CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nashrudean

LIFE OF PI [BY ANG LEE]

[Copy link]
Post time 18-12-2012 08:03 AM | Show all posts
ai tetap memilih untuk mempercayai cerita pertama (the one with the tiger bak kata the writer aka interviewer)

memanglah cerita pertama ianya lebih bersifat tak rasional, kurang unsur logik, tak dapat dihadam dan ditafsir dgn pemikiran biasa tp tetap mengesankan,mewujudkan rasa sayu, tanda tanya, kegembiraan dan juga keraguan!

nah, begitu juga dgn agama..agama tak perlukan rasional,agama tak perlukan logik sains semata-mata. agama dan kepercayaan perlukan apa yg kita rasa benar, tanpa perlu lihat.kita harus baca, kita kaji, kita persoalkan, kita pupuk, kita amal dan kita yakini! dlm beragama, setiap org nampak jalan yang berbeza (kita cari jalan tu sendiri)

p/s: suka sangat kata-kata bapa PI, "kalau kau percaya dua tiga agama dalam masa yang sama, serupa sahaja mcm kau tak percaya apa-apa... (bullseye)

yang penting jangan putus asa...

keraguan,persoalan dan proses mencari makna tu penting dlm menjadi insan beragama yg benar2 beragama (dlm konteks ai: sebagai seorang muslim) --> bukan hanya ikut melulu tanpa membaca & memahami Last edited by myralupilato on 18-12-2012 08:05 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2012 08:07 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 17-12-2012 06:46 PM
for sure kawan2 kau tu bimbo..

hamboi
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 11:55 AM | Show all posts
Haku nengok citer neh masa hari pertama tayangannyer... mmm.. baru terpikir nak komen..hukhuk.... sebab masih terkesan di hati gitu...

haku nangis nengok citer neh.... hukhuk....

Memang haku agak kecewa ngan ending dia.. (maybe sebab haku minat genre fantasi atau sesuatu yg sukar diterima akal)... Tapi pas baca komen kengkawan lam neh... Baru haku merajinkan minda haku utk berfikir secara logik.... Mmmm....

Cerita neh sgt best pada haku.. Even dia hanya berhalusinai dan sebagainyer.. Tapi ada byk pengajaran yang kite leh dpat dri cerita tue.. Yer... Penulis buku tue.. memang seorang yang sgt bijak..berfikiran jauh dan sudah pastinyer membuat kajian....(Mengaitkan unsur2 keagamaan.. kristian, hindu,Islam,buddha)mengumpul pengalaman sendiri @ orglaen...( pasal cemana nk survive di laut tue) dan komunikasi antara manusia dan haiwan.... (haku amat suke haiwan..salah satu sebab utama haku tengok citer neh)...

Cerita ke-2 tue... dia nmpak amat tenang masa cerita.. Masa neh..haku mmg dh rasa tk sedap atie dah.. Mmm... Penulis/Pengarah filem dh mengajak kita berfikir... Eh.. Betui ke neh? Mana satu yang betui? Aaahhh... Sudah.... Haku agak kecewa.. Tapi itulah realiti kehidupan....... Kesimpulannya.... Tuhan itu Wujud....Never Give up....Kalo belum sampai ajal, seseorang itu akan terus hidup walau apa jua musibah yang menimpa beliau...

Cerita yang unik.... 4 bintang.... pasneh beli DVD la plak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 11:57 AM | Show all posts
amukgemuk posted on 12-12-2012 01:20 AM
Cerita dua yg sebenarnya, bagi aku lah. Cerita satu tu boleh percaya...tapi suspiciouslah sikit teti ...

mmm... komen ko mmg membuka segalanyer...

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 12:51 PM | Show all posts
Nara_Gaara posted on 17-12-2012 06:08 PM
Best filem ni. Tak sangka rupanya cerita ke2 tu lah yg sebenar berlaku. Nara respect semua forumers  ...

haaa...baru teringat Pan's Labyrinth....subtle jugak tu...semua fantasy tu adalah bentuk penceitaan subtle utk kisah malang yg dialami......

ingat2 lupa....aku rasa mcm pan's labyrinth tu lebih tepat kalau dikatakan berhalusinasi....sedangkan Life of Pi bukan berhalusinasi...Pi memilih utk bercerita secara subtle...sama macam si ayah bercerita pengalaman hidup ala fairy tales kpd si anak dalam filem Big Fish.....

