CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7821|Reply: 33

bagi aku idea macam mana nak handle kes ni (hampir setel...)

[Copy link]
Post time 23-11-2012 11:19 AM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum dan salam jumaat.

tak sangka aku boleh bukak thread kat sini. selalunya bila orang bukak thread mana aku minat nak reply aku reply, dengan harapan  jangan benda-benda ni jadi kat aku. pandai kan sangat aku komen dekat orang bila kena batang hidung sendiri aku jadi blur plak. padan muka aku. tapi at least aku tak buat MN. gasaklah.

macam ni, pagi tadi aku datang opis, kakak kerani ade bagi aku satu sampul pos laju, tanpa ada nama dan alamat pengirim. kat sampul tu tulis cik kerani, tapi ditujukan khas kepada aku. aku ingatkan berkenaan kerja. tapi aku pelik napa cik kerani bukan atas nama pengarah atau project manager. dari celah sampul yang dah dikoyak ganas dek kakak kerani opis aku dpt tgk kertas yang agak tebal dengan kertas depan ada tulisan berkaler merah. aku memang ingat tu pasal kerja sebab aku memang tunggu beberapa maklumat berkenaan projek yang opis aku tgh buat.

bila aku tengok kat situ ada beberapa bil telefon yang dihighlightkan nombor telefon laki aku, tiket wayang dan jugak senarai benda- benda yang laki aku buat. sebelum tu, bulan jun, aku penah dapat satu panggilan telefon yang cakap laki aku gila dengan janda tempat kerja dia. dia telefon opis aku. aku rasa dia sekodeng fb aku, kat situ aku pun bangang gak pasal aku gi taruk nama kompeni aku keja. dia tak dapat nombor henpon aku dia call opis. sebelum tu dia call tanya betul ke aku ni puan L laki aku nama en.J keja dekat xxxx (rahsia). aku cakap la haah tanpa syak apa2. lepas tu dia tanya ade dpt msg kat fb ke..aku ckp takde. lepas tu dia kata xpelah. aku yg lurus bendul ni gilah tanya laki aku. manalah taw kot agen insuran ke, apa ke. laki aku cakap tak tahu. aku pun oklah. lepas tu laki aku call cakap dia tahu sapa telefon, dia suh aku cakap ngan mamat ni. tp dia cakap kat aku tolong jangan percaya. lelaki ni gila talak. aku tanya kenapa. dia cakap dgr dulu apa laki tu nak cakap. lepas tu dia ulang lagi, tolong jangan percaya. aku pun oklah..tp jantung dah debor.

mamat tu call, cakap laki aku ade skendel ngan janda. so aku bekinglah laki aku. tapi masa dia cakap laki aku selalu kuor ngan janda tu aku dalam pantang lagi. kadang2 laki aku dok ngan aku masa tu pantang kat umah mak aku, kadang2 dia balik umah mak dia. umah mak aku ngan mak dia tak jauh, lagipun kebetulan masa tu kitaorang buat rumah sebelah rumah mak mertua, dah siap, tinggal nak cat je. kadang2 dia balik sbb dia cakap dia nak cat rumah. sikit2 pun xpe.kat situ dah buat aku macam nak percaya je mamat tu. macam2lah dia cerita. dia cakap laki aku gi tgk wayanglah dengan janda tu, pegi rumah janda tu, kuor lunch sesama, petang sebelum balik keja pun sempat lg minum petang. kuor sampai lewat malam, alasan tgk bola. tp ada sekali laki aku kuor tgk bola dia ckp ngan kawan dia. . aku dah cuak. petang tu baru aku dpt msg kat fb aku, mamat tu attached fail pdf bil telefon memang bnyk la laki aku sms pompuan tu. balik aku tnya laki aku. dia ckp dia baik ngan janda tu since dia org ade sukan utk opis dia. dorang main satu game. tu yg mcm banyak kali jumpa jgk, sbb petang2 diaorang selalu training. gitu gini bla...bla....lepas bincang dengan baik, aku percaya kat laki aku. tapi aku kasik amaran kat laki aku tayah lah dekat2 ngan janda ni. boleh menimbulkan fitnah. dia pon cakap ok, tp kalau terjumpa tu biasalah, satu tempat kerja. aku pun ok....perempuan tu ada gak nak jumpa aku, tapi aku malaslah pulak. rumah tangga aku aman damailah sampai pagi ni aku dpt sampul tu.

