CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7149|Reply: 71

[Tempatan] Kemungkinan AES akan dibatalkan. Semua pihak termasuk pihak AES sendiri bantah.

[Copy link]
Post time 8-11-2012 08:23 AM | Show all posts |Read mode
Akar umbi Umno menyertai Pakatan dalam melawan AES


Penentangan terhadap AES kini datang daripada akar umbi Umno. — Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Tindakan keras kerajaan untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) melahirkan penentangan daripada akar umbi Umno dengan satu blog dan akaun Facebook diwujudkan minggu ini untuk menentang kamera kelajuan tersebut, menandakan kamera kelajuan beralih menjadi lumpur jerlus politik bagi Barisan Nasional (BN).

Pakatan Rakyat (PR) sudah memberikan notis tentang niat mereka untuk mengeksploitasi kontroversi AES dengan pilihan raya yang perlu diadakan beberapa bulan lagi, akar umbi Umno kini beralih menyertai penentangan terhadap apa yang telah dilihat sebagai inisiatif MCA.

aes-malaysia.blogspot.com, sebuah blog yang diwujudkan oleh penyokong Umno tanpa nama minggu ini, menggunakan skrip pembangkang persekutuan dalam posting menyerang kamera AES.

Dalam tulisan terbaru, penulis blog tersebut memasukkan dua gambar – salah satunya jalan raya utama Gambang-Maran di Kuantan yang terdedah kepada kemalangan, dan satu lagi lebuh raya utama ke Putrajaya.

Jalan di Gambang-Maran tidak mempunyai kamera AES dipasang akan tetapi kamera kelajuan itu dipasang di lebuhraya Putrajaya.

“Adakah masuk akal jalan dua lorang sehala di Putrajaya kelajuannya 70KM/J, sedangkan jalan persekutuan yang dua hala dari Gambang ke Maran yang terdedah dengan pelbagai simpang, orang melintas, lembu melintas, diletakkan had laju 90KM/J? Tiada AES.

“Jalan selebar ini di Putrajaya hanya diletakkan had laju 70 KM/J dan diletakkan AES. Berapa orang telah mati di jalan ini?”

Kecurigaan meluas bahawa pengenalan AES didorong oleh keuntungan dan bukan keselamatan jalan raya digunakan sebagai kempen PR dan kemarahan orang ramai semakin meningkat.

Beberapa ahli politik BN juga bimbang isu ini akan menjadi bahan kempen besar bagi pembangkang dalam pilihan raya akan datang dan menuntut kerajaan supaya menangguhkan AES.

Pada awal minggu ini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyertai penentangan terhadap AES.

“Kita perlu mengkaji (AES) ... adalah pelaksanaan yang hanya membawa keuntungan kepada sesetengah pihak? Seolah-olah ia hanya berorientasikan keuntungan. Itu yang sedang dipertikaikan,” katanya awal minggu ini.

Dua syarikat yang menerima kontrak untuk melaksanakan sistem penguatkuasaan tersebut – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap kedua-duanya – akan membelanjakan diantara RM300 juta dan RM400 juta untuk memasang kamera trafik di 831 “lokasi hitam” di seluruh negara.

Kedua-dua Ates dan Beta Tegap berhak menerima RM16 bagi setiap saman sah bagi lima juta pertama dikeluarkan. Mereka kemudiannya akan membahagikan baki hasil sekata dengan kerajaan sehingga masing-masing mendapat sebanyak RM270 juta.

Kedua-dua syarikat akan mendapat 7.5 peratus daripada baki keuntungan dan kerajaan akan menyimpan selebihnya.

PR mengatakan syarikat berkait MCA dan Umno yang mendapat projek ini akan tetapi telah dinafikan.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa penyumberan luar kamera kelajuan dan saman kelajuan diilhamkan semasa pentadbiran Abdullah Badawi dan walaupun bantahan daripada beberapa menteri yang berhujah bahawa penguatkuasaan dan saman harus kekal dalam domain kerajaan, projek itu telah diteruskan oleh Kementerian Pengangkutan.

