CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11678|Reply: 33

Budaya Homoseksual Dalam Masyarakat Afganistan.

[Copy link]
Post time 11-11-2012 12:49 PM | Show all posts |Read mode
http://vimeo.com/11352212



BACHA BAZI - PENARI BUDAK LELAKI

Tertonton video klip Whitney Houston tadi kat tv sedap merdu suaranya dan seperti biasa kepala ni memikirkan saat ia dijemput Allah. Memang menjadi tabiat diri ini bila mendengar sesuatu kematian tidak kira sesiapa kepala membayangkan saat mereka setelah nyawa  dicabut dari tubuh, bagaimana gamaknya Whitney Houstan atau Micheal Jackson merayu pada Nya meminta dihidupkan kembali dan berjanji akan taat semula serta mematuhi perintah Allah. Semua hamba Allah yang dijemput malaikat Izrail yang menjalani kehidupan sesat atau tersasar jauh ketika hidup akan meraung minta diberi satu lagi peluang untuk kembali hidup di dunia. Tapi pada ketika itu sudah terlambat kan. Tentu Whitney Houston, Micheal Jackson, Elizabeth Taylor malah maybe juga Muammar Gaddafi dan kebanyakan saudara kita yang telah pergi juga merayu minta dihidupkan kembali setelah nyawa dicabut. Bagaimanakah agaknya dengan kesudahan kita pula?
Ya Allah matikan lah aku dalam Husnul Khatimah. Amin.




Tahukah kita apa itu Bacha Bazi dalam bahasa omputih maknanya "Dancing Boys" lebih kurang maksudnya dalam bahasa melayu kita ialah "Penari Budak Lelaki". Saya tertarik dengan berita ini dan ianya bukan cerita rekaan tetapi cerita yang benar berlaku di Afghanistan dan saya baru tahu mengenainya. Sekadar buat renungan kita bersama.



Di Afghanistan, wanita dan gadis tidak dibenarkan menari di khalayak. Sebaliknya, budak-budak lelaki berumur belasan tahun boleh menari dengan berpakaian wanita dan bersolek. Biasanya yang mempunyai paras menarik dan dianggap ‘jambu’, digalakkan menjadi budak penari. Rata-rata usia mereka sekitar 10 tahun hingga 19 tahun.




Untuk siapa mereka menari? Bacha Bazi adalah khusus untuk menghiburkan khalayak lelaki. Selepas acara tarian itu, mereka kemudian akan dipilih dan dibawa pulang oleh kalangan pembesar, orang kaya dan berpengaruh untuk aktiviti seks.


Lantaran kemiskinan, ramai budak lelaki menggilap bakat menari untuk menyertai kelompok Bacha Bazi. Sebahagian lagi ditipu dan akhirnya tanpa rela terjebak dengan gejala tersebut. Tidak kurang juga dijual sebagai dagangan seks. Bukan rahsia lagi, seks sejenis terutama perbuatan sodomi menjadi tabiat ramai lelaki di negara yang penduduknya beragama Islam itu. Perit untuk diakui tetapi itulah hakikatnya.


Kisah Bacha Bazi pernah didedahkan oleh wartawan Afghanistan, Najibullah Quraishi yang kemudian memenangi anugerah kewartawanan. Pendedahan tersebut mendapat perhatian meluas media di Barat tidak lama dulu.


Gejala tersebut pernah diharamkan ketika rejim Taliban memerintah Afghanistan tetapi kembali diamalkan di beberapa wilayah tertentu tanpa diheboh-hebohkan. Amalan itu sukar dibendung memandangkan golongan elit yang mengamalkan seks sejenis dan sodomi dikatakan makin membesar.




Paling menyayat hati, sebahagian daripada budak penari itu dilaporkan menjadi mangsa rogol malah ada yang diseksa serta dibunuh. Bayangkan budak lelaki yang dalam usia persekolahan menjadi hamba kebuasan nafsu seks sejenis golongan yang berpengaruh.





Pihak berkuasa pula cuba menafikan tetapi pendedahan yang dibuat serta pengakuan sebahagian budak yang terlibat, tidak dapat menutup realiti.


