CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37625|Reply: 178

Desas-Desus: Zamani selalu buat hal

[Copy link]
Post time 2-12-2012 08:12 AM | Show all posts |Read mode
Kelibat Zamani Slam ni sekejap timbul, sekejap tenggelam sejak dulu lagi. Sukar nak diduga masalah dihadapi Zamani. Sayang seribu kali sayang, bakat dan suara yang dimiliki dipersiasiakan begitu saja.

Dulu, Zamani pernah dihimpit pelbagai masalah peribadi sehingga kerjayanya sebagai penyanyi hampir berkubur. Kerjaya lakonannya pula sudah lama dibawa arus. Lama juga Zamani menghilangkan diri tapi kembali semula beberapa tahun kemudian. Ada yang mengatakan Zamani dihantar ke pusat serenti untuk menjalani pemulihan dadah, tapi Zamani menepis tohmahan itu.




Ingatkan Zamani kembali tampil dengan keazaman baru, tapi masih tidak berubah Raja tidak malu mengatakan Raja antara ribuan peminat Zamani. Raja suka mendengar suara Zamani ketika mengalunkan lagu Nur Kasih, Gerimis Mengundang dan Jika Kau Rasa Getarnya, merdu sangat. Lagu-lagu nyanyian Zamani ketika bersama Slam dulu nyata menusuk kalbu. Suara lunak merdu Zamani sukar untuk ditandingi penyanyi generasi baru.


Dulu, Raja dengar, produser terkenal, Datuk Yusof Haslam pernah mahu mengundang Zamani untuk membintangi filem arahannya, selepas Zamani berlakon dalam filem Bara bersama Awie dan Arni Nazira, tapi terpaksa mengenepikannya kerana masalah disiplin. Masalah disiplin, itu sudah sinonim dengan diri Zamani. Zamani sukar dikawal, tindakannya sukar diduga, ada ketika tak muncul dalam persembahan biarpun wang pendahuluan sudah diambil. Jika setakat undangan fotografi, jangan mimpi Zamani nak muncul. Begitulah Zamani sejak dulu.

Dek masalah disiplin yang teruk, kerjanya dikatakan makin merudum dari hari ke hari. Bayangkan ada ketika PRO syarikat rakaman terpaksa ‘menggegar’ rumah, tapi itupun dia dikatakan masih tidak bangun tidur. Jawab panggilan telefon jauh sekali.

Pelik juga, takkan gegar rumah masih tak sedar. Akibatnya, ramai yang takut mengambil risiko mengundang Zamani menyanyi. Silap hari bulan, Zamani tak datang... Itu persepsi orang terhadap Zamani. Kan sayang begitu.

Zamani sebenarnya boleh pergi jauh, boleh sehebat Raja Pop, Jamal Abdillah.
Tengoklah apa yang diberikan Tuhan kepada Jamal, rezekinya melimpah ruah dan tidak menang tangan apabila sudah kembali ke pangkal jalan. Alhamdullilah...

Raja menulis ini bukan untuk mengkritik atau membuka cerita lama, Raja mahu Zamani sedar, bakatnya besar, suaranya bagus. Dulu, masa zaman kegemilangan Zamani dan Slam, mereka meniti puncak sehingga ke Indonesia.

Zamani mampu memandu kereta sport mewah. Jika zaman itu, memandu kereta sport sudah dikira hebat.

Tapi, tengoklah Zamani hari ini, semakin kurus melidi... Ada yang menuduhnya masih terbabit dengan perkara negatif.

Betul ke, Zamani? Raja dengar ramai juga promoter dari seberang mencari Zamani. Yalah, Zamani dan Slam pernah menempa nama di Indonesia tapi malangnya, sukar dihubungi. Kan, tolak rezeki namanya tu...?

RAJA: Tahniah pada Nabil dan Nazira Ayub yang dikurniakan cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, seminggu lalu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 08:21 AM | Show all posts
teringat yg peminat dulu nak sgt siti ngan zamani
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:45 AM | Show all posts
Udah la tuu zam...tok ti pun dah sampai ada menantu tiri sekarang pun.....lupakanlah......

Girls generation group kan ada yang comei comei......pi la......go global sikit dalam pencarian tuu......jangan asik cari stok dalam negeri sajork.....

