CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mea

Maimon Mutalib (Kak Mon) terlantar sakit

[Copy link]
Post time 22-11-2012 10:41 PM | Show all posts
pelakon favourite aku nih..

serius klu kat tv x nampak langsung dia blakon, mcm kehidupan harian yg dirakamkan...

hope cpt sembuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2012 10:44 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh kak mon.. aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 02:38 AM | Show all posts
moga makcik mon cpt sembuh..
pernah baca dulu,klu tak silap kawan baik dia Mak Jah sanggup jual brg kemas sbb nk bantu dia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 02:51 AM | Show all posts
sabarlah kak mon
semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 03:55 AM | Show all posts
kak mon pndai berlakon...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 08:23 AM | Show all posts
get well soon kak mon...

suker tengok sheols berlakon - menjadi sangat2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2012 09:08 AM | Show all posts
SERINA REDZUAWAN ‏@serinaredzuawan

Kawan2 ku marilah kita berdoa pada Allah moga pelakon kak maimon Talib pulih segera kerana dia skrg terlantar di hospital breast canser..:-(
Expand
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 09:31 AM | Show all posts
watak makcik mon selalu menjadi smpai aku ingat die ni memang jahattttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 10:13 AM | Show all posts
get well soon...
teringat lakonan makcik mon dlm cerita yang eja ngan remy ishak berlakon tu, dia jadi mak yang nyanyuk. lawak giler..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 10:33 AM | Show all posts
jepp posted on 22-11-2012 10:28 AM
kesiannya.
Anak2 smua belajar lagi ke
atau ada yg dah kerja

itulah betul tuh.. kesian dia kan... time ni le si zed zaidi kene tolong. bukan asik marah atirs spore msuk jer

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 10:36 AM | Show all posts
kak mon admitted kt spital mana??? kalo bley ziarah teringin gak nak ziarah.. sukeee die
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 11:16 AM | Show all posts
smga cepat semboh acik mon
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 11:22 AM | Show all posts
Syed Harun Al-Jufry.... mak salah..mak termakan ckp org..kalau mak tau, mak takkan putuskan hubungan ko dgn biah... igt x dialog mak mon citer ape???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 11:31 AM | Show all posts
pandai dia berlakon.. jadi mak baik boleh jadi mak garang boleh.. jadi bomoh pun boleh... relax n bersahaja
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 11:31 AM | Show all posts
hensem2012 posted on 23-11-2012 11:22 AM
Syed Harun Al-Jufry.... mak salah..mak termakan ckp org..kalau mak tau, mak takkan putuskan hubungan ...

tu citer dajal suci
dah few times ada ulangan kat chanel prima

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 11:37 AM | Show all posts
semOga disembuhkan penyakit daripada Kak MaimOn...bersabar banyak2.
berdOa pada Allah SWT...In Shaa Allah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 11:37 AM | Show all posts
Reply #115...yezzaa...drama Bisikan Dajjal....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 11:42 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh.mmg bagus lakonan dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2012 12:52 AM | Show all posts
Suka lakonan dia....setaraf lakonan Normah Damanhuri,Azean Irdawaty dan otai2 lain.Kita dOakan dia cepat sembuh,ye...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2012 06:36 AM | Show all posts
Kak Mon kritikal barah tahap tiga


LAKONAN Maimon Mutalib tidak pernah mengecewakan sama ada di skrin TV mahupun di latar perak.


KHABAR tentang penderitaan akibat penyakit barah payudara yang sedang dialami pelakon senior, Maimon Mutalib, 54, mula hinggap di telinga ramai. Di sebalik keceriaan, senyuman serta lakonan yang membangkitkan emosi benci atau marah yang tersiar di kaca televisyen, Maimon yang lebih mudah dibahasakan Kak Mon itu rupa-rupanya sudah lebih setahun berjuang untuk melawan penyakit yang sangat digeruni kaum Hawa.

"Saya memang takut jarum, sebut perkataan hospital pun saya sudah seriau. Selama ini saya tidak pernah masuk hospital kecuali sewaktu hendak bersalin dahulu.

"Sudah setahun setengah saya tahu menghidap barah payudara, itu benda yang paling ditakuti. Saya sembunyikan daripada pengetahuan umum sebab gerun dan fikir macam-macam.

"Selama ini saya cuma elak ke hospital tapi berbagai-bagai usaha sudah dilakukan, daripada berubat kampung sehinggalah bertemu pengamal perubatan homeopati, apa yang orang kata bagus, semua saya buat," katanya saat dihubungi Sensasi Bintang untuk bertanyakan khabar yang sedang diperkatakan.

Dalam nada sedikit lemah, Maimon bercerita bahawa dia dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu berpunca daripada kekejangan yang dialami pada paha kiri. Pelik dengan situasi yang tidak pernah dialaminya itu sementelah badannya mulai lemah dan tidak mampu bergerak sendiri, dia dinasihatkan anak-anak dan ahli keluarga yang lain untuk membuat pemeriksaan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Sebenarnya saya terjatuh dari tangga, selepas itu terus rasa kejang. Bila datang hospital, terus saya ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Bengkak di bahagian kiri payudara saya semakin menyakitkan apabila doktor buat macam-macam ujian. Rasa sebak pun ada, sampai mengalir air mata bila badan kita diuji-uji begitu, tapi nak buat macam mana.

"Sekarang ini ibaratnya 'serah diri' sahaja, saya dah tak boleh buat apa-apa. Saya juga tak tahu sampai bila lagi saya akan duduk dalam wad hospital ini. Selepas ujian imbasan CT nanti kena tunggu keputusan untuk prosedur kemoterapi pula," katanya.

Ditanya tentang tahap kritikal barah yang dihidapi, cerita Maimon: "Ikut kata doktor, barah saya sekarang sudah masuk tahap ketiga.

Doktor juga periksa kepala sebab syak barah sudah merebak ke anggota badan yang lain, tapi semuanya okey. Saya cuma berdoa kepada Allah, minta dipermudahkan urusan dan segera sembuh. Kalau diizinkan Allah, saya masih perlu bekerja untuk anak-anak yang masih bersekolah," luah Maimon yang berstatus balu sejak kematian suami, 15 tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, Maimon hanya bergantung hidup kepada lakonan sebagai mata pencarian untuk membesarkan lima orang anak.

Sepasang anak kembar, Abdul Rahman Haji dan Abdul Rahman Haj, yang juga anak bongsunya kini masih di Tingkatan Empat.

Anak keduanya, Surayatul Nadia, 32, pula tidak boleh bekerja kerana menghidap sakit buah pinggang. Maimon juga mempunyai seorang lagi anak perempuan, Surayatul Natasha yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi dan anak sulung, Kamarul Syahid, 34.

"Sudah dua-tiga bulan juga saya terpaksa tolak banyak tawaran sebab tak larat. Saya juga selalu dimarahi kawan-kawan dan anak-anak kerana berdegil tak mahu ke hospital. Saya tak suka, nanti bila masuk hospital akan jadi begini, semua orang tahu dan fikir yang bukan-bukan," katanya.

Baru muncul dengan filem Budak Pailang, Maimon juga pernah berlakon dalam filem Sumpahan Kum-Kum, Semerah Cinta Stilleto, Pensil, Hijab, Hantu Dalam Botol Kicap dan banyak lagi. Di kaca televisyen, mungkin sudah ratusan judul yang menampilkan wajah Maimon dengan variasi watak.

Sepanjang berada di hospital, Maimon turut dilawati rakan-rakan artis serta wakil daripada Persatuan Seniman.

Kosmo Online

Last edited by ahkiluz on 25-11-2012 06:38 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.434283 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list