Pernah tak kita semua bayangkan cerita ini, saya sendiri tidak pernah terbayang benda begini berlaku di negara yang luarannya nampak sangat kuat Islamnya tu. Kenapa boleh jadi begitu ya???


Pashtun women in Pakistan
Penindasaan dan kekejaman pada kaum wanita dan isteri juga amat dasyat berlaku Afghanistan juga di Pakistan. Saya pernah berbual dengan beberapa orang dikedai makan di Peshawar Pakistan, sengaja bertanya kemana perginya kaum wanita. Lebih kurang begini ceritanya yang saya ingat (maaf kalau tersilap semua ini hanya berpandukan apa yang saya ingat saja ketika menulis entry ini). Mereka bercerita ada anak gadis yang dipukul dan dibunuh hanya kerana ia berbual dengan lelaki malah jika mengintai "jantan" dari jendela tingkap rumah pun kalau saudara lelaki tahu boleh mengundang malapetaka bahaya pada sang gadis. Kebiasaannya terjadi pada mereka yang terdiri dari kaum Pashtun terutamanya yang tinggal dipendalaman. Kaum Pashtun paling ramai terdapat di Pakistan. Jika kita ternampak kelibat wanita yang tidak bertutup litup di sekitar Peshawar atau mana-mana di Pakistan mereka kata wanita ini bukan dari suku kaum Pashtun. Berita keganasan begini kerap juga kita dengarkan, pernah saya terbaca kisah isteri yang dipotong hidung malah disimbah asid hanya kerana telah melakukan kesilapan kecil.


Okey berbalik semula kisah Bacha Bazi ni, rasanya benda begini pun memang dah ada berlaku di Malaysia, sama ada Mak Nyah atau Macho Man yang menari dikalayak ramai lebih kurang sama jer dengan Bacha Bazi tu, bezanya mereka di Malaysia buat dengan suka rela malah seronok lagi, tetapi di Afghanistan mereka terpaksa atau dipaksa melakukannya. Entahlah di akhir zaman ni boleh kah pekara sebegini kita bendung? Kesian Bacha Bazi di Afghanistan tu macam mana kita nak selamatkan mereka? Boleh ke? Jangan kita kata itu hanya soal di negara sana saja kerana pekara begini boleh terjadi pada anak-anak kita juga, ya mengikut acuan cara dan "style" kehidupan kita disini.

Bolehkah kita tolong mereka????


Jawapan dari saya, ya kita boleh tolong. Kita tolong doa pada Allah minta dihapuskan genjala Bacha Bazi yang berlaku di Afghanistan itu, moga doa kita didengari Allah dan mana tahu makbul doa kita itu nanti. Tak lupa juga tolong doakan juga buat negara kita, semoga Allah hindarkan amalan seperti ini dari terus bermaharajalela dan berleluasa.  




Syukur yang teramat sangat kerana saya dikurniakan HIV. Syukur alhamdulillah.






http://hivadadidalamdarahaku.blo ... i-budak-lelaki.html


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2012 03:51 PM | Show all posts
kasihannya... no wonder ler ramai rakyat afganistan sanggup meredah apa sahaja utk keluar daripada neraka dunia kat afganistan tu...
sampai ada yang mati lemas time travelling menggunakan laut semasa merentasi laut utk sampai ke Aust dari Indon...
bagi mereka... mati lemas adalah lebih baik daripada mati dengan cara yang hina kat afganistan tue  
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2012 03:54 PM | Show all posts
takut nk baca
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2012 06:06 PM | Show all posts
terkejut aku ngan berita ini. memang celakalah org yg memperdagangkan manusia /anak2 lelaki ni. bodoh banggang! siang2x ko solat tp malam hari ko jual budak lelaki.  yg sorang tu boleh lak ckp org pempuan tak boleh menari dan tak leh memperlihatkan diri kepada kaum laki laki yg bukan muhrim. oh itu ko mau lak ikut perintah hukum Allah!!! tp dlm msa yg sama ko juga dilaknat Allah dan Rasul sebab perubatan sodomi yakni sejenis. kalau aku jumpa lah jejans (bapa ayam)yg perdagangkan budak lelaki ni. mau aje aku bunuh dan rejam sampai mampos .  dah jadi kaya raya ko dgn hasil jual manusia.  sangat memalukan dan hina sungguh kehidupan mereka yg mengamalkan dan memperdagangkan manusia. walaupun ramai yg rela menyerah diri kerna kedaifan mreka. tp matlamat tetap tak menghalalkan cara.

