CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7207|Reply: 25

64 tahun tragedi hitam desa deir yassin

[Copy link]
Post time 19-11-2012 02:32 PM | Show all posts |Read mode

(Tragedi hitam Deir Yassin dalam kenangan)


Sudah menjadi kenyataan bahawa agenda dunia kini dikendalikan oleh media proksi Barat, yang majoritinya memihak kepada Yahudi, Zionis dan Israel yang sentiasa menyembunyikan kebenaran peristiwa-peristiwa yang berlaku di mana-mana di dunia ini terutamanya di Palestin. Namun, sudah terlalu banyak kejadian yang berupa kezaliman dan kekejaman yang keterlaluan serta bersifat kebinatangan telah didokumentasikan oleh pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan antarabangsa. Tragedi Deir Yassin yang berlaku 64 tahun yang lalu adalah satu daripada ratusan peristiwa yang menggambarkan sifat brutal penjajah Yahudi Zionis di bumi Palestin.


Di manakah letaknya Deir Yassin ?


Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis.

Deir Yassin terletak kira-kira 1400 meter di utara Yad Vashem, sebuah tugu peringatan Holocaust yang paling terkenal di mana Yahudi Zionis telah mengajar dunia agar “Tidak Akan Lupa” terhadap Holocaust.

Apakah latar belakang tragedi Deir Yassin ?

Tahun 1948 adalah tahun malang bagi rakyat Palestin apabilasecara sistematik negara mereka terus dicabuli dengan penjajahan Yahudi Zionis. Rentetan duka Palestin terus berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah Palestin pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Pengganas Haganah Zionis menghalau rakat Palestin keluar dari negara mereka sendiri

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Namun rakyat Palestin terus bangkit berjuang hampir bersendirian di kala penjajah Yahudi Zionis terus dibantu oleh British dan PBB secara langsung sehinggalah berlakunya penubuhan negara haram Israel pada tanggal 15hb Mei 1948.

Tragedi Deir Yassin


Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampong mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.

Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau  hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.

Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.


Apa kata saksi tregedi Deir yassin yang terselamat ?

Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:-

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Fahmy Zaidan, satu-satunya yang selamat daripada seluruh isi keluarganya dan berumur 12 tahun pada tragedi tersebut menceritakan mimpi ngerinya,” Pengganas Yahudi telah mengarahkan semua ahli keluargaku berdiri mengadap ke dinding. Mereka kemudiannya menembak semua ahli keluargaku satu persatu. Aku terselamat kerana aku sempat berlindung di kalangan ahli keluargaku yang dewasa. Mereka terus menembak sehinggakan sebutir peluru telah mengenai Qadriya, adik perempuanku yang berumur 4 tahun. Kemudian seorang demi seorang gugur termasuklah ayauku, ibuku, datuk dan nenekku, pak cik dan mak cik saudaraku serta anak-anak mereka”.

Jacques de Reynier, Ketua misi Pertubuhan Palang Merah ke Palestin pada 1948, yang melihat anggota-anggota mayat yang dipotong serta berselerakan berkata, “Keadaan yang ada sungguh mengerikan. Saya juga melihat orang-orang muda lelaki dan perempuan yang memegang senapang dan bom tangan. Tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah. Saya melihat seorang wanita Yahudi yang kelihatan sebagai seorang penjenayah yang sangat kejam. Dia memperlihatkan darah-darah yang menitis dari kedua-dua tangannya seraya mengangkatnya dengan bangga seolah-olah dia sedang memegang dua piala kejuaraan”.

Angka korban yang besar

Tiada siapa yang pasti jumlah penduduk desa Deir Yassin yang terkorban dalam tragedi ini. Ada laporan yang menyatakan bahawa jumlah yang terkorban adalah seramai 254 orang termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang-orang tua. Menurut laporan PBB, hanya 40 orang daripada kira-kira 400 orang penduduk desa ini yang sempat menyelamatkan diri sedangkan yang lainnya telah disembelih dan dibunuh dengan kejam.

Siapakah arkitek kepada tragedi ini?

Harus diperjelaskan bahawa para teroris yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini bukanlah anggota organisasi ekstrimis Yahudi yang bertindak bersendirian bahkan mereka telah mendapat arahan terus daripada pemerintah Israel.

Kumpulan pengganas Haganah (yang kemudiannya mejadi batalion tentera Israel), telah mengebom desa Deir Yassin menggunakan mortar manakala kumpulan Irgun dan kumpulan Stern menyerang dari jarak dekat. Semasa kejadian ini, David Ben-Gurion yang merupakan Perdana Menteri Israel yang pertama telah menentukan polisi kumpulan Haganah; manakala Menachem Begin yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 6, telah mengetuai Irgun dan Titzhak Shamir yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 7, adalah bekas ketua pengganas kumpulan Stern.

