CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41723|Reply: 396

Khuldi Bukan Buah. Ia Cuma Simbolik..

[Copy link]
Post time 10-12-2012 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Buat masa sekarang ini nampaknya ramai belum faham apa yang di maksud dengan buah khuldi dalam Al Quran sehingga ia menjadi isu dan berhujung kepada polemik.

*********

Jom kita tinjau erti daripada perkataan khuldi.

"Hai Adam! Tinggal lah engkau dan isteri mu di janah dan makan lah oleh kamu berdua apa-apa yang kamu sukai, tetapi jangan lah kamu menghampiri syajaratu kerana kamu akan termasuk ke dalam golongan orang yang zalim" (Quran Surah 7:19)

Quran memilih perkataan syajaratu atau syajarah yang selalu di tafsir kan oleh para penafsir dengan perkataan pokok.

Sebenarnya syajaratu bermakna pertumbuhan (growing) manakala syajarah bermakna tumbuh (to grow) apabila kita hendak merujuk kepada Surah 48:18.

"Sesungguhnya Allah telah redha kepada orang-orang beriman itu ketika mereka berbaiat kepada mu di bawah pertumbuhan, DIA mengetahui apa yang di hati mereka kemudian DIA menurunkan keselesaan ke atas mereka dan memberi balasan ke atas mereka dengan kemenangan yang hampir" (Quran Surah 48:18)

Pertumbuhan yang di maksud ialah perkembangan iman atau pertumbuhan Islam masa Quran di turunkan kepada Muhammad SAW. Allah memberi keselesaan dalam hati orang Islam walaupun ketika itu aktifiti semasa dari musuh sangat membahayakan.

Dalam erti harafiah pokok adalah syajaruh apabila merujuk kepada Quran 16/68, 27/60, 36/80 dan 55/6.

Dalam Baiah Al Aqabah Al Ula dan Baiah Al Aqabah As Sanniyah pun ada disebutkan kenyataan mengenai kesanggupan warga Madinah setia dan mengawal Nabi walau pun umat Islam pada ketika itu masih dalam tahap pertumbuhan (growing up). Jadi sebenarnya bukan lah berbaiah di bawah pokok (under the tree) melainkan berbaiah di bawah pertumbuhan Islam (under growing).

Allah dalam surah 7:19 tidak pernah mengatakan jangan memakan atau jangan memetik buah daripada pokok, Allah cuma mengatakan jangan menghampiri syajaratu.

Mengikut definasi mahupun perbezaan daripada kedua-dua perkataan tersebut maka boleh di amik kesimpulan bahawa makna dari Allah melarang Adam jangan menghampiri syajaratu ialah "Adam di larang mengerjakan aktifiti yang boleh menghasilkan pertumbuhan." Pertumbuhan apa yang di maksud dalam hal ini? Pertumbuhan kehidupan janin kesan daripada sperm masuk ke dalam ovum. Ya, awak betul, apa yg saya maksud ialah bersetubuh (sex).

Al Quran adalah kitab yang suci. Cuma kitab suci lain yang sudah contamined saja yang sanggup letak ayat lucah bagai, namun tidak bagi Al Quran.

Iblis sukses memujuk Adam dan Hawa bersetubuh sehingga kedua-dua insan itu ini terbuai dengan kenikmatan. Apabila sudah sedar mereka mendapati bahawa badan mereka sudah bogel tiada sebarang penutup.

Cuba awak berfikir, andaikan khuldi itu buah. Adam makan khuldi selepas itu beliau terbogel tiada punca penyebab. Logic kah itu? Okay awak boleh cakap dalam syurga semua boleh berlaku. Habis itu.. apakah pengajaran yang Allah nak tunjuk dalam hal ini? Bukan kah Al Quran di turunkan untuk mengajari manusia? Awak makan epal pastu terbogel tidak lah logic. Awak bersetubuh pastu terbogel memang sah2 la ia logic.