hai bapa ayam yg memperjuangkan batcha bazi, ngko pun ada anak jantan! sayang sungguh ko pada anak jantan ko tu. bagaimana jika suatu hari Allah membalas balik seme perbuatanmu sekiranya anak jantan ko sendiri sanggup jadi penari dan jadi pelacor. Nauzubillah..sesungguhnya Allah sungguh MAHA PENYABAR..  azab yg amat perit menantimu wahai jantan keparat!! huh memang emo aku bila berita ni dipaparkan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2012 07:52 PM | Show all posts
kejadian spt ni berlaku juga di Maghribi. Budaya kanak2 lelaki dijadikan hamba seks telah menjadi taboo atau open secret dikalangan org sana. Rasanya ada keluar liputan pasal bnda ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2012 07:57 PM | Show all posts
Kesiannya..tak tau nak ckp aper dah kesian sesangat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2012 10:03 PM | Show all posts
maknanya taliban ada membendung gejala ni?

berita palsu aja ni, berita cmni menaikkn nama taliban..taliban kn sesat
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2012 10:25 PM | Show all posts
Rahsia tersembunyi yang terbongkar juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2012 10:28 PM | Show all posts
ooo sedihnya..so young...and worst experience in life...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 12:07 AM | Show all posts
Mcm dalam novel the kite runner, realiti yang sangat menyakitkan,
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 12:19 AM | Show all posts
sedihnye diorang terpaksa melalui kehidupan yg sangat teruk ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 12:34 AM | Show all posts
kalo x silap akau ader film dari bangladesh pun camni gak tajuk dia.... "Ghetuputra Komola" (Pleasure-boy Komola), Last edited by apitkl on 12-11-2012 12:35 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 01:32 AM | Show all posts
Kalau betul macam bala yg diturunkan la kat sana sampai jadi macam tu kot...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 01:53 AM | Show all posts
sedehnye bile dpt tau ade lagik kanak2 dan wanita di luar sana yang didera fizikal dan mental....Hanya Allah yang dapat melindungi mereka...Ameen....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 06:59 AM | Show all posts
Ya Allah, bersyukurnya dapat hidup di malaysia yang aman nih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 08:42 AM | Show all posts
dunia akhir zaman....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2012 08:50 AM | Show all posts
baru ku tau....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 01:57 PM | Show all posts
baru ku tahu... siannya nasib kanak2 lelaki di Afganistan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 02:26 PM | Show all posts
Berry memang terlambat baca the kite runner coz sebelum ni tukar genre dan tak sempat baca due to anak2 kecik.
Tapi bila baca dan tahu pasal ni Allahuakbar, malu sangat dgn orang Islam macam ni. And buat berry rasa better la negara barat.
Dan bila google net pun tak banyak yang dapat dibuat untuk hapuskan perkara ni. Berry berdoa semoga Allah lindungi anak2 di dunia ini.

I cant understnd apa yang ada di fikiran orang2 dewasa ni.. tak terfikir ke untuk memajukan negara???? dan rasa ke nak keamanan dan hidup harmoni dgn keluarga?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 04:13 PM | Show all posts
tidak ada herannya..selagi ada manusia2 lelaki yg katanya 'khalifah dibumi', selagi itu lah  jugalah perosak dunia n ada..banyak dah terbaca..bukan saja di Afganistan..malah disegala ceruk bumi yg rata2 zahirnya kuat keislamannya...pernah terbaca satu magazine, seorang budak lelaki 19 tahun ,yg di bawa oleh ayahnya berjalan , terperangkap  kedalam kumpulan askar2 yang mahukan anak lelaki itu melayan nafsu mereka, ayahnya dibunuh bila mmpertahan anaknya, dan askar2 ini memaksa anak ini berbogel sujud semacam sedang solat, lantas 11 org askar2 ini merogolnya hingga kini tidak dapat lagi membuang air besar secara normal, pecah salurannya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.076764 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list