CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251046|Reply: 868

DIKHABARKAN ERRA FAZIRA DAHCERAI : updated : rumah dimasuki pencuri! pg.30

[Copy link]
Post time 12-11-2012 10:32 AM | Show all posts
klu itu yg dah tertulis..
tgk kt IG EF pun, posted quotes yg sedih2 je..

doakan yg terbaik..
tp kesian kt EA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 01:20 PM | Show all posts
rosannazmia posted on 16-11-2012 01:16 PM
mybe unfollowed dah..

yg yen perasan mmg dr dulu diorang x follow each other, dari EE buka account twitter.

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 06:54 PM | Show all posts
Erra Fazira: Isu Cerai, Jangan Percaya Sumber Lain!


KUALA LUMPUR, 16 NOV 2012: Walaupun sehingga kini tiada sebarang perkembangan mengenai status sebenar rumahtangga aktres jelita Erra Fazira dengan Engku Emran, namun cerita-cerita kurang enak mengenai kedua mereka terus bertebaran di semua saluran media yang ada.
Termasuklah gosip yang mengatakan bahawa mereka telah pun bercerai pada penghujung Oktober lalu. Orang yang bertanggungjawab membuat cerita ini melaporkan ia datang daripada sumber yang boleh dipercayai.
Pihak Murai merasakan selagi tiada pengesahan atau bukti sahih seperti gambar atau kenyataan daripada tuan empunya badan, sumber yang boleh dipercayai itu belum tentu boleh dipercayai.
Erra Fazira pula ketika dihubungi masih kekal dengan pendiriannya untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai gossip ini. Dia juga berharap pihak media tidak menyokong atau percaya sebarang cerita yang tidak benar seperti ini selain pengesahan daripada mereka berdua.
"Minta maaf, buat masa ini tiada sebarang kenyataan dan penjelasan untuk Erra berikan kepada umum mengenai gosip ini. Sehingga ke hari ini, gosip hanya tinggal gosip sahaja.
"Jika ada fakta yang mahu Erra kongsikan bersama peminat dan umum, Erra pasti akan memberitahu secara langsung kepada anda dan rakan media semua.
"Diharapkan rakan media tidak menyokong sebarang fakta dari sumber seperti ini selain apa yang datang daripada Erra atau Engku Emran sendiri,"jelasnya ketika dihubungi portal Murai.
Apa jua pengakhiran atau penyelesaian kepada kekusutan dan cerita mengenai kedua mereka ini, diharapkan ia tamat dengan baik demi kebaikan semua pihak.


kredit: murai.com.my
Last edited by Yen_Aireena on 16-11-2012 06:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 11:58 PM | Show all posts
yup. rasanya tu rambut ori..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 04:37 PM | Show all posts
mmg dh dgr dr dulu masa awal2 kawin mak EE x suka EF
Last edited by Yen_Aireena on 3-1-2013 04:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 05:00 PM | Show all posts
klu tgk twit EE pun mendalam juga maksud dia tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2013 09:39 PM | Show all posts
F685 posted on 21-2-2013 05:24 PM
iols pun rasa cm ada maksud something tweet dia especially part comment dr bapa dia

yup.. tu la...
apa2 pun hrp yg terbaik utk diorang...

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 11:15 PM | Show all posts
OT : dgrnya EF masuk MasterChef Celebrity Musim 2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2013 08:23 AM | Show all posts
mixed posted on 24-2-2013 11:36 PM
Aah nok sama dgn tok nil & lisdawati, michael ang sekali
Ribut le set mcs ntn x sabar nk tgk

huh ribut tu..enot pun maybe ada kan...
mmg kecoh ar dapur masterchef
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 10:41 AM | Show all posts
mixed posted on 25-2-2013 08:30 AM
ala uols buka le ntn iols bakup uols dr dpn & belakang

a'a.. bukak ar thread MCS2 ... nnt i follow @dahliateck
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 08:28 AM | Show all posts
Kemelut rumah tangga: Erra Fazira nafi, Emran diam diri
2013/03/21 - 00:27:40 AM Farihad Shalla Mahmud |farihad@bharian.com.my

Erra bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.

Pelakon popular tak tahu dari mana timbul cerita akan ke Mahkamah Syariah

Biarpun tiada sebarang pengesahan daripada Erra Fazira mahupun suaminya, Engku Emran Zainal Abidin, mengenai kemelut rumah tangga yang cukup hangat diperkatakan selama ini, namun semakin mendiamkan diri, semakin banyak spekulasi membabitkan kehidupan peribadi mereka bertebaran.

Terbaru, ada khabar mengatakan, pelakon, penyanyi dan pengacara jelita itu dan suaminya akan ke mahkamah syariah, bulan depan. Tujuan mereka ke sana pula masih menjadi tanda tanya. Apakah ia untuk mendapatkan khidmat nasihat ataupun meleraikan kekusutan yang kian membelenggu, hanya mereka saja yang tahu.

Pastinya perkhabaran ini berita yang hangat kerana sebelum ini kedua-duanya tidak pernah membuka mulut mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku terhadap mahligai yang mereka bina. Dan, jika benar mereka bahagia seperti yang dikata, mengapa sampai perlu ke mahkamah?


Begitupun, selagi tidak mendapat hitam putih daripada Erra dan Emran, selagi itulah juga cerita ingin ke mahkamah syariah April depan tidak ditelan bulat-bulat.
Ketika dihubungi bagi mendapatkan kesahihan cerita itu daripada empunya diri, Erra bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.