Projek ini dicadangkan semasa Tan Sri Chan Kong Choy – kini menghadapi perbicaraan di atas tuduhan menipu dalam isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) – adalah menteri, tetapi telah dimuktamadkan semasa Datuk Seri Ong Tee Keat pada menerajui kementerian tersebut.

Datuk Seri Kong Cho Ha, kini Menteri Pengangkutan, telah menjadi penyokong paling lantang AES.

Selain aes-blogspot.com, beberapa blog pro-BN lain yang mewakili kepentingan Umno telah mula menentang AES.

Sebuah laman Facebook yang dikenali sebagai Tangguh-AES juga telah diwujudkan bulan ini oleh kumpulan tanpa nama yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong kerajaan.

Blog aes-malaysia.blogspot.com juga menyediakan pautan kepada berita dari Amerika Syarikat, Britain dan Australia tentang bagaimana kamera kelajuan telah menjadi bahan membuat wang bagi majlis tempatan.

Hujah-hujah dikemukakan oleh penyokong Umno menyerupai PR, menunjukkan kebimbangan bahawa kontroversi AES dapat menyatukan pengundi di belakang pembangkang persekutuan.

“Jika AES dibenarkan untuk diteruskan, akan menjadi sangat sukar bagi kita untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang. Ini adalah salah satu isu yang berpotensi menyatukan semua kaum melawan BN,” kata seorang pemimpin Umno  bahagian dari Perak kepada The Malaysian Insider.

Ketika Kong dan pemimpin lain kerajaan mempertahankan AES diatas nama keselamatan jalan raya, kedua-dua syarikat berkenaan berdiam diri tentang kamera kontroversi tersebut.

Berdasarkan model perniagaan ini, kedua-dua syarikat akan mengumpul RM80 juta bagi setiap lima juta pertama saman yang dikeluarkan oleh setiap syarikat. Ini membolehkan sebanyak RM160 juta dikumpulkan.

Di bawah peringkat kedua perjanjian itu, syarikat akan mendapat sejumlah RM540 juta, menjadikan jumlah diterima kedua-dua syarikat kepada RM700 juta.

Berdasarkan pembahagian keuntungan dengan kerajaan, angka RM540 juta mewakili 3.6 juta saman RM300 setiap satu.

Untuk mencecah RM700 juta keuntungan diatas modal, sejumlah 13.6 juta saman RM300 setiap satu bagi kesalahan memandu laju perlu dikeluarkan melalui kamera AES.

Kedua-dua syarikat akan mempunyai lima tahun untuk mendapatkan 13.6 juta saman titik pulang modal sebelum keseluruhan sistem dikembalikan kepada kerajaan.

Bagi memastikan syarikat mendapat keuntungan daripada perjanjian dengan kerajaan, mereka hampir pasti perlu mengeluarkan lebih daripada 13.6 juta saman setahun.

Semua saman tambahan itu akan menyebabkan kedua-dua syarikat masing-masing menerima potongan 7.5 peratus.

Mengandaikan kedua-dua syarikat telah mensasarkan jumlah keuntungan sebanyak RM100 juta selepas lima tahun, yang akan menjadi 7.5 peratus daripada RM1.4 bilion daripada saman berjumlah RM300 setiap satu.

Ini memerlukan 4.6 juta saman lagi, menjadikan jumlah 18.2 juta saman bagi kesalahan memandu laju dan lain-lain kesalahan serius untuk kedua-dua syarikat mendapatkan RM50 juta setiap satu dalam keuntungan selepas lima tahun.

Menurut anggaran persekutuan dalam Bajet 2013, kerajaan menjangkakan untuk melihat tambahan RM1.02 bilion pendapatan daripada penguatkuasaan AES, tetapi tidak dinyatakan berapa banyak yang akan dibayar kepada kedua-dua syarikat.