Hahahahahahahahhaah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 09:00 AM | Show all posts
minat dengan slam..soranya zamani sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 09:09 AM | Show all posts
steadylady80 posted on 2-12-2012 09:00 AM
minat dengan slam..soranya zamani sedap...

sy pun tp sayanglah bila bakat yg ada dipersiakan....suka dgr lagu slam
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 09:25 AM | Show all posts
yela udah la tu ngn mek ti tu..sobsob..umur pon dah 40an kan?tibalah pula dia ngumpul harta balik..bakat dia n populariti sgt besar satu ketika dulu..kalau tak takkan mek ti mengendeng masa dia baru nak menapak dulu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2012 09:26 AM | Show all posts

Zamani semakin kurus...
mmg betul kalau dia fokus ngan kerjaya, dia boleh berjaya cam Jamal..
bila la dia ni nak bersemangat semula...
kena kawin dulu kowt...baru ada org yg akan bagi semangat agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 09:32 AM | Show all posts
Zamani antara best singer kat Malaysia. Sore dia memang meletop. Kalo dier pandei jaga dirik, dia masih top 5 penyanyik lelaki terbaik.

Jamal, Zamani, Anuar Zain, Hafiz, Mawi - suara penyanyi lelaki sentiasa bagus menyanyi walau tak minat satu pong antara depa nih.  Cuma Anuar Zain & Hafiz jerk yang tak sedap bila nyanyik lagu asli melayu. Yang lain, lagu apo pun the best.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 09:39 AM | Show all posts
Zamani memang dari dulu layan ice baby.aku yakin sekarang masih lagi.kesian dia ni.mungkin tak de sape nak bagi dia kasih sayang sbb tu jadi mcm ni tak berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 10:01 AM | Show all posts
minat zamani minat SLAM!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 10:06 AM | Show all posts
aku minat sangat kt zamani tp x hrpkan pon dia buat come back ke apa... cukup la dia berjaya uruskan hidup dia yg nmpak x terurus tu. cepat2 la dia bertemu jodoh biar ada org jg... kesian sngt aku tngok dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
suka dgr nyanyian zamani.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 10:19 AM | Show all posts
Bukan ke kta ari tu dh nk kahwin..rasanya pernah terbaca artikel yg ada gambar gfnya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 10:25 AM | Show all posts
Dah agak dah dia ni amik benda tu
badan dah tinggal kulit & tulang je...muka pun dah nampak makin tua dari usia
aku rasa dia ni macam dah putus asa dengan life dia kot
dulu masa dengan Slam memang best sangat
style rambut dia pun cantik
apa kata dia gi PENGASIH & dapatkan bantuan
Radhi OAG tu pun serah badan kat sana sebab dia nak berubah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 11:49 AM | Show all posts
kompom ke dia nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 12:33 PM | Show all posts
bersara je lah...zaman dia dah berlalu...kalau nak naik balik, buat je album ala kpop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 01:00 PM | Show all posts
Betul tu suara zamani mmg power..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 01:11 PM | Show all posts
dia memang kapel dgn siti ke dulu wei?
ke zamani memang syok sorang2 kat siti? maap la, gosip zezaman dulu taktau sgt.
aku pernah jumpa zamani, kurung kering gile dan rendah je rupanya, lebih kurang aku.
sayang sore best, muka pun cute cute hensem (zaman top dulu la)
tapi skang mcm senyap je..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 01:37 PM | Show all posts
nuhanis posted on 2-12-2012 01:11 PM
dia memang kapel dgn siti ke dulu wei?
ke zamani memang syok sorang2 kat siti? maap la, gosip zezam ...

mmg betul dia penah kapel ngan siti.. dia penah mengaku dalam satu radio interview tahun ni, tak ingat bulan berapa.. relationship diorang berlangsung lebih kurang 2-3 tahun camtu.. then putus. then zamani ada gf baru for 5 years then putus lagi..

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 01:44 PM | Show all posts
nuhanis posted on 2-12-2012 01:11 PM
dia memang kapel dgn siti ke dulu wei?
ke zamani memang syok sorang2 kat siti? maap la, gosip zezam ...

mmg kapel..start diorang ikut semifinal juara lagu 1996 lagi...
kat situlah bermulanya cinta bersemi
nampak hepi & bahagia sgt diorang time tu..
pastu makin rapat masa final juara lagu...auwwww
tapi sekejap jer...
siti lps juara lagu tu makin glemer...
zamani pulak lps putus makin hilang arah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.080146 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list