Last edited by cmf_GAIA on 19-12-2012 12:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 06:29 PM | Show all posts
pan labyrinth tu halusinasi? mati2 aku ingat pan semau makluk tu wujud
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2012 05:35 PM | Show all posts
korg xyah nk pening2...... cerita pertama yg betol........
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 06:10 PM | Show all posts
aku tengok citer ni 3D..

part paling terkejut..

yang masa richard parker tetiba je melompat kuar nak tangkap seekor lagi binatang tu..

hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2012 03:56 PM | Show all posts
br tgk citer n smlm.

pd aku la even pengarah n producer pun x leh nak decide mn satu version pi yg btl sama ada cerita satu atau dua. mmg sengaja pengarah buat mcm ni utk mewujudkan persoalan di kalangan penonton, so mcm marketing strategi la, sbb masing2 bg pendapat masing versi mn yg btl. so penonton yg neutral akan tgk sendiri cerita ni kat panggung sbb nak cr jawapan. mmg bijak strategi dia ni.

cerita 1 mmg agak meragukan. agak kalo2 harimau tgh lapar berhari2 x mkn then jumpa manusia leh ke dia tahan kelaparan dia tu? aku rs x..

watak pp pd aku mmg sgt sempurna smpikan aku tertanya2 ini cgi ke harimau btl ni.. kalo nak kata cgi langsung x nmpk kecelaan dia.. kalo org tua2 tgk mesti dah kata ni harimau betul ni.. cgi mmg hebat....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 08:59 PM | Show all posts
Paper Utusan semalam ada review tentang movie ni. Garu kepala jap bila baca kupasan dan intpretasi saudara Hassan ni. Tak terfikir pun. Setiap orang melihat dari sudut yg berbeza.

Manusia, kapitalis dan sinemaOleh Hassan Abd Muthalib


PERSOALAN tentang apakah sebenarnya itu filem sering dibangkit oleh karyawan filem yang begitu prihatin - malah sedih - tentang apa yang berlaku ke atas seni yang disayangi dan diceburi mereka. Kesedihan ini lahir akibat sikap penerbit-penerbit filem dan penonton di seluruh dunia yang menolak filem-filem yang membawa pemikiran tentang alam, manusia dan ketuhanan
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa apabila diserahkan urusan kepada mereka yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran. Studio-studio filem dan stesen-stesen televisyen kini dikendalikan oleh mereka 'yang bukan ahli'. Mereka sanggup melakukan apa sahaja kerana kedudukan mereka bergantung kepada sesuatu produk yang 'laku' di pasaran. Maka mereka terus menyajikan 'sampah' semata-mata kerana ia diminati dan mendatangkan keuntungan.


Isu dan persoalan tentang kemunduran sinema di Malaysia sendiri pernah diperkatakan menerusi Seman (Mansor Puteh), Johnny Bikin Filem (Anuar Nor Arai), Kala Malam Bulan Mengambang (Mamat Khalid), Wayang (Hatta Azad Khan) dan Bunohan (Dain Said). Barangkali Ang Lee, pengarah filem Life of Pi, terasa bahawa sudah sampai masa baginya untuk meluahkan rasa hati tentang hegemoni filem-filem yang spektakular tetapi kosong di segi pengisian.


Life of Pi membawa beberapa persoalan, antaranya: Bukankah kebenaran itu lebih jujur dari sesuatu yang direka-reka? Bukankah filem itu sesuatu yang spiritual, dan rahsia alam dan diri hanya dapat difahami melalui pengembaraan fizikal, mental dan spiritual? Jika Tuhan memberi petunjuk kepada seseorang, bagaimanakah dia boleh meyakinkan orang lain tentang apa yang dialami dan dirasainya? Ang Lee menyampaikan sebuah cerita berteknologi tinggi ala Hollywood. Tetapi ia juga membawa kita berasa kagum dengan kebesaran Tuhan dan alam ciptaan-Nya.