Manusia tidak di beri ilmu melainkan hanya sedikit dari ilmu Allah dan cuma orang-orang mahu berfikir yang boleh mendapat sedikit dari ilmu itu. Saya pun sudah memberi alasan yang berasas daripada Al Quran. Saya tidak sekadar mengutamakan akal fikiran dalam hal ini.

Quran surah 7:22 menyatakan bahawa selepas mereka merasai buah dari syajaratu tersebut kemudian mereka terkejut kerana sedar bahawa mereka telah menampak aurat memasing. Kemudian kelam kabut mereka mula menutup aurat dengan mengambil dedaun yang ada dalam taman tersebut.

Walau macam mana pun semua sudah berlaku kerana kehendak Allah yang menginginkan Adam turun ke bumi menjadi khalifah. Walau hanya 'sekelip mata' Allah sudah memberi kenikmatan kepada Adam namun pada masa yang sama Allah memberi anugerah syahwat kepada manusia bagi mengembangkan zuriat kat dunia.

Semenjak zaman Adam hingga ke sekarang sudah begitu banyak nikmat Allah yang kita belum lagi sedari. Jadi.. fa bi ayyi aalai rabbikuma tukazziban... mana lagi nikmat Allah yang kamu bakal nafi.


Last edited by ranggalawe on 10-12-2012 06:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2012 06:44 PM | Show all posts
thieo bulih terima hujah ni. sounds reasonable dan logic.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 06:50 PM | Show all posts
salam....beautiful article.teruskan kajian AlQuran kerana terjemahan dewasa ini banyak yg memeningkan kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 06:51 PM | Show all posts
Berharap sangat agar dapat terus menghasilkan article yang superb begini.Saya amat dahagakan ilmu Al quran.tq
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 06:54 PM | Show all posts
Al Quran adalah kitab yang suci. Cuma kitab suci lain yang sudah contamined saja yang sanggup letak ayat lucahbagai,  namun tidak bagi Al Quran.


ingatkan artikel serious, academic writing...tup2 keluar bahasa pondan

but good article indeed
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2012 06:58 PM | Show all posts
shazaz posted on 10-12-2012 06:50 PM
salam....beautiful article.teruskan kajian AlQuran kerana terjemahan dewasa ini banyak yg memeningka ...

wa alaikum salam

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2012 07:03 PM | Show all posts
Menarik gak artikel ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 07:20 PM | Show all posts
thieo posted on 10-12-2012 06:44 PM
thieo bulih terima hujah ni. sounds reasonable dan logic.

boleh terima hujah ni dalam CI??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2012 07:25 PM | Show all posts
shayjr posted on 10-12-2012 07:20 PM
boleh terima hujah ni dalam CI??

thieo maksud kan thieo bulih terima yang khuldi itu bukan lah sejenis buah larangan yang macam ostad2 stazah2 pondok kata, tapi sebenar nya satu simbolik yang macam dalam artikel ni kata.

apa2 pon, tidak lah thieo risau dan ambil berat sangat psal isu ni. bukan thieo hidup time tu pon or ada kene mengena dengan kehidupan seharian kita sekarang.

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 07:28 PM | Show all posts

bende ni aku taw lame dah,sebab aku pernah bace 1 artikel lupa dah sapa tulis..kite tunggu lobai masok,
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 07:32 PM | Show all posts
writer ade blog tak? Tun M  kate Al quran perlu ditafsir semula pehtu semua org butthurt.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 07:36 PM | Show all posts
shazaz posted on 10-12-2012 06:51 PM
Berharap sangat agar dapat terus menghasilkan article yang superb begini.Saya amat dahagakan ilmu Al ...


jika bce kisah tentera bergajah sama dengan burung ababil,burung melemparkan batu terbakar,al quran ada menyatakan bende ni.surah tu bermaksud,siapa menguasai udara akan menang!..dan kalau dilihat senario peperangan,serangan udara akan dilancarkan terlebih dahulu,baru serangan darat.
3. "Dan Dia (Allah) mengirim kepada mereka burung yang berbondong-bondong
.4. "Yang melempar mereka dengan batu dan tanah yang keras".

