CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12Next
Return Post new threads
Show: 4467|Reply: 26

Tablet Ebla Yang Berusia 1500 Tahun Lebih Tua Daripada Taurat

[Copy link]

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 6-12-2012 02:45 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login


Berasal dari zaman sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla merekodkan maklumat penting tentang sejarah agama-agama. Ciri terpenting tablet Ebla, yang ditemui ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi subjek kepada banyak kajian dan perdebatan, adalah tertulisnya nama tiga orang nabi yang dirujuk di dalam kitab-kitab suci.

Penemuan tablet Ebla selepas ribuan tahun dan maklumat yang terkandung di dalamnya amat penting dalam menerangkan lokasi geografi umat-umat yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.1 Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite.

Sejarah agama-agama yang terkubur

Kepentingan Kerajaan Ebla, yang dianggap sebagai satu kejayaan besar arkeologi klasik apabila mula ditemui pada tahun 1975, muncul dengan penemuan sejumlah 20,000 tablet dan pecahan tulisan cuneiform. Rekod sejarah ini adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan semua teks cuneiform yang diketahui oleh ahli arkeologi selama 3,000 tahun terakhir.

Apabila bahasa yang digunakan dalam tablet tersebut berjaya ditafsir oleh Giovanni Pettinato, seorang penterjemah batu bersurat berbangsa Itali dari Universiti Rom, skala kepentingannya dapat difahami dengan lebih baik. Penemuan Kerajaan Ebla dan arkib negara yang menakjubkan ini bukan sahaja menarik perhatian cabang arkeologi, tetapi juga golongan agamawan. Ini kerana sebagaimana nama Mikail (Mi-ka-il) dan Thalut (Sa-u-lum), yang berjuang bersama Nabi Daud, ia juga mengandungi nama-nama nabi yang disebut dalam tiga kitab suci: Nabi Ibrahim (Ab-ra-mu), Nabi Daud (Da-u-dum) dan Nabi Ismail (Ish-ma-il).2

Kepentingan nama-nama yang tercatat dalam prasasti Ebla

Nama para nabi yang dikenal pasti dalam tablet tersebut memiliki kepentingan kerana ini adalah kali pertama mereka dijumpai dalam dokumen bersejarah yang setua itu. Maklumat yang berusia 1500 tahun lebih tua daripada Taurat ini amat mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim dalam batu bersurat tersebut mencatatkan bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawakannya telah wujud sebelum Taurat.

Ahli-ahli sejarah menganalisis batu bersurat Ebla melalui perspektif ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misinya menjadi subjek kajian berkaitan sejarah agama-agama. Berdasarkan penelitiannya, David Noel Freedman, seorang ahli arkeologi berbangsa Amerika dan pengkaji sejarah agama-agama, melaporkan nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail dalam tablet berkenaan.3

Nama-nama lain dalam batu bersurat Ebla

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, nama-nama yang terkandung dalam batu bersurat Ebla ialah nama para nabi yang dinyatakan dalam tiga kitab suci, dan prasasti tersebut jauh lebih tua berbanding Taurat. Sebagai tambahan kepada nama-nama tersebut, terdapat juga subjek dan nama tempat yang dapat menunjukkan bahawa penduduk Ebla merupakan pedagang yang berjaya. Nama-nama seperti Sinai, Gaza dan Jerusalem, yang terletak berhampiran Ebla, juga muncul dalam teks tersebut, sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat Ebla mempunyai hubungan komersil dan budaya dengan tempat-tempat tersebut.4

Satu perincian penting yang didapati di dalam tablet tersebut adalah nama-nama kawasan Sodom dan Gomorrah, di mana umat Nabi Luth menetap. Ianya diketahui bahawa Sodom dan Gomorrah merupakan satu wilayah di kawasan pantai Laut Mati di mana umat Nabi Luth tinggal dan Nabi Luth menyampaikan ajarannya serta mengajak manusia hidup berlandaskan nilai-nilai moral agama. Sebagai tambahan kepada dua nama ini, nama kota Iram yang wujud dalam ayat-ayat Al-Quran juga antara yang tercatat dalam tablet Ebla.

