CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kamikazebelacan

DIKHABARKAN ERRA FAZIRA DAHCERAI : updated : rumah dimasuki pencuri! pg.30

[Copy link]
Post time 21-3-2013 03:57 PM | Show all posts
nasib baik ada anak leh jd peneman idop...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 03:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 02:48 PM | Show all posts
tak tau nak kate ape tp just doa kan yg terbaik utk deolsssss.    P/S:tapi engku emran takdepun follow twitter erra fazira dan erra fazira pun takde follow twitter engku emran ermmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 02:47 PM | Show all posts
wartawan ni memang bodoh nya penuh sebakul..apa tk laku ke paper klu tk bual crita rumhtangga org..cukup2 lh tahun lps dia dhimpit plbgai crita rumh tangga bliau..farihad farihad..bkn nya nk puji..ko nk minta keji adalh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 02:47 PM | Show all posts
wartawan ni memang bodoh nya penuh sebakul..apa tk laku ke paper klu tk bual crita rumhtangga org..cukup2 lh tahun lps dia dhimpit plbgai crita rumh tangga bliau..farihad farihad..bkn nya nk puji..ko nk minta keji adalh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 02:15 PM | Show all posts
org dok bercerita, sebut sampai 40 kali, kang jadi doa terus jadi betul.
mintak simpang ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2013 02:07 PM | Show all posts
Cerai kahwin lagi selagi mampu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 01:56 PM | Show all posts
pada aku senang je...ee pernah ada skandal..ef dapat tahu dan clash...hubungan renggang tapi ee taknak ceraikan ef...ef di gantung tak bertali...gitu la teori aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 01:04 PM | Show all posts
Ef n EE main tarik tali jugak nie
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 10:59 AM | Show all posts
mungkin ade sesuatu..
slalu klu xde yg terjadi xkn kua cita camni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 10:43 AM | Show all posts
klu x silap, pernah sekali EE bersuara bgtau hny EF satu2nya ISTERI dia. sapa2 boleh paste blk keratan akhbar tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 10:24 AM | Show all posts
maybe rumahtangga dia ada masalah
tp dia cuba nak pertahankan..
mungkin depa x mau bercerai sbb pikirkan anak..
wartawan pun cuba la paham situasi erra..
kita tak duk ditempat dia..
mana kita org luar ni nak paham

tp klu betul2 dah bercerai...jgn la nak tipu peminat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 10:18 AM | Show all posts
hal cerai berai ni bukanlah sesuatu yg manis atau suatu perkara yg boleh jadi bahan mainan.

rumours dah tersebar. erra dah menafikan (tapi penafian seperti sambil lewa). Ya, suami dia bukan untuk di tayang2. anak pun bukan untuk ditayang2 jika ambil kira anak dan suami tu adalah personal life. kalau anak boleh tayang, kenapa tidak suami? semua orang tahu emran suami erra. bukanlah suami erra macam suami syella yg sampai kesudah orang tak tahu siapa. tu layak laa nak guna alasan tak mahu tayang suami.

manalah orang tak tertanya2 dan speku. benda simple je pun bergambar laki bini or sekeluarga. sebelum2 ni boleh buat (masa tak de rumours bercerai), apasal dah keluar rumours jadi payah sangat nak bergambar?

ikatan perkahwinan ni maruah. emran boleh senyap sunyi bila orang pertikai status perkahwinan dia. odd okay. mana ada suami yg sanggup biarkan orang kata bini dia janda walhal tak. unless kalau memang bini dia bukan bininya lagi.

tapi tak tahu laa kalau urban sangat sampai hal2 maruah ni tak de hal pada mereka berdua.

bergambar sekeluarga tak jatuh maruah, apatah lagi bergambar berdua dengan bini sendiri. so, mereka berdualah yg menjadikan status suami isteri mereka sebagai suatu bahan fitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 10:05 AM | Show all posts
kesian erra.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:58 AM | Show all posts
Sian erra...asyik bercerai beraii
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:52 AM | Show all posts
sllu sgt dh kuar cite sal erra ngn emran nie, nth btl ke x dowg ni dh cerai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 09:10 AM | Show all posts
dah nama pun artis...
stiap pergerakan mesti diperhatikan dan mesti org nak ambil tahu/ambil berat..x kira la dari peminat fanatik atau tidak...
sama ada nko bg jawapan atau tidak..org tetap akan kritik/puji..sbb tu adalah sebahagian semulajadi perangai manusia..

