Berita kematian Robert Landsberg merupakan satu berita yang begitu hangat suatu masa dahulu kerana di saat-saat kematiannya beliau masih mampu untuk mengambil gambar. Jurugambar Amerika ini telah membuat pergambaran di Gunung St Helens yang meletus pada 18 Mei 1980. Apabila sedar bahawa beliau tidak mampu lagi bertahan, beliau terus merakamkan gambar dan melindungi kameranya disebalik badannya. 17 hari kemudian mayatnya ditemui dan dikebumikan.Rakaman-rakaman yang ditemui telah disiarkan di Nasional Geographic pada Januari 1981.
|