Cerita bermula dengan perbualan antara seorang India (Pi) dan kenalannya dari negara Eropah. Pi menyampaikan kisah benar yang berlaku ke atas dirinya semasa dia remaja. Bapa Pi, yang memiliki sebuah zoo di Selatan India, bertekad untuk berhijrah ke Kanada dengan membawa binatang-binatang dalam zoonya untuk dijual di Amerika. Dalam perjalanan dengan kapal, berlaku ribut dan kapal itu tenggelam. Yang terselamat, hanya Pi dan seekor harimau.


Sinema sebagai subjekPengarah yang hebat selalunya menggunakan red herring. Lain yang ditunjuk tetapi lain pula yang dimaksudkannya. Subjek Ang Lee banyak berkisar tentang agama tetapi Life of Pi sebenarnya tentang sinema dan aspek spiritualnya yang kini sudah pupus akibat kerakusan kapitalis filem. Untuk memahami ini, berikan perhatian bukan kepada story telling (cerita) tetapi kepada story making (teknik penceritaan).


Hermeneutik filem ialah seni membuat interpretasi daripada tanda-tanda yang memberikan bentuk kepada sesuatu filem. Untuk menyelami cerita sebenar sesebuah filem, lihatlah kepada bentuknya dan untuk memahami bentuknya, lihatlah kepada tanda-tandanya. Life of Pi ialah kisah seorang remaja dengan seekor harimau. Apakah pula yang tersirat dan bagaimanakah Ang Lee menyampaikannya secara sinematik?


Visual pada awal filem menjadi petanda bahawa Life of Pi sebenarnya mengenai sinema. Seekor zirafah yang memakan daun-daun di atas pokok menjadi petunjuk kepada filem Jurassic Park di mana seekor dinosaur memakan daun di atas pokok yang tinggi. Filem ini mencetuskan fenomena rekaan binatang-binatang raksasa di dalam filem melalui imej janaan komputer (CGI). Adegan kapal tenggelam dengan lampu-lampunya masih menyinar indah adalah rujukan kepada filem Titanic yang begitu gah dengan CGI. Ang Lee seakan menyaran: Lupakan filem-filem kosong ini yang hanya mengkayakan kapitalis filem. 'Lahirlah semula' dan melihat ke dalam diri di mana terdapatnya cerita-cerita yang lebih menakjubkan.


Visual Ang Lee menampakkan alam yang indah yang ada kalanya berkilauan dengan cahaya keemasan. Pada waktu malam, ikan dan air laut yang mengandungi fosforus seakan muncul dari alam kayangan. Imbas kembali kepada kata-kata ibu Pi semasa dia kecil: Apabila merenung ke dalam mulut dewa Wisynu, akan kelihatan sekalian alam cakerawala. Kamera Ang Lee menyaksikan minda Pi masuk ke dalam lukisan cakerawala dalam buku yang dibacanya. Pi 'disediakan' Tuhan lebih awal agar ia dapat menyaksikan alam yang tersembunyi indah semasa terapung di dasar laut pada waktu malam. Realiti kini menjadi 'fantasi' yang nyata!
Selepas Pi diselamatkan dan berada di hospital, ia ditemubual oleh dua orang Jepun, wakil pemilik kapal yang tenggelam. Mereka tidak dapat menerima apa yang diceritakan oleh Pi. Mereka mendesak: "Kami perlukan kisah yang boleh dipercayai. Cerita yang mudah. Cerita yang benar!"


Adegan ini digambarkan dengan warna putih keseluruhannya. Ia menjadi petanda tentang 'mautnya' sinema di tangan kapitalis sebegini. Dua orang Jepun ini sebenarnya mewakili penerbit-penerbit filem yang tidak suka kepada kisah benar, kisah di luar pemikiran audiens biasa. Pi akur dan memberikan 'kisah yang benar'. Air matanya mengalir, tanda kesedihan di atas pembohongan yang dilakukannya. Itulah nasib karyawan muda hari ini apabila terpaksa akur dengan kehendak kapitalis filem.


