CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19649|Reply: 36

TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013 ~ NEGERI CANTIK, BUDAYA MENARIK

[Copy link]
Post time 10-11-2012 12:34 AM | Show all posts |Read mode


Teregganu Sasar 4 Juta Pelancong Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013

Kerajaan negeri akan memperkasakan usaha melonjak sektor pelancongan negeri bagi memastikan sasaran kira-kira empat juta pelancong mengunjungi negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013) tercapai.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata antara langkah bagi memastikan hasrat itu mampu direalisasikan adalah menerusi penganjuran pelbagai karnival dan pesta bertaraf antarabangsa yang mampu menarik tumpuan pelawat tempatan serta luar negara.


“Malah, masih banyak ruang dan peluang yang belum kita eksploitasi sepenuhnya terdapat di Terengganu termasuk kelebihan negeri ini yang mempunyai pantai terpanjang di Malaysia, pulau dan tasik terbesar di Asia Tenggara.

“Kerajaan sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi mewujudkan infrastruktur berkaitan pelancongan yang mampu memberi faedah secara langsung kepada rakyat serta mendatangkan keuntungan lumayan kepada negeri dan rakyat Terengganu khususnya ,” katanya ketika merasmikan Pesta Pantai Terengganu, di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu, kelmarin (25 Mei).

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk’ Abdul Rahin Mohd Said.

Menteri Besar turut berharap, jumlah kedatangan pelancong dan kemeriahan penganjuran pelbagai program tarikan pelawat tidak hanya tertumpu pada TMT 2013 sahaja, sebaliknya akan berterusan pada tahun-tahun seterusnya memandangkan sektor itu menjadi tulang belakang ekonomi negeri.

Untuk rekod, sejumlah 3.8 juta pelancong mengunjungi Terengganu pada tahun lalu, manakala sasaran 3.9 juta pelancong melawat Terengganu pada tahun ini.

Dalam perkembangan yang lain, kerajaan negeri berhasrat untuk memindahkan Pesta Pantai Terengganu ke muara utara atau Pantai Teluk Ketapang yang lebih sinonim dengan acara `main pantai’ sebagai kesinambungan warisan kebudayaan negeri ini.

“Selepas sekian lama Pesta Pantai Terengganu tidak diwujudkan, ia kini muncul kembali. Walaupun kali ini tidak benar-benar di tepi pantai, berada di tepi laut dan tepi sungai .. tiada pantai di sebelahnya.

Insya-Allah, pada tahun depan kita memindahkannya ke (pantai) muara utara atau pantai Teluk Ketapang pula,” katanya.


Last edited by matabelalang on 10-11-2012 12:36 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2012 06:39 AM | Show all posts
kat Kerteh pon dulu selalu ada Pesta Pantai kat bandar baru, ada Rodat, Wayang Kulit, Dikir Barat dan malam terakhir ada persembahan artis, nampaklah sikit ada kemeriahan berpesta setahun sekali tapi sekarang dah lama xdok....sunyi sepi rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 04:39 PM | Show all posts
Negeri cantik - jalan belubang sekali, lekok lekir

Budaya menarik - kalu mu nok kuar simpang pah malang tupah oghang dokwi
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 11:36 PM | Show all posts
te_peng posted on 14-11-2012 04:39 PM
Negeri cantik - jalan belubang sekali, lekok lekir

Budaya menarik - kalu mu nok kuar sim ...

jalan sini comey boh..kampung deme dok tahu la guane...
mung tunggu wat mende tubik je la wat style KL..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 12:22 AM | Show all posts
keretakayu posted on 14-11-2012 11:36 PM
jalan sini comey boh..kampung deme dok tahu la guane...
mung tunggu wat mende tubik je la wa ...

owoh berat nanang goh... ulur doh masing2 wak deer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2012 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih teruk lagi jalan2 di kelantan...esp di kg2...huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2012 10:57 AM | Show all posts
ganu barang mahal..ye dok???
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2012 10:16 AM | Show all posts
bowok khete lorong kanan slow, sambil tangan rilek atah pintu khete pegang rokok...org tganung sndiri pun nok makang angin gok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2012 11:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 07:16 PM | Show all posts
pengalaman wata lah. bercuti ke Negeri bersejarah. dlm 4-5 ari lps. tobakk la.. biar pong org kabo makanang Trg mahal ge bedil pong. yg penting halal. bersih.byk trepik lite pong di bandor. jauh mbeng beze. sbb ape ambe kate gtu?