Terdapat juga kebimbangan semakin meningkat di kalangan ahli-ahli politik BN yang berkeras AES boleh menyebabkan BN menanggung akibat dalam pilihan raya – perlu dipanggil dalam tempoh enam bulan akan datang.

Minggu lepas, Ahli Parlimen Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin menyeberangi jurang politik dan menyokong pakatan pembangkang PR dalam mendesak Putrajaya untuk menggantung menguatkuasakan AES, mengatakan ia boleh digunakan sebagai bahan kempen menentang BN.

Bung Mokhtar, ahli parlimen Umno yang berpengalaman, adalah ahli parti pemerintah paling kanan selepas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan persekutuan untuk menangguhkan penguatkuasaan sistem penguatkuasaan trafik baru itu.

Kedah, Penang, Kelantan dan Selangor – kesemuanya diperintah PR – telah memutuskan untuk menagguhkan kelulusan AES yang mengesan kelajuan dan mengeluarkan saman.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang berpengaruh termasuk badan payung mewakili penjawat awam, Cuepacs, juga telah menentang penguatkuasaan, mengatakan sistem tidak sesuai buat masa ini.

Mereka juga mahu kerajaan mengkaji lokasi di mana AES akan beroperasi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2012 08:25 AM | Show all posts
umno mmg akan bangkang AES la..
depa dok bawak kete cam pelesit...

aku harap tak batal..
tapi mesti diperbaiki la
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 08:31 AM | Show all posts
atira posted on 8-11-2012 08:25 AM
umno mmg akan bangkang AES la..
depa dok bawak kete cam pelesit...

yup, jgn batal AES tapi perbaiki AES. keuntungan berdasarkan jumlah saman patut dikaji.  patut keuntungan dibayar berdasarkan jumlah kematian yg berjaya dikurangkan. guna main indicator.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 08:32 AM | Show all posts
Penentangan terhadap AES kini datang daripada akar umbi Umno. — Gambar Reuters
adakah berita ini dilapor oleh agensi berita Reuters atau hanya gambar jer yg di"pinjam" daripada Reuters?


Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 08:36 AM | Show all posts
otak meleisien, cepat tul givap, yup aku setuju gak dgn komen kat atas nih, patut diteruskan, tapi perlu diperbaiki, bukan buang terus,,,,

sengal tul...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 08:37 AM | Show all posts
aku rasa aes neh boleh guna pakai tp dgn cara yg betoi2 nak mendidik la... letak di tmpt yg crucial... mcm trepik lait ka.. jln byk simpang ka... pstu letak papan tanda amaran aes 500 meter dihadapan hahaha.. bukan pe.. phm2 la.. kalo kt haiwei tgh syok layan 110 <ikot peraturan la neh kan?> mana nak prasan speed limit punya signage yg kecik molek tu.... so pd yg langgar gak mmg patut sgt disaman kan?

next... pmbayaran saman tu.. aku rasa.. jgnlah smpi lebih satu dari 90 contoh bwk 95kmsj pong dah disaman maxsimum.. mgkn boleh diletak jumlah mininum dan maximum... kdg2 kene phm...ada manusia yg bwk 60kmsj di lorong tgh.. so kita mstilah nak memotong ye dak?? udah tu memotong terlebih pula dari 90kmj... dan terlalu plak betol2 kt tiang kamera AES neh.. tak ke naya aje kt owang tu... sbbkan owang len dia plak kene...

aku byk sgt prasan manusia hebak yg bwk kete mcm kura2 dok lane tgh..nape ekk??? aku nak gak taw ape perasaan dowang tu.. aku herannnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2012 08:41 AM | Show all posts
aku bantah AES......


lkick~im a speed demon...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 08:42 AM | Show all posts
ada org ckp hanya pembangkang jer yg anti AES



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2012 08:44 AM | Show all posts
atira posted on 8-11-2012 08:25 AM
umno mmg akan bangkang AES la..
depa dok bawak kete cam pelesit...