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 07:39 PM | Show all posts
stania83 posted on 10-12-2012 07:32 PM
writer ade blog tak? Tun M  kate Al quran perlu ditafsir semula pehtu semua org butthurt.

ada jugak yg kata negara islam tiada dalam al-quran,cuma ada negara kebajikan,walahualam,masing2 boleh mentafsir
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 07:40 PM | Show all posts
Mengikut definasi mahupun perbezaan daripada kedua-dua perkataan tersebut maka boleh di amik kesimpulan bahawa makna dari Allah melarang Adam jangan menghampiri syajaratu ialah "Adam di larang mengerjakan aktifiti yang boleh menghasilkan pertumbuhan." Pertumbuhan apa yang di maksud dalam hal ini? Pertumbuhan kehidupan janin kesan daripada sperm masuk ke dalam ovum. Ya, awak betul, apa yg saya maksud ialah bersetubuh (sex).

Al Quran adalah kitab yang suci. Cuma kitab suci lain yang sudah contamined saja yang sanggup letak ayat lucah bagai, namun tidak bagi Al Quran.

Iblis sukses memujuk Adam dan Hawa bersetubuh sehingga kedua-dua insan itu ini terbuai dengan kenikmatan. Apabila sudah sedar mereka mendapati bahawa badan mereka sudah bogel tiada sebarang penutup


jadi keturunan manusia adalah kesilapan adam dan hawa memandai buat seks?bukan ke hawa dicipta sebab adam berasa sunyi?dah tu kalau sex tak boleh antara adam ngn hawa kenapa hawa disipta sebagai pompuan..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2012 07:43 PM | Show all posts
saya bukan bermaksud nak memecah belah muslim dalam hal ni saya sekadar mengajak readers untuk memilih mana satu yang hati dan mindah awak leh terima
awak setuju ngan saya alhamdulilah.. tak setuju pun biar lah kita tetap berbeza pendapat namun kita tetap satu dalam iman kepada Allah dan percaya kepada Muhammad Rasulullah..

Islam maju dan berjaya kerana sains. Sains tidak dijumpai dengan sekadar membaca Quran hari2.. Kalau Ibnu Rusyd, Ibnu Sina dan lain lain cuma dok membaca Al Quran mula dari Al Fatihah sampai An Nas tanpa sebarang kajian.. sampai kiamat derang tak kan berjaya sebagai pakar sains.. Sejarah sudah mengajari kita tentang kejayaan Islam. Masa sekarang sampai bila kita dok dalam tempurung manakala kaum lain dah berleha2 tido kat bulan..

Apa2 pun terpulang kepada awak... semoga kita semua masuk ke dalam golongan orang2 yg mendapat syafaat satu ketika nanti. Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 07:46 PM | Show all posts
Ni ada satu pendapat allah mencipta manusia sedangkan beliau telah tentukan nasib mereka. Seperti mana  iblis mengingkari sujud pada manusia sedangkan iblis adalah insan yg lebih zuhud dari malaikat. Semua itu percaturan allah supYa iblis menderhaka.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2012 07:50 PM | Show all posts
bro... kalo nak berhujah dengan serius pasai ni... sila bawa hujah anda ke platform yang betul...
kalo sekadar berhujah kat online porum... cuma akan dijadikan bahan lawak saje...
afterall... kita tak tau sapa yang bijak agama dalam online porum nie...
mungkin ada yang betul betul bijak agama... dan mungkin jugak yang bijak nak memutar belitkan fakta ...


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 07:58 PM | Show all posts
MissNigga posted on 10-12-2012 07:50 PM
bro... kalo nak berhujah dengan serius pasai ni... sila bawa hujah anda ke platform yang betul...
k ...

.......


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 08:00 PM | Show all posts
MissNigga posted on 10-12-2012 07:50 PM
bro... kalo nak berhujah dengan serius pasai ni... sila bawa hujah anda ke platform yang betul...
k ...

kaka noor pun pening,...isu semasa nya apa...


dahla panjang2 lagi malaih i baca
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 08:01 PM | Show all posts
sekali pandang/baca ingat buah kelubi..jeruk kelubi /asam kelubi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.413457 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list