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 08:42 AM | Show all posts
hmmm erra susah sgt ke nk bgtaw
cam ko xda pengalaman bercerai dgn yusri

perit tu mmg perit lelama bebanan yg ko tanggung akan hilang
tgk erra pn dh kurus cam rupa org makan hati sgt
fokus jaga anak tunggal tu anak tu penyeri kekuatan tok ko erra

sape pn yg kawen mesti x bercerai & x suka org tuduh mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 08:28 AM | Show all posts
Kemelut rumah tangga: Erra Fazira nafi, Emran diam diri
2013/03/21 - 00:27:40 AM Farihad Shalla Mahmud |farihad@bharian.com.my

Erra bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.

Pelakon popular tak tahu dari mana timbul cerita akan ke Mahkamah Syariah

Biarpun tiada sebarang pengesahan daripada Erra Fazira mahupun suaminya, Engku Emran Zainal Abidin, mengenai kemelut rumah tangga yang cukup hangat diperkatakan selama ini, namun semakin mendiamkan diri, semakin banyak spekulasi membabitkan kehidupan peribadi mereka bertebaran.

Terbaru, ada khabar mengatakan, pelakon, penyanyi dan pengacara jelita itu dan suaminya akan ke mahkamah syariah, bulan depan. Tujuan mereka ke sana pula masih menjadi tanda tanya. Apakah ia untuk mendapatkan khidmat nasihat ataupun meleraikan kekusutan yang kian membelenggu, hanya mereka saja yang tahu.

Pastinya perkhabaran ini berita yang hangat kerana sebelum ini kedua-duanya tidak pernah membuka mulut mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku terhadap mahligai yang mereka bina. Dan, jika benar mereka bahagia seperti yang dikata, mengapa sampai perlu ke mahkamah?


Begitupun, selagi tidak mendapat hitam putih daripada Erra dan Emran, selagi itulah juga cerita ingin ke mahkamah syariah April depan tidak ditelan bulat-bulat.
Ketika dihubungi bagi mendapatkan kesahihan cerita itu daripada empunya diri, Erra bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.

Usah percaya cerita orang

Malah, tegas wanita berusia 39 tahun ini, dia sendiri tidak tahu menahu langsung mengenai perkara terbabit.
“Daripada sumber mana pula ni? Setakat ini, daripada pihak saya, memang tiada langsung cerita untuk ke mahkamah,” jawab Erra ringkas ketika dihubungi HIP petang kelmarin.

Tegas ibu kepada Engku Aleesya ini, dia amat memahami serta akur status selebriti yang dipegangnya membuatkan dia sentiasa menjadi perhatian dan penilaian masyarakat.

Silap percaturan, pasti dia yang akan menanggung akibatnya. Namun, tegas Erra, walau apapun, bergelar artis bukanlah tiket untuk dia memukul canang berkongsi kisah peribadi serta permasalahan dalam rumah tangganya.

“Selagi cerita itu bukan daripada mulut Erra sendiri, jadi tak usahlah percaya.
Sebelum ini pun ada banyak cerita yang tidak benar diperkatakan orang. Erra tak mahu cerita seperti itu akan mencetuskan rasa kurang enak dalam rumah tangga kami,” katanya mengharapkan pengertian.

Ketika ditanya mengenai status rumah tangganya, Erra enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Tolong fahami permintaan saya yang kecil ini. Saya ada sebab musabab untuk tidak bersuara. Saya mohon pemahaman daripada anda semua,” katanya.

Emran membisu

HIP turut cuba mendapatkan penjelasan Engku Emran berhubung perkara itu. Namun mesej yang dihantar tidak berbalas manakala panggilan juga tidak dijawab.

Tahun lalu, media melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan mengaitkan pasangan itu. Gosip perkahwinan mereka yang didakwa goyah itu dinafikan Erra sambil menyifatkan, perselisihan faham perkara biasa dalam kehidupan suami-isteri.

Lanjutan daripada itu, penyanyi lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu turut meminta supaya fitnah membabitkan rumah tangga mereka dihentikan serta merta.

kredit: bharian

Last edited by Yen_Aireena on 21-3-2013 08:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita doa yg terbaik untuk mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.105188 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list