kat situ dia tulis laki aku ada pergi rumah janda tu baiki, paip bocorlah, tolong gantung framelah, tolong itu inilah. pastu tulis kata tak mustahil laki aku ngan janda tu beromen. dia ckp bini baru bersalin laki main ngan janda. lepas tu boleh dia ckp aku bengong sebab percaya kat laki aku. konon tgk bola lewat malam, spain ngan portugal masa tu. euro. aku masa tu baru masuk rumah baru lepas pantang tak langgan lagi astro. dia tulis konon tgk bola rupanya main bola.... aku lupa nak ckp laki aku selalu sms janda tu dulu pasal nak tanya insuran. laki aku nak buat insuran anak aku. pompuan tu agen. aku selalu gak cek tepon laki aku. xde pon msg2 ngan pompuan tu. taktawlah kalo dah delete kan. banyak lglah yang di tulis. sampai aku terdetik rasa yg mamat ni mcm brcakap benar. tapi nak percaya taleh gak. macam mana dia tau. itu yg aku pelik. tak tawlah kalo dia tepon anak dia ckp memang laki aku ade pg umah dia. memang angin puting beliung aku jap lg.

so kat sinilah, dengan kononnya bukti yang aku ade, macam mana aku nak handle benda ni. cuba korang bagi idea.

1. balik rumah tanya laki mengamok ala ribut sandy.
2. curi nombor tepon janda tu lepas tu call maki2.
3.esok laki aku ada family day opis dia, serang dia kat sana ngan janda tu dengan xde rasa malu
4.buat pertemuan empat pasang mata, laki aku, aku, janda tu ngan mamat duda gila talak tu.

aku takkan buat bodoh. aku mesti setelkan hal ni. sorang gila talak, sorang gila janda, sorang gila laki orang. aku tersepit. no way aku akan berdiam. aku dah panas ni, kalo ikutkan ati aku nak gi opis laki aku mengamok kat sana jugak. seb bek kakak kerani tu tenangkan aku. satu lagi aku malu, tak pasal2 kakak kerani tu tahu. gampunk betullah. sebab aku nak dah plan nak kasi tahu janda tu kalo benda ni jadi lg aku akan buat repot polis, atas tuduhan kacau ganggu. nak jadi apa jadilah

sebab aku macam nak percaya je mamat tu sebab dia ada  bukti. cer korang bagi idea cemana. sbb tengah marah ni kepala aku serabut aku taleh fikir.

tolong seriuslah kasi cadangan sebab aku nak setel cepat.








Last edited by kikuri on 26-11-2012 09:18 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 11:34 AM | Show all posts
kalau aku, aku tanya diri aku balik... "aku kenal ke tak dengan perangai laki aku tu...?" Means sebelum ni dia penah buat perangai tak...

Dari situ baru aku leh buat keputusan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 11:48 AM | Show all posts
brown_pupil posted on 23-11-2012 11:34 AM
kalau aku, aku tanya diri aku balik... "aku kenal ke tak dengan perangai laki aku tu...?" Means sebe ...

maybe aku tak kenal sepnuhnya lagi perangai laki aku...tp dari masa kapel, ke bertunang kahwin sampai aku beranak ni belum lglah aku dgr perangai bukan2 dr dia...tp tak tahulah. mcm kata org bila dah setilam sebantal barulah kita tahu perangai sebenar dia mcm mana. sbb tu aku berkeputusan nak setel gak benda ni. cuma caranya mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 11:52 AM | Show all posts
kikuri posted on 23-11-2012 11:48 AM
maybe aku tak kenal sepnuhnya lagi perangai laki aku...tp dari masa kapel, ke bertunang kahwin sam ...

