertentangan dengan terhalangnya Dajjal memasuki kota Makkah dan Madinah, karena terhalangnya Dajjal memasuki kota Makkah dan Madinah adalah besok pada pemunculannya pada akhir zaman. Wallahu a’lam. [Periksa: Syarah Nawawi terhadap Shahih Muslim 2: 234 dan Fathul-Bari 6: 488-489]
PENGIKUT-PENGIKUT DAJJAL
Kebanyakan pengikut Dajjal adalah orang-orang Yahudi, orang Ajam, orang Turki, dan banyak lagi manusia dari berbagai bangsa dan golongan yang kebanyakan dari orang-orang Arab dusun dan kaum wanita.
Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah Shallallahu  ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya: Dajjal akan diikuti oleh orang-orang Yahudi Ashfahan sebanyak tujuh puluh ribu orang yang mengenakan jubah tiada berjahit. ” [Shahih Muslim. Kitabul Fitan wa Asyrotis Sa'ah, Bab Fi Baqiyyah Min Ahaadiitsid Dajjal 18: 85-86)]
Dan dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan:
“Tujuh puluh ribu orang yang mengenakan topi. ” [Al-Fathur Rabbani Tartib Musnad Ahmad 24: 73. Hadits in: shahih. Periksa: Fathul-Bari 13: 328]
Dan di dalam riwayat Abubakar disebutkan.
“Dia diikuti oleh kaum yang mukanya gelap.” [Riwayat Tirmidzi]
Ibnu Katsir berkata. “Menurut lahirnya -wallahu a ‘lam- yang di maksud dengan Tark itu adalah pembantu-pembantu Dajjal.” [An-Nihayah Fil Fitan wal Malahim 1: 117]
Demikian pula yang dimaksud dalam hadits Abi Hurairah.
“Tidaklah datang kiamat sehingga kamu memerangi bangsa Khauz dan Kirman dari orang-orang Ajam yang wajahnya merah, hidungnya pipih (pesek). matanya sipit, wajahnya seperti tembaga, dan sepatunya beludru.” [Shahih Bukhari, Kitab Al-Manaqib, Bab 'Alamatin Nubuwwab Fil Islam 6: 604]
Adapun pengikut Dajjal kebanyakan dari orang-orang Arab kampung disebabkan pada waktu itu mereka dilanda kebodohan. Di dalam hadits Abi Umamah yang panjang antara lain disebutkan:
Dan di antara fitnahnya –yakni fitnah Dajjal- ialah ia akan berkata kepada orang-orang Arab kampung, “Bagaimana pendapatmu jika aku membangkitkan ayahmu dan ibumu, apakah kamu mau bersaksi bahwa aku adalah tuhanmu ?” Dia menjawab, “Ya.” Kemudian ada dua syetan yang menyerupakan diri dengan ayahnya dan ibunya, lantas keduanya berkata, “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dia adalah tuhanmu.” [Sunan Ibnu Majah, Kitabul Fitan 2:1359-1363. Hadits ini shahih. Periksa: Shahih Al-Jami' Ash-Shaghir 6: 273- 277, hadits no. 7752]
Sedangkan kaum wanita yang banyak mengikutinya disebabkan lebih mudah terpengaruh dari pada orang-orang Arab kampung, di samping kebodohan mereka. Di dalam hadits Ibnu Umar ra, ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Artinya : Dajjal akan turun di lembah air Murqonah’ ini, maka orang yang datang kepadanya kebanyakan kaum wanita, sehingga seseorang akan pergi menemui sahabat karibnya, ibunya, anak perempuanya, saudara perempuannya, dan kepada bibinya untuk meneguhkan hatinya karena kuatir mereka akan pergi menemui Dajjal.” [Musnad Ahmad 7: 190 dengan tahqiq Ahmad Syakir, dan beliau berkata, "Isnadnya shahih."]
[Disalin dari kitab Asyratus Sa'ah edisi Indonesia Tanda-Tanda Hari Kiamat, Penulis Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabl MA, Penerjemah Drs As'ad Yasin, Penerbit CV Pustaka Mantiq]

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2012 01:03 AM | Show all posts
din_atos posted on 31-10-2012 04:40 PM
i want more!
siapakah pejuang2 islam yg menentang tentera dajjal? adakah iran? dr sumber cari ni j ...