Pada akhir filem, penulis Eropah itu tidak tahu sama ada kisah Pi itu benar atau tidak. Ia membuat tafsiran bahawa harimau dan binatang yang lain di atas bot adalah sebenarnya metafora. Nampaknya setakat itu sajalah ilmu dari Barat mengenai filem, hanya menggunakan metafora, alegori dan semiotik! Dia juga gembira cerita Pi mempunyai happy ending sesuai dengan kehendak penerbit dan audiens biasa.


Pi menyerahkan kepadanya kisah yang ditulisnya itu. Syot dekat menampakkan penulisan Pi seakan sebuah skrip filem. Penulis Eropah itu sebenarnya mewakili penerbit filem di Barat. Apakah kisah Pi akan menjadi sebuah filem yang jujur atau diubahsuai oleh kapitalis filem agar ia menjadi 'lebih benar' (baca: lebih menguntungkan)?


Persoalan Ang Lee dan juga kita ialah, adakah filem semata-mata hiburan? Bukankah karyawan juga khalifah, yang memimpin dengan betul dan mengajak kepada kebenaran? Di alaf yang baru, kita sepatutnya melakukan transformasi bukan regresi. Apakah kita mampu merasai apa yang dirasai Pi dan kemudian menghasilkan filem-filem yang sebenarnya filem - yang mempunyai jati diri, penuh kebijaksanaan dan bersifat spiritual? Atau apakah kita mahu terus 'syok sendiri' dan menghasilkan sampah semata-mata kerana wang?


Persoalan Ang Lee tentang sinema ditujukan kepada kita semua. Inilah permasalahan yang generasi karyawan baru Malaysia ternanti-nanti penyelesaiannya.


Hassan Abd Muthalib adalah Karyawan Tamu Kanan di Fakulti Filem, Teater & Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana, Shah Alam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121223/hi_10/Manusia-kapitalis-dan-sinema#ixzz2FyQD5faS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 03:57 AM | Show all posts
Oh of coz ni mng oscar
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 07:41 PM | Show all posts
Hello "Richard Parker"...

cite ni cam cite 'Cast Away' lakonan Tom Hanks, cumanya Richard Parker ni binatang, yg cite Cast Away bola (volley ball) yg di panggil 'Mr. Wilson'..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 11:15 AM | Show all posts
sekngucing posted on 19-12-2012 05:29 PM
pan labyrinth tu halusinasi? mati2 aku ingat pan semau makluk tu wujud

pan labyrinth tu halusinansi je
ofelia's escapade from her horrible life

pan labyrinth vs life of pi = pan labyrinth menang

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 01:53 PM | Show all posts
pan labyrinth vs life of pi = 2-2 pon best!! yay!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2012 09:46 AM | Show all posts
i heart this movie..bila nak kuar torrent nih..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2012 11:25 PM | Show all posts
carik torrent pon xdok nih...sapa ada link?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2013 07:57 AM | Show all posts
w/pun halunisasi....tp sedih lak bila rimau tuh pndg budak tuh
nak makan ke....nak biar
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 11:49 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 27-12-2012 11:15 AM
pan labyrinth tu halusinansi je
ofelia's escapade from her horrible life

for me both were spectacular
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2013 10:29 AM | Show all posts
my lil sis tengok citer nie 3D.. she's 13.. dier komen boring jer, sebab tak paham
then aku tengok (versi biase)
first time layan, macam boring & tengok tak habis
and then tengok lagi sekali & cuba fahamkan cerita nie sikit
ok, ada falsafah dier... kena fikir lebih & tengok pada timing seswai (awal malam like 8-9 pm)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 12:48 AM | Show all posts
Wow film ni menang

1-Best Director
2-Visual Effects
3-Cinematography

Katanta visual efect made in Malaysia kan?tahniah..

Mmg patut menang!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.067585 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list