CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mea

Maimon Mutalib (Kak Mon) terlantar sakit

[Copy link]
Post time 29-11-2012 11:58 PM | Show all posts
Moga Allah permudahkn segala urusan Kak Mon n moga cepat sembuh n tabah hadapi dugaan ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2012 02:20 AM | Show all posts
kredit to- instag david teo

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 02:23 AM | Show all posts
nampak cam dah kurusssssss saya doakan acik cepat sembuh dah kembali mewarnai dunia hiburan dgn lakonan acik yang sememangnya malatoppp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 10:19 AM | Show all posts
Sian tgk dia...moga cepat sembuh yer aunty
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 12:09 PM | Show all posts
smuga cepat sembuh..suke die belakon!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 04:11 PM | Show all posts
smoga segera sembuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2012 04:29 PM | Show all posts
memang best lakonan dia.. semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 07:26 AM | Show all posts
Bimbang nasib anak
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my




PASTINYA ramai tersentuh hati melihatkan keadaan pelakon Maimon Mutalib sekarang. Jika dulu, pelakon yang mesra dipanggil Kak Mon ini nampak sihat dan ceria setiap kali berjumpa di mana-mana, kini situasinya berubah sama sekali. Yang kedengaran kini hanyalah cerita duka mengenai masa depan serta anak-anak yang masih memerlukan perhatiannya.

Pelakon berusia 54 tahun yang berjaya membawakan pelbagai karakter ini hanya mampu berada di atas katil akibat kanser payudara yang mula dikesan sejak setahun lalu. Paling membimbangkan kanser ini merebak ke bahagian tukang belakang menyebabkan tulangnya mereput dan sukar bergerak serta turut menjangkiti paru-paru dan bahagian mata kiri sehinggakan kelopak matanya sukar dibuka.

Selepas dibenarkan pulang berehat di rumah sejak malam Khamis lalu, Maimon yang kali terbaru tampil menerusi filem Budak Pailang dibawa semula ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam untuk proses imbasan dan dibenarkan pulang. Berikutnya dia akan ke hospital semula pada Khamis ini untuk rawatan susulan proses memasukkan chemo-port bagi menyalurkan ubat.

Ditemui pada Jumaat lalu, Maimon yang kematian suami sejak 15 tahun lalu, melahirkan kebimbangan terhadap nasib anak-anaknya sekiranya berlaku apa-apa nanti. Menerusi hasil lakonan, dia bekerja keras membesarkan Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, dan kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.

Kamarul dan Surayatul Nadia sudah berkahwin. Bagaimanapun Surayatul Nadia mengidap sakit buah pinggang yang serius dan terpaksa menjalani dialisis selama empat jam setiap hari. Surayatul Natasya pula lulusan ijazah skrin dari Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dan pernah bekerja dengan beberapa produksi. Kini dia terpaksa berhenti kerja sementara bagi menjaga ibunya.


Memburukkan keadaan pasangan kembar yang kini menuntut di Sekolah Menengah Vokasional Klang pula mengidap semput dan turut memerlukan perhatian yang khusus.

“Doktor suruh beli beg sokongan yang berharga RM1,000 ke atas untuk menyokong tulang belakang. Chemo-port juga berharga lebih RM1,000. Doktor juga akan buat proses CT Scan untuk tengok sama ada urat saraf terganggu. Sebaik disahkan menghidap kanser payudara lebih setahun lalu, saya diselubungi rasa bimbang.

“Saya tak nak menghebohkannya kerana tak mahu mengganggu kerja. Begitu juga saya merahsiakannya daripada anak-anak kerana ada yang tak sihat dan masih bersekolah. Saya rasa takut, bimbang dan risau memikirkan selama mana hayat saya ada. Sedangkan ketika sihat pun pendapatan yang saya dapat pun tak seberapa.

“Mereka mengerti hidup kami. Saya berdikit-dikit berbelanja untuk makan. Tak lama lagi sekolah nak buka semula, bayangkan di mana saya nak cari belanja untuk persiapan dua kembar ini. Orang boleh cakap macam-macam tapi hanya saya yang tahu perkara sebenarnya. Sebab itulah selagi boleh bergerak saya akan cuba berlakon.

“Apabila sudah sakit macam ini, kalau nak meminjam dengan kawan-kawan nak bayar dengan apa? Ketika masuk wad, doktor bagi semangat pada saya dan minta saya bertenang. Saya tak sedih sangat kerana sudah melalui perkara ini begitu lama. Ketika di wad sebelum ini, saya tak boleh makan. Saya terasa sakit pun saya tak panggil anak kerana tak mahu mereka risau,” katanya.

Maimon mengakui dia dimarahi oleh keluarga dan ramai pihak apabila berita mengenai penyakitnya tersebar. Bagaimanapun dia terpaksa melakukan perkara ini disebabkan alasan-alasan ini.

“Mereka marahkan saya kenapa simpan sendiri dan tak kongsi. Saya sebenarnya tak biasa nak mengadu dan tak mahukannya jadi bahan percakapan orang. Saya takut orang akan jadi mengumpat pula gara-gara sakit saya ini. Saya tahu ramai yang sayangkan saya. Sebenarnya saya jujur berkawan dengan semua orang tanpa ada kepentingan diri.

