CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15943|Reply: 89

Azhar Sulaiman Anggap Diri Sudah 'Senja'

[Copy link]
Post time 12-11-2012 10:22 PM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Aktor terkenal, Azhar Sulaiman menganggap dirinya sebagai pelakon 'senja' dan tidak layak untuk memilih watak hebat daripada pihak produksi.

Azhar, 41, berkata, persaingan yang semakin hebat dikalangan bakat-bakat baru telah menyebabkan dia perlu berpijak dibumi nyata dan tidak mahu bersikap 'demand' tentang tawaran yang diberikan.

"Pada usia ini saya masih dapat berlakon adalah sesuatu luar biasa dan saya gembira kerana masih diberikan peluang untuk muncul dalam drama atau filem.

"Tambahan pula saya perlu sedar diri bahawa saya bukan lagi muda untuk memegang peranan yang tidak sesuai dengan saya," ujarnya kepada mStar Online.

Azhar pernah terkenal menerusi lakonan hebatnya dalam filem seperti Mira Edora, Abang 92, Sayang Salmah, Bisikan Cinta, Impian dan Jimi Asmara.

Dalam pada itu, Azhar memberitahu, dia juga terbuka mengenai realiti dunia hiburan yang mempunyai pasang surut dan mengakui telah bersedia sejak dahulu lagi mengenai perkara itu.

Malah kata Azhar, dia menganggap ia adalah perkara biasa dan sebagai artis dia perlu sedar diri tentang hakikat itu.

"Sejak dahulu lagi saya tahu bahawa saya tidak akan berada di atas buat selamanya dan sebab itu saya menyambung pelajaran dan membuka perniagaan sendiri sebagai persediaan masa hadapan.

"Jika pasal populariti saya dah merasa tempias dan perhatian diberikan oleh peminat dan media kepada saya dahulu. Biarlah yang muda-muda pula merasainya," jelas bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Sementara itu, Azhar bersyukur apabila khidmatnya sebagai seorang pelakon masih diperlukan dan memberitahu akan terus berlakon walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap dalam bidang seni bina.

Malah kata Azhar, rezekinya dalam bidang lakonan pada tahun ini sangat memberangsangkan dengan pelbagai tawaran diterima.

"Tahun ini sangat baik untuk saya dan berharap 2013 akan menjanjikan perkara-perkara yang lebih teruja," katanya.

Azhar bakal muncul dengan drama bersiri terbaru berjudul Persona Sukma arahan Hazali Ramli di samping pelakon seperti Ruzana Ibrahim, Julia Zigler, Erry Putra dan Amanda Misbun.

Drama bersiri 26 episod itu terbitan Bright Networks Sdn. Bhd.

Ia sedang disiarkan pada setiap Sabtu dan Ahad pada pukul 7 malam di TV1.

Last edited by skymania on 1-1-2013 07:48 PM

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-11-2012 10:38 PM | Show all posts

sehebat mana pun drama neh tak akan jadi hits kekdahnya..

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 10:41 PM | Show all posts
Ok la tu sedar diri..
tak de nak berlakon watak budak sekolah bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 10:47 PM | Show all posts
Okeh abey ja ar
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 10:57 PM | Show all posts
bukan dah memang senja ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 10:58 PM | Show all posts
bagus la camtu.. kita pun mesti hangin kalau tengok pelakon baya2 dia jadi budak sekolah atau baru hbis belajar.. tapi aku suka gak tengok lakonan azhar sulaiman ni ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2012 11:00 PM | Show all posts
Rosyam Nor tu yg tak senja-senja lagi khen ...apa petua dia hah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 11:27 PM | Show all posts
skang ni layan azhar sulaiman pon sbab tengok keluarga iskandar..

walaupon tak brape suke sgt dgn watak kamal tu macam sengal2 sangatt..hahahah

paling bestt watak kak ngah n abang ngah..natural sgt..motipp off topicc hahahahaha..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-11-2012 11:51 PM | Show all posts
Azhar sulaiman ni sangat la heartthrob di zaman kegemilang ye
Hensem cume small built la
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 12:05 AM | Show all posts
Iols sgt merembes mencurah2 dgn beliau dlm filem abang92....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 12:09 AM | Show all posts
aku suka lakonan die dalam drama mia zara...best gler! abng yg lurus gagap lgk..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 12:29 AM | Show all posts
Elok lah tu...sedar diri sangat

Bukan mcm pengacara sorang tu gigih nak d panggil 'Baby'...ngeri!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 12:33 AM | Show all posts
suka lakonan dia dlm keluarga iskandar!!! hehhehehe..

nway pelakon baru si ruzana ibrahim tu pun cun!! yg berlakon dgn azhar dlm pesona sukma
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 12:36 AM | Show all posts
pernah menggilai beliau suatu ketika waktu kanak kanak dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 02:02 AM | Show all posts
Suka tengok dia berlakon dlm keluarga Iskandar, home dad. Anyway dia mmg dah hampir senja. Teringat kisah cinta zaman remaja dia dgn model Shahnaz dulu, tak menjadi, frust gila dia..Lawa Shahnaz tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 07:08 AM | Show all posts
suka tengok dia berlakon. dulu dia slalu ada dalam drama Kuasatek kalau shooting kt London.

ok lah tu..rezeki masing2..
tak dapat jadi main actor, jadi abang kpd main actor pun ok.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 13-11-2012 07:19 AM | Show all posts
aku suka dia jadi kamal dalam keluarga iskandar........
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 07:59 AM | Show all posts
plg best dia blkon citer abang 92..cair beb..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 08:05 AM | Show all posts
orang yg sedar diri ni selalunya kurang di benci hehehe...
aku paling suka dia dlm abang 92.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 08:18 AM | Show all posts
Hygiene freak keluarga Iskandar...cute sgt..hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.070929 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list