Menachem Begin telah menggambarkan operasi yang tidak berperikemanusaan ini sebagai salah satu contoh resmi betapa kejam dan brutalnya regim Israel dengan kata-kata,“Tragedi ini tidak hanya dibenarkan, malahan tidak akan wujud Negara Israel ini tanpa ‘kemenangan’ di Deir Yassin”.

Kesan Deir Yassin


Rejim Yahudi Zionis telah menjadikan serangan seperti itu untuk menghukum dan menzalimi rakyat Palestin dan mengusir mereka dari bumi Palestin sehinggalah pendatang-pendatang haram Yahudi mempunyai tempat dan masa depan untuk hidup di Palestin. Israel Eldad, seorang pemimpin Zionis yang terkenal pernah berkata,”Jika tidak ada Deir Yassin, setengah juta orang Arab akan tetap tinggal di Negara Israel (pada tahun 1948). Dengan demikian, Negara Israel tidak akan pernah wujud”.


6 dekad selepas Deir Yassin

Kini telah 64 tahun berlalunya tragedi hitam Deir Yassin. Tragedi ini hanyalah satu daripada ratusan tentetan tragedi yang berlaku kepada rakyat Palestin. Negara Palestin yang dahulunya aman dan rakyatnya yang telah dinaungi keadilan terus dijajah oleh rejim Yahudi Zionis. Penangkapan, penyiksaan, penyembelihan dan pembunuhan terus berlaku tanpa mendapat perhatian yang selayaknya dari media antarabangsa. Konspirasi senyap lagi bisu di kalangan mereka juga telah menular di kalangan media Arab serta dunia Islam sekeliannya.

Sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat isu dan permasalahan umat ini agar terbelalah maruah Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.

Persoalan yang timbul, adakah kita rakyat Malaysia akan bersimpati dan prihatin dengan isu terbesar umat Islam di abad ini. Apalah sangat sumbangan yang telah kita berikan jika dibandingkan dengan saudara kita di Palestin yang telah mengorbankan keringat dan keselesaan, jiwa dan kehidupan demi mempertahankan maruah umat di bumi mulia ini.

Janganlah kita biarkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku ini sekadar menjadi lembaran sejarah tetapi marilah kita bersama melakari sejarah baru ketika umat amat menantikan  fasa kebangkitan dan kegemilangan. Jangan tengok kiri atau kanan, jangan tanya orang lain tetapi tanya diri kita sendiri. Apa yang telah dan yang akan aku sumbangkan?

Sokongan kepada Global March to Jerusalem (GMJ di Gaza - 30hb Mac 2012)

Semoga al Aqsa dan Palestin terus terbela !

Salam perjuangan,

Dr.z



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2012 03:58 PM | Show all posts
Untungnye orang2 Palestin
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 04:11 PM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 19-11-2012 03:58 PM
Untungnye orang2 Palestin

apa yang untung nyer..

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 04:16 PM | Show all posts
asher posted on 19-11-2012 04:11 PM
apa yang untung nyer..

Dorang.. 'keluar' je rumah.. jumpe syahid..

Korang... carik mcmane pun syahid.. xkan jumpe punye.. lebih2 lagi zaman sekarang.. hutang kete hutang rumah hutang bank.. x syahid mati klu banyak hutang
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 04:20 PM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 19-11-2012 04:16 PM
Dorang.. 'keluar' je rumah.. jumpe syahid..

Korang... carik mcmane pun syahid.. xkan jumpe pun ...

gitu ropenyer..

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 04:21 PM | Show all posts
lagi satu pasal 'mati'..

untungnye dorang terus mati.. anak2, ibu2, perempuan2 dorang... terus ke syurga. Allah maha kaya sebab :

1. yang mati - masuk syurga
2. yang tinggal hidup, mak, bapak etc - makin diuji, makin teguh iman dorang.. makin dorang mencari syahid hanya kerana ingin bersama2 dgn anak2 mereka yang dah ada dlm syurga
3. korang yang tengok etc - dapat pahala dgn membantu, sedekah, derma even doa

So.. 'ujian' bagi dorang adelah rahmat bagi semua...  mati kene bunuh itu rahmat bagi dorang.. but, 'siksa' bagi kebanyakan orang kite
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-11-2012 04:35 PM | Show all posts
hurm betul tu kawan-kawan..syahid mereka semua dah pasti..yg kita ni, hurmmm bertuah mereka, nak2 lagi anak2 kecil..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 04:56 PM | Show all posts
jika ada peluang dan jika kita ada anak lelaki yang telah baliqh... mahukah kita pergi/hantar berjihad di sana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2012 05:01 PM | Show all posts
terima kasih @fleurzsa sbb bg kita credit!..hehe  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 05:02 PM | Show all posts
gedget81 posted on 19-11-2012 04:56 PM
jika ada peluang dan jika kita ada anak lelaki yang telah baliqh... mahukah kita pergi/hantar berjih ...