“Bila sakit, saya risau dengan nasib anak kembar saya. Mereka sangat mengerti kesusahan ibunya. Bayangkan mereka hanya berbelanja wang sebanyak RM50 seminggu dan bawa bekal ke sekolah. Apapun saya bersyukur kerana anak-anak saya menjadi dan berjaya dalam pelajaran. Saya tak nak orang pandang anak artis sebagai tiada pelajaran.

“Saya bukanlah jenis yang suka meminta. Bahkan ketika sihat, saya buat pinjaman dengan bank kerana nak bayar semula. Duit itu digunakan untuk baiki rumah termasuk bumbung yang bocor dan kahwinkan Surayatul Nadia,” katanya.

Pada hari sama, Maimon turut menerima kunjungan Yayasan Artis 1Malaysia yang diwakili Pengerusinya, Datuk Irwan Shah atau DJ Dave yang ditemani Datuk M Nasir dan Nash Lefthanded menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,000. Maimon berterima kasih terhadap keprihatinan yang diberikan dan berharap nasib anak-anaknya akan terbela sekiranya berlaku apa-apa kepadanya selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/03

Last edited by ahkiluz on 4-12-2012 07:27 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2012 08:37 AM | Show all posts
semoga makcik maimon cepat sembuh ya
sapo sebelah david teo tu..seram mukanye..rosnah mat aris ke bukan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 08:43 AM | Show all posts




nampak lain kakmon...kurus je kan.. moga beliau cepat sembuh...Aamin...


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 09:35 PM | Show all posts
Pelakon berusia 54 tahun yang berjaya membawakan pelbagai karakter ini hanya mampu berada di atas katil akibat kanser payudara yang mula dikesan sejak setahun lalu. Paling membimbangkan kanser ini merebak ke bahagian tukang belakang menyebabkan tulangnya mereput dan sukar bergerak serta turut menjangkiti paru-paru dan bahagian mata kiri sehinggakan kelopak matanya sukar dibuka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 10:07 PM | Show all posts
YA Allah makin teruk sakitnya.
SENIMAN ke persatuan retis2 x de buat bantuan ke?
Mak Cik Mon ni ibu tunggal kan. dia berlakon sbb nak sara anak kembar dia.
tp x pasti anak dia umor brape
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 10:09 PM | Show all posts
Kesiannya...

Mudah2 an ada yg dpt membantu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 11:13 AM | Show all posts
semoga tabah
semoga cpt sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 04:11 PM | Show all posts
Moga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 07:29 PM | Show all posts
Mak lampir yang horror itu adalah Khatijah Abu Hassan yang berlakon citer Opah and ex wife Aziz Singah. Hari tu jumpa dia kat Ampang Park ngn pak arab tua. Serious dia mcm witch. Takdak muka dia langsung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2012 07:57 AM | Show all posts
Rabu Disember 12, 2012
Maimon Mutalib Terus Lawan Kanser Tanpa Tagih Simpati

Oleh WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)



Maimon Mutalib

KUALA LUMPUR: Dramatis Maimon Mutalib berkata kekangan kewangan membuatkan dia reda dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam merawat penyakit kanser payu daranya yang kini pada tahap keempat.

Maimon, 54, berkata, dia enggan menagih simpati atau menyusahkan mana-mana pihak dengan meminta bantuan semata-mata untuk meringankan kos rawatan itu.

"Tak perlulah saya meminta ke sana dan sini atau menagih simpati orang semata-mata untuk melawan penyakit ini habis-habisan.

"Cukuplah saya berikhtiar merawat mengikut kemampuan kewangan saya selagi terdaya.

"Kalau ditakdirkan saya sudah tidak mampu lagi saya reda dan pasrah dengan apa-apa kemungkinan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Selasa.

Keadaan kesihatan Maimon yang sudah setahun menghidap penyakit itu semakin merosot sehingga memaksa dia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada bulan lalu selepas mengalami kekejangan pada pangkal paha.

Difahamkan, barah itu sudah merebak ke bahagian tulang belakang yang menyebabkan tulangnya mereput dan sukar bergerak.Ia turut menjangkiti paru-paru dan bahagian mata kiri sehingga kelopak matanya sukar dibuka.

Ibu tunggal kepada lima anak itu berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu penderitaan tersebut mengundang sebarang persepsi di kalangan mana-mana pihak.

"Kenyataan hidup ini memang banyak dugaan yang perlu kita hadapi. Saya sudah lama lalui pelbagai kesulitan sejak kematian suami 15 tahun lepas.

"Apabila diduga dengan penyakit ini, saya harus tempuh semampu yang boleh dan tidak perlu saya bersedih atau menagih simpati," katanya.

Maimon yang kali terakhir terlibat dalam penggambaran drama Raja Bola (RTM) pada awal bulan lalu berkata, dia amat menghargai doa dan sumbangan peribadi teman-teman rapat dan keluarga dalam meringankan bebannya.

"Saya pun sudah sebulan tak berlakon. Duit simpanan pun sudah habis kerana saya menanggung perbelanjaan keluarga.

"Mujurlah ada juga sumbangan ikhlas kawan-kawan yang sudi membantu meringankan kos rawatan.

"Namun, saya tidak boleh terus mengharapkan bantuan. Selagi termampu saya akan lawan penyakit ini kerana saya tiada banyak duit," katanya.



-mstar-


mudahan cepat sembuh yer kak mon......


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 08:08 AM | Show all posts
smoga
kak mon tabah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 08:33 AM | Show all posts
Sedih baca pasal pesakit yang mengidap kanser.....Semoga Kak Mon tabah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.063236 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list