setuju,,perkataan yagn betul diperbaiki...
aku nak cadangkan setiap camera AES dipasang mesti dpt persetujuaan MP/Adun kawasan tu,,,sbb patut MP and ADUN mesti tahu kat lokasi/simpang/selekoh/pintu pagar sekolah  memerlukan mengajar pemandu2 terbabit....

kalu aku jadi Bijan,,, aku highlight part "mendidik" pengguna jalanraya demi keselamatan pengguna yang lain, setiap lokasi kamera akan di kaji secara terperinci oleh komuniti penduduk setempat itu sendiri.

atau nak lagi best "setiap saman yang di keluarkan akan turun disalurkan kepada kamuniti setempat terbabit" ...

biar nampak ikhlas dia nak mendidik pengguna jalan raya mesia ni...tu pun kalu dia nak aaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 08:45 AM | Show all posts
dah kekluar satu kes plat telah dimanipulasi orang lain.....kan jadi kes nyanyer tue.....tak pasai member ulang alik JPJ dok settle benda bukan dia punya hal....kelemahan besau AES nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 08:46 AM | Show all posts
jika aku kena saman AES, aku tidak bayar...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 08:59 AM | Show all posts
B.K posted on 8-11-2012 08:46 AM
jika aku kena saman AES, aku tidak bayar...

nanti nak renew lesen/road tax camne? ada effect tak?

aku blom pernah kene apa2 saman....risau gak ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 09:03 AM | Show all posts
tak payah nak gedik2 aes laaaa
hadeke 70kmj???
bawak macam siput silap2 kena sondol ngan lori pasir

tula aku da kata mengarut je aes ni
letak kamera kat tempat tak kemalangan pejadah???
boddo
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 09:15 AM | Show all posts
yang ni memang kelakar..
itu pasal ramai yang bangkang..
sebab nampak sangat nak buat duit..
bukan nak kurangkan kemalangan..

“Adakah masuk akal jalan dua lorang sehala di Putrajaya kelajuannya 70KM/J, sedangkan jalan persekutuan yang dua hala dari Gambang ke Maran yang terdedah dengan pelbagai simpang, orang melintas, lembu melintas, diletakkan had laju 90KM/J? Tiada AES.

“Jalan selebar ini di Putrajaya hanya diletakkan had laju 70 KM/J dan diletakkan AES. Berapa orang telah mati di jalan ini?”
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 09:17 AM | Show all posts
pembangkang mmg menentang AES nih...tp org umno kalo menentang takut kena kutuk, so terpaksa la kata harus diperbaiki lg (tp dlm hati mmg xnk AES pon).
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 09:48 AM | Show all posts
gaara_X posted on 8-11-2012 08:45 AM
dah kekluar satu kes plat telah dimanipulasi orang lain.....kan jadi kes nyanyer tue.....tak pasai m ...

aku pun ada dapat satu saman yang bukan nombor kereta aku...gambar pun bukan gambar kereta aku..
tapi aku malas lah nak pergi jumpa maikel chong mca jadi orang bodoh...
aku buat dek je lah saman tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2012 10:02 AM | Show all posts
jln gambang-maran mmg teruk wpon 2 line tp xde lampu jln sgt... kecuali kt simpang u turn.... dahla lori bw laju bdesup kalu awal2 pagi... muatan masing2 mcm utk 3 buah lori... skrg je nmpk mcm nk pasang kabel lampu jln byk sket... mgkin dh dkt nk mgundi kot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:05 AM | Show all posts
ketuanan cibil liberty lidoh bercabang xnak komen
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:08 AM | Show all posts
pasang je AES ni kat laluan maut......... cam kat hiway MEX....... terowong smart....... kawasan lampu isyarat & petak kuning......
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:09 AM | Show all posts
mehmet posted on 8-11-2012 08:44 AM
setuju,,perkataan yagn betul diperbaiki...
aku nak cadangkan setiap camera AES dipasang mesti dpt ...

saman utk charity
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.086953 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list