CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12Next
Return Post new threads
Show: 3321|Reply: 38

[Tempatan] {2} Tiada dlm gambar petanda dia pergi selama2nya!

[Copy link]

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 2-12-2012 07:32 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Rakam gambar tanpa anak bongsu

KOTA TINGGI 1 Nov: Saya tak sangka kelakuan pelik mereka merakam gambar bersama pada Aidilfitri lalu tanpa kehadiran anak bongsu, Ammar Haziq, 3, petanda mereka empat beranak bakal meninggalkan kanak-kanak itu seorang diri.
  Ini kerana empat beranak berkenaan maut dalam kemalangan pagi tadi (semalam), manakala Ammar Haziq masih kritikal di Unit Rawatan Rapi Hospital Mersing akibat cedera di kepala dan badan, kata Rafidah M Yusof, 36.

  Adik kepada arwah Abdullah M Yusof itu berkata, kali terakhir dia berjumpa abangnya Aidilfitri lalu di rumah keluarga di Blok 19, No 446 Felda Air Tawar 5.
  Saya diberitahu, arwah yang juga anak keempat daripada 10 beradik mengunjungi rumah ibu untuk membaiki lampu minggu lalu.

  Malangnya, saya tak sempat bertemunya kerana ada urusan lain. Tanpa diduga, perjumpaan pada Aidilfitri lalu adalah kali terakhir kami bertemu.

  Apabila dilihat semula gambar keluarganya yang dirakamkan, keempat-empat mereka didapati bergambar bersama kecuali Ammar dan ia mungkin petanda anak bongsu mereka bakal ditinggalkan, katanya ketika ditemui di Felda Air Tawar 5, di sini, semalam.


  Katanya, arwah abangnya bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Johor Bahru dan tinggal di Taman Daiman, Kota Tinggi.

  Menurutnya, keluarganya terkilan dengan kejadian menimpa arwah kerana tidak tahu perancangan mereka ke Jengka, Pahang, untuk menghantar adik bongsu kakak iparnya mendaftar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

  Jam 9 pagi tadi (semalam), kami menerima panggilan menyatakan abang mengalami kemalangan dan meninggal dunia.

  Lebih mengejutkan apabila diberitahu, kakak ipar yang bertugas sebagai guru Bahasa Melayu (BM) di Sekolah Menengah Tun Habab, di sini, dan dua anak mereka turut maut, katanya.

  Kami pasti merindui arwah kerana sikapnya yang ikhlas, rajin dan gemar membantu adik-beradik serta berharap roh mereka dicucuri rahmat, katanya.

Katanya, mereka kini berharap Muhammad Ammar yang kini dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pulih secepat mungkin.

  Abdullah dan dua anaknya yang meninggal dunia, Muhammad Aiman Syakirin, 8 dan Maisarah, 4, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 5, manakala jenazah isterinya Samsiah Maidin, 37, dan kakaknya, Noraini, 41, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 3.

  Sementara itu, ibu Samsiah, Minah Ismail, 60, berkata, sempena cuti sekolah dia mengajak mangsa sekeluarga menghantar adik bongsu Samsiah yang akan mendaftar masuk ke UITM Jengka, Pahang.

  Bagaimanapun, hasrat kami tidak kesampaian dan terpaksa menguruskan pengebumian jenazah dua anak, seorang menantu dan dua cucu, katanya.


"Kalau hidup ini pahit, Allah lah gulanya"
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 2-12-2012 08:09 AM |All posts
innalillah..

kesian nye ngn si kecik tu..
farid yang "sangat baik". gitewwwwwww~~~
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 2-12-2012 08:32 AM |All posts
hari2 baca berita sedih.....
Reply

Props Report

Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19

Post on 2-12-2012 08:34 AM |All posts
innalillah....
But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Reply

Props Report

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Post on 2-12-2012 08:48 AM |All posts
Dan dan nak kait dgn gambar kelakuan pelik. Meleis.