Aspek terpenting kesemua nama ini ialah ianya tidak pernah ditemui dalam mana-mana teks sebelum ini selain dalam naskah yang disampaikan oleh para nabi. Ini merupakan bukti dokumentari penting yang membuktikan bahawa ajaran nabi-nabi yang menyampaikan risalah satu agama yang benar pada zaman itu telah mencapai wilayah berkenaan. Dalam satu artikel dalam majalah Reader's Digest, dicatatkan bahawa telah berlaku perubahan dalam masyarakat Ebla semasa pemerintahan Raja Ebrum dan mereka mula menambah imbuhan awalan kepada nama masing-masing untuk memuliakan nama Tuhan Yang Maha Kuasa.

Janji Tuhan Itu Benar

Sejarah dan batu bersurat Ebla yang muncul selepas 4,500 tahun sebenarnya memberi satu hakikat penting: Allah telah menghantar para utusan ke Ebla, sebagaimana yang dilakukan-Nya kepada semua bangsa, dan mereka mengajak kaum masing-masing kepada agama yang benar.

Sebahagian orang memeluk agama yang datang kepada mereka sehingga menemui jalan yang sebenar, sementara segolongan yang lain menentang ajakan para nabi dan memilih kehidupan yang tercela. Tuhan, Penguasa langit dan bumi, dan segala isi yang ada di antaranya, menyatakan hakikat ini di dalam Al-Quran:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta.  (Surah An-Nahl, ayat 36)


http://zamanteman.blogspot.com/2 ... t-dalam-tablet.html
2

View rating log

Juara Marble Saga
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 6-12-2012 08:52 AM |All posts
ingatkan tablet apa la tadi
~usah letak terlalu byk syarat utk bahagia~
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 6-12-2012 09:11 AM |All posts
ingat tablet..tab
Ganyang Style
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 6-12-2012 09:29 AM |All posts
huhuhu....menarik...
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 6-12-2012 12:11 PM |All posts
Huhuhuhuhu....zaman dulu pun dah ada tablet....aku pun belum guna tablet lagi...masih dengan hp 3310.
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 6-12-2012 12:49 PM |All posts
Info yang amat menarik mengenai sejarah silam.  Yang pastinya tablet Ebla ni tahan cuaca dan tak perlu di charge baterinya.
Inggit...many many... see see... U luck me todayyy
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 6-12-2012 01:28 PM |All posts
ingatkan jam elba tadi
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 6-12-2012 01:28 PM |All posts
ingatkan jam elba tadi
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 6-12-2012 02:18 PM |All posts
next samsung galaxy tab~~~~ebla
Tiada guna harta di dunia, jika maruah sudah tergadai
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 6-12-2012 02:57 PM |All posts
ingatkan tablet chip ka...eheheh
Today's wastage is tomorrow's shortage
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 6-12-2012 04:28 PM |All posts
Info Yang Menarik...
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 6-12-2012 05:25 PM |All posts