tepuk dada, tanya hati...ermmm terpulang kepada anak kott..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 08:47 PM | Show all posts
tersentuh hati baca artikel ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 09:50 PM | Show all posts
first time bace sal neh..
hmmm.. nothing can say...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 11:00 PM | Show all posts
Sangt menyentuh perasaan....apa yg berlaku adalh rentetan kekejaman pemuka2 iblis syaitan nih....walaupun kematian syahid tp begitu sadis... x dpt bygkn sakitnya saat dikelar2, ditembak bertubi2 anggota tubuh hingga hancur....mana pergi ihsan kita sbg umat Islam apabila saudara seagama kita dibunuh sebegitu rupa....

Satu titik permulaan pemuka iblis syaitan ini mahu memerangi besar2ran umat islam dgn cetuskan huru hara...paling mengguris perasaan sbg umat Islam seluruhnya...apabila Rasulullah junjungan kesayagn kita dihina2 dicerca....

Hanya iringan doa senjata kita sbg mukmin...selg kita terdaya menghulurkna bantuan x kira apa...sama2lah bantu...

Ya Allah...Hentikanlah kezaliman ke atas saudara2 kami dengan membinasakan pemuka2 iblis syaitan ini dr terus-terusan berlaku kejam dan menginjak Agama kami dan Junjungan Kami Rasulullah S.A.W. Amin Ya Rabbal Alamin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 08:45 AM | Show all posts
PANGGILAN JIHAD!

Aman Palestin akan membawa rombongan Misi Kemanusiaan Ke Gaza pada tarikh berikut:

Tarikh: 7 Disember hingga 12 Disember 2012
Kos perbelanjaan: RM7500 (tanggungan sendiri)
Pendaftaran: Cik Anees, 03-89267019 / 017-4500780

AP mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai MISI MULIA ini agar segera mendaftarkan diri.

Inilah masanya untuk buktikan semangat JIHAD anda. Inilah masanya anda bertemu HERO-HERO kita di sana.

HAMAS menanti kehadiran anda.
Al-Qassam menadah tangan menerima anda.
Ismail Haniyeh menyeru anda.
Rakyat Gaza sedang melambai gembira menyambut anda.
Mereka semua sudah bersedia menantikan ketibaan anda.

Adakah anda bersedia?

Ayuh daftar, jangan bertangguh lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 10:26 AM | Show all posts
subhanallah...  
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 10:27 AM | Show all posts
kita masih lagi lalai dan leka... nauzubillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2012 03:40 AM | Show all posts
asher posted on 19-11-2012 04:11 PM
apa yang untung nyer..

in shaa Allah, rmai yg masuk syurga kerana syahid...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2012 11:10 AM | Show all posts
PAKISTAN YANG ADE NUKLEAR & VETO... ARAB SAUDI YANG KAYA DENGAN MINYAK TU TAK TAU NAK BUAT APE2 KER?? HMM...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2012 03:01 PM | Show all posts
Allah Maha Besar.  Allah sayang mereka, Syahid hadiah untuk mereka. Al-Quran telah mencatatkan semua ini. Pengakhirannya, umat Islam tetap menang. Bersabarlah duhai Palestine sekalian.  Mungkin kami tidak mampu, tidak punya harta mahupun kuasa menentang mereka si Laknatullah Yahudi, namun kami masih punya hati untuk terus berdoa kepada kamu sekalian.

Sesungguhnya, Benar janji Allah. Setiap yang berlaku, perancangan dan perlaksanaanNya, catatan dalam Kitab Suci Al-QuranNya, ada HIKMAH yang paling besar untuk kita semua.  semoga aku, dan seluruh umat Islam didunia mula sedar, dan bertaubatlah sebelum sampai masa kita.  Janji Allah Itu Benar Untuk Mereka Yang Beriman KepadaNya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2012 03:03 PM | Show all posts
shahbp posted on 24-11-2012 11:10 AM
PAKISTAN YANG ADE NUKLEAR & VETO... ARAB SAUDI YANG KAYA DENGAN MINYAK TU TAK TAU NAK BUAT APE2 KER? ...

Arab Saudi itulah sahabat rapat Uncle Sam. Banyak konspirasi dan peristiwa besar tapi menjadi sangat terpencil yang dunia tidak ketahui. Tapi, Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Wa'allahualam.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.109806 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list