Menghadang para pembawa panji hitam





Sabda Nabi SAW, "Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun." (Ibnu Majah)
Sabda Nabi SAW, "Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis."
Sabda Nabi SAW, "Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salju. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk." Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim)

Khurasan adalah wilayah yang meliputi Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan, menurut situs www.nationmaster.com.

http://www.nationmaster.com/encyclopedia/Khurasan
...
The older Persian province of Khorasan (also known as the Greater Khorasan ) included parts which are today in Iran, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan and Uzbekistan.
...

Dari sanalah akan muncul para pembawa panji Hitam, namun saat ini kita lihat betapa banyak puluhan ribuan pasukan AS dan sekutunya mengamankan wilayah ini, bahkan presiden AS yang baru juga telah menyetujui penambahan pasukan di wilayah ini (sumber eramuslim.com).
http://www.eramuslim.com/berita/ ... -ke-afghanistan.htm

Apakah sesungguhnya mereka (AS & Sekutunya) mengetahui jelas tentang hadist Nabi diatas sehingga mereka melakukan langkah antisipasi, ataukah hal ini hanya kebetulan belaka.

Wallahu'alamu bishowab.

-------------------sumber www.eramuslim.com--
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2012 01:17 AM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 1-11-2012 10:25 PM
i,m believe Iran juga tgolong orang yg terpengaruh ngn Dajjal..
Iran tue mostly syiah !
Sgat ter ...

Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.

Amir berkata, ”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau. ”Fathimah berkata, "Jika engkau mahu niscaya aku Iakukan.Amir berkata, "Tentu, sampaikanlah kepadaku.” Fathimah berkata, ”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah. Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata, "Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka. Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak membrikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda. "Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.

Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw. "Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda. "Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya. ’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab, "Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’Beliau bersabda, ’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal.

Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka dudukduduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.

Mereka berkata,

“Celaka kau, apakah kamu ini ?

Binatang itu menjawab.

‘Aku adalah mata-mata.’

Mereka bertanya,

‘Mata-mata apa?”

Dia menjawab,

‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu’

Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan. Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan, "Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia menjawab, ”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ?

Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu ini. Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya, ”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?” ”Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”

Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!”

(Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Lama dan merupakan salah satu kota di Palestin.)

Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?”

“Aku bertanya kepada kamu apakah kurma berbuah?”

“Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’

Lalu dia berkata lagi.

“Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!”

(Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu den /ebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah dengan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.)

“Tentang apanya yang engkau nak tanyakan ?

“Apakah tasik itu masih berair ?

‘Ya Tasik itu masih banyak airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,”

Dia berkata,

“Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!”

(Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)

“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?” “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?”

“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.” “Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?” “Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”

“Apakah orang-orang Arab memenanginya?”

Ya”

“Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka?’ “Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”

“Apakah demikian?” “Ya”

‘Lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya.

Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggal selama 40 malam kecuali kota Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”

Fathimah berkata, “Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?”

o r a n g r a m a i menjawab :"Benar.”

Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di Laut Syam atau di Laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata, ”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.”

Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.

Kisah dari Hikayat Tamim Ad-Dhari

"setelah itu maka Tamim ibn Habibul Dari pun masuklah ke dalam rumah itu.Maka dilihatnya seorang besar panjangnya sekira-kira sampai ke awan itu tingginya Buta matanya sebelah dan kenalah rantai pada tubuhnya dan kepada lehernya itu hingga sampai kepada kakinya,demikianlah halnya selama-lamanya.Maka dipanggilnya Tamim ibn Habibul Dari demikian katanya,"hai hamba ALLAH marilah kemari,aku menanti kedatangan engkau di sini." Seraya katanya,"orang manakah engkau ini,kaum apakah engkau ini ?"

Maka katanya Tamim ibn Habibul Dari kepadanya seraya ia berkata,"Aku ini orang arab dan madinah nama negeriku itu dan bangsaku daripada kaum ansari." "Maka datanglah ke sini,aku hendak bertanyakan khabar yg sah kepadamu." Maka kata Tamim itu," baiklah,tanyalah oleh mu." Maka Dajjal itu bertanya, "Adakah lagi berdiri agama islam itu selama-lamanya? "Maka katanya pula oleh Dajjal itu kepada Tamim ibn Habibul Dari, "Hai orang arab , Muhammad itu adakah lagi di dunia ?" Maka jawab oleh Tamim ibn Habibul Dari, "Akan Rasulullah s.a.w setelah sudah wafat."