Usah percaya cerita orang

Malah, tegas wanita berusia 39 tahun ini, dia sendiri tidak tahu menahu langsung mengenai perkara terbabit.
“Daripada sumber mana pula ni? Setakat ini, daripada pihak saya, memang tiada langsung cerita untuk ke mahkamah,” jawab Erra ringkas ketika dihubungi HIP petang kelmarin.

Tegas ibu kepada Engku Aleesya ini, dia amat memahami serta akur status selebriti yang dipegangnya membuatkan dia sentiasa menjadi perhatian dan penilaian masyarakat.

Silap percaturan, pasti dia yang akan menanggung akibatnya. Namun, tegas Erra, walau apapun, bergelar artis bukanlah tiket untuk dia memukul canang berkongsi kisah peribadi serta permasalahan dalam rumah tangganya.

“Selagi cerita itu bukan daripada mulut Erra sendiri, jadi tak usahlah percaya.
Sebelum ini pun ada banyak cerita yang tidak benar diperkatakan orang. Erra tak mahu cerita seperti itu akan mencetuskan rasa kurang enak dalam rumah tangga kami,” katanya mengharapkan pengertian.

Ketika ditanya mengenai status rumah tangganya, Erra enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Tolong fahami permintaan saya yang kecil ini. Saya ada sebab musabab untuk tidak bersuara. Saya mohon pemahaman daripada anda semua,” katanya.

Emran membisu

HIP turut cuba mendapatkan penjelasan Engku Emran berhubung perkara itu. Namun mesej yang dihantar tidak berbalas manakala panggilan juga tidak dijawab.

Tahun lalu, media melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan mengaitkan pasangan itu. Gosip perkahwinan mereka yang didakwa goyah itu dinafikan Erra sambil menyifatkan, perselisihan faham perkara biasa dalam kehidupan suami-isteri.

Lanjutan daripada itu, penyanyi lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu turut meminta supaya fitnah membabitkan rumah tangga mereka dihentikan serta merta.

kredit: bharian

Last edited by Yen_Aireena on 21-3-2013 08:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 08:48 AM | Show all posts
* malas nak bukak thread baru... blh kan tepek sini...

Rumah Erra cuba dimasuki pencuri
Oleh ASSIM HASSAN

KUALA LUMPUR 2 April - Rumah pelakon terkenal, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik, 38, di Seksyen 20, Damansara dekat sini cuba dipecah masuk hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, suspek yang menaiki kereta Honda berwarna putih dikatakan memasuki kawasan rumah pelakon terbabit melalui pagar hadapan.
Bagaimanapun jiran kepada pelakon filem Maria Mariana itu, yang curiga dengan kehadiran suspek, segera menghubungi pihak polis.
"Suspek yang tidak sempat masuk ke dalam rumah, bergegas melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak polis," kata sumber polis kepada Utusan Online.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.
Beliau berkata, pihaknya masih memburu suspek terbabit bagi membantu siasatan.
Arjunaidi turut memuji tindakan pantas jiran terbabit yang segera melaporkan kejadian mencurigakan kepada pihak polis.
Dalam pada itu, Erra ketika dihubungi Utusan Online memberitahu, ketika kejadian, dia berada di sekolah anaknya di Bangsar.
"Sebaik sahaja menerima panggilan jiran, saya bergegas menyelesaikan segala urusan sebelum pulang ke rumah kira-kira pukul 4 petang.
"Syukur kerana penjenayah tidak sempat memasuki bahagian dalam rumah dan hanya berada di garaj rumah saya sahaja," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130402/je_11/Rumah-Erra-cuba-dimasuki-pencuri#ixzz2PGLSuxih
© Utusan Melayu (M) Bhd

Last edited by Yen_Aireena on 2-4-2013 09:35 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 09:37 AM | Show all posts
wirazam posted on 2-4-2013 09:30 AM
bagusnya jiran retis nih...

bgs jgk jiran tu ada no errra... nk mintak dgn jiran tu la no erra
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 09:46 AM | Show all posts
sokmogitu posted on 2-4-2013 09:42 AM
dia stay dgn anak dia & pembantu rumah je ke? suami takde mention pun

ermm.. wat report pun x ditemani suami..
mungkin EE outstation agaknye.. *bersangka baik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 11:51 AM | Show all posts
mixed posted on 2-4-2013 11:21 AM
mesti lah erra baik dgn jiran2 nya
dah lama kan dia tinggal situ b4 kawen dgn yusri lagi

rasanya tmn umah dia tu xde security..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 01:05 PM | Show all posts
mixed posted on 2-4-2013 01:01 PM
x taw setau aku rumah kt area damansara utama & sea park mmg ada security jaga

x sure la plak skrg.. sbb pnh lalu umah dia mmg xde security..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2013 01:16 PM | Show all posts
mixed posted on 2-4-2013 01:09 PM
iols mmg lalu nk pg opis ikut perumahan DU ni..
rumah erra kt belakang hospital pakar damansara j ...

yup.. mmg umah die blkg hospital tu.. iolss tau mana 1 umah dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 01:40 PM | Show all posts
mixed posted on 2-4-2013 01:22 PM
dulo masa dgn yusri rmh pagar kayu la
skunk x tau...x igt dah rmh no bape
tp baca kt atikel kt ...

umah dia 2-3 dr umah ujung kn?
* wah bincang psl umah erra kt mana plak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 3.029692 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list