1- ambe g negeri bersejaroh tu. susoh nok cr kedai mkn beh. dlm bandor la. hok jauh dr bandor dok soh citer la.. majoriti kedai mkn cine. kedai melayu ade. tp service dok brape molek. kedai mamak ade ah jugop tp ambe nok jeluok kalu sehari suntuk makang ke kari mamak je.
name je kedai nama Asam Pedas. cap ayam nguh. ambe masok dumoh sedap 10 kali ganda lagi.

plg ambe dok selesa. keda makan satu bangsa tu iklan arok supe iklan air sarsi/100 plus. tebeng kat papan iklan nama kedai ye. tu dok termasuk kawasan tumpuan pelancong lg. x yah mini bar la. pasor malam ala2 uptown tu belanar ye tayang botol arok. pendek kate arok berleluase. sampa ambe rase duk negara lain. merempat di negara sendiri. konker di sek2 ye. sadis sungguh. pahtu kalu bangsa tu bowok kete mu hulur la signal la celoh mana pong. mu g buleh adiah honk ar manjang.

jadi ambe harap benor ke MB. dok kire la sape naik jadi MB lepas ni. kalu nok tarik pelancong bangsa asing pon ke negeri Trg ni. tlg jaga tatasusila agama dan budaya orang melayu. ni org bang molek. beca dia pasang lagu lagi kuat dr org bang. sama2 belawang. mebi lah dia bukan Islam walopun muke Melayu gile. bangsa jenis capuran kot. kalu bangsa bkn Melayu pakai baju supe nok g mandi kolam renang. hok mane buleh tunjuk nok tunjuk belake. sgt dok sesuai dgn pandangan mata budok2. cume ser la ambe respek, negeri dia bersih, comel mural wall dia. n kueh2 tradisional (tp bukan bangsa Melayu buat lah) masih di jual dan mereka bangga dgn produk tu.

sesungguhnya ambe bersyukur duk Trg.

p/s: ade gop ambe dgr org gossip beloh pulau2 kat Trg ni teruk jugop bab2 arok dgn pakaian pelancong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:05 PM | Show all posts
makanang t'ganu memang sedap2 belaka...rasa dia dok beruboh langsung dari dulu, kini dan selamanya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2013 06:06 PM | Show all posts
Saya suka ke Ganu.. cuti raya cina ni nak gi lagi.. ya memang betul di Ganu , antara yg saya suka ialah kedai makan org Melayu banyak.. berbanding di pantai barat.. kedai mamak ada la... kedai makan melayu kurang..  hotel semua dah booking, tengah plan aturcara harian bersama keluarga nanti... :-)

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2013 08:16 PM | Show all posts
Tolong bg tempat mkn best - nasi dagang kat terengganu. Kalau malam, kat mana ye?
Objektif aku - pagi sampai malam, nak makan nasi dagang jekk
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2013 09:58 PM | Show all posts
Hana posted on 19-1-2013 08:16 PM
Tolong bg tempat mkn best - nasi dagang kat terengganu. Kalau malam, kat mana ye?
Objektif aku - pa ...

kat area ladang
tempat tuh name tenang @ kat wisma tenang
keda bodo je.. tp nasi dagang de best.. muroh je.. lam 1.50-2.00 je

atau keda waya @ keda bawah umah
kat tanjung dpan surau Last edited by IRZeeBuk on 19-1-2013 09:59 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 10:31 PM | Show all posts
Tahun 2013 ni Ganu banyak tumpu ke Tasik Kenyir, Tasik Bebas Cukai 2014 ...

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2013 02:15 PM | Show all posts
ade napok budok2 opis tepek program TMT2013 ni. ade byk program
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2013 07:28 AM | Show all posts
teringat daku lepok2 di dungun,kg sura gate hujung,hu2
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 07:29 AM | Show all posts
Hana posted on 19-1-2013 08:16 PM
Tolong bg tempat mkn best - nasi dagang kat terengganu. Kalau malam, kat mana ye?
Objektif aku - pa ...

nasi lomak ikan tongkol pun sodap,hu2
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 10:55 PM | Show all posts
balik baru nie makan kt kedai steambot ladang tu...kedai MAkang Sekak-Sekak Nok....konsep baru yg dah dibawak ke tranung...leh tahan la
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 05:09 PM | Show all posts
palmolive posted on 3-2-2013 10:55 PM
balik baru nie makan kt kedai steambot ladang tu...kedai MAkang Sekak-Sekak Nok....konsep baru yg da ...

oooooo baru teringat ada pasan kedai ni balek bulan 12 aritu...pelik nape nama die gitu??
sedap ka steambot die??
harga cmna??
kalo sedap nnt balek nak try laa...hihihi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.161789 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list