Maka berkata Dajjal,"Hai orang arab,sekarang ini siapakah khalifah ,kemudian daripada Raulullah itu? " Maka jawab oleh Tamim itu, "Abu Bakar al-siddiq r.a menjadi khalifahnya. Demikian juga sedikit pun tiada berubah agama islam itu pada masa in,adanya Rasulullah s.a.w. "Maka di dengarnya kata Tamim ibn Habibul Dari yang demikian itu kepada Dajjal,ia pun menjadi kecillah tubuhnya lalu ia pun menangislah mendengar sebab kata Tamim yang demikian itu. Maka kata Dajjal kepada Tamim, "Hai orang arab adakah abu bakar itu lagi hidup di dalam dunia ini atau tiadakah? "Maka jawab oleh Tamim itu kepada Dajjal itu maka katanya, "Hai Dajjal adapun Amirulmukminin Abu Bakar al-siddiq r.a itu maka sudah kembalilah ke rahmatullah daripada negeri yg fana kepada negeri yg baka. "

Maka kata oleh Dajal kepada Tamim ibn Habibul Dari , "Hai orang arab,siapa pula lagi yang menggantikan Abu Bakar itu yang sudah wafat itu.Segala sekarang ini,siapalah yang menjadi khalifah yang di dalam negeri Madinah al-musyarfah itu ?" Maka jawab oleh Tamim kepada Dajjal itu, "Maka sekarang ini Amirulmukminin Sayyidina 'Umar ibn al-Khattab yang menjadi ganti daripada Abu Bakar itu. Terlampaulah kerasnya ia menjadi ganti menjalankan daripada hukum syara' daripada Rasulullah s.a.w. yang mendirikan agama islam itu pada masa ini."

Demi didengar oleh Dajjal katanya pada Tamim ibn Habibul Dari itu maka Dajjal pun gementarlah tulang dan tubuhnya,segala sendinya itu seraya menangis dengan tangis yang maha sangat,Maka kata Tamim ibn Habibul Dari, 'Hai orang yang dalam rantai,apalah mulanya tuan hamba menangis ini? " Maka jawab Dajjal itu,"sebabnya hamba punmenangis itu kerana hamba takut kepada Amirulmukminin 'Umar itu dan ialah yg membutakan mata hamba itu." Maka bertanya pula oleh Tamim ibn Habibul Dari, "Hai orang yang di dalam kena rantai itu,siapa tuan hamba?" Maka jawab Dajjal itu, "Akulah Dajjal akhir zaman aku keluar."Maka kata Tamim ibn Habibul Dari , "Bila kalanya engkau keluar? "Maka jawab Dajjal, "Apabila engkau keluar melihat perempuan naik kuda itu,maka inilah alamatnya tanda aku akan keluar  dari dalam penjara ini." Maka kata pula Dajjal 'alaihi la'nat itu katanya, "Hai hamba ALLAH sepeninggalan Rasulullah s.a.w. sahabat Rasulullah itu adakah berkelahi sama sendirinya?" Maka jawab oleh Tamim ibn Habibul Dari itu,"Tiada ada sahabat Nabi ALLAH itu berkelahi. " Maka kata DAjjal, "Tiada berapa lama lagi nescaya keluarlah hamba daripada tempat ini."