Batu bersurat Ebla...info menarik..
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 6-12-2012 05:31 PM |All posts
bagus info ni...
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 6-12-2012 05:40 PM |All posts
tak silab aku kota ebla ni ade disebut dalam alquran bersama kota iram.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 6-12-2012 08:31 PM |All posts
memang bagus...menguatkan lg fakta dalam AL Quran...beruntung kita orang2 Islam
http://www.mangareader.net/
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 6-12-2012 09:24 PM |All posts
very interesting
cam ner mereka verify ... dan kaitkan nama dan tempat yang dimention adalah seperti apa yang kita percaya ...
This is how we do ... this is no big deal ...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 6-12-2012 11:07 PM |All posts
Kenape batu bersurat digelar sbg tablet???
Yeongwonhi Saranghae ♥♥
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 9-12-2012 11:44 PM |All posts
sebab ia berbentut seperti panadol ...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 10-12-2012 01:15 PM |All posts
digelar tablet sebab empat segi macam meja (table) dan amat sesuai masa digunakan, diletakkan di atas meja (table)..hehe..buleh??
Guna logo Tayar Falken..Rangkaian bengkel di Ipoh..Bahaya...
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 10-12-2012 11:29 PM |All posts
dani_5353 posted on 6-12-2012 12:11 PM
Huhuhuhuhu....zaman dulu pun dah ada tablet....aku pun belum guna tablet lagi...masih dengan hp 3310 ...

3310
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 11-12-2012 09:58 PM |All posts
sedikit menambahkan.....
the-mystery-of-the-ebla-tablets, kingdom of Syria

The surviving 17,000 or more clay tablets in the library of Ebla's Royal Archives are the earliest written documents in Syria, and they provide a wealth of detailed information about the region and its kingdoms and trade networks

menurut info. Ebla Tablet ini menggunakan bhasa Semitic kuno yg dikenal dengan sebutan bahasa 'Eblaite', bhasa ini digunakan (baik secara langsung maupun secara transisi) oleh bangsa Sumerian, Akkadian, Ugaritic, Aramaic dan Canaanite.

Dalam tablet tersebut, nama Allah tidak ditulis dengan sebutan Allah namun ditulis dengan sebutan 'El', yang merupakan ayah dari semua dewa yang disembah oleh Akkadian, Ugaritic, Aramaic dan Canaanite. Mungkin dlm artikle tersebot belum menyebutkan,  selain 'El' di tablet tersebut juga ditulis sekitar 40 nama dewa dewi seperti Dagan, Ishtar, Reshef, Kanish, Hadad, dll.
sos:CUNEIFORM, SUMERIAN TABLETS AND THE WORLD'S OLDEST WRITING
    
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 11-12-2012 11:40 PM |All posts
Wow..info yg menarik...itulah kepentingan penulisan dan dah tsntu tablet ni tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.....
Gigih org dulu2 memahat batu tu demi untuk tatapan dan kajian umat yg akan dtang....!
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 12-12-2012 03:02 PM |All posts
lagi 200 tahun kalau ada orang jumpa galaxy tab tertimbus dalam tanah, ntah apa la yg diorang ingat agaknye ye.
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 12-12-2012 03:27 PM |All posts
kenapa ramai yg jakun, kaitkan tablet ni dgn tab la segala jadah
-utk pengetahuan korang, memang la benda 4 segi tu orang putih panggil tablet
-zaman dulu, tablet merujuk pada batu2 4 segi yg direkodkan apa2 peristiwa sejarah dan lain2 mcm agama
-perintah 10 nabi musa (the 10 commandment) tu pun ada atas tablet, yg nabi musa terima dari gunung sinai kalau tak silap
-melayu2 hanya tahu istilah tablet selepas orang putih dan korea keluarkan tablet elektronik aje, padahal zaman dulu nenek moyang kita dah guna tablet batu utk menulis
dak doh se
-kenangan ganu 09
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 12-12-2012 04:29 PM |All posts
bluezink posted on 11-12-2012 09:58 PM
sedikit menambahkan.....
the-mystery-of-the-ebla-tablets, kingdom of Syria

musykil pula..napa nama Allah dan nama dewa ada pada tablet yg sama?? Dalam Islam , mana ada konsep dewa?? Adakah ini catatan setelah tiada nabi yg tinggal untuk membetulkan kesalahfahaman mereka??
Guna logo Tayar Falken..Rangkaian bengkel di Ipoh..Bahaya...
Reply

Props Report

12Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 1-11-2014 05:37 PM , Processed in 0.162252 second(s), 45 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top