check dulu bukti2 yg org tu bagi kat ko sahih ke tak.. then ko kena fikir balik, apa motif mamat tu bagi semua bukti kat ko. maybe he has other intention also.. mungkin dia juga ada berdendam dgn laki ko.. who knows kan...

sebab tu aku kata, hanya isteri yang boleh menilai husband.. tapi dalam kes ko ni, ko kata ko pun tak berapa kenal kan..

then, the best solution... ajak suami ko duduk berbincang... bagi semua bukti2 tu dan tanya dia sejauh mana kebenaran benda2 tu. Ko tengok dari response dia.. dia deny atau teragak2.. then ko buat la keputusan yg sewajarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 11:56 AM | Show all posts
brown_pupil posted on 23-11-2012 11:52 AM
check dulu bukti2 yg org tu bagi kat ko sahih ke tak.. then ko kena fikir balik, apa motif mamat t ...

sokong..!
diskus elok2 ngn husben dlu ....
jgn  bertindak ikut emosi marah...
cool eh... & be strong sis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 12:01 PM | Show all posts
brown_pupil posted on 23-11-2012 11:52 AM
check dulu bukti2 yg org tu bagi kat ko sahih ke tak.. then ko kena fikir balik, apa motif mamat t ...

sebab mamat yang bagi aku benda2 tu bekas laki janda tu. tapi bil2 yang dia bagi tu semuanya dalam bulan may ngan april, masa tu aku berpantang lagi. tapi dalam surat yang dia bg tu ckp skang ni pun masih bhubungan. kadang2 aku tnya laki aku lunch kat mana ngan sapa...si janda tu ada tak, adelah beberapa kali dia cakap ada. dah satu opis, biasalah ramai2. aku ckp ramai2 oklah, tapi kalo aku taw berdua, paham2 jelah.

aku memang nak tanya laki aku, tp benda tu tak libatkan laki aku sorang. aku nak jumpa janda tu sekali ngan bekas laki dia. dok empat pasang mata. aku nak tgk sapa ckp betul sapa tak....tapi otak aku dok pikir balik ni siaplah aku nak ngamok dimana cara tu adalah sangat tak betol...takot nanti aku panas, laki aku panas walopon dia bukan panas baran, macam2 benda leh jadi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2012 12:04 PM | Show all posts
kikuri posted on 23-11-2012 12:01 PM
sebab mamat yang bagi aku benda2 tu bekas laki janda tu. tapi bil2 yang dia bagi tu semuanya dalam ...

kalau aku, baik jgn layan sgt perasaan emo tu..

kadang2 bila kita ni marah2, kita selalu buat keputusan yang tak wajar.. pastu bila dah cool down, baru menyesal...

aku nak tanya ko, ko pasti ke ko boleh kawal perasaan bila nak bertentang mata dgn semua pihak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 12:10 PM | Show all posts
Benda tak besar manapun dear....sabar, sabar banyak-banyak...istighafar...

Jgn attack sesiapa...nanti tak pasal-pasal malu muka seribu tahun. Org kalau gila talak mmg apa-apapun boleh buat punya..

Cadangan aku, since hubungan you and hubby baik-baik sajork...so apa kata this coming weekend buat makan2, jemput kengkawan dan kawan2 somi termasuk Ms J ni. Tak baik bersangka buruk pd org. Bila dah berjumpa dlm suasana ceria dan gembira baru best, tak tension, tanya khabar dia. Slowly nanti-nanti bila dah kenal baru bgtau dia yg Ex dia dok ganggu ko. Tengok apa kata dia. Jgn jadikan wanita ke 3 sebagai musuh sebaiknya kalaupun dia musuh jadikan dia rakan. insyaallah r/tangga you akan bertambah kekal selamanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 12:14 PM | Show all posts
sampai tiket wayang pun mamat tu kirim kat ko...
adekah kononnya itu tiket wayang laki ko dgn janda tu?
mane dia dapat weh...
pelik sungguh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 12:14 PM | Show all posts
brown_pupil posted on 23-11-2012 12:04 PM
kalau aku, baik jgn layan sgt perasaan emo tu..

