CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
123Next
Return Post new threads
Show: 1553|Reply: 53

[Tempatan] {13} Makan telur penyu undang kanser, buah pinggang !

[Copy link]

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 1-11-2012 09:34 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

                                            RAIHAM MOHD SANUSI

                                                                                                                1 November 2012                    

KERTEH – Tabiat memakan telur penyu, yang semakin meningkat di kalangan rakyat negara ini, boleh menyebabkan penggemar berisiko diserang penyakit kanser dan buah pinggang kerana mengandungi "logam berat" atau merkuri.
       
        Pengerusi Persatuan Khazanah Rakyat Ma’ Daerah (Mekar), Mamat@muhammad Mat Zain berkata, orang yang memakan telur penyu juga boleh mengalami cirit birit selain telur penyu juga bahaya dimakan oleh ibu mengandung kerana berisiko mengalami keguguran.
       
        Menurutnya, penemuan logam berat dalam telur penyu serta kesan penyakit ke atas manusia itu diketahui hasil kajian yang dilakukan oleh saintis Australia dan Jabatan Perikanan.
       
        Katanya, logam berat sebati dalam telur penyu kerana pembangunan laut berleluasa dan sisa industri yang terdapat dalam laut dimakan oleh penyu.
       
        “Jadi dari segi kesihatan, tabiat memakan telur penyu tidak boleh dijadikan amalan kerana boleh mendatangkan penyakit kepada manusia selain menyumbang kepada masalah kepupusan penyu yang semakin serius.
       
        “Namun, sehingga kini masih ramai lagi yang memakan telur penyu kerana sebaran am mengenai bahaya memakan telur penyu ini kurang meluas,” katanya ketika ditemui pada Bengkel Pemuliharaan Alam dari Perspektif Islam anjuran Mekar di sini.
       
        Kesan memakan telur penyu itu dikupas dalam bengkel berkenaan yang disertai seramai 30 peserta terdiri daripada kalangan imam, pegawai masjid dan penceramah bebas turut mengupas mengenai kesan memakan telur penyu yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.
       
        Slot ceramah pada bengkel itu dikendalikan Pegawai Pejabat Agama Daerah Kemaman, Zulkifli Othman dan Ketua Program Pemuliharaan Penyu dan Tuntung Laut Terengganu - WWF Malaysia, Rahayu Zulkifli.
       
        Menurut Mamat @ Muhammad, kursus itu diadakan untuk memberi kesedaran pemuliharaan penyu dan alam sekitar dari sudut Islam.
       
        “Ini bagi menyedarkan umat Islam kerana sebagai khalifah di muka bumi ini tanggungjawab memelihara sesuatu yang hampir pupus (penyu) menjadi satu kewajipan sepertimana yang diberitahu penceramah pada bengkel ini,” katanya.
       
        Dalam pada itu, katanya, bagi memastikan penyu tidak pupus, pihaknya sedang berusaha berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said agar Kerajaan Negeri mengharamkan penjualan telur penyu sebagaimana yang dilakukan di Sabah dan Sarawak.

p/s klu teringin sgt, mamah jer telur tuh

Statistik kategori thread dibuka oleh TW75 pada 1 November 2012

1. Ehwal kemasyarakatan -5 threads
2. Pendidikan - 0 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 6 threads
5. Dunia - 1 thread
6. Sukan - 0 thread
7. Ekonomi - 1 thread


jumlah thread - 13

               

"Kalau hidup ini pahit, Allah lah gulanya"
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 1-11-2012 09:40 AM |All posts
kenangan mak teh tahun 80an dulu......sekali nak try telur penyu....sikit ja try pun, terus muntah. dgn bau hanyir dia....kembang tekak mak teh. terus tak mau try dah.

elok la tak.payah makan......banyak.lagi telur binatang lain yg kita boleh makan. jgn makan teloq org dah.....
Dioratic;)
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 1-11-2012 09:41 AM |All posts
awareness tentang endangered species pun makin meningkat, baguih la.
Dioratic;)
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 1-11-2012 09:43 AM |All posts
Katanya, logam berat sebati dalam telur penyu kerana pembangunan laut berleluasa dan sisa industri yang terdapat dalam laut dimakan oleh penyu.-
-----
sama la makan kupang... kerang... rumpai segala.....klau dah tempat tercemar....
Kaulah kangkung hidupku...
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 1-11-2012 09:44 AM |All posts
Huh
Saja x nak bagi org makan telur penyu lettewwww
Takut pupus kaedahnya

Pernah makan
x sedap sgt
rasa masin air laut + hanyir
Dan lembik

Pelik pulop kan...
Penyu haram di makan
Tapi telurnya boleh pulop
Kalau telur biawak x boleh pulop
Apakah sbb penyu adalah vegetarian?
Selamat hari raya uolss
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 1-11-2012 09:51 AM |All posts
love telur penyu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
aku peduli apa sakit ke tak..rokok yg mengundang 1001 penyakit pun org taram..
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 1-11-2012 09:54 AM |All posts
abis la... tu makanan asasi @dino tu.
Gua tau lu tengah skodeng...
Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha!
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 1-11-2012 09:56 AM |All posts
putehkundor posted on 1-11-2012 02:40 AM
kenangan mak teh tahun 80an dulu......sekali nak try telur penyu....sikit ja try pun, terus muntah.  ...