Maka kata Tamim ibn Habibul Dari serta dilihat dahi Dajjal itu maka diludahkannya muka Dajjal itu katanya, "Diamlah engkau hai syaitan di dalam rantai belenggu itu serta mengucapkan kalimah 'la ilaha ilallah Muhammad Rasul Allah'."Serta didengar oleh Dajjal kata Tamim ibn Habibul Dari yang demikian itu gemar segala tubuhnya seperti daun kayu ditiup oleh angin yang keras itu.Demikianlah adanya dan kerdillah tubuhnya hingga hampir tiada kelihatan rupanya dan tubuhnya.Maka bertanya Dajjal itu kepada Tamim ibn Habibul Dari,"Adakah umat MUhammad itu berbuat dosa yang besar-besar itu? " Maka jawab Tamim itu, "Dosa apa yg terlebih besar itu? "Maka kata Dajjal itu, "Adapun dosa terlebih amat besar itu ialah orang yang membunuh orang yang tiada sebenarnya dan berbuat zina dan bidaah dan fitnah dan memakan riba ganda berganda dan mengambil harta anak yatim dan naik saksi dengan tiada sebenarnya dan meninggalkan sembahyang dan lagi tiada mahu memberi zakat."

Maka dijawab oleh Tamim ibn Habibul Dari, "Ada juga setengah orang yang ada berbuat yang demikian itu,"Maka demi di dengar oleh Dajjal itu akan kata Tamim itu demikian adanya maka tubuhnya besarlah rasanya,seraya katanya, "hampirlah masa aku akan keluar dari tempatku ini."Serta dengan sukanya dan berseru-serulah ia dengan nyaring suaranya dan besarlah tempik dan soraknya itu seperti akan terus menembusi tujuh petala bumi.Demikian besar suaranya kerana terlalu suka mendengar orang berbuat dosa itu demikian bunyinya dengan sebabnya.

Setelah terdengar suara Dajjal itu kepada malaikat sekaliannya,maka datanglah seorang malaikat membawa satu tongkat daripada besi bernyala-nyala itu.Setelah sampai kepada Dajjal itu maka di palunya akan Dajjal itu dengan tongkat itu.Maka Dajjal pun merasai palunya malaikat itu pun diamlah serta mengecil akan dirinya,maka lalu kembali seperti sediakalanya,di dalam pada itu.

WalLahu a'lam bissawab.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 02:19 AM | Show all posts
eltoro posted on 2-11-2012 01:17 AM
Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan baha ...

Dalam buku tulisan Muhammad Isa Dawud (MID) yang bertajuk Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda, perihal Dajjal atau Samirah telah dikemukakan dengan hujah yang begitu dramatik sekali. Huraian, fakta dan hujah MID dalam bahagian asal usul Dajjal amat baik sekali dan terdapat banyak fakta-fakta terbaru yang dikemukakan. Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu. Dahulunya kita semua kurang ambil kisah tentang kisah Samiri, kita cuba mengetahuinya sebagai penyesat Bani Israel. Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah TERBONGKAR, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar.

Pada Bab 1, buku ini menampilkan tajuk Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas. MID semasa memulakan bab ini berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu.
Beliau sedar bahawa apa yang didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau juga sedar bahawa pendedahan yang bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yang mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yang telah dibuat kajian.


Bab ini mendedahkan sejarah jelas akan hadith yang bermaksud berikut:
“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga.”
(Riwayat Imam Ahmad)


Daripada hadith di atas Muhammad Isa Dawud (MID) menjelaskan secara terperinci akan keluarga Dajjal yang berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.

Dalam pendedahan itu, MID mengisahkan kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Menurut MID, ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.

Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.

Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.

Setelah sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat.

Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT. Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.

Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 02:22 AM | Show all posts
Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.
Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.

Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina. Kisah ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran surah Ibrahim.
Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.

Bab 3 dalam buku ini juga menyentuh mengenai Dajjal yang telah menemui suatu kaum yang dirasakan nya mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.
Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.
Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.

Dalam Bab 3 yang bertajuk Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda Dan Masalah Mesir, MID memulakan penulisannya dengan al-Baqarah, yang bermaksud; bicaranya dengan memetik ayat 30 dari surah

    “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di (muka) bumi,”

Muhammad Isa Dawud cuba menyimpulkan mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?. Pada penyelidikan beliau, Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.
Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah. Muhammad Isa Dawud percaya Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri. Menurut beberapa manuskrip kuno Yahudi, yang masih disimpan terun-temurun oleh beberapa buah keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya keatas pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada dalam kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada didalam Laut Nil. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula dari situlah, Dajjal sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberi oleh manusia biasa.

Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan MID mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?

Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.

    “Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”


bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 02:24 AM | Show all posts
hmmm menarik info ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.086209 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list