kadang2 bila kita ni marah2, kita selalu buat k ...

ye jugak eh...kekonon pung pang pung pang nak jumpa semua...last2 tgk aku yang tak tahan nanti. baiklah dihari jumaat yang mulia ni aku cuba kontrol skit angin aku ni. balik kang aku masak mcm biasa, anak dah tido baru aku tnya baik2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 12:16 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 23-11-2012 12:10 PM
Benda tak besar manapun dear....sabar, sabar banyak-banyak...istighafar...

Jgn attack sesiapa...n ...

yelah kaka bling betul gak tu, kalo tak buat makan2 mungkin jumpa kat mana2 untk setel benda ni elok2. ingtkan aritu dah diam semuanya dah setel. rupanya dia kaco balik. agaknya tak puas ati kot tgk kitaorg masih ok. tak pun dia ngin kot sbb laki saya ngan mak jan tu masih baik. kadang2 fikir, mstilah kena baik dah nama pun satu tempat kerja. penin..penin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 12:19 PM | Show all posts
botolmineral posted on 23-11-2012 12:14 PM
sampai tiket wayang pun mamat tu kirim kat ko...
adekah kononnya itu tiket wayang laki ko dgn janda ...

ye bukan stakat tiket wayang aku pelik..mana dia taw laki aku tgk bola tu pon aku pelik...tp memang laki aku ade pg layan bola tgh2 malam masa euro aritu. tiket wayang tu dia scan, ada dua, tmpat duduk sebelah menyebelah, citer john carter, aku pon tataw citer apa ni, mybe masa tu aku berpantang, kurang ambil tahu hal ehwal luor sangat
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 12:23 PM | Show all posts
kikuri posted on 23-11-2012 12:16 PM
yelah kaka bling betul gak tu, kalo tak buat makan2 mungkin jumpa kat mana2 untk setel benda ni el ...

cemburu tu perlu tp selalu gunakan akal sebelum bertindak, emosi2 ni letak sebelah. Kita sendiripun kerja tentu ada juga sesekali keluar mkn sesama rakan sekerja, asalkan suami kita kenal dengan siapa kita keluar dan tak mendatangkan fitnah jadi letaklah tempat kita di tempat somi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 12:23 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 23-11-2012 12:10 PM
Benda tak besar manapun dear....sabar, sabar banyak-banyak...istighafar...

Jgn attack sesiapa...n ...

i like this comment and idea...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 12:45 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 23-11-2012 12:10 PM
Benda tak besar manapun dear....sabar, sabar banyak-banyak...istighafar...

Jgn attack sesiapa...n ...

betul tu agreed sesangat.

marah or mengamuk tak kan selesaikan masalah. tenangkan diri.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 02:05 PM | Show all posts
Sabor la yer TT...ni sumer dugaan yg tak pernah jangka kan...

Benda2 camni kena siasat betul2 sbb zaman skang ni susah nak percayakan sesapa pun...lagi2 org luar yg kita tak pernah kenal n tau asal usul dan tetiba muncul jer claim itu ini begitu begini...org skang ni ramai yg suka mengambil kesempatan diatas kesempitan org lain...