goreng camana pun takkan keras telo dia. cair jer. tu yg dorang makan, koyak sikit, trus sedut.
Gua tau lu tengah skodeng...
Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha!
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 1-11-2012 09:59 AM |All posts
jonlabu posted on 1-11-2012 09:56 AM
goreng camana pun takkan keras telo dia. cair jer. tu yg dorang makan, koyak sikit, trus sedut.

ya betul.....lembik je isi dia.... sedangkan telur yg mak teh makan tu dah kena rebus lama.
Dioratic;)
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 1-11-2012 10:03 AM |All posts
tuna dan sardin pun actually bahaya jugak....banyak tercemar dgn logam berat.
sama ada fresh atau pun yg ditin kan....
nak.makan pun kena control jugak....zaman sekarang pencemaran merata rata.
Dioratic;)
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 1-11-2012 10:08 AM |All posts
telur penyu dan tuntung.....sedap kowt.
tak best la kalau diharamkn...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 1-11-2012 10:14 AM |All posts
Kebanyakkan ikan dan haiwan laut dalam (deep sea) telah tercemar dengan merkuri yang beracun untuk tubuh manusia.

Orang Jepun adalah antara yang paling terjejas kesihatan mereka kerana memakan makanan laut yang diracuni merkuri. Kes Minamata adalah salah satu contoh kesan perindustrian kepada alam sekitar dan berbalik kesannya kepada kesihatan manusia
Malaysian-born Chinese
国阵不倒,人民吃草!
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 1-11-2012 10:16 AM |All posts
macam mana pulak seafood yang lain? ada effect juga ke?
  whatever!!!  
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 1-11-2012 10:19 AM |All posts
jonlabu posted on 1-11-2012 09:54 AM
abis la... tu makanan asasi @dino tu.

jrg dah makan.... zaman bdk2 dulu free je makan dr pulau bidong
mahal skrg okeh....
Kaulah kangkung hidupku...
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 1-11-2012 10:22 AM |All posts
prettyuglybabe posted on 1-11-2012 10:16 AM
macam mana pulak seafood yang lain? ada effect juga ke?

sama je la.... cuma dlm kes ni depa nak selamatkan penyu.....
klau kupang tu lg la..... klau makan musti sakit perut....
Kaulah kangkung hidupku...
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 1-11-2012 10:26 AM |All posts
dino posted on 1-11-2012 10:22 AM
sama je la.... cuma dlm kes ni depa nak selamatkan penyu.....
klau kupang tu lg la..... klau maka ...

kupang jarang sangat nak jumpa. cuma terpikir tentang ikang udang sotong dang ketang
  whatever!!!  
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 1-11-2012 10:26 AM |All posts
jgn la makan,... sian penyu... dah nak pupus dah ..
*JGN BUANG SAMPAH DI LUAR KENDERAAN ANDA
*SILA BAYAR HUTANG PTPTN ANDA
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 1-11-2012 10:27 AM |All posts
prettyuglybabe posted on 1-11-2012 10:16 AM
macam mana pulak seafood yang lain? ada effect juga ke?

Mostly affected. Kalau nak makan juga, pilih makanan laut yang jauh dari kawasan perindustrian.

Tetapi makanan laut deep sea memang tercemarlah sebab toksin perindustrian dan asap kereta dibawa awan dan meracuni laut melalui hujan. Itu sebab even Polar Bear pun tercemar dengan logam berat hingga ada yang mengalami kecacatan organ.

Terpulanglah kepada pilihan hidup seseorang. Kepada yang prihatin terhadap kesihatan, tentu mereka enggan mati terseksa sangat lah bila tua2 nanti. Kepada prihatin terhadap survival of penyu laut, mereka tidak akan makan telurnya...
Malaysian-born Chinese
国阵不倒,人民吃草!
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 1-11-2012 10:28 AM |All posts
dino posted on 1-11-2012 03:19 AM
jrg dah makan.... zaman bdk2 dulu free je makan dr pulau bidong
mahal skrg okeh....

eh ada. dah bangun tdo?
Gua tau lu tengah skodeng...
Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha!
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 1-11-2012 10:33 AM |All posts
jonlabu posted on 1-11-2012 10:28 AM
eh ada. dah bangun tdo?

ade la...
Kaulah kangkung hidupku...
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 1-11-2012 10:33 AM |All posts
taikor posted on 1-11-2012 10:27 AM
Mostly affected. Kalau nak makan juga, pilih makanan laut yang jauh dari kawasan perindustrian.

...

menakutkan juga untuk orang yang lebih prefer ikan dari ayam atau daging. kena ubah selera kepada ayam la lepas ni
  whatever!!!  
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 1-11-2012 10:37 AM |All posts
aritu beli 5 bijik rm25...

tak mkn pon...mampu merenung je...
Looking for homestay in Bangi? PM me.  
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 1-11-2012 10:38 AM |All posts
dino posted on 1-11-2012 03:33 AM
ade la...

camana hanimun? best tak? ke bantai tdo jer?
Gua tau lu tengah skodeng...
Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha!
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 1-11-2012 10:40 AM |All posts
jonlabu posted on 1-11-2012 10:38 AM
camana hanimun? best tak? ke bantai tdo jer?

motif hanimon.... org koje la
Kaulah kangkung hidupku...
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 1-11-2012 10:41 AM |All posts
dino posted on 1-11-2012 03:40 AM
motif hanimon.... org koje la

ooo.... dikojekan ke mengojekan??
Gua tau lu tengah skodeng...
Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha!
Reply

Props Report

123Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 24-10-2014 08:01 PM , Processed in 0.148056 second(s), 27 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top