Anyway, takziah buat keluarga arwah2..
Berfikir sebelum berkata-kata, Google sebelum bertanya-tanya
Penulis blog: ohgeekz.com
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 2-12-2012 09:11 AM |All posts
innalillah............

bukan senang menghadapi kematian secara serentak
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 2-12-2012 09:19 AM |All posts
Mcm mana boleh eksiden? Tak tgk berita r smlm
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 2-12-2012 09:32 AM |All posts

konpius lak aku baca tajuk tt...
apa2 pun takziah kpd keluarga mangsa...
semoga kanak2 yg selamat tu semboh...
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 2-12-2012 09:38 AM |All posts
meLAYU dan MISTIK,berPISAH tiada
abidziq.net
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 2-12-2012 09:43 AM |All posts
hilang sorang dah rasa betul2 down, ini kan serentak.. tak dapat nak bayangkan betapa sakitnya..

takziah... semoga si kecik tu xde apa2 dan cepat sembuh
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 2-12-2012 09:51 AM |All posts
... kecek kecek dah yatim piatu ...

semuga anak tersebut bertabah dan bersabar biler membesar
life is like riding a bicycle, to stay balance you must keep moving
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 2-12-2012 10:22 AM |All posts
bodo punye wartawan, tanya tanda2 cmni dah mcm jatuh syirk,
percaya something sbg ptanda ajal dh tibe..

mcmla gmba tu ada kuase beri petanda ajal..

pasni , sape2 miss gmba raya mgkin 'next' ajal gamaknye..
[html]Select * password[/html]
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 2-12-2012 10:25 AM |All posts
wtf??
kejadian berlaku beberapa hari lepas..xde dlm gmbr aidilfitri (yg 3 bln terdahulu) tanda org tu nk meninggal...
semua nk dikaitkan dgn tnda kematian...elok la tu..pfttt..
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 2-12-2012 11:53 AM |All posts
ishhh
asl mati je msti bgtau tnda2
apapon2 takziah
alfatihah
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 2-12-2012 11:55 AM |All posts
detail kemalangan plis? aku xnak dengar bullshit melayu mistik ni semer
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.......
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 2-12-2012 11:58 AM |All posts
Hari2 berite kemalangan. Infrastruktur moden tapi kes aksiden meningkat jg
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 2-12-2012 01:29 PM |All posts
hari2 ada cerita pasal kemalangan...
ia akan terus berlaku & berlaku...
kdg2 kita cukup berhati2...tp kdg2 kereta lain yg langgar kita..
apapun, hati2 d jln raya..
bykkan bersabar kerana destinasi yg kita nak p tu x kan ke mana jgk...
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 2-12-2012 02:05 PM |All posts
takziah la..aku hangin jer bab mistik bagai phuii
lebih baik jadi bekas orang jahat dari bekas orang baik
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 2-12-2012 03:12 PM |All posts
Semoga nasib anak itu akan terbela sebaik2nye..
Usah lukai kasih nan suci
Yang tak pastikan
Kembali..
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 2-12-2012 03:17 PM |All posts
Kuasa Psikik nak predict kematian... ore melayu bengong
UTUSAN=SURAT KHABAR HANJEENG
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 2-12-2012 03:19 PM |All posts
Aku kadang2 benci ngn paper asyik tanya petanda2 arwah nak pergi.
X payah la
Mencintai bukan bermakna memiliki...
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 2-12-2012 03:36 PM |All posts
takziah pada keluarga mangsa.. kesian si kecil itu.. tapi tak perlu lah nak kait2 kan hal2 ambik gambar segala ..
sometimes.. it's NOW or NEVER!!
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 2-12-2012 03:53 PM |All posts
sudah2 la bangsa melayu ni, asal ada kematian je mesti nak kaitkan dgn petanda2 mengarut mcm nih

takziah kepada keluarga mangsa
sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka
Yeongwonhi Saranghae ♥♥
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 2-12-2012 04:11 PM |All posts
petanda mcm Final Destination?
Siapa Rasis msuk Nuraka pling bwah utk Sulama2 nya...  kata org itu :p
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 2-12-2012 04:13 PM |All posts
pantang melayu bergambar 3 orang...
nak digenapkan jugak...
katanya klu ganjil...
salah sorang akan PERGI...

penah dengau tak?

"Kalau hidup ini pahit, Allah lah gulanya"
Reply

Props Report

12Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 21-9-2014 12:04 PM , Processed in 0.154628 second(s), 40 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top