Seeloknya TT siasat la dulu kan...jgn tetiba gi ngamuk sana sini coz if benda tak betul nanti later TT jugak yg dpt bad impression...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 02:14 PM | Show all posts
kikuri posted on 23-11-2012 12:19 PM
ye bukan stakat tiket wayang aku pelik..mana dia taw laki aku tgk bola tu pon aku pelik...tp meman ...

john carter dah lama citer tu. tapi boleh ke jadi bukti? walaupun tiket 2 sebelah-sebelah, tiket tak ada nama kan? so sesiapa punya tiket pun beliau boleh claim itu tiket hb tt dgn janda beliau. lain la kalu tiket wayang macam tiket flight yang ada print nama bagai.

tenangkan diri. sememangnya manusia mana yang tiada prasangka. sebaiknya tt duduk bincang dengan hb baik-baik. tunjukkan semua benda yang tt dapat tu. kalau nak jawapan yang betul-betul pasti, jumpa semua pihak yang terlibat. masa tu kita boleh tengok sapa yang betul, sapa yang salah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 03:28 PM | Show all posts
cadangan saya... awak call je girlfriend suami awak (mungkin juga sudah sah jadi isterinya yang kedua)..
justeru saya cadangakan awak jangan terlalu beremosi. tanya elok-elok. kawal kemarahan.
catatkan point yg awak nak tanya dia supaya tak offtopic.
percayalah, bila diskusi serious dilakukan dengan berhikmah, teliti dan berhati-hati, pasti anda lebih mudah mendapat jalan keluar.
mana tahu dengan kebaikan dalam berbicara yang anda tunjukkan ketika berbincang dengan GF suami anda, dia akan berlembut hati dan sedia berundur diri.
semoga anda tabah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 05:08 PM | Show all posts
1st of all iols nk tanya hubungan u n hubby u camne?..kira dia layan u mcm mana..u ada nmpak perubahan x dlm tempoh beberapa bulan ni especially since u berpantang..kalau biasa2 saje, iols rasa u patut rilex dan simpan dulu semua yg u ada tu..sbb u xde sebab utk serang your hubby tu..u xtau sejauh mana betul atau seriusnya hubungan hubby u dgn makJ tu..cuma from now on, u kena lebih berhati2 dan menjadi lebih sensitif terhadap tingkah laku your hubby..n if u ada rs curiga apa, cuba take note/keep the date n time bila benda tu jadi..so bila dtg lg 'bukti2' yg en duda tu bg, tgk balik, jive x dgn date yg u da catatkan tu..kalau x jive, u xde sebab nk curiga..

dan selagi xde melibatkan atau xde effect kt life u, kalau boleh, jgn libatkan diri u dgn masalah makJ tu dgn duda dia..tu masalah diorang..

kesimpulannya, sila buat research anda sendiri sebelum main tuduh2 or serkap jarang your spouse hanya sbb org luar gtau..takut bila x betul, u yg malu dan your spouse kecewa sbb u x trust kt dia..lgpun kalau betul, lg thrill kalau u boleh tgk sejauh mana your hubby n makJ tu leh main wayang..bila smpai masa, cukup bukti (yg dr u sendiri), baru..SERANG!!

nota kaki: iols penah kena tuduh ada skandal dgn kawan iols hanya sbb nombor iols selalu appear kt recents dlm phone kawan iols..hakikatnya, kawan iols tu perempuan n iols juga perempuan..maybe sbb nama panggilan iols x mcm perempuan, da laki dia igt iols scandal bini dia..x pasal iols kena tuduh mcm2 as pengganggu rumahtangga org.. ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 05:12 PM | Show all posts
cadangan:

1. Apply cuti utk esok...
2. join sekali dia orang punya family party...
3. kenal dgn kawan2 office dia...cari calon2 spy! tukar2 no. phone & FB sebanyak yg boleh.....
4. kenal siapa bos dia...ambil email add. (dptkan business card)
ini buat backup kalau case jd worst leh email bos pisah depa.
5. sambil tu ambil peluang beramah mesra dgn janda tu...indirectly tanya pasal keintiman janda tu ngan laki u...

6.....ikut cadangan cik puan bling2..adakan jamuan....mengeratkan lg silaturahim antara spy2 terpilih

dengan cara ni mungkin u boleh dapt cerita sebenar.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.118119 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list